TM Liga Super – Kedah Vs Perak (review)

TM Liga Super
Isnin 24 Mac 2008
Stadium Darul Aman
Alor Setar
8:45PM

Perlawanan yang sepatutnya dijalankan pada 8 Mac 2008 yang lalu ini terpaksa ditunda oleh kerana Pilihanraya Umum Malaysia Ke-12 dan jadual padat dari kedua-dua pasukan yang menghadapi kempen AFC Cup 2008.

Sebagaimana yang umum ketahui, perlawanan pertama di Stadium Perak pada 12 Januari 2008 yang lalu berakhir dengan tragedi apabila pasukan Perak dibelasah dengan jaringan 5 gol berbalas 2 dengan Khalid Jamlus menerima kad merah akibat terjahan keras ke atas Nelson Sam Martin.Kali ini kedua-dua pasukan sebenarnya agak kepenatan kerana jadual yang cukup padat dan meletihkan sehingga tarikh pindaan perlawanan ini sepatutnya diadakan pada hari Ahad 23 Mac telah ditukar sekali lagi pada hari Isnin 24 Mac 2008.

Perak hampir pasti kehilangan dua pemain utamanya iaitu Carlos Caceres dan Shahrulnizam yang masih lagi belum pulih sepenuhnya akibat kecederaan sewaktu perlawanan dengan SAFFC dalam kempen AFC Cup 2008 tempohari. Kedah pula dikhabarkan akan kehilangan khidmat kapten pasukan mereka, Victor Andrag yang masih lagi cedera.

Skuad Perak ketika ini telah mendapat kemenangan moral apabila mampu mengikat Selangor dengan jaringan 4 sama pada persaingan TM Piala FA yang diadakan jumaat lalu walaupun ketinggalan dengan 4-1 pada suatu ketika.

Razali Umar dengan tidak disangka-sangka mampu meledakkan jaringan hattrik dalam masa 6 minit yang meyaksikan Selangor selepas itu bermain dengan 10 orang apabila Nasriq Baharom dibuang padang akibat kekasaran yang ditunjangi oleh tekanan di dalam permainan tersebut.

Walaupun agak sukar untuk menyatakan peluang pasukan Perak untuk meraih kemenangan terhadap pasukan Kedah ditempat lawan, penulis masih yakin bahawa semuanya terletak pada tangan pemain untuk melakukan anjakan semangat demi meraih kemenangan bermakna nanti.

Perlawanan ini juga mendapat perhatian khusus dari Menteri Besar Kedah yang baru iaitu Ustaz Azizan Abdul Razak dan hasilnya perlawanan tersebut akan diadakan secara percuma kepada penonton dengan tiket masuk boleh diambil pada awal pagi hari Isnin di kaunter tiket Stadium Darul Aman.

Kepada mereka yang tidak dapat membeli tiket tersebut, satu layar besar akan dipasang di luar stadium untuk memudahkan semua penyokong menonton perlawanan tersebut secara langsung. Pihak RTM 1 pula khabarnya akan menyiarkan perlawanan tersebut secara tertunda pada pukul 12 malam namun tertakluk kepada perubahan di saat akhir.

Nota: Perlawanan ini akan mendapat lintas langsung oleh crew yang bertugas.

YB Corner

Info Terkini: Tiket perlawanan boleh diambil secara percuma di kaunter tiket Stadium Darul Aman, Alor Setar mulai pukul 5.00 petang pada hari Isnin 24 Mac 2008 dengan kuota seorang penonton hanya boleh mengambil 2 tiket sahaja.

*Info dari Saiful HKC

Likes(0)Dislikes(0)

23 thoughts on “TM Liga Super – Kedah Vs Perak (review)

  1. abgcho

    dengan keyakinan yang ade, kite psti boleh...inile msa yang sesuai kite potong selangor dengan cara jantan dengan mengalahkan team mantap..ook...begging for de great successful tonite...INSYAALLAH..

    Likes(0)Dislikes(0)
  2. active11

    Alahai Perak, saya tak dapat nak join match dgn Kedah. Ada hal lain esok petang. Semalam sempat berbual dgn Caceras, dia injured tp bersemangat untuk bermain (takyahla, kasi je Razali yg tgh tip top skrg ni hehe).

    Bole disimpulkan, ini perlawanan terhangat musim ini. Pasal percaturan pemain, serahkan pada SD kerana beliau lebih arif. Tapi ape yang diharapkan, Perak terus mengekalkan momentum mcm lawan Selangor. Tinggal 3gol, balas 3gol (mujur tak 6gol hehe). Kepada para pemain, ayuh buktikan anda boleh!!!

    *Admin, patut boleh sediakan laptop utk pemain share, kasi diorg tgk ruangan komen2 ni..kasi terbakar sikit...kasi semangat....

    Cheer Up Yobs!!!

    Likes(0)Dislikes(0)
  3. seansan00

    24/03/2008 - Monday
    Kedah vs Perak Stadium Darulaman, Alor Setar
    (08:45 pm)

    (Web FAM)

    Jadual Perlawanan Liga Super 2008
    23-03-2008
    Stadium Darul Aman, Kedah

    (Web Perak.net)

    adey.. keliru! keliru!!

    Likes(0)Dislikes(0)
  4. miez3

    Teman yakin Perak boleh....dgn rehat yg ditambah sehari lagi diharap pemain dan coach dpt mencongak strategi serta mengambil semula nafas baru utk terus fokus pd game mlm besok...
    Kehadiran striker yg sebelum ini diragui kemampuannya iaitu Razali Umar Kandasamy memperagakan kemahiran beliau menjaringkan hatrik dlm tempoh 6 minit ketika bertemu S'ngor tepat pada masanya ketika pasukan Perak betul2 memerlukan kemenangan ke atas Kedah bagi memperbaiki kedudukan di carta liga...
    Walauapapun nasihat teman pd pasukan kita....lupakan kekalahan pd masa lalu...elakkan dendam...kaji kelemahan pada pertemuan lalu....pedulikan psikologi deme...yg penting fokus pada game....mentaliti pemain2 perlu dijaga agar2 tidak terikut2 dgn rentak lwn...perlawanan besok pasti panas sbb masing2 dlm keadaan yg tension berikutan jadual yg agak padat...insyaALLAH Perak buleh!!Adios amigos....Skor Yob Skor!!

    Likes(0)Dislikes(0)
  5. Axlrose037

    insya'Allah perak akan menang malam esok, defend kene keje kuat skit. teman pn rs elok jugak bg laptop kat SD sbb dia bleh gak tgk2 komen yang mana berguna untuk percaturan pasukan perak....hehehe.

    Likes(0)Dislikes(0)
  6. Enrique

    jgn le kome letak harapan tinggi sangat..

    game ni terus terang kabo..susah nak menang..tapi apa2 pun..aku tetap optimis perak boleh menang punya.

    Likes(0)Dislikes(0)
  7. pie

    askum semua. huh lega teman hari ini beru bleh buka internet. bkn apa sini ada mslh internet selama dua hari bermula dari jumaat petang masa perak lwn selngor plak. tension2 maklumlah teman kat india. tapi teman besyukur walaupun dah dua hari xdpt tgk hari ni dpt gak bila teman telefon ASIANET kat sini dan bgtau masalah yg dihadapi. teman pun harapkan agar perak mencapai kemenangan apabila menentang kedah esok.

    KEJOR YOB KEJOR

    SKOR YOB SKOR

    Likes(0)Dislikes(0)
  8. repasi

    teman harapkan line up defend utk pasukan perak same mcm lwn selangor masa 1st half hari tu..azlan DR, berrios DC, subra DL..nantha DM..

    hamsani
    azlan,berrios,subra
    nantha
    hazrul,shahrul azhar,danial
    hardi
    razali,khalid

    1st eleven mcm ni yg teman harapkn ms lwn kedah nnt..xkan SD xnmpk subra marking elie n seator mcm mane..smpai xbole nk bergerak..lan plak nmpk mantap rantai safee..lgpun lan dgn berrios nmpak serasi kt defend..nantha nmpk selesa jd DM,jd ball winner..

    Likes(0)Dislikes(0)
  9. amirfsl

    harap2 gandingan due penyerang tempatan, khalid dan razali dapat membuahkan hasil lagi!!harap2 juge badi kad merah yang selalu menimpe perak ketike bertemu skuad kedah sejak final piala msia tahun lalu tak terjadi lagi!insyaAllah,dengan permainan yang kemas,teratur dan ditambah rezeki Allah,perak dapat pulang ke ipoh dengan seyum lebar dan wajah2 yang puas!! kedah-1 perak-3!!

    Likes(0)Dislikes(0)
  10. Pakcu

    "Admin, patut boleh sediakan laptop utk pemain share, kasi diorg tgk ruangan komen2 ni..kasi terbakar sikit…kasi semangat…."

    Pakcu difahamkan oleh Steve Darby sendiri pd malam selepas game dgn Selangor bahawa dia ada melihat video2 klip serta pernah surf web2 yang berkaitan dgn Perak football. Begitu juga dengan player.. mereka dlm "diam-diam" ada melayari web2 yang pakcu maksudkan itu.

    Komen2 yang bernas serta yang membina mungkin sedikit sebanyak boleh mempengaruhi mereka (player2 Perak).

    Game dengan Kedah ini.. diharap para player kita dapat mengekalkan semangat juang tinggi hingga ke wisel penamat. Sama2 kita berdoa semuga mereka beroleh kemenangan.

    Likes(0)Dislikes(0)
  11. kenari_245

    a'kum..sorry menyelit di dalam laman ini...kalau nak difikirkan esok punya game...kedah vs perak di stadium darulaman..susah sikit perak nak menang..coz tahulah...selaku pendahulu liga...kedah mesti mahu menang di tempat sendiri...mahu mengekalkan tempat selaku pendahulu liga super..selain itu, ramai tonggak utama sebelum ini yang cedera telah pun pulih untuk beraksi pada esok malam....saya rasa pemain perak akan berhadapan situasi sukar untuk menang memandangkan stadium akan dibanjiri dengan penyokong2 KEDAH..sekian terima kasih..

    pulun kedah pulun....

    Likes(0)Dislikes(0)
  12. razlan

    seansan00 kata

    24/03/2008 - Monday
    Kedah vs Perak Stadium Darulaman, Alor Setar
    (08:45 pm)

    (Web FAM)

    Jadual Perlawanan Liga Super 2008
    23-03-2008
    Stadium Darul Aman, Kedah

    (Web Perak.net)

    adey.. keliru! keliru!!

    jgn pening2... Ikut jer info seladang.net... sentiasa tepat

    Isnin 24 Mac 2008
    Stadium Darul Aman
    Alor Setar
    8:45PM

    Likes(0)Dislikes(0)
  13. ilorian

    salam semua.
    kepada team yob (walau siapa yang main) pastikan 100% komited kpd game, give the best effort yang boleh. selebihnya dengan semangat dan sokongan yang diberikan oleh fan pasti kita akan berjaya menewaskan kenari...

    Likes(0)Dislikes(0)
  14. seraimerah

    cakap banyak takde..

    Razali teman cabor mike skor pulak lawan kedah ni. Skor bebanyak bagi terbukak mata semua oghang dengan kehebatan kamu.

    Likes(0)Dislikes(0)
  15. mika

    KEPADA PEMAIN YOB... TAHNIAH DIUCAPKAN COZ DAPAT BANGKIT DARI KETINGGALAN DGN MENUNJUKKAN SEMANGAT JUANG YG TINGGI SKALI.... BANGGA TUL MIKA MALAM TU....

    UTK GAME MALAM NI... WALAU SAPA PUN YG DITURUNKAN MIKA HARAP DAPAT BERI PERSEMBAHAN YG BETUL2 BERSEMANGAT...BERJUANG HINGGA TAMAT 90 MNT... PEMAIN2 INILAH YG MENJADI KEBANGGAAN PENYOKONG YOB....

    WALAU APE PUN KEPUTUSAN MLM NI.... MLM KHAMIS NI MOH YOB KITE BERAMAI-RAMAI GI SHAH ALAM...... SOKONGAN KITE PALING PADU SKALI MALAM TU........... KEJOR..YOB KEJOR....

    Likes(0)Dislikes(0)
  16. yatty_sg

    perak mesti boleh! saya ade keyakinan dgn team perak .. tidak ade ape2 yg mustahil dlm bolasepak ..
    tapi kiranye kemenangan tu payah nak digapai, seri pon memadai juga .. seri lebih baik dr pulang tangan kosong kan ..

    all de best yob!

    Likes(0)Dislikes(0)
  17. zul4all

    perak boleh.......nampaknye team kite terkena plak taruhan mb baru kedah......harap2 razali adebayor terus menggerunkan defend dgn larian deras dan rembatan kencang....Amin...

    Likes(0)Dislikes(0)
  18. anakperak86

    game spt ni pttnyer boleh jd grand slam dlm liga kita. game ni mmg sukor lbh2 lg kat darulaman dan juga deme pernah tibai kite kat ipoh. jd kelebihan psikologi kat deme

    tp bola tu bulat. aper2 boleh jd. seri bg teman dh cukup baik. tp kalo menang x tau nk kata aper. seronok x ingt dunia ler .

    teman harap form razali berterusan utk game ni. teman mmg salute ler dgn work rate dia. harap mlm ni miker dpt skor lwn kedah ler

    razali umar kandasamy a.k.a adebayor made in perak

    kejor yob kejor

    Likes(0)Dislikes(0)
  19. deanly

    kalau kdh blh tibai prk kt ipoh nape plak prk tak blh tibai kdh kt darulaman...letih dah kene kutuk dgn fan kdh...hrp mlm ni prk dpt tunjukkan aksi sebenar kat kdh...GOOOOOOOOOOOOO PERAK!!!!!!! KEJOR YOP KEJOR.....

    Likes(0)Dislikes(0)
  20. kundang85

    selamat berjuang player2 perak..game ngan kedah, main lak kt drul aman,msuk lak free,cnfrm penuhnyer..bler mb bru perak nk wt cm mb kdh nie..hehe
    pasal game?jgn letak sgt harapan mggunung,perak jz main ikut game planning sudah,biar kdh nk wtper pun.main ikut startegi,main sugguh2, the result will come later..kdh bkn calang team,mg mntp so jz main sebaik mgkin.arap2 perak at least seri..selamat berjuang seladang..kalo berusaha n dtmbh fktor rezeki xder sbb perak x boleh..jgn wt mistake mudah2..
    amin.....

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.