TM Liga Super – Kedah Vs Perak (result)

TM Liga Super

Isnin 24 Mac 2008
Stadium Darul Aman
Alor Setar
8:45mlm

Kedah 5 – 1 Perak

Separuh Masa Pertama -

Minit 1:

Barisan Perak:

Hamsani Ahmad

K. Nanthakumar – Mario Berrios – Chan Wing Hoong

Azlan Zainal – S. Subramaniam

Noor Hazrul – Ahmad Shahrul – Hardi Jaafar

Razali Umar – Khalid Jamlus

 

Minit 5: Kedah memulakan permainan dengan serangan pantas melalui Khyril Muhymeen namun pantas dikeluarkan oleh pemain Perak. Sepakan sudut dari Fauzi Shaari gagal diambil kesempatan oleh Marlon Alex James.

Minit 10: Perak lebih banyak bertahan sambil membuat serangan balas ketika ini. Hardi Jaafar mendapat peluang merembat tetapi percubaan beliau tersasar.

Minit 12: Kedah menjaringkan gol pertama melalui sepakan awal Khyril Muhymeen yang cuba dikeluarkan oleh S. Subramaniam namun bola masuk ke gawang.

Minit 15: Sepakan percuma Ahmad Shahrul dari jarak 25 meter berjaya ditangkap kemas oleh penjaga gol Keda, Helmi Eliza.

Minit 19: Kedah membuat serangan pantas namun pengadil telah pun mengangkat bendera offside kepada Marlon Alex James.

Minit 20: Gol dari Khyril Muhymeen hasil hantaran Marlon Alex James.

Minit 25: Hantaran dari Azlan Zainal mencari Razali Umar namun beliau terlepas hantaran itu. Khalid Jamlus dan Shafizan Hashim dilayangkan kad kuning kerana bergaduh sesama sendiri.

Minit 28: Gol dari tandukan Khril Muhymeen hasil hantaran lintang Shafizan Hashim.

Minit 35: Pergerakan dua penyerang Perak tersekat iaitu Khalid Jamlus yang dikawal oleh Shafian Hashim manakala Razali Umar dikawal oleh V. Thirumurugan. Kedah mendapat sepakan percuma dari jarak 50 meter selepas Khyril Muhymeen dibentes S. Subramaniam namun sepakan itu meliar.

Minit 38: Pasukan Kedah mulai sedikit memperlahankan permainan dengan pasukan Perak masih lagi mencari gol namun buntu. Danial Fadzly masuk menggantikan Chan Wing Hoong.

Minit 39: Gol dari Marlon Alex James hasil kesilapan Mario Berrios.

Minit 45: Kedah masih lagi mengasak ketika ini dengan percubaan Fadly Baharum nyaris lagi menghasilkan gol.

Tambahan masa: 1 minit

Separuh Masa Kedua

Minit 50: Perak memulakan permainan dengan serangan pantas mencari Khalid Jamlus tetapi tidak berhasil manakala hantaran lintang dari Khyril Muhymeen liar. Satu hantaran dari Fadly Baharum gagal disudahkan oleh Badrol Bakhtiar.

Minit 55: Pasukan Kedah mendapat sepakan percuma yang diambil oleh Fauzi Shaari namun melambung tinggi. Perak membuat pertukaran kedua dengan mengeluarkan Hardi Jaafar dan memasukkan Jorge Munoz.

Minit 60: Kad kuning kepada Ahmad Shahrul kerana mengasari Fadly Baharum.

Minit 65: Khalid Jamlus membuat percubaan tetapi dihalang oleh Bernard Huggins.

Minit 70: Khalid Jamlus mengalami kecederaan dan dikeluarkan untuk digantikan oleh Mohd Nor Ismail.

Minit 72: Razali Umar menjaringkan gol pertama Perak hasil perangkap offside yang tidak menjadi oleh pasukan Kedah.

Minit 75: Perak ketika ini mulai mengasak dengan gandingan Mohd Nor Ismail bersama Razali Umar dengan pasukan Kedah banyak bermain secara selamat.

Minit 77: Gol kelima pasukan Kedah dijaringkan oleh Fadly Baharum hasil hantaran Badrol Bakhtiar dari jarak 25 meter.

Minit 85: Kedah mengeluarkan Fauzi Shaari dan memasukkan Nelson Sam Martin. Kedah lebih banyak mengasak ketika ini dengan percubaan Fazliata Taib terkena palang.

Minit 90: Percubaan dari Sabree Mat Abu diselamatkan oleh Hamsani Ahmad. Ronny Harun menerima kad kuning kerana kekasaran keatas pemain Perak. Percubaan Jorge Munoz terus kedakapan Helmi Eliza.

Tambahan masa: 3 minit

Tamat

Nota: Perlawanan tertunda antara Kedah dan Perak akan disiarkan oleh RTM1 pada hari Rabu 26 Mac 2008 pukul 12 malam. (Tertakluk kepada perubahan)

Likes(0)Dislikes(0)

28 thoughts on “TM Liga Super – Kedah Vs Perak (result)

  1. mika

    TAK PE LA YOB....SPARUH MASA DAH KENA 4.... BUAT2 TAK DER PERASAAN JER...... MUNGKIN TAK DER REZEKI LG.... BERSABAR JER LA.......

    Likes(0)Dislikes(0)
  2. pachenko

    Hope Steve Darby perlu bangun dari MIMPInya skrg...
    bukan masa untuk percaturan player yg begitu untuk game2 yang penting nie... Kami FAN PERAK di Kuala Lumpur masih mendoakan kejayaan PERAK malam nie.. AMIN.

    Likes(0)Dislikes(0)
  3. azwanali

    Yes. Perak kena lagi dah... Memang Perak tak bole langsung beat ngan kedah. Asyik kena belasah je. Terukk sesangat ke perak ni.. Apa dah jadi niii... Apa yg silap ni...
    Cuba citekan sikit SD....

    Likes(0)Dislikes(0)
  4. abgcho

    huhu..pe nk jd ni..langsung xde peningkatan bile lawan ng kedah..lagsung xde pedoman bile lawan ngn kedah..ape y awok perhatikan, bile lawan ngn kedah ni, khyril muhaymin kerap kali mudah untuk masuk dan mnjaringkan gol..diketahui posisinya adalah winger..so, apa yg boleh disimpulkan, defense belah kanan mmg senang melepaskan mamat ni..mm, actually i'm might bored talking about this matter..this is so radiculous to say same things when rematch with kedah....thinking la stip....this is about our dignity rite>>??

    Likes(0)Dislikes(0)
  5. miez3

    Steve Darby kena lagi...tahniah buat skuad Azrai Khor....anda memang mantap dan hebat....buat skuad Perak...malam malang ni perlu dilupakan seketika....perlawanan sebenar yg perlu difikirkan ialah pada Khamis ni....inilah satu2nya peluang yg perlu diraih jika pasukan Perak masih inginkan sekurangnya satu piala utk musim ni.....iaitu Piala FA...cuba lagi Yob....

    "To Steve Darby...hope you will learn again from the mistake...what ever it cost...i hate to say this...u are totally been taught by our local coach just now about football in our own Malaysia's Super League.....what to do...accept the fact...admit it....now u got to focus to the next game...next rival..S'ngor...hope u can make it this Thursday...best of luck anyway....may "wild Ox" rise again!!!"

    Skor Yob Skor....Adios Amigos...Gracias!!

    Likes(0)Dislikes(0)
  6. active11

    Berduka lagi. Sedih mengenangkan Perak dah lepaskan 15gol dalam tiga perlawanan. Statistik yg amat2 merisaukan. Betulla ckp yobs semua, kita takde peningkatan bila lawan Kedah.

    Takpe, tumpukan dalam piala lain yang masih berpeluang.

    Cheers!!!

    Likes(0)Dislikes(0)
  7. mika

    PAS NI SPERTI KEBIASAAN.... AKAN TERHAMBURLAH LUAHAN PERASAAN YOB & YONG YG TAK PUAS ATI.....

    BAWA BERSABAR YOB.... SETAKAT NI JER LA KEMAMPUAN DAN KEUPAYAAN PEMAIN KITE DAN PENGURUSANNYE.. APE LAGI YG MAMPU KITE NI NAK NOLONG....PASUKAN LAWAN MGKIN PUNYE PEMAIN TAMBAHANNYE YG CUKUP KUAT.....SMPAI NAK PECAH STADIUM KOT...

    APE2 PUN MOH KITE GI SHAH ALAM KHAMIS NI LUPAKAN SEGERA MIMPI NGERI NI... MKIN KITE AKAN BERTEMU LG UTK BLAS DENDAMMM PD KEKALAHAN MLM NI....SATU LG PERJUANGAN YG AKAN DILAYANN.....MIKA TETAP BERSAMA... KEJOR YOB KEJOR........

    Likes(0)Dislikes(0)
  8. webmaster Post author

    Stadium Darul Aman khabarnya telah pun dipenuhi oleh penonton seawal jam 7 petang dan laman web seladang.net juga telah mencatatkan rekod baru setakat ini dengan jumlah pengunjung:

    Most users ever online were 287, on Tue, 25 March, 2008 @ 12:01 am

    Rekod lama ialah:

    Most users ever online were 180, on Wed, 13 February, 2008 @ 12:03 am

    Terima Kasih
    admin

    Likes(0)Dislikes(0)
  9. miez3

    thanks for the info admin....itu le semangat yg kita mau....walau kalah walau menang...walau di stadium walau di rumah atau di mana pun ceruk dunia...semangat Yob tetap membara...jumpa kome semua kt Shah Alam....teman tunggu...Perak tetap teman sokong...moh semua....

    Likes(0)Dislikes(0)
  10. slash

    aii.. itu le kome..season dpn tolong bwk Weigang balik le..
    dia aje yg paham pe'el perak ni..
    tau le ape dia nk buat..import mane patut masuk player mane patut buang..

    awok bkn tk bole terime kalah..tapi 5-1 yob!..
    ape ke hey nye ni..paneh ghasenye..hanto team presiden pn tk kene balon camni gamaknye..

    steeb oo steeb..ghenti le wey..ape nk dibuat ngn taktik tu lg..
    tukor le taktik..dr dlu statik aje..itu pasey result pn statik kene balon..team lain dh paham benor..

    tkpe le..liga super mmg dh tk terkejor dh..cube piale lain pulok le nmpk gayenye..

    ape pn good luck le utk game lepeh2 ni..awok still sokong team perak drpd sokong team2 EPL.. awok bkn lahir kt sane pn watpe nk sokong team sane sgt..

    kite patut bangga ngn team kite..ok le..

    AKU BANGGA JD YOB!

    Likes(0)Dislikes(0)
  11. kenari_245

    a'kum..kan saya dah cakap..perak susah sikit nak menang malam nie..semangat pemain perak tenggelam terus dengan sorakan penyokong2 kedah..ditambah pula ngan pemain kedah yang cukup bersemangat pada malam ini..xpalah PERAK jangan putus asa..tumpukan pada perlawanan piala FA..PERAK akan bertandang ke Shah Alam..semoga skuad steve Darby dapat mengambil iktibar dari segala kelemahan terhadap skuad PERAK...semoga menentang Selangor pada JUMAAT ini dapat melakukan kejutan di hadapan penyokong2 Selangor...sekian terima kasih..

    KEDAH TETAP JUARA!!

    Likes(0)Dislikes(0)
  12. me 109

    Perak boleh lupakan saje Piala Liga ni.Fokus kpd Piala FA dan M`sia.Last three game,Perak bolos 15 gol.
    Best of luck buat Perak di Shah Alam.But then again there`s a saying,"LUCK favours the GOOD."Is PERAK good enough?
    ....I desperately want to think that they are.....good enough.

    Likes(0)Dislikes(0)
  13. yatty_sg

    kekalahan yg amat perit .. nak taknak, terima jela kan .. wat is done couldnt be undone ..

    teman taknak komen byk cuma btol2 terperanjat bila sepupu teman (org kedah) telefon teman khabarkan result.

    next match, focus! mantapkan defence , tajamkan attack.

    Likes(0)Dislikes(0)
  14. webmaster Post author

    Perlawanan tertunda antara Kedah dan Perak akan disiarkan oleh RTM1 pada hari Rabu 26 Mac 2008 pukul 12 malam. (Tertakluk kepada perubahan)

    Terima Kasih
    admin

    Likes(0)Dislikes(0)
  15. satorare

    what happen Perak..
    kalah lagi..
    mmg truk.. x tau nk kata apa dh..
    kalo nk kalah pn, jgn la truk sgt..
    ni smpi 5-1.. cam x melawan langsung
    Srwk pn klh 3-0 je..
    3 game sblm ni dh bolos bnyk..
    SD patut tgk benda ni..
    jenuh la yop smua..
    teman dh la duk kedah ni..
    panas telinga ni
    duk kena kuruk gn membe..
    kata deme kt teman,
    sang kenari terbang tinggi..
    seladang...............
    ku Rasa Kecewa….

    Likes(0)Dislikes(0)
  16. Pakcu

    Malam ini Pakcu memang tak sihat.. tertidur awal.. jam 2 pagi terjaga.. tenguk hp.. banyak sms dari teman2 yg berada di stadium darul aman.. fuhh keputusan yg tidak terduga..

    alhamdulillah pakcu lihat fan2 yob disini sume nya profesional.. bisa menerima keputusan yang sebegini rupa dengan hati terbuka.. syabasss.. kerna hati dan jiwa yob2 semua masih tetap bersama Perak.

    Pakcu setuju dgn kata2 kenari_245 bahawa mungkin "semangat pemain perak tenggelam terus dengan sorakan penyokong2 kedah..ditambah pula ngan pemain kedah yang cukup bersemangat pada malam ini" bukan Perak tdk mampu.. harus diiingat bhw kemampuan dan semangat adalah dua hal yg berbeza. Dihalaman sendiri pun Perak boleh tertewas dengan jaringan yang besar ini kan pula digelanggang lawan.

    Yang agak menyedihkan hati Pakcu malam ini apabila terdengar ada player2 Perak yang tercedera serta player2 yang dilayangkan kad.. masaalah seperti inilah yang bakal memberi kesan pada game2 Perak seterusnya.

    Diharap sesangat agar Steve Darby atau sesiapa saja org kuat pengurusan PFA membaca komen2 serta kritikan yob2 disini.

    Likes(0)Dislikes(0)
  17. locker

    Assalammualaikum wbt

    Pada pendapat teman, Perak memang agak payah nak menang dengan Kedah. Kalo dilihat dilihat dari senarai pemain-pemain Kedah, kita tengok rata-rata pemain muda. Bila pemain muda kita tahu mereka mempunyai stamina dan semangat yang tinggi. Walaupun dikatakan pengalaman boleh menjadi faktor kemenangan, tetapi jika digarap pemain-pemain muda ini bermain dengan cara 'mereka' (pantas, laju, short pass), tambahan pula bermain ditempat sendiri, memang payah laa nak menang.

    Apa yang Perak perlu lakukan untuk mengekang player-player yang laju ni, ialah meletakkan pemain-pemain muda kita yang lebih laju dari mereka. Defend kita kena lebih power dan ceredik dari KM (Khairil Muhaiymeen).

    Pastu... kita kena ada gandingan striker tambahan, macam ni punya tournament tak de rest ni, memang akan ada yang cedera. So by hook or by crook striker kena standby (main striker memang selalu kena cantas pon)

    Sekian

    Likes(0)Dislikes(0)
  18. ely

    SD tlg la jgn ego sgt tukar la percaturan skit...
    kedah dh boleh bace game perak la...mlh selangor pn..
    tlg jgn hampakan kami penyokong yob disini...
    ape2 pn pasukan perak all the best....
    penyokong yob tetap sokong walu mcm mane sakali pn
    skor yob skor!!!!!

    Likes(0)Dislikes(0)
  19. arulznsara

    Takpe yobs and yongs.....pemain Perak keletihan sebab banyak sangat game. Lagipun pemain Kedah dapat sokongan 35,000 penonton yang dapat tiket percuma. Jangan patah semangat. Teman akan turun ke stadium Shah Alam Khamis ni. Insyallah Perak akan bangkit! Amin...

    Likes(0)Dislikes(0)
  20. pachenko

    Aku rasa kena ada perubahan yg besar khusus dalam pembangunan bolasepak PERAK nie. Kita kena cari player2 muda yang berbakat, pendedahan awal itu perlu demi mencari player2 muda yg betul2 bersedia untuk mengharungi saingan LIGA TEMPATAN. Hope persatuan bola PERAK memandang berat & bertangungjawab diatas situasi pasukan kita skrg nie.

    Untuk game dgn SELANGOR di Shah Alam nie, kami FAN PERAK di Kuala Lumpur akan bersama-sama dgn fan2 yang lain akan hadir demi memberikan semangat padu buat pasukan PERAK.
    Ayuh kita bersama2 membuktikan kepada SELANGOR khususnya yang kita adalah antara pasukan yg perlu dihormati & disegani di Malaysia.

    Hope fan PERAK yang lain dapat turun ke stadium pd hari KHAMIS ini. PERAK BOLEH....U CAN DO IT (GLORY-GLORY PERAK)

    Likes(0)Dislikes(0)
  21. zul4all

    ak dah patah semangat....bolos 15 bijik 3 game satu rekod baru perak.....kome x sedo2 lagi ker......steve kene bertindak

    Likes(0)Dislikes(0)
  22. Yashurr Yazurry

    Teman rasa agk kecewa.. namun itu tak mematahkan
    semangan teman utk terus brada d'sisi pasukan
    kesayangan teman..

    PASUKAN TENTERA SINGAPURA

    Likes(0)Dislikes(0)
  23. Yashurr Yazurry

    Teman rasa agk kecewa.. namun itu tak mematahkan
    semangat teman utk terus brada d'sisi pasukan
    kesayangan teman..

    PASUKAN TENTERA SINGAPURA telah bnyk mendedahkan
    kelemahan2 strategi steve darby...
    kombinasi 3 defend dan 1 defendsive mdflder/backup defend
    sudah tidak releven lagi bg pndapat teman..

    pasukan kita y mgunakan formation 3-5-2 mudah diratah
    senandainya pasukan lawan menyerang bertali arus ke bhagian sayap..
    perhatikan dan nilai kembali gol2 pihak lwn thadap kita..
    semuanya serangan & hantaran dari bhg tepi/syap..

    teman jgk tertanya2, apa y cuba dlakukan oleh steve darby
    ketika ketinggalan 4 gol...??
    seperti biasa y teman
    lihat d'stadium (smasa afc cup & vs selangor..dll)
    steve darby hanya berdiri dan mgharapkan ank buahnya
    melakukan sesuatu... sampai bila bliau nk mgharap kan
    player..?? kalau beliau hnya berdiri tanpa b'buat apa2..

    Begitu juga lah y terjadi ketika beliau mengendali pasukan
    Home Utd, kemerosotan Home Utd menyebabkan penghijrahan beliau ke PERAK dan kontrak 5thn bersama
    PERAK t'metrai...

    dan kini pasukan Kita mnjadi ratahan oleh pasukan
    y bijak mgambil kesempatan d'atas kelemahan
    FORMASI 3-5-2....

    p/s:
    TEMAN SYGKAN PASUKAN PERAK...
    TEMAN JGK MGHARAPKAN PASUKAN KITA D'KENDALI OLEH
    JURULATIH TEMPATAN SATU HARI NANTI...INSYAALLAH...

    Luahan & pendapat teman ini bkn la sembrono smata2..
    ia bdasarkan permerhati teman juga pndapat2 penyokong
    y laen...

    AYUH PERAK!!!
    BANGKIT DARI KEKALAHAN!!!

    Likes(0)Dislikes(0)
  24. gengbas_sekolah

    ayuh SD..jgn jadikan alasan pemain letih dan jadual padat..Kedah pun alami situasi yg sama tapi mereka semakin gagah

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.