Pilihanraya Ke-12 Malaysia | Sabtu 8 Mac 2008

SPR | Suruhanjaya Pilihanraya

Esok Sabtu 8 Mac 2008 akan berlangsung satu lagi peristiwa bersejarah kepada tanahair kita Malaysia dan rakyat Malaysia amnya, di mana Pilihanraya ke-12 bakal berlangsung. Pada kesempatan ini penulis secara peribadi, ingin mengucapkan selamat mengundi kepada mereka yang menjalankan tugas sebagai warga Malaysia yang merdeka dan bertanggungjawab.

Sebagai satu bahan hiburan yang berilmiah, penulis juga ingin berkongsi satu klip video yang pada pandangan penulis cukup baik dan mempunyai mesej yang menarik untuk diperhalusi oleh kita semua.

Anda juga sebagai pengguna berdaftar di seladang.net boleh membuat ucapan di ruangan komen di bawah berdasarkan kepada syarat-syarat berikut:

  1. Tidak mencadang untuk mengundi secara langsung atau tidak langsung sebarang parti yang bertanding.
  2. Tidak boleh menyatakan sebarang nama parti samada secara jelas atau singkatan.
  3. Penulis berhak untuk meminda atau memadamkan sebarang komen yang dirasakan boleh menimbulkan ketegangan di antara ahli forum.

Video ini adalah hakcipta terpelihara dari salah sebuah badan NGO di Malaysia.

(video telah dipadamkan)

YB Corner

Likes(0)Dislikes(0)

One thought on “Pilihanraya Ke-12 Malaysia | Sabtu 8 Mac 2008

  1. miez3

    Salam persaudaraan utk semua yobs & yongs.....teman nk balik Ipoh dh mlm ni.....balik dgn satu hasrat...menunaikan tanggungjwb sbg rakyat Perak & M'sia yg layak utk mengundi....membuat pilihan bagi meneruskan agenda yg seterusnya....membuat pilihan bagi menegakkan kebenaran & hak kita dan generasi seterusnya....itu tanggungjawab teman...mike2 semua udah daftar?udah layak ke?...kalau udah...tunaikan le tanggungjawab kita...walaupun mlm ni teman akan menempuh perjalanan yg agak jauh dan meletihkan tapi demi satu undi dr teman yg mungkin dpt ubahkan sesuatu utk negara ini teman gagahkan jgk...semoga selamat pegi & balik dr mengundi...buat pilihan yg tepat....walau apa pun ideologi kita yg penting lepaih ni sama2 le kita tunggu undian Piala FA pulak...dgn team mana Perak kena lwn....apa pulak ceritanya nanti di Maldives....moh ngundi weh.....Wassalam...Undi Yob Undi...Skor kroteih tu Skor Yob!!

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.