Perlawanan TM Piala FA 07/2008 – 4 Mac 2008

TM Piala FA

TM Piala FA 2007/2008 akan berlangsung malam nanti dengan 14 lagi pertemuan. Pertemuan pusingan pertama timbal balik kedua ini adalah titik penting kepada beberapa pasukan untuk terus menghidupkan peluang bersaing pada pusingan kedua nanti.

Pasukan seperti PDRM, Kedah, Selangor dan Sarawak sudah boleh dikira meletakkan sebelah kaki untuk melangkah kepusingan seterusnya setelah membelasah lawan masing-masing dengan jumlah jaringan yang besar pada perlawanan timbal balik pertama yang lalu.

Pertandingan kali ini juga turut menggunakan format jaringan gol di tempat lawan sebagai penentu pasukan yang layak ke pusingan seterusnya.

Contoh: Pasukan ATM hanya perlu menewaskan skuad Pahang dengan jaringan 1 gol dan memadai untuk diistiharkan sebagai pemenang kerana berjaya menjaringkan 2 gol di tempat lawan pada perlawanan sebelum itu.

Berikut adalah perlawanan yang akan berlangsung malam nanti:

Nota: keputusan perlawanan pertama di dalam kotak kurungan

Proton FC (1) vs (0) Harimau Muda
Stadium MBPJ, Kelana Jaya

ATM (2) vs (3) Pahang
Stadium Tuanku Abd Rahman, Paroi

Johor (0) vs (0) N.Sembilan
Stadium Hj Hassan Yunos, Larkin

DPMM FC (1) vs (5) Selangor
Stadium Hasanal Bolkiah

My Team FC (0) vs (2) Pulau Pinang
Stadium Shah Alam, Selangor

Melaka (3) vs (0) MP Muar
Stadium Hang Tuah, Melaka

T.Team (0) vs (6) Sarawak
Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah

Kedah (5) vs (2) PKNS
Stadium Darul Aman, Alor Setar

Plus FC (2) vs (2) Perlis
Stadium Bolasepak Kuala Lumpur

Kelantan (1) vs (3) Kuala Muda
Stadium Sultan Mohd Ke-IV, Kota Bahru

KSK Tambun Tulang (0) vs (3) Felda United FC
Stadium Utama Negeri Kangar

PDRM (5) vs (1) KOR RAMD
Stadium Majlis Perbandaran, Selayang

Shahzan Muda (0) vs (3) Kuala Lumpur
Stadium Darul Makmur, Pahang

Perak (0) vs (2) Johor FC
Stadium Perak, Ipoh

Semua perlawanan akan berlangsung pada pukul 8:45mlm kecuali di Stadium Hasanal Bolkiah iaitu pada 8:00mlm.

Likes(0)Dislikes(0)

3 thoughts on “Perlawanan TM Piala FA 07/2008 – 4 Mac 2008

  1. webmaster Post author

    Lintas langsung ulasan perlawanan Perak Vs Johor FC sedang diusahakan oleh krew bertugas malam ini.

    Terima Kasih
    admin

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.