Perlawanan TM Piala FA 07/2008 – 23 Mac 2008

TM Piala FA

Perlawanan tunggal malam esok untuk TM Piala FA 2007/2008 ialah pertemuan antara Pulau Pinang menentang Kuala Muda di Stadium Bandaraya Pulau Pinang pada pukul 8:45 malam. Perlawanan ini akan mencukupkan bilangan 16 pasukan yang bakal menghadapi perlawanan pusingan kedua timbal balik kedua pada hari Khamis 27 Mac 2008.

Keputusan TM Piala FA 07/2008 pada 21 Mac 2008:

Kedah 3 – 0 Sarawak
Pahang 0 – 0 Plus FC
Perak 4 – 4 Selangor
PDRM 2 – 1 Sabah
Proton FC 3 – 2 Melaka
Terengganu 1 – 0 N.Sembilan
K. Lumpur 2 – 5 Felda United FC

Likes(0)Dislikes(0)

3 thoughts on “Perlawanan TM Piala FA 07/2008 – 23 Mac 2008

  1. pie

    askum semua. huh lega teman hari ini baru bleh buka internet. bkn apa sini ada mslh internet selama dua hari bermula dari jumaat petang masa perak lwn selngor plak. tension2 maklumlah teman kat india. tapi teman besyukur walaupun dah dua hari xdpt tgk hari ni dpt gak bila teman telefon ASIANET kat sini dan bgtau masalah yg dihadapi. teman pun gelisah duk tunggu keputusan yang sgt2 dinantikan. nasib baik seri walaupun pada satu ketika ketinggalan 4-1. teman rasa razali umar patut diserapkan dalam kesebelasan utama bagi merehatkan CC yang cedera dan menurunkan CC apabila sihat semula bukan apa berikan pendedahan kpd beliau kerana pasukan lawan mungkin tdk tahu tahap sebenar razali dan ini dapat membuatkan pasukan lawan kurang menjaga beliau semasa beliau bermain. mungkin satu pandangan sahaja kerana bagi teman SD lebih kenal pemain2 beliau.

    KEJOR YOB KEJOR

    SKOR YOB SKOR

    Likes(0)Dislikes(0)
  2. amirfsl

    teman memang gembire sebab seri,tapi harap2 lepas ni steve darby dan anak2 buah dapat menggunekan kelebihan bermain di tempat sendiri dengan lebih cermat dan serius,,ini adalah salah satu care menggamit kehadiran penyokong ke std dan seterusnye mengukuhkan status kewangan skuad,,walau apepun,teman faham bahawa jadual permainan yang terlalu ketat dan padat menyebabkan stamina sesetengah pemain menurun dan seterusnye mempengaruhi care permainan,,jadi teman harap agar steve darby dapat memikirkan care yang efektif utk mengatasi masalah ini,,gud luck yop!!

    Likes(0)Dislikes(0)
  3. padiltaiping_81

    satu semangat melawan yg begitu mengagumkan!dari ketinggalan 1-4 dengan selangor,antara pasukan yg mantap dalam liga super ni,perak mampu bangkit menyamakan kedudukan 4-4...

    dalam keadaan fizikal&stamina pemain yg penat menghadapi jadual perlawanan yg padat,ketinggalan pulak 1-4...teman rasa bukan calang2 pemain yg mempunyai kekuatan mental dan emosi yg hebat...tahniah buat skuad perak..

    hope kita bleh mengulangi rekod kemenangan di tempat lawan dalam perlawanan piala fa pusingan kedua nanti..amin...skor yob skor!

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.