Perlawanan TM Piala FA 07/2008 – 21 Mac 2008

TM Piala FA

TM Piala FA 2007/2008 akan berlangsung malam esok dengan 7 lagi pertemuan. Pertemuan pusingan kedua timbal balik pertama ini menyaksikan 2 perlawanan yang dijangka cukup sengit iaitu Perak bakal menentang Selangor manakala Terengganu berhadapan pasukan Negeri Sembilan.

Turut dijalankan serentak pada malam esok ialah perlawanan tunggal TM Liga Premier antara pasukan Kelantan menentang PKNS FC di Stadium Sultan Mohd Ke-IV, Kota Bahru.

Berikut adalah perlawanan yang akan berlangsung malam esok:

Terengganu vs Negeri Sembilan
Stadium Sultan Ismail Nasaruddin Shah

Kuala Lumpur vs Felda United FC
Stadium Bolasepak Kuala Lumpur

Proton FC vs Melaka
Stadium MBPJ, Kelana Jaya

Kedah vs Sarawak
Stadium Darul Aman, Alor Setar

Pahang vs Plus FC
Stadium Darul Makmur, Kuantan

Perak vs Selangor
Stadium Perak, Ipoh

PDRM vs Sabah
Stadium Majlis Perbandaran, Selayang

TM Liga Premier

Kelantan vs PKNS FC
Stadium Sultan Mohd Ke-IV, Kota Bahru

Semua perlawanan akan berlangsung pada pukul 8:45mlm.

Likes(0)Dislikes(0)

8 thoughts on “Perlawanan TM Piala FA 07/2008 – 21 Mac 2008

  1. Redzuansky

    Perak perlu melupakn duka y dirasai ketika ini. apa yg pntg adalh Perak perlu fokus dlm m'harungi perlawanan pada mlm ini. Perak mampu menewaskan Selangor. wpn CC dab Sharul Nizam hmpr pst xdpt dtrnkn, teman yakin Razali Umar dan Danial Fadzly mampu mengisi kekosongan itu dan beraksi cemerlang..

    Skor Yob Skor!

    Likes(0)Dislikes(0)
  2. seraimerah

    Selangor perlu ditewas kan sebelum mereka menjejak kaki ke QF sebab bila deme dah diperingkat situ ... maka mereka kemungkinan besor sukar dah untuk ditewaskan..

    so Perak do your job nicely

    Likes(0)Dislikes(0)
  3. razlan

    lupakan apa yg berlaku selasa lalu, tumpukan perhatian pada perlawanan akan datang, game sgor n kedah ni amat penting... come on perak!

    Likes(0)Dislikes(0)
  4. active11

    Perak, dua pasukan menanti kita!!!
    Kedah dan Selangor mesti ditumbangkan, meraka dah menconteng arang kemuka kita. Kali ni, kita revenge cukup2.

    Tak sabo nak tgk malam ni. Mula-mula Selangor dan kemudian Kedah.

    Cheer Up Yobs!!!

    Likes(0)Dislikes(0)
  5. yatty_sg

    dua perlawanan yg amat hebat sedang menanti, ujian getir bagi pasukan perak. lupakan apa yg telah terjadi, kenangan lalu jadikan sbg batu loncatan utk memburu kejayaan yg akan dtg.
    ketahanan mental perlu seimbang dgn kecergasan fizikal, moga perak dpt beri yg terbaik.

    all de best pasukan kesayanganku ...

    Likes(0)Dislikes(0)
  6. Pakcu

    Pasukan Perak ni kengkadang unik juga.. kenapa Pakcu berkata begitu? Cuba lihat perlawanan2 sebelum nya.. disaat kita memerlukan kemenangan.. kemenangan itu hadir tapi bukan di'menangkan' oleh striker2 utama kita tapi oleh player2 lain... spt a'ah.. marios... dll. Harap malam ini skrip seumpama itu akan berulang... Tidak mustahil kalau Hardi atau Md Nor juga boleh menyekor.. Dua minggu sudah Pakcu sempat berjumpa dgn deme berdua ni.... sempat jugak kasi perangsang... kami tetap sapot anda...

    betul kata forumist2 disini.. kekuatan mental pemain2 kita perlu di kekal hingga saat akhir permainan. sebagai bukti nya pada perlawanan sebelum ini dimana kita tewas kpd pasukan yang sama.. kerana dek mental jugak kan? meskipun tidak seratus peratus..

    player2 Perak pls jgn mandang Selangor ni pasukan gergasi.. Yang se-benar2nya tidak ada ciri2 gergasi pun pada team ini... jgn bimbang

    Likes(0)Dislikes(0)
  7. miez3

    Apapun terserah pada pemain mlm ni utk memainkan peranan mereka.....harap2 player2 yg diberi tanggungjawab dapat menyempurnakan tugas mereka....admin...takde lintas langsung ke mlm ni??

    Jawapan dari admin: Kalau tiada aral melintang, lintas langsung akan berjalan seperti biasa.

    Likes(0)Dislikes(0)
  8. abgcho Post author

    insyaAllah ade le kan..plik tui, nape le smpei camni jadual kite?? sok pg blk lmbat dah nk g kedah..adeii..mungkin ade hikmah disebaliknye...

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.