Info | Pertanyaan & Cadangan

Artikel ini dibuka untuk memudahkan pengguna berdaftar bertanya pelbagai soalan yang berkaitan serta memberikan cadangan memajukan halaman ini kepada pihak kami. Anda boleh berbuat demikian pada ruangan komen dibawah.

Pihak kami juga perlukan kerjasama pengguna berdaftar yang lain untuk membantu ahli-ahli baru lain yang bertanya jika anda merasakan perlu berbuat demikian. Artikel ini juga akan diletakkan pada ruangan Notice Board (sidebar kanan) untuk memudahkan pengguna melayarinya.

Terima Kasih
admin

Likes(0)Dislikes(0)

65 thoughts on “Info | Pertanyaan & Cadangan

  1. mika

    yob admin bile mika bole dapat dvd sel vs perak ari tu, klu tak cukup quota tak kan tak leh kasi? yob2 yg lain tak nak beli ker...
    kalau ade perlawanan yg menarik lagi mika nak... tapi tahun ni lawan kedah, selangor, atau final mungkin menarik utk dijadikan koleksi simpanan..... klu bole yob admin bole tlg adakan.....

    Jawapan admin: Penjualan DVD adalah berdasarkan kepada kouta yang disediakan. Jika kouta tidak mencukupi maka DVD tersebut tidak akan dijual kepada umum. Keputusan adalah muktamad dan tiada sebarang rayuan akan dilayan.

    Terima Kasih
    admin

    Likes(0)Dislikes(0)
  2. miez3

    Salam admin....teman ada cadangan....harap dpt dipertimbangkan...
    Ok...1st..utk yob Mika tu...teman rasa jwpan yg diberi admin ada logiknya....kalau teman sendiri pun teman buat yg sama gak...DVD tu hanya akan keluar bila cukup kuota...bukan apa pihak admin pastinya kena ada budget deme utk mengimbangi kos pembikinan DVD tu....
    2nd....yob....teman rasa bab2 DVD ni kureng dpt sambutan mungkin dari segi promosi....maybe pihak admin bleh try taktik baru...mana tau kut2 bleh tunjukkan skit preview dlm ruangan "MEDIA".....selain dr kegunaannya utk menayangkan babak2 rangkuman perlawanan dpt jgk digunakan bg tujuan promosi ye tak??
    3rd.....yob....Apa kata pihak admin dpt jual atau buat sesuatu yg menarik lg minat ahli....benda yg simple tapi mungkin dipandang enteng...satu je teman nampak....penjualan "merchandise" Seladang.net....ini sebenornya lebih mudah laku dan kebanyakkan kelab atau fan club tak kira ler berkaitan dengan bola atau muzik atau apa2 aje mesti benda2 mcm ni digilai org atau peminat....khasnya yg pertama...baju atau jersi...org bukan nak sgt baju tu...tapi bila tercatat je perkataan "SELADANG.NET"...perghh...silap2 mcm goreng pisang panas beb...harga pulak tak yah le mahal...kadang2 tu quantity tu lebih lg bila harga berpatutan...kedua...keychain...hmmm..ini lg simple...tapi yg simple kekadang org berebut nk beli...sbb...sbb dia comel....last skali....stiker kereta...limited edition...kt luar tak dapat punye...siap ada no keahlian pulak tu...haa..amacam??

    Hmmm....harap2 admin dpt pertimbangkan la ye cadangan teman...jgn marah ha panjang sgt komen dan cadangan teman ni.....anyway thanks admin sbb adakan ruangan ini...yob2 & yong2 yg lain amacam??setuju tak??

    Jawapan admin:

    1) Ya, penjualan DVD tersebut bukanlah mampu untuk membuatkan pihak pengurusan seladang.net menjadi kaya raya tetapi sekurang-kurangnya mampu untuk menampung kos hosting, domain dan cadangan-cadangan awal kami untuk memberikan beberapa cenderamata secara percuma kepada pengguna.

    2) Pihak kami tidak dapat membuat preview dalam bentuk format asal DVD tersebut disini kerana masalah bandwidth yang tinggi. Ini boleh membuatkan seladang.net berada dalam risiko untuk digantung perkhidmatannya oleh pembekal hosting.

    3) Cadangan untuk membuat T-shirt akan kami pertimbangkan jika ada permintaan yang baik dari pengguna seladang.net. Tentang penjualan "merchandise" yang lain kita boleh bincangkan bersama dengan semua pengguna disini nanti.

    Terima Kasih
    admin

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. ausbos

      ada tak koleksi perlawanan akhir piala fa antara perak dengan selangor di stadium merdeka yang mana perak menang 4-2. saya terlalu teruja dengan game tersebut tapi malangnya saya masih tidak dapat koleksi tersebut. jika ada bolehlah jualkan distadium ataupun diumumkan dilaman ini..harapan menggunung

      tambahan> perlawanan tersebut pada tahun 1990

      Likes(0)Dislikes(0)
  3. miez3

    Opps...lupa plak...agak2 boleh buat chatroom ke utk ahli2 berinteraksi....kalau tak private pun at least member2 boleh chat secara langsung...thanks again admin..arios..

    Jawapan admin: Kebanyakan perisian chatroom menggunakan aplikasi Java yang akan membebankan server seladang.net dan secara tidak langsung menyebabkan pengguna lain tidak dapat melayari halaman utama. Oleh yang demikian cadangan anda tidaklah dapat kami pertimbangkan.

    Terima Kasih
    admin

    Likes(0)Dislikes(0)
  4. miez3

    Salam dan terima kasih pd pihak admin atas jawapan kpd komen yg diberikan...cuma teman rasa agak2 bila kita semua ni boleh bersua muka?....teman bukan apa....saja nk kenal2 geng2 kita ni.....kataorang sepakat membawa berkat...united we stand kata omputih....kalau dah tak boleh get along through internet apa salahnya kita bertemu di satu sidang yg lain....lihat saja kes pemergian arwah En.Ghazali aka Spawn...yg tau mungkin dpt memberi penghormatan terakhir atau paling tidak pun dpt bantu membantu waris arwah...teman rasalah arwah ni penyokong Perak yg antara disegani jugak...masakan nama arwah boleh keluar dan dilihat di satu lg chanel komuniti maya kelab peminat Perak (tak payah le sebut...tapi pihak admin tentu maklum)...bukan saja kes2 kecemasan begini tapi dpt juga kita ni berkongsi hobi atau meramaikan majlis..mana le tau kut2 nk tgk bola sekali kt stadium ke....nk main bola sekali ke....apapun thanks again admin...keep it up a good work...teman tetap salute!!

    Jawapan admin: Akan diumumkan dalam masa terdekat ini, harap bersabar.

    Terima Kasih
    admin

    Likes(0)Dislikes(0)
  5. mie

    aku nak cadangkan admin letak gambar-gambar semasa perlawanan dan training yang sentiasa update dalam laman web nie untuk penyokong-penyokong perak kat luar negeri atau yang jauh-jauh nie.. kesian kat diorang....

    Jawapan admin: Pihak kami sedang berunding perkara tersebut dengan wakil krew di Ipoh Perak untuk tindakan selanjutnya, harap bersabar.

    Terima Kasih
    admin

    Likes(0)Dislikes(0)
  6. miez3

    Sokong Mie!!Tapi kalau mike nk tgk bleh pegi jugak kt laman web Perak.net...pagi kt ruangan diari semasa...ada gambor deme training dgn suasana masa deme main kt away...

    Likes(0)Dislikes(0)
  7. mie

    kasi background web ni gempak sikit la admin..hehe..waena kuning ke.. ada gambar seladang ke..hahaha

    Jawapan admin: Tahukah anda bahawa Jersi terbaru 2008 keluaran Joma untuk pasukan Perak menyamai latar belakang halaman seladang.net yang berwarna (gradient) kuning/hitam yang telah kami gunakan sejak Mei 2007?

    Halaman ini akan berubah struktur wajahnya mulai 1 Mei 2008 sempena ulangtahun yang pertama berlandaskan platform ini.

    Terima Kasih
    admin

    Likes(0)Dislikes(0)
  8. sylvershop

    admin buat le coverage piala presiden jugak..highlight mereka2 yang berpotensi besar.. barulah player2 muda ni berasa bersemangat dan tidak terase di marginalised..fans pun nak tahu saper player muda perak so bila dapat main first team di masa depan akan ada rasa kepuasan dan kebanggaan dikalangan peminat dan lebih cintakan bolasepak tempatan

    jawapan admin: Terima kasih untuk cadangan saudara yang cukup baik untuk semua peminat bolasepak Perak. Pihak kami sebenarnya tidak mampu untuk menyediakan liputan secara langsung mengenai perlawanan yang membabitkan pasukan Piala Presiden ataupun skuad Belia Perak oleh kerana kesuntukan masa dan kekurangan krew yang ingin membuat liputan. Kos kewangan yang perlu ditanggung oleh pihak kami untuk menyediakan liputan pasukan senior Perak sahaja sudah melangkaui bajet sedia ada buat masa ini.

    Untuk membuat "coverage" ringkas pun memerlukan tenaga kerja dan masa yang banyak untuk diluangkan. Ditambah pula perlawanan yang membabitkan skuad Piala Presiden dan skuad Belia Perak biasanya diadakan pada sebelah petang sekitar pukul 4:45 ptg pada hari bekerja.

    Buat masa ini pihak kami masih lagi memikirkan mekanisma yang sesuai berkenaan hal tersebut. Diharap kepada sesiapa yang berminat untuk menjadi koresponden kami di seladang.net supaya dapat tampil memberikan sedikit sebanyak input.

    Terima Kasih
    admin

    Likes(0)Dislikes(0)
  9. abgcho

    bg awok kite tidak perlu untuk mengengahkan kesemue idea atau plan dalam website ini sahaja. ini adalah kerana kite mmpunyai 2 lgi website y boleh dikatekan mantap yg mana kesemue website ini mmpuyai kekuatannye y tersendiri....sekiranye ketiga-tiga website ini digabungkan sudah tentulah nmpak lebih gempak akan tetapi semestinye ini akn membebankan server...oleh itu, adalah mnjadi kemestian untuk seluruh fan untuk melayari kesemua web2 y kite ade ni untuk tatapan kite bersame.....tepuk dade tny selere apakah wadah y ingin kite mahu....adakah kite mahu berforum.adakah kite mahu melihat gambo,adakah kite mahu mmberi idea serte pandangan adakah kite mahu mengetahui keputusan secara live.....semue kite ade....sumenye dihujung jari anda...

    Likes(0)Dislikes(0)
  10. blackbendi

    salam sejahtera...
    semalam dalam harian metro keluor berita yang mengatakan bahawa PFA berhutang dengan MBI sebanyak RM56ribu (kalau tak salah le)...
    ni nampaknya menambahkan lagi kekusutan yang ada. Dah le tahap permainan sekarang dalam keadaan yang tak konsisten , di tambah pula dengan masalah yang baru ni..
    apa pendapat admin?

    komen admin: Dari sumber maklumat pihak kami, hutang tersebut adalah hutang lapuk yang telah tertunggak sejak sekian lama. Bukan RM 56 ribu, tapi RM 560 ribu. Kalau hendak diikutkan, jika dicampur sana sini hutang lama dan baru sudah boleh dikira mencecah melebihi 1.2 juta ringgit. Anda tidak percaya? percayalah kerana itu hakikat yang sebenar.

    Likes(0)Dislikes(0)
  11. miez3

    Salam admin...
    Dicadangkan agar dibuat satu artikel tentang isu hutang lapuk PAFA yakni sumber dari berita akhbar tempatan semlm utk tatapan dan komen2 dari ahli2 Seladang.net yg lain...contohnya keratan akhbar ataupun sekadar sedutan sebhgn drpdnya...
    Bukan apa...mungkin ada segelintir diantara kita yg overlook perkara2 yg semcm ini..maklum la masing2 sibuk dgn tugas masing2...kekadang tu artikel semcm ini hanya keluar pada akhbar2 tertentu shj....
    ...atau mungkin admin bleh survey apa reaksi PAFA tentang perkara ini...adakah benar2 serius hutang kpd MBI sebyk RM 560,000??atau ianya sekadar diperbesar-besarkan oleh pihak akhbar??
    Lagi satu...jika benar..apa pulak reaksi kerajaan negeri??Takkan diam aje...
    Sekian.Terima kasih...wassalam..

    Likes(0)Dislikes(0)
  12. webmaster Post author

    Satu artikel penting untuk semua pengguna berdaftar seladang.net dan penyokong bolasepak Perak umumnya akan disiarkan pada hari Isnin, 21 April 2008 mulai pukul 7 pagi.

    Tanpa mahu mendedahkan apa isi kandung artikel tersebut, kami pasti itulah yang semua peminat mahukan ketika ini.

    Terima Kasih
    admin

    Likes(0)Dislikes(0)
  13. yong85

    yong85
    selamat petang admin,
    saya nak tanya macam mana kalau kita nak tukar password yg ada

    jawapan admin: Masuk pada ruangan Profile dan ubah password anda sendiri pada kotak sebelah bawah kanan.

    Likes(0)Dislikes(0)
  14. yong85

    yong85
    pagi admin....
    pihak seladang.net tak ada kuarkan cenderamata ke?kalo ada macam mana nak dapatkan....yelah sebagai kenangan dan simpanan

    jawapan admin: Setakat ini pihak kami hanya menjual jersi pasukan Perak dan tiada sebarang cenderamata dikeluarkan.

    Likes(0)Dislikes(0)
  15. yong85

    pagi admin...
    saya pergi masa team perform ngan myteam kelmarin.saya nak tau serius sangat ke kecederaan khalid jamlus..dlm 2-3 game nampak kurang sihat...

    komen admin: Teruk atau tidak kecederaan beliau hanya fisioterapi pasukan yang dapat menentukan. Itu adalah kecederaan berulang Khalid Jamlus sama seperti di Final Piala Malaysia musim lalu.

    Likes(0)Dislikes(0)
  16. yong85

    pagi admin....
    yong baru baca s/khabar utusan malaysia ...betul ke 4 pemain perak disyaki dijangkiti hepatitis A manakala khalid perlu dibedah hari ni kerana lutut dia makin serius..MAKNANYA 5 pemain kita tak da mlm ni...kalo boleh jasa baik admin berikan perkembangan terkini mereka...

    jawapan admin: Hampir pasti tidak dapat diturunkan ialah Mohd Nor Ismail manakala Ahmad Shahrul, Hamsani Ahmad dan Danial Fadzly masih menunggu keputusan ujian darah petang ini. Khalid Jamlus tidak dapat diturunkan kerana menjalani pembedahan lutut.

    Likes(0)Dislikes(0)
  17. yong85

    admin saya risau la mengenangkan barisan team yg nak tenteng DPMM.walaupun last game harap team dpt tutup tirai liga super tanpa kalah....seramnye..........oh ye teruk sangat ke,pembedahan kecil @ besar.agak-agak admin malaysia cup nanti kaled leh main ke,,,....hope yg lain pun sihat gamaknye.bhgn fisioterapi tak de email ke?

    komen admin: Tunggu sahaja laporan selanjutnya dari pihak kami berhubung kecederaan Khalid Jamlus pada masa akan datang.

    Likes(0)Dislikes(0)
  18. nemophat86

    admin leh x download lagu skor yop skor?tolong email kat saya lagu skor yop skor....ni email saya xxxxxxxyahoo.com..tolonglah admin..saya cukup kempunan nk dgr lagu tu..klu ada versi kejor yop kejor pun xpa..ada dua2 lg bagus..saya tgk fan hijau kuning senang2 je download lagu fan diorang...tolonglah

    jawapan admin: Buat masa ini pihak kami tidak mempunyai lagu tersebut. Akan diusahakan untuk mendapatkan lagu tersebut dari sumber yang sah. Seperkara lagi tolong jangan siarkan sebarang email, nama sebenar dan no telefon di halaman ini. Kami boleh terus email kepada anda kerana email anda sewaktu pendaftaran ada dalam database server ini.

    Terima Kasih
    admin

    Likes(0)Dislikes(0)
  19. yong85

    admin,yong nak cadangkan adakan la sesi temubual @ ape ape la antara pemain & semua yg register dlm ni.yelah dapat komunikasi dengan dorang sume.@ i.view le pemain-pemain.

    Likes(0)Dislikes(0)
  20. yong85

    pagi admin ada sesapa tak yg dah baca n/paper berita harian.bagi yong ala...b.sathia ckp mang selalu mcm tu tapi buatnya entah...

    Likes(0)Dislikes(0)
  21. matahari_terbit

    assalamualaikum, teman adalah salah seorang penyokong tega perak. teman just nak bagi komentar saja.kalo terima teman ucap thank you. tapi kalo tak terima x perlah. teman ada bukak laman web hijaukuning.com dimana mereka ada mencatat rangking negeri mereka dan perak di dalam ranking kelab terbaik didunia. disini akan lebih mendekatkan penyokong dengan pasukan.

    komen admin: Pihak kami tidak bercadang untuk memaparkan ranking tersebut di sini kerana ianya hasil kajian dari sebuah badan bebas iaitu International Federation Of Football History & Statistics (IFFHS) dan bukannya ranking yang dibuat oleh FIFA.

    Likes(0)Dislikes(0)
  22. matahari_terbit

    boleh x pihak admin memaparkan pemain pemain yang bakal meneruskan perjuangan skuad skor yob skor dalam saingan piala malaysia kali ini. seperti pasukan lain ada yang akan meminjam pemain dari pasukan yang tidak terlibat dalam kancah piala malaysia. so seandainya pihak admin dapat memaparkannya ianya akan membuat hati dan perasaan penyokong tega skuad seladang lebih tenang dan akan dapat menilai pasukan seladang untuk menghadapi piala malaysia kali ini.

    Likes(0)Dislikes(0)
  23. matahari_terbit

    teman nak taulah kenapa perak tidak memilih dan mengasuh pemain belia dengan jayanya supaya pasukan utama perak dibarisi pemain muda seperti kedah. adakah kerana pihak pengurusan perak hanya tau pasal duit ajer teman x puaih hati dgn perkembangan pasukan perak sekarang nie memalukan hampeh..........

    Likes(0)Dislikes(0)
  24. matahari_terbit

    First XI May 2008
    Commentators Of The Month
    miez3 (50)
    amirfsl (30)
    pie (28)
    yong85 (25)
    meor19 (22)
    yeop_tempoyak (13)
    razlan (11)
    yobscoryob (11)
    satorare (10)
    active11 (8)
    keanu147 (7)

    mana pergi nama teman td pagi teman tengok nama teman kat tangga yang ke 3. bila skarang teman bkk nama teman dah hilang....... tolong jawap cm ner jd cm nie

    jawapan admin: Anda telah berada pada status separa BAN dari halaman seladang.net. Commentator Of The Month disediakan untuk mereka yang memberikan komentar secara beretika. Kesalahan utama anda ialah membuat komen berkali-kali pada satu artikel yang sama hingga menyusahkan pihak kami untuk 'merge' komen tersebut. Perilaku tersebut dilihat sebagai tidak beretika dan cuba menipu pengguna lain semata-mata untuk menduduki tangga terbaik First XI.

    Kami percaya pengguna seladang.net yang lain tentu tidak senang dengan tindakan anda yang dilihat keterlaluan dan mementingkan diri sendiri. Jadilah pengguna yang beretika dan berfikiran matang.

    Terima Kasih
    admin

    Likes(0)Dislikes(0)
  25. matahari_terbit

    boleh tak admin paparkan kedudukan pasukan malaysia dalam ranking fifa yang terkini selepas pasukan malaysia hanya sekadar seri

    jawapan admin: Kemaskini ranking FIFA terdahulu pada 4 Jun 2008 sebelum perlawanan Indonesia vs Malaysia berlangsung maka keputusan terkini hanya akan diperolehi pada 2 Julai 2008.

    Likes(0)Dislikes(0)
  26. matahari_terbit

    teman cadangkan admin buat satu konsert amal di seluruh negeri perak. duit yang ada kita serahkan kepada pafa supaya mereka dapat beri gaji kepada player

    Likes(0)Dislikes(0)
  27. syidi_black

    Saya ada terbaca cadangan yong85 yang nk admin adakan ruangan intraksi dgn player, so saya sokong untuk kita bg pendapat dan pandangan.

    satu lagi, displaykan email player untuk kita mudah nk contact diorang. Percayalah, player kita ni ramai peminat. Dengan cara ini, sedikit sebanyak dpt menaikkan moral player.

    Satu lagi persoalan yg nk sy timbulkan adalah, knp si Razali Umar tak main first eleven? adakah sebab dia tk ckup fitness or something tactical planning? Pada saya bagus gak dia jadi super sub, tpi kalu skali skala msukkan first eleven ok gak untuk cari gol awal.

    Untuk kita punya skuad pelapis, apakah perancangan pihak pengurusan untuk mencari bakat baru? Sebab, saya nampak Perak kekurangan bakat muda yang menyerlah, kalu ada mcm Fakri tu lagi 5-6 org lagi bagus.

    jawapan admin:

    1) Pihak kami belum bercadang untuk mengadakan ruangan seperti itu buat masa ini memandangkan beberapa masalah yang perlu diatasi.

    2) Bukan semua pemain 'IT Savvy', oleh itu jika anda mahu berinteraksi melalui email cuma hantarkan sahaja kepada pihak kami melalui ruangan ini bersertakan nama pemain yang anda mahu hubungi. Kami akan cuba sampaikan melalui saluran yang ada.

    3) Persoalan yang anda tanya itu tidak mampu kami jawap namun sila hantarkan soalan dalam bahasa inggeris dan kami akan majukan kepada Steve Darby secepat mungkin.

    4) Jawapan untuk soalan ini sama seperti jawapan nombor 3.

    Likes(0)Dislikes(0)
  28. matahari_terbit

    apa kata pihak admin buat sesuatu untuk membantu skuad skor yob skor mendapatkan wang. kenapa pihak admin tidak memikirkan sesuatu untuk membantu skuad skor yob skor. bila saya bagi pandangan takder maklum balas. baik tak payah wujudkan web seladang ni.

    komen admin: Harap ada pengguna lain dapat menjawab persoalan anda.

    Likes(0)Dislikes(0)
  29. yong85

    pagi ni yong ada terbaca dlm paper tentang kebimbangan steve darby pasal ada diantara bookie dah cuba dekati pemain perak utk memberi tawaran sumber kewangan.dlm paper tu pun ada sebut yg kantong PAFA kosong sekarang sbb kerajaan negeri dah tak memberi bantuan kewangan spt sebelum ni.yelah selepas bertukar tampok pemerintah.yong amat berharap tindakan segera.kerajaan negeri tak seharusnya menyekat dana spt sblm ni sbb akan menyusahkan ramai pihak.& ini boleh beri peluang bookie-bookie dekati pemain jd andai ada cerita yg kurang enak jgn salahkan pemain.yong amat harap buatlah sesuatu.kpd pemain yong amat harap kuatkan diri & jgn sesekali terpengaruh sbb akan memburukkan nama pasukan juga negeri.

    komen admin: Kenyataan akhbar sekarang terlalu berbelit-belit dan tidak berlaku adil kepada semua pihak. Hari ini mereka berkata begini, esok kata begitu, tidak tahu mana yang sebenarnya. Urusan kewangan Perak FA sewajarnya diletakkan di bahu Presiden / Naib Presiden atau Bendahari. Jangan salahkan kerajaan negeri yang baru untuk menutup kelemahan diri.

    Jika skuad Kelantan mampu menonjol dibawah pimpinan Dato Seri Annuar Musa tanpa bantuan kewangan kerajaan negeri Kelantan, mengapa tidak pasukan Perak dibawah pimpinan Dato' Muhammad Muhiyuddin?. Kita juga mempunya Bendahari Kehormat yang berkaliber iaitu Ahli Parlimen Rembau merangkap Timbalan Presiden FAM, Y.B. Khairy bin Jamaludin untuk memikirkan bagaimana mencari dana buat pasukan Perak.

    Tidakkah itu sesuatu yang hebat?

    Likes(0)Dislikes(0)
  30. yong85

    ye memang ada betul ape yg admin katakan,kita punya nama besar dlm persatuan sepatutnya tidak menjadi masalah dlm menyelesaikan masalah tu.ok tq admin.

    Likes(0)Dislikes(0)
  31. syidi_black

    Matahari terbit? knp begitu? Anda langsung tk profesional. Saya ingin bg maklum balas tentang apa yang anda katakan pada 26 jun 2008 jam 0840. Cadangan anda bagus sangat iaitu cadangan pada 24 jun 2008 jam 0859. Tapi ini memerlukan perancangan yang teliti dan memerlukan modal jugak. Betul tak ADMIN? Mungkin PAFA ada pendekatan lain yg lebih efektif untuk atasi masalah ini.

    tentang soalan anda tidak terjawab oleh ADMIN, anda perlulah berfikiran positif dan jgn mengeluarkan kenyataan yg menyakitkan hati orang yang membacanya....

    Likes(0)Dislikes(0)
  32. miez3

    Salam semua...rakan2 di Seladang.Net...tidak lupa juga admin..

    Persoalan dan pertanyaan tentang pasukan Perak nampaknya telah beralih di ruangan ini...tidak mengapa..yg penting kita ada tempat utk sama2 berbincang dan berdiskusi tentang apa jua berkaitan website ini dan juga pasukan Seladang..

    Buat saudara matahari_terbit..mungkin anda masih baru dlm website ini...saya juga masih baru tapi inginlah sekali lagi diingatkan bahawa website ini ketika saya temui sehinggalah ke saat ini masih lagi mengekalkan konsep berita/sumber unbias & prejudice serta lain dari yg lain kalau dibandingkan dgn website,blog atau akhbar yg berada dimana2...pada mulanya saya juga seperti saudara kurang memahami apa objektif sebenar Seladang.Net ini.

    Tapi setelah dibuat perbandingan demi perbandingan akhirnya saya terpaksa menerima hakikat bahawa inilah wadah yg dicari kerana selain drpd membaca berita dan informasi yg sahih tentang bolasepak Perak khususnya ianya juga memberi peluang kpd kita utk sama2 memberi pendapat bernas sebagai sokongan & berganding bahu utk memperbaiki selagi apa yg terdaya...

    Memang tiada maklumbalas setakat ini...tapi tidakkah anda hargai apa yg telah dilalui oleh pihak pengurusan Seladang.Net dlm mendapatkan berita & info terkini pasukan Perak?Tidakkah anda membaca dahulu artikel2 yg telah di post dlm website ini terlebih dahulu sebelum membuat sebarang komen?Banyak artikel yg dibuat diakui memang tidak kelihatan maklum balasnya...tetapi pernahkah anda terfikir tentang tatacara medium seperti ini digunakan pada zaman sains & teknologi sekarang ini tidak byk bezanya dgn zaman dahulu di mana akhbar & tulisan digunakan sebagai propaganda utk meniup semangat kemerdekaan Tanah Melayu dan meraih sokongan rakyat?

    Cuba lihat Pak Sako & Dr.Burhanuddin Helmi...cara mereka menulis dan daya usaha mereka....adakah ianya dicapai dlm keadaan yg terdekat utk mencapai kemerdekaan?Apakah bila rencana mereka keluar di akhbar2 terus selepas itu agenda mereka tercapai dlm tempoh sehari dua?

    Kita sebagai penyokong yang sememangnya tiada hak bersuara secara lisan dgn PAFA apatah lg bersuara secara individu bagi meluahkan apa yg tersirat sekurang2nya bersyukur bahawa inilah ruangan yg tersedia bagi menyampaikan apa yg terbuku...berfikirlah secara matang...berilah idea2 yg bagus...insyaALLAH sekiranya bagus dan bernas dptlah disampaikan oleh admin kpd pihak pengurusan PAFA....

    Saudara boleh melihat sendiri contoh kesungguhan krew2 Seladang.Net menemubual pemain2,jurulatih2 dan pegawai2 pasukan Perak dlm artikel2 terdahulu...betul juga kata saudara syidi_black tapi saya tidak mahulah mengulas panjang. Kpd yong85...usahlah dipercayai sgt sumber2 berita drpd akhbar tu...lihat sahajalah ketika pilihanraya tempohari...ini pun saya malaslah nak ulas panjang, kita fikirlah sendiri.

    Bolasepak sebenarnya jgnlah dibabitkan dgn pemerintah...mereka cuma penaung saja...sepatutnya pihak pengurusan seperti PAFA lah yg bertungkus lumus mencari cara2 utk menyelesaikan masalah berkaitan kewangan dan urus tadbir pasukan....seperti yg saya pernah utarakan dahulu...duit kutipan tiket bukanlah sumber kewangan kukuh sesuatu pasukan tetapi ada lagi aspek lain seperti penaja dan aset2 yg boleh diguna pakai oleh persatuan utk "dilaburkan" bagi mengutip dana...Kalau tidak masakan ketika stadium kita penuh dgn penonton dulu masih timbul isu hutang setengah juta kpd MBI?

    Sama2lah kita fikirkan...sama2lah kita berganding bahu..kalau bukan kita siapa lagi...?

    Likes(0)Dislikes(0)
  33. yong85

    kepada miez3 & syidi_blank,yong minta maaf ye.adakalanya yong juga keliru bila membaca akhbar tp soalan yong selama ni cuma ingin mendapatkan kebenaran saje.ape pun memang betul ape yg dikatakan anda berdua,terima kasih ok.jd marilah kita teruskan menyokong pasukan kesayangan kita walau dlm situasi apepun.harapan yong agar semua masalah akan dapat diatasi.kepada matahari_terbit sblm memberi ulasan @ persoalan fikir dulu takut-takut tersinggung perasaan yg lain.mgkn ada soalan anda yg tak terjwb tp anda harus fikir mgkn soalan anda sbnrnya mampu anda fikirkan jwpnnya.apepun terima kasih kpd semua teman seladang.net. yg menegur saat yong tersilap.tq....

    Likes(0)Dislikes(0)
  34. matahari_terbit

    kepada yang memberi komen saya ucapkan terima kasih. apa yang saya ingin maksudkan apa guna nak harapkan saja kepada pafa, kalau mereka hanya hendakkan nama tapi tak reti cari penaja. oleh apa salahnya pihak admin dapat memberi buah fikiran yang bagus untuk membantu pafa mendapatkan sumber kewangan yang lain. tentang masalah gaji pemain saya sudah tahu selain dari laman web ini, dan saya pernah nyatakan didalam web ini tapi ianya tidak dipaparkan kepada pembaca...... fikir fikirkanlah.........memang laman web ini banyak membantu penyokong penyokong mendapatkan maklumat terhadap pasukan kesayangan saya ucapkan terima kasih kepada admin

    Likes(0)Dislikes(0)
  35. arif

    assalamua'laikum...saya nak tanya dalam seladang.net ni ada tak radio online...bukan apa..saya sekarang ni bukan ada di malaysia..jadi nak juga dengar secara online masa perak lawan...kalau nak tengok secara live tak boleh...jadi dapat dengar jadi la...kalau ada tolong beri tahu saya...sekian terima kasih...

    jawapan admin: Tiada radio online disediakan oleh seladang.net mahupun mana-mana pihak setakat ini. Namun jika ada perlawanan yang membabitkan pasukan Perak, pihak kami akan cuba sediakan ulasan dalam bentuk teks sahaja.

    Terima Kasih

    Likes(0)Dislikes(0)
  36. syidi_black

    Salam Admin. Saya ada menonton berita minggu lepas yang mana Setiausaha FAM ada membentangkan pelan tindakan untuk meningkatkan mutu bola sepak negara.
    Jadi, boleh tak admin siarkan di seladang.net tindakan susulan yang akan di ambil oleh pihak pengurusan Bola Sepak Perak hasil perbentangan pelan itu semalam? Sekurang-kurangnya ahli seladang.net dapat maklumat tentang perancangan masa depan bola sepak negeri Perak ini.

    jawapan admin: Pihak kami tidak mempunyai maklumat tersebut buat masa ini.

    Likes(0)Dislikes(0)
  37. syidi_black

    Terima kasih atas jawapan yang lalu.
    Di sini saya ingin memohon kepada pihak Admin agar pautan Gallery dalam seladang.net di kemaskini, dengan maksud memasukkan gambar-gambar terkini agar kami dapat gambaran jelas tentang apa yang sedang berlaku ketika ini. Juga kalau boleh masukkan gambar pemain sedang berlatih atau dalam bilik persalinan semasa mana-mana perlawanan berlangsung.

    Satu lagi cadangan saya agar pihak admin dapat menyelitkan ruangan download untuk memuat turun perkara-perkara seperti lambang perak, logo atau lagu.

    Tujuan saya mengutarakan perkara di atas kerana saya baru mengesan beberapa rakan saya yang sememangnya mengikuti perkembangan skuad seladang ni. Akan tetapi mereka tidak menonjolkan diri sebalik nya asyik mengkritik dan menyatakan kekecewaan mereka. Jadi bagi memuaskan hati mereka, saya mengesyorkan mereka layari seladang.net ni untuk membuktikan bahawa skuad seladang masih ramai penyokong bukan setakat di stadium tapi secara Online pun ada.

    Saya kenal ramai yang dulunya penyokong setia perak. Ada yang sanggup menunggang motosikal dari Taiping ke Ipoh tidak hiraukan hujan atau apa sekali pun semata-mata ingin memberi sokongan kepada pasukan Kejor Yob Kejor pada masa tu. Tapi sekarang, mereka hanya mendiamkan diri dan hanya menunggu keputusan dalam surat khabar dan mengkritik tanpa mengetahui masalah yang dihadapi skuad seladang.

    Jadi jika mereka layari seladang.net saya harap mereka akan kembali bersemangat seperti dulu.

    Terima Kasih

    Likes(0)Dislikes(0)
  38. matahari_terbit

    saya ingin memberi pendapat sedikit. diharapkan pihak admin dapat bekerjasama dengan kelab penyokong bola sepak perak, supaya kita semua dapat berkumpul bersama sama dengan presiden dan semua ahli ahli majlis tertinggi persatuan bola sepak perak untuk membincangkan sesuatu demi membantu masalah kewangan pasukan, mungkin disitu kita akan dapat membuat kutipan derma dan terus diserahkan kepada persatuan. kemungkinan yang akan hadir pada pertemuan yang diatur dapat membantu serba sedikit masalah kewangan pasukan. ini hanya cadangan, diharap admin dapat mebalas komen dengan jelas kerana saya terlalu kecewa dan hampa dengan sikap segelintir penyokong yang kini tidak lagi sehebat penyokong perak dimasa dahulu

    Likes(0)Dislikes(0)
  39. yong85

    admin yong nak tumpang bertanya,last week dgr kata game yg dijadual hari jumaat katanya akan diubah.tapi tak dgr cerita lagi so maknanya game jumaat ni ikut spt biasa la ye?

    komen admin: Jika anda mendengar cerita yang bukan dari makluman kami, mengapa anda bertanya kepada kami? Setahu kami perlawanan Piala Malaysia akan berjalan seperti biasa dan tiada perubahan setakat ini.

    Likes(0)Dislikes(0)
  40. matahari_terbit

    untuk pengetahuan yong85, selagi tiada perkhabaran berkenaan dengan perubahan jadual ini bermakna ianya tetap akan diadakan pada hari jumaat, bukan kita semua tidak tahu bahawasanya f,a,m cakap saja lebih tindakan tidak dilakukan juga

    Likes(0)Dislikes(0)
  41. radzmie Post author

    apa pandangan anda jika SELADANG dot NET di popularkan lagi ???

    moh kiter buat T-Shirt yang tertera
    SELADANG dot NET = PERAK FA reformasi

    Likes(0)Dislikes(0)
  42. matahari_terbit

    teman setuju dengan saudara radzmie, kerana dalam masa yang sama kita akan mengnali antara perkara yang hendak kita ketahui

    Likes(0)Dislikes(0)
  43. yong85

    admin boleh tak yong tau macam mane kalau kita nak tukar gambar (gravatar) pada komen kita?

    jawapan admin: Masuk ke akaun Gravatar anda dan tambah avatar pilihan anda dengan menekan pada "add a new one" (font warna biru):

    "Choose an image (below) to use for the selected email (above) or add a new one"

    Sebenarnya anda telah pun menukar avatar anda baru-baru ini berbanding avatar yang terdahulu. Jika anda tidak nampak perubahan tersebut anda perlu "clear cache" browser anda seperti berikut:

    Internet Explorer -> Tools -> Internet Options -> Browsing history -> Delete... -> Delete all... -> Yes

    Likes(0)Dislikes(0)
  44. nemophat86

    salam..
    dimanakah sekarang perginya lagenda bola sepak perak ketika menumpas selangor di dalam final piala FA tahun 1990? lagenda itu yang memakai jersi bernombor 14 iaitu md nidzam adzha...
    saya ingin mengetahui diri beliau..saya ingin memberi cadangan kumpulkanlah kembali lagenda2 perak yang menyinar dan berikan motivasi buat pemain2 muda kita yang dengar kata akan mengantikan skuad senior..

    lagi sekali saya ingin ucapkan tahniah buat kerajaan negeri perak yang dipimpin Menteri Besar kita yang akan bantu skuad yang kita sayangi..

    Likes(0)Dislikes(0)
  45. matahari_terbit

    assalamualaikum.......
    teman harap admin dapat menyiarkan berita terkini mengenai persiapan skuad seladang untuk menharungi perlawanan suku akhir piala afc. mungkinkah perak akan meminjam pemain demi menguatkan pasukan. sekian terima kasih

    Likes(0)Dislikes(0)
  46. Transaevo...

    Dear admin,

    Trans rase admin kene betul-betul ambil perhatian cadangan miez3 on 19 March '08 yg no 3 tuh...penjualan baju & merchandise seladang.net...yang Trans nak tekankan ni tentang baju printed seladang.net tu..kalau ade, grenti dpt lebih menyatukan penyokong Perak & salah satu cara terbaik utk menarik penyokong turun ke stadium menyaksikan perlawanan...plus it can create chain effect coz the baju itself will promote this website to a wider user...orang akan lebih berminat menjadi penyokong kalau mereka rasa mereka adalah sebahagian dari komuniti penyokong yang besar...

    kalau perkara ni memang dlm progress hope you can make it quicker at least sebelum pembukaan tirai musim baru...

    komen admin: seladang.net sebenarnya masih dalam proses untuk menjadi komuniti "official" mulai musim baru nanti. Nantikan kejutan yang bakal berlaku musim 2009 nanti.

    Terima Kasih.

    Likes(0)Dislikes(0)
  47. arewie

    kepada admin harap berhati-hati, semasa ke laman hkc sebentar tadi saya dapati laman tersebut dah kena hack. siap tulis F**k malingsia lagi..

    komen admin: Terima kasih untuk informasi anda, pihak kami sentiasa bersedia menghadapi sebarang "serangan" seumpama ini.

    Likes(0)Dislikes(0)
  48. matahari_terbit

    boleh tak admin tolong dapatkan maklumat berkenaan dengan m.karathu,kerana surat khabar metro hari ini memaparkan pafa berang. semua pemain yang dipilih oleh m.karathu tidak sah. so pemain mana yang akan kekal bersama di musim hadapan

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. admin

      Berdasarkan maklumat yang kami perolehi, perlantikan M. Karathu serta Raja Azlan belum dibuat secara rasmi oleh Menteri Besar Perak mahupun PAFA.

      Mereka-mereka ini dilantik secara tidak rasmi untuk menjalankan kerja-kerja pemilihan dan pengurusan pasukan Perak untuk musim 2009 berdasarkan kepada budi bicara Menteri Besar Perak.

      Jika peraturan SAH atau TIDAK SAH mahu dijadikan kayu pengukur, pihak kami berpendapat bahawa kebanyakkan ahli majlis yang wujud kini termasuk Presidennya juga TIDAK SAH kerana tiada sebarang mesyuarat rasmi berkenaan pertukaran jawatan dalam pimpinan PAFA selepas perginya Presiden terdahulu iaitu Dato Zahid Hamidi.

      Berita selanjutnya bakal menyusul tidak lama lagi.

      Likes(0)Dislikes(0)
  49. bobiNHo84_simpangpulai

    assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua die hard fan perak....sebagai peminat team perak,saya harap segala masalah yang melibatkan barisan kejurulatihan dan org atasan PAFA dapat diselesaikan secepat mungkin demi menjaga nama baik Perak dan juga team perak secara khususnya...kita perlu cepat membuat pemilihan dan menandatangani kontrak pemain baru untuk musin depan seperti mana yang dilakukan oleh team selangor dan kedah..kita tidak mahu kisah lama berlaku seperti tahun-tahun yang lepas dimana senarai pemain perak diumumkan di saat-saat akhir...disebabkan kelewatan itu, ramai pemain yang berbakat telah disambar terlebih dahulu oleh pasukan yang lain...akhir kata, sesiapa sahaja pemain yang terpilih untuk mewakili Perak untuk musim depan diharap mereka bermain bersungguh-sungguh..kami sentiasa berada di belakang ANDA SEMUA!!!!!!!!!hidup yeop.....wassalam...

    Likes(0)Dislikes(0)
  50. bobiNHo84_simpangpulai

    assalamualaikum...saya ada datang ke stadium ketika sesi pemilihan pemain untuk musim depan diadakan minggu lepas..apa yang saya lihat kebanyakkan pemain yang datang mempunyai bakat cuma perlu digilap dan diberi latihan untuk memeberi mereka pengalaman apabila bermain diperingkat yang tertinggi..selain itu, pemain-pemain piala presiden juga ramai yang berbakat..tetapi entah apa sebab mereka tidak terpilih untuk mewakili pasukan senior ketika dibawah kendalian Steve Derby... musim baru ini kita harap Team perak berubah dari segi taktikal dan cara latihan untuk meningkatkan stamina para pemain...itu saja untuk kali ini...wassalm...

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. admin

      Masih menggunakan penaja JOMA, berdasarkan prototaip yang difahamkan kepada pihak kami warna latar adalah kuning dan mempunyai belang hitam di bahagian lengan baju.

      Pelancaran jersi terbaru hanya akan diadakan beberapa hari selepas Hari Krismas nanti. Kontrak bersama JOMA akan berakhir pada bulan JUN 2009. Itu bermakna Perak mungkin akan bertukar penaja pada pertengahan musim nanti.

      Berita selanjutnya menyusul kemudian.

      Likes(0)Dislikes(0)
      1. matahari_terbit

        assalamualaikum, admin ada kata kemungkinan pertengahan musim pasukan bertukar penaja. agak agaklah jenama mana pula yang akan bersama pasukan lepas ini.

        Likes(0)Dislikes(0)
  51. myo abol as

    Assalammualaikum. Di sini saya nak bertanya sedikit mengenai perkembangan terkini bekas pemain perak dahulu yang juga merangkap ketua pasukan iaitu saudara Azizul Abu Hanifah. Yang saya tahu sebelum ni beliau berada di Rawang, bertugas bersama Perodua selain turut menjadi jurulatih kepada pasukan bolasepak tersebut. Kalau boleh tu, dapatlah sekiranya dimaklumkan kepada saya mengenai beliau jika ada dikalangan rakan-rakan di sini yang tahu. Selain itu, ada atau tidak sesiapa di sini yang mempunyai rakaman penuh perlawanan klasik final piala F.A. 1990 diantara Perak vs Selangor? Jika ada dikalangan anda yang memilikinya boleh kiranya kalau buatkan satu salinan untuk saya dan saya sanggup membelinya asalkan berpatutan harganya. Ataupun saya sendiri pun boleh buatkan salinannya, jangan risau saya tidak ambil terus. Lama dah jugak cari, tapi bila tanya kepada orang yang biasa tengok bola mereka kata macam-macam , ada yang kata ada , sudah janji hendak 'burn'kan tapi selepas itu senyap ... Semasa perlawanan tersebut saya baru masuk sekolah rendah jadi banyak sudah yang saya lupa. Diharap en. admin atau pun rakan-rakan di sini dapat membantu.... terima kasih..

    Likes(0)Dislikes(0)
  52. sylvershop

    a'kum, admin boleh tak siarkan ruangan hero-hero bola sepak perak dulu dari zaman piala malaya( kalau boleh) ke zaman millenium, apa yang mereka buat sekarang, kalau boleh maybe column khas untuk mereka meluahkan pendapat mengenai pasukan bolasepak perak. Mana tahu sedikit sebanyak pendapat atau nasihat mereka dapat memberi semangat kepada player2 muda dan peminat setia perak amnya. mana2 bekas pemain perak yang perlu bantuan boleh juga dihulurkan. mungkin ada yang berbakat dalam mengacara boleh jadi komentator dalam ruangan radio khas masa match perak. mcm shebby singh. lagi banyak yang sayang perak nanti

    Likes(0)Dislikes(0)
  53. matahari_terbit

    assalamualaikum. teman ada cadangan sedikit. bila seladang.net akan membuat rombongan untuk penyokong perak yang berada dilembah kelang ini. maksud teman rombongan untuk menyaksikan perlawanan yang melibatkan perak. ini boleh membantu memperkukuhkan lagi perhubungan antara kita semua. teman lihat penyokong perak dilembah kelang ini sentiasa bersemangat waja untuk menyokong pasukan perak.

    Likes(0)Dislikes(0)
  54. yeopkaran

    boleh ke beli jersi melalui pos/ pakai kiriman wang? kalau boleh tolong email pada saya alamat sebab saya duduk di kuala lumpur

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.