Info | Ghazali Mazlan aka Spawn

Dengan rasa dukacita, penulis ingin memaklumkan bahawa pada tengahari semalam 18 Mac 2008, salah seorang kenalan baik penulis telah meninggalkan dunia ini buat selama-lamanya akibat dari kemalangan jalanraya.

Beliau yang penulis maksudkan ialah saudara Ghazali Mazlan atau lebih mesra di kenali dengan nama “Spawn”. Sepanjang mengenali beliau dahulu, penulis kerap kali bermain futsal dan badminton bersama-samanya. Selain dari aktif bersukan, bakat beliau dalam bidang nyanyian juga tidak kurang hebatnya.

Sifatnya yang mudah mesra, pemurah dan kelakar pasti akan diingati oleh penulis sampai bila-bila. Perbualan antara kami lebih kepada permainan XBOX, VCD/MP3/DVD dan tidak ketinggalan hal yang melibatkan HOME THEATER SYSTEMS.

Penulis berdoa semoga rohnya dicucuri rahmat dan diberkati Allah serta ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.

AMIN

Kenangan nyanyian beliau sewaktu satu majlis makan malam.
(MP3 with still picture)

[MEDIA=31]

Berputarlah dunia ini dan berbagailah masa yang dilaluinya; suka dan duka, naik dan turun, masa muda dan masa tua. Ada masa hidup, kemudian mati dan tinggallah kenang-kenangan ke masa lalu.

YB Corner

Likes(0)Dislikes(0)

10 thoughts on “Info | Ghazali Mazlan aka Spawn

  1. gibauk

    salam takziah buat keluarga arwah, semoga rohnya di cucuri rahmatNya.. Al fatihah...

    ** Sayu rasa bila baca artikel ni diselang seli dengan rakaman suara arwah...

    Likes(0)Dislikes(0)
  2. Pakcu

    Terimakaseh banyak kpd webmaster seladangdotnet yang telah banyak memberi info kpd teman tentang pemergian Allahyarham Ghazali sehingga memberi kesempatan kepada teman utk menziarah arwah buat kali terakhir di rumah keluaraga beliau di Kg Seri Ampang Ipoh pagi tadi skitar jam 1.30.

    Alfatihah

    Semuga Allah mencucuri rahmat keatas Allahyarham

    Likes(0)Dislikes(0)
  3. pie

    Salam takziah kepada semua ahli keluarga arwah, marilah kita bersama2 mendoakan roh arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama2 orang mukmin.

    sama2lah kita sedekah al-fatihah untuk arwah.

    Likes(0)Dislikes(0)
  4. miez3

    Salam persaudaraan dan takziah dari teman...al-fatihah...
    Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan org2 beriman..amin

    Likes(0)Dislikes(0)
  5. saiful

    Al-Fatihah...

    Secara peribadi saya kenal dengan Arwah Spawn ni. Dulu ada juga sekali sekala bermesej melalui salah satu laman web penyokong Perak. Saya pernah bertemu dengan Arwah ketika beliau dan rakan kelab penyokong Perak berfutsal di Sportsvillage Bukit Jalil pada tahun 2005. Kemudian memang tak pernah bertemu dengan dia secara nyata dah.

    Berita yang cukup menyedihkan tetapi kepada-Nya jua tempat kita kembali. Sebagai hamba-Nya kita harus redha...

    Al-Fatihah...

    Likes(0)Dislikes(0)
  6. amirfsl

    salam takziah daripada kami semue di sini,,semoge arwah ditempatkan di dalam kalangan orang2 yang soleh..al-fatihah..

    Likes(0)Dislikes(0)
  7. active11

    AlFatihah untuk beliau.
    Semoga bahagia dialam baru insyaAllah.

    Mutiara kata:
    "Setiap yang bernyawa, pasti mememui mati"
    Sama-samalah kita merenungnya bersama.

    Likes(0)Dislikes(0)
  8. seraimerah

    salam.

    Allahyarham adalah seorang yang sangat ramah dan baik dengan kengkawan.

    teman pun rasa sebak bila dapat tau dia dah takda di Dunia ni.

    Teman ingat lagi masa satu dinner kita bersama2 (YB, Allahyarham Spawn, teman dan rakan-rakan lain) Allahyarham yang fight menyanyi di dinner tu dan beliau menang dengan lagu Awie. YB pulak dapat second place. ..itu adalah antara kenangan yang teman tak dapat lupa.

    semoga rohnya ditempat dikalangan orang-orang yang Beriman.

    Alfatihah

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.