Episod 2007 Berulang Lagi

Bersama Yong Ayu

Saya ingin membawa ingatan para peminat setia skuad Seladang kepada apa yang berlaku pada tahun 2007. Pada tahun tersebut, tiga hari sebelum perlawanan antara Kedah bertemu dengan Perak di Stadium Darul Aman iaitu pada hari Sabtu, 24 Mac 2007, Perak telah mengalahkan Negeri Sembilan dalam perlawanan Liga Super dengan jaringan 5 gol berbalas 1.

Dalam perlawanan tersebut, Ahmad Fakri Saarani menjadi wira Perak apabila berjaya melakukan hattrik dengan menjaringkan 3 gol daripada 5 gol tersebut. Selepas perlawanan itu, Perak bertandang ke Alor Setar untuk bertemu dengan Kedah dalam Piala FA pada hari Selasa, 27 Mac 2007.

Pada ketika itu rata-rata para penyokong Perak beranggapan bahawa Ahmad Fakri akan mengulangi hattriknya itu dalam perlawanan tersebut. Namun begitu, entahkan disebabkan kawalan ketat yang diberikan oleh pertahanan Kedah, Fakri gagal melakukannya dan beliau tidak menjaringkan sebarang gol langsung. Akhirnya Kedah berjaya mengalahkan Perak dengan jaringan 1 gol tanpa balas melalui Marlon Alex James.

Malam ini, keadaan yang hampir sama juga berlaku. Pada 21 Mac 2008, Perak telah berjaya mengikat Selangor dalam Piala FA dengan keputusan seri 4 gol sama. Dalam perlawanan tersebut, Razali Umar telah berjaya mencipta hattrik dengan menjaringkan 3 gol daripada 4 gol yang diperolehi oleh Perak. Kini 3 hari selepas itu, iaitu pada hari Isnin, 24 Mac 2008, Perak sekali lagi ditemukan dengan pasukan yang sama iaitu Kedah di gelanggang yang sama iaitu di Stadium Darul Aman.

Soalnya sekarang, para peminat pasukan Perak tertanya-tanya sama ada Razali Umar mampu mengulangi hattriknya itu ketika bertemu dengan Kedah malam ini. Saya menjangkakan bahawa Razali Umar akan mampu membuktikan di hadapan penyokong fanatik Kedah sendiri bahawa pasukan Perak tidak boleh dipandang enteng atau dalam bahasa pasar ‘tidak boleh diperlekeh’.

Semasa Perak berdepan dengan Selangor dalam Piala FA pada 21 Mac 2008 di Stadium Perak, saya sendiri telah bercakap dengan seorang penonton bersebelahan dengan mengatakan “mengikut rekod yang sudah-sudah, gandingan Razali Umar dengan Khalid Jamlus sentiasa tidak menjadi. Mungkin malam ini gadingan mereka akan berjaya”. Rupa-rupanya tekaan saya menjadi kenyataan dan Razali Umar berjaya menjadi wira pasukan Seladang dengan menjaringkan 3 gol dalam masa 6 mini.

Oleh itu sama-samalah kita berdoa ke hadrat Ilahi agar pasukan kesayangan kita akan menempa kejayaan dalam pertemuannya dengan Kedah pada malam nanti (24 Mac 2008, mulai jam 8.45 malam) dengan Razali Umar mencipta hatrik. Jika ini berlaku, maka Razali Umar sekaligus mencipta sejarah tersendiri di mana beliau satu-satunya pemain muda yang berjaya mencipta hattrik dalam dua perlawanan berturut-turut.

Kita juga mengharapkan pasukan Perak akan memberi tentangan yang hebat terhadap pasukan Kedah yang dikatakan sentiasa konsisten itu. Pada ketika ini hanya pasukan Perak sahaja yang dikatakan mampu menggugat dan mengalahkan pasukan Kedah di lamannya sendiri. Kita harapkan ia menjadi kenyataan pada malam nanti.

Amin.

Yong Ayu 

Likes(0)Dislikes(0)

22 thoughts on “Episod 2007 Berulang Lagi

  1. seansan00

    walaupun teman kurang yakin.. tp dalam bola sepak ape pun bole berlaku.. dr ketinggalan 1-4 pun bole kejar.. inikan 0-0.. insyallah.. sama-sama lah kite berdoa.. kejayaan perak dan kesejahteraan rakyatnya jua... mlm ni ade lintas langsung x?

    Likes(0)Dislikes(0)
  2. active11

    Saya sependapat dgn YongAyu.Kita semua mengharapkan SETIAP pemain Perak menggunakan peluang gol dgn sebijak mungkin. Usah mengharapkan Razali atau Khalid sahaja, mereka tentu dirantai rapi malam ini. Tetapi ape yang penting, strategi menghadapi perlawanan ini perlu jelas n precise. Perak tidak boleh dipengaruhi emosi tambahan pula diserbu puluhan ribu penyokong Kedah malam ni. Perlu tenang dan bermain ikut tempo sendiri. Khabarnya padang Darul Aman juga lebih baik drp Ipoh, SD perlu menggunakan kesempatan ini untuk melakar kejayaan.

    Syabas YongAyu dgn info yg baik. Membuat kami para penyokong lebih realistik dgn Perak.

    Cheer Up Yobs!!!

    Likes(0)Dislikes(0)
  3. yatty_sg

    fakta yg baik utk direnung .. :-)

    jika perak work as a team, ditambah dgn quality yg ade dlm setiap individu, tidak mustahil perak boleh mendapat keputusan yg baik d darul aman.

    tak kisahla sape yg akan menjaringkan goal, yg penting masuk :-)

    Likes(0)Dislikes(0)
  4. zul4all

    bg saya, lebih mudah jika secara taktikal perak tidak membariskan 1st eleven yg sama ketika menentang selangor.....subra dan lan harus dibariskan dan munoz, letak jer kt reserve .....mmg seorang pemain yg tidak byk memberikan sumbangan

    Likes(0)Dislikes(0)
  5. kenari_245

    a'kum..saya harap malam nie ada siaran langsung KEDAH VS PERAK di stadium darul aman...kepada peminat2 kedah dan perak yang tinggal di luar kedah semestinya mengharapkan RTM dapat menyiarkan secara langsung di TV ...game ini adalah penting untuk ke dua-dua pasukan dalam mengekalkan reputasi sebagai pasukan yang paling digeruni oleh pihak lawan ketika ini...saya sebagai penyokong hijau kuning yang berada di ibu kota berharap sangat2 perlawanan ini dapat dilangsungkan secara terus menerus di kaca tv...sekian terima kasih...

    pulun kedah pulun

    Likes(0)Dislikes(0)
  6. Pakcu

    Diharap semua player2 Perak.... tolong.... tolong... tolong control perasaan... didalam game ini. Ingat player2 Kedah tdk seperti player Selangor... Masihkah anda ingat peristiwa di Bukit Jalil.... peritiwa di Ipoh.. 12 January yg lalu? Jika terjadi insiden seperti itu lagi.. berarti akan membawa derita kepada Perak.

    Walau pun diantara kita tdk dapat bersama ke Stadium Darul Aman... namun doa dan harapan kita tetap bersama player2 Perak... Insyaallah.. teruskan perjuangan dengan sihat semuga beroleh kemenangan

    Likes(0)Dislikes(0)
  7. Wati

    CC cepat sembuh...S.nizam mustafa perak perlukan anda... harap2 mohd nor di turunkan mlm ni gol anda penting di waktu kecemasan....

    Likes(0)Dislikes(0)
  8. slash

    kalo nk diikutkan game mlm ni patutnye game of the season..
    tp kite tgk mlm ni ape result dia..

    mampu ke perak bantey kedah kt alor star plak..
    dlu main kt ipoh dema tibey kite..

    so player2 perak patut dh bole tau ape nk buat..
    jgn le nk rilek2 ateh pdg tu..

    mngenai info yg disediakan diateh tu..
    baguih..tp jgn haghap sgt le bende2 cmtu nk jd..
    asey kite menang udoh..lantak le sape skor..
    kalo steeb daby bole boh goi pn tkpe..nasib baik le dia tk bole..

    jadi..tk kesah le sape boh goi..janji menang udoh..
    TOLONG LA PERAK..klu team lain bole ape pasey kite tk bole!

    PERAK BOLEH! YOB BOLEH! YONG BOLEH!

    Likes(0)Dislikes(0)
  9. yobscoryob

    semoga perak berjaya memadam apa yang telah dilakukan oleh kedah dilaman kite sndri..jd sekarang lah ms nye kite mbalas blk apa yang dorg buat pd kite...

    skor yob skor...!!!!

    Likes(0)Dislikes(0)
  10. pie

    Hmm teman pun doakan agar perak menang. Teman harap AA dapat mententeramkan pemainnya walaupun dlm keadaan yang sgt sengit malam ni krn tiket free. AA the best player yang perak ada. tak pernah jemu sarung jersi perak hampir 12 thn. Tahniah AA

    SKOR YOB SKOR

    Likes(0)Dislikes(0)
  11. pachenko

    Woi apa kes PERAK dah kena 4-0 first half.
    Mcm nak simpan player untuk lawan SELANGOR jer...
    Hope boleh kejar balik... Kami di K.L mendoakan PERAK boleh bangun dr lena skrg nie..

    Likes(0)Dislikes(0)
  12. arifzac

    ape nk jdi nie.....xkn nk wat koleksi gol kot...xpn nk wt rekod team pling bnyk bolos.......hope perak ble kjr blek dan jngan wt simple mistake....gud luck perak

    Likes(0)Dislikes(0)
  13. miez3

    Nampaknya SD masih belum sedar dari lena atau igauan ngeri ketika bertemu Kedah sejak final P'Msia yg lepas lg....masihkah SD kekeringan idea atau tandus dlm mencari kekurangan atau "loop holes" yg seringkali terjadi diantara perlawanan dgn pasukan Kedah.....hmmm...jawab le sendiri SD oii...baru 1st half dah kena 4....hii...teman sebenornya tak berapa nk expect yg Perak boleh menang mlm ni...cuma harapan agar Perak tak dibolosi dgn byk tapi bila tgk 1st half punya result...rasanya...ghentikan la yob...tak payah le berharap perkara yg sama akan berlaku mcmana lwn S'ngor hari tu....baik fikir dan fokus mcmana nk lwn S'ngor tu nanti...kalau tidak terlepas pulak Piala FA yob....takpe Yob boleh cuba lg...mana tau kut2 boleh jumpa masa Piala Malaysia pulak ke...hehehhe....Skor terus Skor Yob!!

    Likes(0)Dislikes(0)
  14. miez3

    Utk Yong Ayu...betui le instinct mike...memang menjadi pulak Kedah mlm ni control si Razali tu...huuu huuu huuu...nk teghoyak rasanya...

    Likes(0)Dislikes(0)
  15. musyopkl

    Perak kepenatan selepas lawan Selangor Jumaat lepas.
    Caceres dan Shahrul Nizam pun tak boleh main. Jadi malam
    ni Perak bukanlah kesebelasan team terbaik untuk lawan Kedah. Cuba menang untuk semua baki 5 games Liga Super nanti. Mungkin Kedah akan drop banyak points lepas ni sebab Kedah akan lawan Selangor, Terengganu, Pahang
    dan Perlis.

    KEJOR YOB KEJOR!!!!

    Likes(0)Dislikes(0)
  16. miez3

    5 dahh....boleh rehat le lepaih ni....fokus kt S'ngor le pulak...huuu...huuu...huuu...(teghoyak tak habih lg ni...)

    Likes(0)Dislikes(0)
  17. mika

    UTK JUARA LIGA MKIN PINTUNYE DAH TERTUTUP..... SO KITE FOKUS PADA PIALA FA LAK..... PAS NI PSINGAN KE2 BERTEMU SELANGOR.........TEAM PERAK JGAN MUDAH PUTUS ASA.... MOH YOB JGAN KECEWA SGAT.... WLAU REALITYNYE AMAT KECEWA... NGAN GOL YG BOLOS..... PERAK AKAN BANGUN BALIK. KEJOR YOB KEJOR

    Likes(0)Dislikes(0)
  18. miez3

    Pihak pengurusan kena ambil iktibar Yob...byk jgk le yg tak kena musim ni...harap musim akan datang belanja le lebih sikit...tak pun cari dan korek lagi tenaga2 berbakat lain mcm Razali dan Ahmad Fikri....kalau Kedah boleh melahirkan tenaga2 muda yg berbakat dan menyapu bersih tiga piala mcm musim lepas takkan Perak pun tak boleh....takkan tak tercabor kut...teman percaya....cahaya kemenangan masih ada...buat team Perak...jgn kecewa sgt....jgn putus asa...kita jumpa di Shah Alam Khamis ni....teman dtg bagi sokongan bior pun hujan lebat (dah musim hujan lebat ptg sampai mlm kt Shah Alam ni)....utk teman2 Seladang.Net....moh kita gempor Stadium Shah Alam.....jumpa kt sana ok!!

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.