Dilema Seladang | The Wild Ox Dilemma

Tentu masih ramai lagi peminat bolasepak Perak yang merasa sedih dan mungkin marah dengan kekalahan yang diterima semalam. Pasukan Perak sekali lagi menanggung aib akibat kekalahan kepada pasukan Kedah dengan keputusan 5 gol berbalas 1.

Ini menjadikan Perak telah dibolosi dengan 15 gol sepanjang 3 perlawanan terakhir yang dilaluinya. Perlawanan pertama dalam kempen AFC Cup 2008 ketika bertemu Singapore Armed Forces yang berakhir dengan 6-1. Kemudian mengikat Selangor dengan keputusan 4-4 untuk kempen TM Piala FA dan terbaru tumpas kepada Kedah 5-1 dalam saingan TM Liga Super.

Penulis juga seperti anda semua yang mahukan kemenangan buat pasukan Perak setiap kali perlawanan namun doa sahaja tidak mencukupi jika usaha yang dilakukan tidak sepadan dengan sumbangan yang diberikan di dalam permainan.

Perlu diingat juga bahawa 3 pasukan terakhir yang kita temui itu adalah pasukan yang boleh di label sebagai hebat. Dengan SAFFC selaku peneraju S. League di tambah Selangor di tempat kedua dan Kedah tempat pertama ketika ini di Liga Super, apalah yang hendak kita malukan sangat.

Memang diakui barisan pertahanan kita agak longgar ditambah pula dengan penggunaan sistem 3-5-2 yang akan mengharapkan pemain tengah membantu barisan pertahanan jika pasukan sedang diasak bertubi-tubi kali oleh pasukan lawan.

Nampaknya apa yang penulis gusarkan dahulu seakan menjadi kenyataan apabila pada perlawanan semalam Khalid Jamlus telah dikeluarkan kerana mengalami kecederaan dan ini membuka peluang kepada Mohd Nor Ismail berganding bersama Razali Umar sebagai penyerang.

Alangkah baiknya jika gandingan mereka berdua ini telah diasah sebaiknya sejak dari awal musim dan mampu bertindak sebagai gandingan tambahan sewaktu ketiadaan gandingan Khalid Jamlus dan Carlos Caceres yang digantung perlawanan ataupun mengalami kecederaan.

Dalam suasana jadual perlawanan yang cukup padat dilalui oleh pasukan Perak, kita seharusnya mempunyai tidak kurang dari 5 orang penyerang untuk digunakan sepanjang musim ini. Namun siapalah penulis yang mahu memberikan cadangan sekolot ini.

Apa yang boleh penulis sarankan disini ialah pasukan Perak seharusnya memberikan tumpuan yang lebih kepada pertandingan kalah mati seperti TM Piala FA dan TM Piala Malaysia kerana persaingan untuk kejuaraan TM Liga Super sebenarnya sudah terlalu malap untuk digapai.

Untuk persaingan AFC Cup pula, lebih baik digunakan untuk memberi pendedahan kepada pemain-pemain muda beraksi disamping dapat menyiapkan pemain utama Perak dalam perlawanan yang lebih penting di peringkat domestik.

Tetapi penulis sangat percaya bahawa situasi yang bakal berlaku nanti ialah “Kita cukup gemar mengejar sesuatu yang tidak pasti dan pada masa yang sama mencicirkan sesuatu yang mampu kita kendong sewaktu berlari”

YB Corner

Likes(0)Dislikes(0)

23 thoughts on “Dilema Seladang | The Wild Ox Dilemma

  1. abgcho

    aah..awok setuju je..tp ape y awok risokan pasni, dengan kecederaan khalid smlm, mungkin kite terpkse menurunkan gandingan mad nor ngn razali pade perlawanan penting khameh ni..bukan awok xyakin ngn gandingan ni, tp agak gusar kerane gandingan ni xpnah dsatukan lg,...hanya smlm baru disatukan lepeh khalid cedere...namun, ape pilihan y kite ade lg untuk match ngn selangor nnti????????

    Likes(0)Dislikes(0)
  2. miez3

    aduh la...betui ckp penulis....itu le yg dikabor berkali2...teman ingt lg kalau tak silap masa musim sudah atau musim yg dulu ada diperkatakan psl masalah tak cukup player bila kena harung 4 tournament...1st main dlm liga...2nd main dlm Piala FA...3rd main dlm Piala AFC....4th main dlm Piala Malaysia....takkan nak pakai org yg sama dlm setiap game atau tournament nie.....
    Kata dulu nak buat 2 team (selain dr pasukan Piala Presiden la..)....dlm setiap pasukan ada 22 pemain...takkan tak bleh nak diguna pakai player2 tu.....ate kalau dh terpilih masuk skuad negeri namanya dh tentu boleh main bola....kalau agak2 tak yakin bgi je org lain...
    Teman sokong ckp penulis yg player2 simpanan atau yg muda2 ni perlu diexposekan dlm perlawanan2 seperti dlm Piala AFC atau Liga yg mana tidak terlalu kritikal.....teman ghiso betui takut nanti apa yg dikata penulis jadi kenyataan..yg kendeng cicior yg dikejor tak dpt...teman pasrah je apa yg bakal berlaku Khamis ni....stadium tetap teman pegi...lantok ler....janji dpt tgk deme main depan mata....

    Likes(0)Dislikes(0)
  3. zul4all

    malu nye klh besor niiiii
    perak tuko ler formation lain......mungkin dah jd punca....semalam line up yg ok pun kalah jgak

    Likes(0)Dislikes(0)
  4. malaysian86

    admin?........apa berita tentang cacares-khalid jamlus ?injured teruk ker?rase-ase dapat main khamis ni?

    jawapan admin: Perak hampir pasti kehilangan khidmat 3 orang pemain iaitu Khalid Jamlus, Carlos Caceres dan Shahrulnizam pada perlawanan menentang Selangor nanti kerana masalah kecederaan.

    Likes(0)Dislikes(0)
  5. seraimerah

    sungguh delima teman ni.. .. bile buat dekk je dier banteinye menang.. bile berharap sangat.. Perak pun kalahi sk isk isk isk

    Likes(0)Dislikes(0)
  6. abgcho

    hualohh..awok dah agak dah mungkin kite xdapat turunkan 1st eleben kite lawan s'ngor nnt..hanya doa dan harapan je yang mampu mencongak bagaimana keputusannye nnti...

    Likes(0)Dislikes(0)
  7. gengbas_sekolah

    nampaknya Perak dah jadi badi untuk pasukan Kedah..2 game dgn Kedah 10 gol bocor menunjukkan jurang tahap permainan
    harus diingat..mlm tadi kalau tak silap teman 2-3 org pemain utama kenari tidak bermain..victor and penjana tgh mereka iaitu nelson...

    Likes(0)Dislikes(0)
  8. mie

    ape nak jadi dengan perak nie... aku rasa taktikal perak masih lagi lemah.. SD bukan lah terbaik untuk perak. sepajang SD menjadi jurulatih perak, tak pernah nye konsisten.. Skuad Perlu Pemain yang lebih baik.bukan 1st eleven sahaja yang baik. Pemain-pemain lain terutamanya pemain muda juga perlu diketengah kan.. kalau nak harap pemain yang sama je.. mati ooo... Jadi, pihak pengurus perlu pandang serius dalam hal ini.. dengan kelab Malaysia pun Perak kene belasah, tak heran la AFC Cup pun Perak akan jadi pasukan belasahan jugak.. do something next time even MSL cup hampir pasti bukan milik perak sekali pun. Kami penyokong Kejor Yob Kejor sentiasa menyokong pasukan Perak walaupun 3 game 15 gol bolos..

    Likes(0)Dislikes(0)
  9. active11

    Salam semua.
    Kita semua senada dengan YB. Sama-sama sedih dan menyesali percaturan Perak yg terlalu bergantung dgn pemain sama setiap perlawanan. Kita menjadi juara Piala Presiden tahun lepas, tetapi ape yang dikesalkan hanya sebilangan pemain sahaja meneruskan kecemerlangan di Liga Super. PAFA harus memandang serius perkara ini, majukan beberapa lagi muka baru untuk menjadi pelapis mantap. Kita tak mau 'asyik kejor jek'. Kita nak jadi JUARA setiap pertandingan yang kita sertai.

    Perlawanan timbal balik nnt akan menguji kebijaksanaan SD menyusun pemain. Sudahlah kita melepaskan 15gol, tambah nnt kita terpaksa gigit jari kalau kelekaan dan kelesuan masih jadi pegangan. Buat penyokong Perak, kita harus realistik diwaktu ini. Usahlah amarah yg serburkan, tapi motivasi yang harus kita berikan. Kalah biarlah melawan !!!

    Cheer Up Yobs!!!

    Likes(0)Dislikes(0)
  10. satorare

    memang benor la En admin..
    kita kt cni hanya mampu menulis je..
    kalo la deme nk tgk pandangan kita ni ok la..
    ntah, x diheran deme...
    teman pn pelik la...
    awat la SD x ubah formation 3-5-2 ms game smlm..
    dh tahu kedah nye player cane, smua nye laju2..
    ubah je la just game gn kdah..
    x terbuat la defend kalo stakat 3 org je...
    mangkor kabokn...
    mana la penyokong x marah..
    bila ditegur SD kt padang nnt, dia mengamuk..
    jgn kaco keje nye katanye...
    stakat ni pencapaian SD kt perak bkn ada pn..
    Toni Neto dulu kita dpt juara liga 2x gn FA kalo x salah
    Weigang dulu kita dpt piala Malaysia..
    SD kita dpt apa..
    Just think..
    KuDalamDelema...

    Likes(0)Dislikes(0)
  11. Pakcu

    "Dalam suasana jadual perlawanan yang cukup padat dilalui oleh pasukan Perak, kita seharusnya mempunyai tidak kurang dari 5 orang penyerang untuk digunakan sepanjang musim ini. Namun siapalah penulis yang mahu memberikan cadangan sekolot ini."

    Teman memang setuju dgn kenyataan ini ... kalau tak silap sudah beberapa kali teman dgn penulis cuba mengusulkan idea seperti ini namun tidak sampai kemana.

    Contohnya sekarang... lihatlah apa yang terjadi.. kalau player2 utama dah injured apa yang kita dapat perhatikan bhw pihak pengurusan mulalah bersikap spt bidan terjun... partnerkan si anu dgn si anu... si ani dngn si ani yang mana gandingan aksi2 mereka kita tidak pernah lihat sebelum ini kerana apa? kerna si anu yang teman maksudkan sering duduk ditepi padang "menampor nyamok".

    anda fikir2 lah..

    Cukupkah dengan 3 penyerang yang ada utk mengharungi perlawanan yang silih berganti??

    Likes(0)Dislikes(0)
  12. pie

    yelah pakcu tapi teman dengar pakcu ni antara org kuat selalu jumpa pemain dan jurulatih. Pakcu xcerita ke masalah yg pakcu sedang pikirkan ni pada pemain supaya mgkn gak dia dpt jelaskan pd SD. Teman bkn apa Pak Cu teman rasa tak ade org yg rapat dgn Player atau SD bagi cadangan pada mereka seperti mana yang kita inginkan. Mungkin Pak Cu boleh bagi tips sikit pd pemain yg mana pemain akan sampaikan pd peminat. tdk kiralah semasa menang atau semasa kalah. kerana kita ni kdg2 masa menang kita tak plak mengingatkan dalam komen2 ni tapai masa kalah kita bangkit isu2 ini.

    PAKCU TEMAN JUGA SOKONG PAKCU
    mana tau cakap2 PAKCU diambil kira pabila keadaan macam sekarang
    KEJOR YOB KEJOR
    SKOR YOB SKOR

    Likes(0)Dislikes(0)
  13. pie

    Teman sokong kata2 fan semua.
    Teman pun rasa tukarlah formasi lain sikit. Bukan apa kelemahan kita sudah dapat dibaca dek kerana kita tak penah tukar formasi. sebenarnya bagi teman lah kan Jurulatih akan study macam mana pihak musuh akan menyerang. dalam kata lain ENEMY COURSE OF ACTION. dia ada banyak tidak semestinya satu sahaja. daripada setiap satu ENEMY COURSE OF ACTION ni jurulatih kena buat at least dua cara untuk mengatasinya iaitu OWN COURSE OF ACTION. sesudah tamatnya semua OWN COURSE OF ACTION ni ambil yang paling sesuai dengan keadaan yang terbaru oleh pihak lawan. Ha di sini dapat dikaji dimana kesilapannya bagi memberi impak yang maksima. Bukannya buat perubahan semasa di separuh masa kedua kerana pihak musuh juga ada membuat kajian tentang kebarangkalian pasukan menukar corak permainan. itu pasallah setengah jurulatih hilang arah bila musuh ubah strategi.

    PIKIR2 KANLAH kata2 teman ini adakah sesuai atau tidak dan terpulang kepada individu untuk mentafsirkannya.

    kejor yob kejor
    skor yob skor

    Likes(0)Dislikes(0)
  14. nessta

    Sy berpendapat coach Perak perlu memasukkan pemain2 muda dari awal musim lagi utk memberi pendedahan dan konfiden kpd mereka...contohnya masukkan pemain2 muda dari skuad Piala Presiden ini utk perlawanan2 dgn pasukan yg boleh dianggap 'boleh makan' bagi pasukan Perak. Dgn cara ini Perak dpt menggunakan khidmat pemain2 muda ini silih berganti dgn pemain senior jika mengalami injured spt skrg. Coach sepatutnya melatih pemain2 muda ini sebagai pemain yg versatile yg boleh bermain di semua posisi supaya dpt digunakan sebagai super sub semasa perlawanan sekiranya terdapat pemain yg injured semasa perlawanan. Pemain yg sedia ada dah mmg hebat, klu lah dpt digandingkan dgn pemain2 yg muda sy rasa Perak boleh setaraf Kedah. Cadangan seumpama inilah yg pernah dicadangkan oleh Dato' Ahmad Basri ex-pengurus team Kedah kepada FAM dulu, malangnya tidak dipedulikan malahan DAB plak digantung tugas sehingga tahun depan...haha..
    Saya sememangnya penyokong Kedah tetap berpendapat yang pasukan Perak masih mampu menggapai Piala FA & Piala Malaysia kerana mempunyai pemain2 yg mantap...
    TQ admin...

    Likes(0)Dislikes(0)
  15. webmaster

    Terima kasih kepada rakan-rakan dari HKC yang memberikan pendapat berhubung perkara tersebut. Pihak kami berharap semoga ada lagi ulasan dari peminat bolasepak Kedah yang sudi memberikan komentar di sini.

    Tiada salahnya kita berkongsi pendapat dengan rakan-rakan lain walaupun kita "bermusuhan" di gelanggang bolasepak kerana "musuh" juga arif tentang kekurangan dan kelebihan bolasepak Perak.

    Terima Kasih
    admin

    Likes(0)Dislikes(0)
  16. nessta

    TQ kembali admin...
    sekadar nk bagi pendapat dan perangsang untuk skuad Perak...
    tambahan plak akan bertemu Selangor yg terkenal dgn 'gah' di semua tempat, yg melabelkan Kedah & Perak adalah team pakatan UTARA...(seperti yg tertulis dlm SFC)
    Semoga Perak pulun habis time lawan dgn Selangor nanti dan beroleh kejayaan hendaknya....aminnn

    Likes(0)Dislikes(0)
  17. putra8878

    teman dah terkomen ape lg dah dgn taktikal SD ni..mintak2 musim depan pafa gantikan la dgn weigang atau toni neto yg dh tau selok belok liga kite &pasukan kite.kejaan deme berdue tu dah terbukti dah..apa piala yg kite xdpt masa deme jd couch?apa2 pun cuba yg terbaik ari khamis ni di shah alam.

    Likes(0)Dislikes(0)
  18. yatty_sg

    defence memang koyak habis, dibolosi sejumlah gol sebanyak gitu memang amat perit utk ditelan. saya rasa perak perlu menggunakan 4 pemain di defence, baru mantap. tu pon kalau mantap la ..
    perak jugak terlalu bergantung pada pemain2 yg regular dan coach jarang2 memberi peluang pada pemain muda utk menunjuk bakat so bila terjadinye senario begini dimana khalid, CC injured, kecoh jadinye ..
    khalid & CC dah di-over used, dah kene re-charge dah ni ..

    apepon all de best la perak ye, teman tetap support!

    Likes(0)Dislikes(0)
  19. amirfsl

    nampoknye,skuad yop memang menghadapi saat paling memeritkan sekarang ni,,teman paham,perkare2 mcm ni me4mg terjadi dalam dunie bola sepak,jadi harap2 perak boleh overcome masalah ni dan memberikan yang terbaik dalam match2 yang akan datang!!gagah berani yop!!!

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.