Bolasepak Perak & Malaysia | Ke Arah Imej Korporat

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera buat semua teman-teman dalam seladang.net. Semalam di dalam akhbar ada menyebut Persatuan Bolasepak Selangor akan diswastakan. Menteri Besar Selangor yang baru ada menyebut untuk menjadikan bolasepak sebagai satu perniagaan.

Inilah cadangan serta pandangan saya yang pernah dimuatkan di dalam salah satu artikel di seladang.net pada masa yang lalu. Satu tindakan yang bijak dari Menteri Besar Selangor yang dahulunya mantan pengerusi PNB. (Permodalan Nasional Berhad).

Salah satunya dapat menghapuskan kroni yang terdekat untuk mudah mendapatkan tempat di dalam pasukan tanpa melalui pemeriksaan yang ketat. Dengan melantik CEO yang diiklankan kepada umum ianya akan memberikan saingan yang bersih dalam persatuan.

Mencampurkan sukan bolasepak dengan ideologi politik akan menyebabkan sukan bolasepak itu sendiri musnah dari pelbagai peringkat sama ada di Perak mahupun di Malaysia umumnya.

Persatuan Bolasepak Perak harus berbuat demikian kerana ramai anak negeri Perak yang berjaya serta mempunyai ekonomi yang kukuh ingin memimpin pasukan negeri namun disekat oleh polisi sedia ada. Secara tidak langsung jika persatuan diswastakan, Akademi Bolasepak boleh ditubuhkan dengan lebih berjaya.

Pemikiran yang bernas dari lembaga pengarah di dalam persatuan akan menaikkan imej serta taraf bolasepak dinegeri Perak dan Malaysia. Saya yakin dalam jangka masa panjang tidak mustahil pasukan Malaysia akan layak bermain dalam peringkat akhir kejohanan bolasepak piala dunia.

Cuba lihat kenapa Ian Rush datang untuk memberi tunjuk ajar kepada pemain kebangsaan? Namun jurulatih pasukan Selangor memanggil pemainnya balik menjalani latihan bersama pasukan Selangor kerana pada fikiran mereka ianya cuma latihan biasa sahaja. Hakikatnya inilah latihan yang jarang dibuat di setiap negeri mahupun kelab pada persaingan liga domestik kita.

Memang latihan di Eropah berbeza dengan latihan di Malaysia. Di Eropah, akademi mereka melatih untuk menjadikan pemain mereka berkualiti serta profesional. Seorang yang profesional tahu nilai dirinya dalam pasukan serta tanggungjawab yang diberikan kepadanya dalam memperkuatkan pasukan yang diwakilinya.

Bila bermain untuk pasukan kebangsaan, mereka tidak pernah memperdulikan soal ganjaran tetapi maruah yang lebih utama. Sanggupkah pemain pasukan kebangsaan dari benua Eropah yang berstatus kelas pertama menerima kekalahan kepada pasukan dari Asia Tenggara contohnya Malaysia? Fikirkanlah..

Dalam kejohanan CYC yang bakal berlangsung nanti serta yang sebelum ini, mengapa kita mesti menghantar pasukan dari skuad kebangsaan? Kenapa tidak dihantar pasukan negeri yang menjuarai Piala Presiden sahaja? Disinilah status kita dengan pasukan Akademi Bolasepak Eropah dan Amerika Latin terlalu jauh berbeza.

FAM tidak seharusnya malu jika kekalahan pasukan Piala Presiden dalam CYC kerana ini akan meningkatkan lagi semangat pemain muda dari negeri-negeri lain untuk menjuarai Piala Presiden dan sebagai ganjaran tambahan dapat pula bermain dengan kelab elit dari Eropah pada kejohanan CYC.

Ini akan memberikan saingan yang sihat untuk menjadi pemain yang benar-benar berkualiti. Jika pasukan kebangsaan yang bermain, ianya sedikit sebanyak menjatuhkan imej pasukan kebangsaan kita dengan pasukan kebangsaan mereka. Yang layak bermain dengan pasukan kebangsaan kita hanyalah pasukan-pasukan dari kelab namun itu pun hanya kekalahan diterima.

Fikirkanlah wahai pengurusan bolasepak Perak, negeri-negeri, FAM serta teman-teman. Contohilah Akademi Bolasepak luar negara untuk meningkatkan mutu serta maruah bolasepak kita. Kita di era bolasepak moden bukan hanya memerlukan infranstuktur yang moden tetapi kualiti bolasepak juga seharusnya selaras dengan kemudahan yang ada.

Malu saya bila kawan-kawan dari luar negara bekerja di tempat saya mengatakan Malaysia takkan sampai kemana jika cara lama masih digunakan dalam arena bolasepak kita. Terlalu ramai anak muda yang ingin mewakili negeri namun masalah kroni yang membantutkan usaha mereka.

Persatuan bolasepak negeri khususnya Perak, buatlah pemilihan secara terbuka dan telus. Insyaallah negeri Perak akan melahirkan pemain yang berstatus kelas pertama satu masa nanti. Tidak mustahil Stadium Perak akan sentiasa penuh jika pemain berkualiti serta permainan ala kelab elit Eropah dipersembahkan pada peminat setia.

Jangan terkejut jika satu hari nanti pasukan Perak akan bermain di dalam kejohanan juara antara juara kelab dunia seperti kelab dari Jepun yang menjuarai kelab bolasepak Asia. Bangunlah Persatuan Bolasepak Perak, janganlah asyik dibuai mimpi sahaja kerana jika tiada perubahan, nescaya pasukan kita menjadi pasukan belasahan sahaja.

Ubahlah sikap asyik menuding jari, pandangan saya untuk direnungi semua. Walaupun saya bukan pemain bolasepak tapi inilah demokrasi. Banyak maklumat yang saya perolehi berkenaan Persatuan Bolasepak Perak.

Cadangan peminat harus diteliti dan diperhalusi sebaiknya.

Terima Kasih

Artikel ini sebenarnya telah dibuat dalam bentuk komen oleh pengguna yang bernama dato, namun telah diubah oleh pengurusan seladang.net untuk disiarkan sebagai artikel kerana mempunyai nilai yang baik untuk diperhalusi oleh kita semua.

Likes(0)Dislikes(0)

4 thoughts on “Bolasepak Perak & Malaysia | Ke Arah Imej Korporat

  1. slash

    terlalu byk cara utk tingkatkn mutu bola kite ni..
    kelab2 luar mmg telah lame mengkorporatkan kelab bola dema..

    player2 hasil drpd akedemi kelab dema tu merupakan produk..dan player2 itu lah yg akan menjana duit kelab dgn jualan pemain..penekanan latihan semasa diakedemi amat penting terutamanya kemahiran asas bola sepak (ini tahan bola pun ade yg tak reti lg)..

    team2 negeri/kelab kt msia ni sepatutnya digalakkan utk mencari 'affiliated clubs'..terpulang kpd team2 negeri/kelab itu sendiri utk mngadakan persetujuan bersama dgn kelab yg mereka rasakan sesuai utk dijadikan 'parents/feeder'..dgn adanya perjanjian/persetujuan itu..mereka bebas utk menghantar pemain mereka ke kelab yg dimeterai samada utk 'loan' atau dihantar utk berlatih ke kelab tersebut..

    kos terpulang kpd team yg telah membuat pjanjian sesama mereka..dan pemain yg di'loan' ini tidak perlu dijadikan sebagai pemain import sekiranya mereka dtg dr benua asia tenggara..

    FAM perlu menukar cara kuno yg ternyata tidak membawa hasil..kita perlu berani mencuba kaedah2 baru..
    betul kate penulis..lebih baik kite hantor team juara belia kite drp hantor team negara kita..baru kita tau dimana tahap team di msia jika dibanding dgn kelab luar..

    kite dh byk sgt tukar sistem liga bola sepak..tapi tk menjadi jgk..

    Likes(0)Dislikes(0)
  2. Yashurr Yazurry

    Teman setuju dengan penulis....
    ptamanya dpt
    mghapuskan kronisme dalam persatuan bosepak kita ni..

    tertanya-tanya teman, kenapa hardi,azizon,safi sali,dan
    beberapa pemain b'asal dari perak y lain tak terpilih
    utk mewakili pasukan perak, sedangkan mereka anak
    jati perak..

    dari sudut itu kita dah dapat tau, bhawa pemilihan pmain
    dari akar umbi pasukan kita agk lemah...

    membiarkan pemain2 y b'potensi b'hijrah ke negri lain
    sedangkan pasukan kita ktandusan pmain2 lapisan
    y b'mutu...

    Likes(0)Dislikes(0)
  3. sylvershop

    memang dah lama saya mengharapkan pengkopratan persatuan bolasepak negeri kerana seharusnya fungsi sebagai persatuan adalah menyediakan prasarana untuk menghasilkan player2 yang berkualiti. program2 akademi bolasepak patut bermula dari umur 5 tahun. pelajaran tak dilupakan kerana player yang takde ilmu ada skils tak guna. contohilah player2 hoki negara dimana mereka lebih profesional dan komited berbanding skuad bolasepak negara mahupun negeri. kebanyakannya berpendidikan tinggi. kedah sudah mengorak langkah melalui sistem pebangunan bolasepak yang teratur. tak perlu pandang jauh2 kalau pergi lawatan ke eropah pun pegawai2 balik laporan sama player masih takde perubahan. player akan lebih profesional seperti mana2 sektor pekerjaan lain bila mana gaji mereka melambangkan kualiti yang ada dan bukan atas dasar favourisme. player yang mutu kerja tidak berkualiti kontrak akan ditamatkan. rata2 player malaysia stamina di tahap sederhana, strength takde, concentration and anticipation tiada, first touch out, keeper tak boleh coordinate defend and distribution poor. macam mana nak ada satu liga yang menarik??

    Likes(0)Dislikes(0)
  4. miez3

    Salam sejahtera ke atas ahli2 Seladang.net semua...especially penulis di atas..Dato...

    Isu yang disebutkan diatas sememangnya telah lama ditagih oleh pencinta bolasepak tempatan namun merealisasikannya agak terbatas jika tiada sokongan dari pihak atasan....mungkinkah mereka lebih mementingkan populariti atau menjadikannya platform dlm arena politik mereka sendiri??

    Kronisme berlaku dimana2..tak kira bidang apa pun...nampaknya di M'sia keadaan tersebut telah menjadi satu 'penyakit' yg sepatutnya diubati sebelum keadaan menjadi parah...sebenarnya inilah yg berlaku pada negara2 yg dahulunya menggunakan sistem sperti M'sia sekarang tapi oleh kerana mereka cepat sedar maka kita boleh lihat sekarang bagaimana prestasi sukan bolesepak membolehkan ianya menjadi satu produk negara mereka sendiri.....cthnya Amerika yg mana dulu yg hanya terkenal dgn American Football (NFL)sebagai salah satu produk sukan mereka telah bangkit dgn menjadikan bolasepak satu lagi produk terbaru mereka...lihat saja bagaimana pemain2 terbaik dunia begitu teruja utk bermain di sana cthnya seperti David Beckham yg bermain di LA Galaxie...Luis Figo juga dengarnya berminat...

    Mindset masyarakat kita patut diubah ke arah ini supaya bolasepak bukan lagi menjadi sukan yg dikatakan "syok sendiri" dan bahan leluncon oleh sesetengah pihak...Teman memasuki laman ini kerana cintakan bolasepak khasnya bolasepak negeri Perak kerana teman takde kawan atau "sparing partner" yg ingin berkongsi cerita dan minat tentang bolasepak Perak....apa yg teman temui setakat ini org2 sekeliling hanya berkata "ala...bola M'sia ni apa yg ada...main pun mcm budak2 sekolah je....baik aku layan EPL lg bagus!".....itu kata mereka skrg ni...tapi...tidakkah kita mahu benda semcm ini masih menjadi bahan lekehan pd 10 tahun atau generasi akan dtg??

    Pengswastaan sebenarnya telahpun berlaku dlm dunia bolasepak tempatan cuma tidak secara keseluruhan....pada ketika bolasepak M'sia diperkenalkan dgn Liga Semi Pro diakhir tahun 80an (1989 kalau tak silap) peminat2 bolasepak M'sia boleh melihat sendiri bagaimana player2 import mulai bertapak di M'sia dan dibayar gaji secara pro...begitu juga player2 tempatan....cuba lihat sebelum itu bolasepak tempatan betul2 hanya di jana oleh kerajaan negeri...di Perak sendiri dahulunya player2 dibiayai dan dibayar gaji oleh kerajaan negeri dan diletakkan samada berjawatan secara kontrak atau pekerja berpencen di badan2 kerajaan tempatan dan berkanun negeri....mereka sebenarnya bekerja di negeri tersebut bukannya semata2 kerana bola...cuma sekarang ini barulah kita lihat mereka atau player2 ini berebut2 ke serata negeri atau kelab sebagai pemain bolasepak secara profesional...bukannya utk bekerja di negeri tersebut....inilah yg dikatakan "pengswastaan" dan "hebat" oleh pihak2 yg cuba menutup mata kita sebagai sukan nombor satu negara...

    Teman faham keluhan penulis...maksud beliau ialah pengswastaan dan pengkorporatan secara menyeluruh sesuatu kelab atau pasukan negeri di M'sia sepertimana yg berlaku di England,Itali,Sepanyol dan negara2 Eropah yg lain...menyeluruh disini maksudnya sekecil2 aktiviti didlm kelab atau negeri itu diswastakan...bukan sekadar pemain saja....bermula dari parking kereta,tiket perlawanan sehinggalah ke pentadbiran mereka sendiri....senang cerita semuanya boleh buat duitlah....ada yg mendatangkan keuntungan pada pasukan dan peminat tak kurang juga ada keburukkannya....kalau dulu dtg ke stadium nak parking murah je takat RM2 mungkin nanti dah jadi RM5 itu belum masuk tiket bola lg...harga mungkin tak sama dgn harga sekarang...tapi nilai2 sebegini tak patut le difikirkan sgt kalau dh minat tu....duit tentu dah tak jadi masalah tambahan pulak jika pasukan itu bermain dgn baik...haa...itulah kebaikannya kalau diswastakan...sesuatu pengurusan dan pasukan itu akan bermain dan menunjukkan prestasi yg meyakinkan utk meraih untung...

    Pengkorporatan pada bolasepak tempatan juga kadangkala boleh menukar cara2 prosedur atau pengurusan dlm sesuatu kelab atau pasukan negeri kerana tampuk pengurusan kelab atau negeri kerapkali berubah atas dasar jual beli yakni pegangan saham....dgn adanya CEO dan Board OF Directors yg kerap berubah2...mungkin akan memeningkan kepala player2 dan kem pasukan...tapi faktor seperti ini mungkin akan terhakis bilamana kem pasukan akan menjadi lebih demanding dan membuka mata pengurusan jika ada sesuatu masalah cthnya bila berlaku sesuatu sepertimana yg berlaku pd team Perak ketika ini...(tak mau komen panjang2)...

    Kesimpulannya....pengkorporatan ada baik ada buruknya...terlepas dari unsur2 "dipolitikkan" beralih pula pada unsur2 "diperniagakan"...namun kita mesti arahkan pemikiran kita ke arah yg postif...bila lagi kita nak merasa bolasepak tempatan ini setaraf dengan negara2 maju...kata nak ke arah Wawasan 2020 jadi inilah masanya...bukan sekadar kemajuan dari aspek pentadbiran dan ekonomi negara semata2 bahkan sukan juga boleh menjana pendapatan negara dengan ianya dijadikan sesuatu produk yg menguntungkan...secara tidak langsung player2 dari luar juga tidak lagi malu utk bertandang dan bermain disini..tak lupa juga pada player2 tempatan yang selepas itu tentunya akan bermain bermati-matian utk mempamerkan kehebatan mereka setanding dgn player2 luar...stadium akan penuh...penyelenggaraan dan kebajikan kem pasukan akan terbela....tak yah pegi jauh la...tgk sukan F1 dah cukup!

    Ok semua...maaf panjang pulak ceritanya....bukan apa syok jugak sesekali bercerita...kena dgn topik pulak tu...apapun majulah sukan bolasepak utk negara...
    Skor Yob Skor.....Wassalam..

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.