AFC Cup 2008 – Group E | Perak vs Singapore Armed Forces (result)

AFC Cup 2008 | Group E

Selasa 18 Mac 2008
Stadium Perak, Ipoh
8:45PM

Perak 1 – 6 Singapore Armed Forces

Barisan Perak

Nasril Nourdin

K. Nanthakumar – Mario Berrios – Chan Wing Hoong

Hardi Jaafar – Jorge Munoz

Shahrulnizam – Ahmad Shahrul – Danial Fadzly

Carlos Caceres – Khalid Jamlus

 

Separuh masa pertama:

Minit 6: Gol pertama SAFFC hasil dari sepakan percuma di luar kotak penalti.

Minit 20: Razali Umar masuk menggantikan Carlos Caceres.

Minit 30: Perak membuat pertukaran mengeluarkan Shahrulnizam yang cedera, memasukkan Azlan Zainal.

Minit 42: Gol kedua pasukan SAFFC

Minit 45: Gol pertama dari pasukan Perak dijaringkan oleh Mario Berrios hasil sepakan penalti setelah pemain Perak dijatuhkan di dalam kotak penalti SAFFC.

Tambahan masa: 2 minit

Ulasan: Gol pertama SAFFC dilihat lebih kepada kesilapan mudah dari penjaga gol Perak, Nasril Nourdin manakala gol kedua pula berpunca dari salah faham pertahanan Perak yang menyangka pemain SAFFC sudah pun offside namun penjaga garisan tidak mengangkat bendera lalu dimanafaatkan dengan baik oleh pemain SAFFC. Permainan seimbang dengan kedua-dua pasukan berbalas serangan.

Separuh masa kedua:

Minit 50: SAFFC menambah gol ketiga mereka.

Minit 60: SAFFC menambah gol keempat mereka.

Minit 72: SAFFC menambah gol kelima mereka.

Minit 75: SAFFC menambah gol keenam mereka.

Minit 85: SAFFC memperkukuhkan pertahanan mereka disamping memperlahankan permainan ketika ini. Banyak serangan Perak berjaya dipatahkan dengan mudah oleh pertahanan SAFFC.

Tambahan masa: 4 minit

Tamat

Ulasan: Sikap sambil lewa dan terlalu menghormati pihak lawan yang banyak dibarisi oleh pemain ‘Mat Saleh” adalah punca utama kekalahan besar pasukan Perak malam ini. Dengan 6 orang pemain SAFFC yang mempunyai ketinggian seperti K. Nanthakumar serta dua pemain sayap mereka yang sepantas Razali Umar, percaturan Steve Darby kali ini telah menyebabkan seluruh warga peminat bolasepak Perak cukup berduka. Ini adalah kekalahan paling mengaibkan yang pernah dihadapi oleh pasukan Perak di halaman sendiri.

Nota: Oleh kerana masalah teknikal yang tidak dapat dielakkan, pihak kami tidak dapat menyiarkan keputusan perlawanan ini secara lintas langsung. Namun begitu pihak kami cuba untuk mendapatkan maklumat sebanyak yang ada dari krew yang bertugas di stadium. Harap maaf.

Likes(0)Dislikes(0)

18 thoughts on “AFC Cup 2008 – Group E | Perak vs Singapore Armed Forces (result)

  1. pie

    aduh sedihnya teman, tapi apa bleh buat, benda daH berlaku. patutlah semalam teman rasa semacam je rupa2nya ada petanda. HMMMM apa2 pun pemain, penyokong dan jurulatih jgnlah putus asa, kita perlu beri tumpuan kepada pertemuan dengan selangor plak lepas ni dalam saingan FA, mungkin ini masalah yg dibgkitkan oleh SD tentang keadaan padang di stadium ipoh yang teruk. mana pihak yang berkenaan ambillah tindakkan yang drastik jangan plak kena belasah ngan selangor plak bagi alasan yang sama gak masalah padang.

    apa2 pun teman sentiasa menyokong pasukan teman
    KEJOR YOB KEJOR
    SKOR YOB SKOR

    Likes(0)Dislikes(0)
  2. miez3

    Salam Yobs & Yongs....kenapa?Mengapa?Kalah lagi....
    Itu semua tidak menjadikannya sesuatu yg mengejutkan dan menghampakan......sebenarnya ia lebih menjadi suatu persaingan yg sihat atau benchmark pada pasukan Perak sendiri.....teman sendiri pada awal musim begitu emosional dan tak sedap hati pada pengurusan Perak tambahan pulak pada percaturan yg di buat oleh tuan coach mat saleh kita SD tu...tapi setelah mengkaji dan melihat dari sudut yg positif teman rasa si coach ni tau apa yg perlu dan tak perlu dilakukan....menang di sanjung...kalah dikeji...itu lumrah dunia....tapi kalau kita lihat pasukan Perak musim ini...bahkan musim2 yg sebelumnya.....kita pernah kalah...pernah menang...cuma bezanya team mate dlm pasukan...kalau dulu kita ada Keita dan Abdulaye....pun kita pernah kecundang masa saingan liga tempatan dan liga AFC ni...ini semua pengalaman...pengalaman lebih berharga dari segala2nya...so..mlm ini satu lg pengalaman yg berharga dpt diperolehi oleh pasukan Perak....lawan yg dipenuhi dgn mat2 saleh umpama berlawan dgn pasukan dari Eropah...bukan senang nk jumpa lwn omputih biarpun ianya hanya dtg dr seberang tambak....

    Teman sikit pun tak rasa hormat atau tabik dgn pasukan dari pulau Singa ni.....tgk saja pasukan kebangsaan deme...tak cukup dgn player tempatan ada jugak player yg diimport....walaupun telah diberikan taraf kerakyatan...tapi hakikatnya...siapa deme sebelum tu??...

    Mungkin mlm ni satu ujicuba utk pasukan Perak...kalau kereta tu umpama test drive ler...dgn adanya game yg serope ini dpt jgk pasukan Perak buat trial & error kt mana posisi yg lemah dan kat mana yg perlu diperbaiki dan kat mana yg perlu ditambahbaikan.....ianya bagus bg pasukan Perak sedar akan kemampuan dlm pasukan dan ditahap mana deme berada......mugkin lepas ini Perak akan terus bangkit dan menunjukkan momentum yg lebih jitu dlm saingan liga tempatan...

    Cuma...teman sedih sbb ada player yg injured mlm ni...bygkan la hari Sabtu ni pasukan kita akan bertemu dgn musuh ketat atau tradisi iaitu Kedah....percaturan pasukan mungkin sedikit tempang tapi diharap semangat pemain tak luntur dek kekalahan mlm ini...

    Ayuh Yob2 semua....kekalkan semangat juang...mlm ni kita kalah tapi melawan...mlm sabtu tunjukkan diri yg sebenar!!Malam ni kena belasah tapi belum tentu Seladang tumpor!!Lwn Kedah besok Seladang pasti mengganas semula!!Arios Yob...all the best...show them u all can make it...(that...goes to u coach!!)...

    Skor Yob Skor!!Perak bolehhhh!!!

    Likes(0)Dislikes(0)
  3. gibauk

    Memang mengejutkanlah dengan kekalahan sebanyak ni dan di tempat sendiri pulak tu. Apapun, OVERALL rasanya team Perak ni dah kurang stamina sket. Jadual permainan dalam negara pun blum selesai lagi, byk yang nak dikejar- Liga Super, Piala FA dan taklama lagi Piala Malaysia.
    Keputusan mengeluarkan K.Nanthakumar dan Shahrulnizam dilihat 'jalan terbaik' mungkin utk mengurangkan impak 'kecederaan serius' yang bakal mereka hadapi di saat-saat genting dalam baki perlawanan liga Super dan Piala Fa (apatah lagi pertemuan selepas ini dikhabarkan dengan skuad Selangor)

    Harap kekecewaan pemain tidak di forward kan pada perlawanan yang akan datang sbb dikhuatiri merencatkan suasana 'gelombang kuning' yang tak pernah tewas sejak dua menjak kebelakangan ini..

    Regards
    Gibauk

    Likes(0)Dislikes(0)
  4. active11

    takpe Yob semua.
    Kita tak mengalah wpun dibocor 6 gol. Semua itu pasti bw perubahan baik utk Perak. Masih ada sinar dihujung jalan sana.

    Cheers!!!

    Likes(0)Dislikes(0)
  5. Raul hashim

    perak akn bangkit nanti. kepada fan semua jgn le menghina team kt lg. cukup le yg dulu. team kt dh bnyk bt perubahan. teman tau team kt kalah sbb xckp rehat. harap pemain kt dpt rehat secukupnya bla lwn selangor nt. tebus dendam blk. bkn perak je lth tp coach liverpool pun xpuas ht pasal jadual padat. tu namanya ujian bt team kt. teman ykn perak mampu julang sekurang2 nya 2 piala iaitu piala fa n piala malaysia. liga super tu hrpn msh ade lg. cuma rentak kemenangan hrs diteruskan. kt blh menang lwn kdh nt. diaorg pun lth jgk. harap cc n shahrulnizam cpt sembuh untk membantu team kt. diharapkan jgk boted cpt sembuh untk kembali menjaga gawang perak yg dilihat mudah boc or ketika ini. So fan perak mari kt bersatu tenaga untk sama2 menyemarak kan lg semangat player perak. dtg beramai2 stdm jumaat ini. perak pasti boleh. Perak semangat mu cukup kental mcm pahlawan maharajalela. Bangkit perak dr lamunan.

    Likes(0)Dislikes(0)
  6. Pakcu

    Info dari abg Din fisio malam tadi...

    1. Perak tidak perform sepertimana menentang New Radiant di Maldives tempuhari.

    2. Sah... Arul serta Caceres cedera.

    Keseluruhan permainan Perak malam tadi tidak lah seburuk keputusan yang diperolehi. Meskipun dilihat seperti "kurang stamina" tapi Pasukan Perak tanpa Caceres.. masih mampu memberi tentangan hingga saat2 akhir walaupun tidak berjaya menghasilkan gol. Harus diingat gol2 yang dihasilkan oleh Singapore AF Fc tidak lah secantik mana.

    Likes(0)Dislikes(0)
  7. keanu147

    emm....
    dr cni kiter dapat lihat yg perak tiada pemain pelapis yg berkaliber utk mggntikan 1st eleven player..
    then,pemain yg digunakn ini bkn tidak ade kualiti tp mgkin tidak fit utk match ini kerana trlalu byk game dlm mggu nih..

    ape2 pn dihrpkn agar semua pemain perak berada dlm keadaan cergas n tip top utk match akn dtg...

    Likes(0)Dislikes(0)
  8. miez3

    Betui kata PakCu...teman dh tgk kt t.v. pasal jaringan2 gol oleh pihak lawan....gol2 mudah tak secantik mana...nampak jgk persembahan tak bermaya dari player2 Perak sendiri...letih wooo...bukan takat stamina je...pikiran pun letih pikior mcmana nk hasilkan idea-idea menarik dlm mencari atau menghidu peluang utk jaringkan gol....teman ghiso ni...lwn S'ngor walaupun kt tempat sendiri dgn player utama injured...aduh...bior betui...tak sampai seminggu kena menghadap 3 match yg padat dan musuh tradisi yg sememangnya peluang utk menang selalunya tipis...harap2 player cepat sembuh dan dpt melaksanakan tugas masing2 utk 3 perlawanan penting pada Jumaat,Ahad dan Selasa minggu depan.....apapun teman tetap yakin Perak buleh....kejor yob kejor...arios!!

    Likes(0)Dislikes(0)
  9. Yashurr Yazurry

    Bagi siapa y pegi ke stadium, mereka lebih tahu apa situasi sebenar.. kami penonton2 di stadium kecewa dgn nasril..
    beliau tak dapat mjaga gawang dgn baik.. tindakannya yang teragak-agak cukup mnambah kemarahan pnyokong2 didalam stadium.. boleh d'katakan nasril begitu gugup, kdudukannya out of position, diharap nasril dpt tgkatkan level of confident beliau..

    Likes(0)Dislikes(0)
  10. yatty_sg

    teman tiba di spore ptg tadi dr perak .. dgn hati yg agak kecewa atas kekalahan pasukan kesayangan teman ni. teman tak bangga langsung walau pasukan dr negara teman menang.
    nasril memang agak gugup mlm tu, takde stability. mungkin attack bertali arus dan kurang cover dr defence yg menyebabkan nasril jadi gugup. players lain juga kelihatan letih dek jadual yg teramat padat bulan ni. saya akui ia tak boleh dijadikan alasan kerana itulah professional football so saya harap para pemain akan maintain fitness level masing2.

    all de best yob! kalah menang, teman tetap setia bersamamu.. cewahh!

    Likes(0)Dislikes(0)
  11. yobscoryob

    mungkin kekalahan kali nih boleh dijadikn sbg pengajaran.jadual perlawanan yg ketat sedikit sebanyak meletihkan pemain2 perak.apa yang lebih penting ialah jgn mudah mengalah lg sbb selangor dan kedah menanti kita selepas nih....focus3x..

    all da best!!! pasukan seladang ttp dihati

    Likes(0)Dislikes(0)
  12. seraimerah

    ishh sapa la yang dok kata perak kalah lagi tu.. relaks le yob kalah menang tu adat le... takkan nak menang selalu..

    lagi satu kene admit team deme ni lebih kurang team kebangsaan deme.. import nyer dah lebih 60% dalam team.

    Peluang masih terbuke untuk team Perak.. cuma jangan kalah dah le lepas ni .. ekekeke..

    P/s: teman teringin la nak tengok Perak main dalam liga juara-juara AFC

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.