AFC Cup 2008 – Group E | Perak vs Singapore Armed Forces FC (review)

AFC Cup 2008 | Group E
Selasa 18 Mac 2008
Stadium Perak, Ipoh
8:45PM

Perlawanan kedua kumpulan E, Zon Timur Piala AFC 2008 bagi pasukan Perak ialah menentang pasukan Singapore Armed Forces FC di Stadium Perak, Ipoh. Pasukan yang lebih dikenali sebagai SAFFC ini, mempunyai gelanggang sendiri yang diberi nama Choa Chu Kang Stadium dan mampu memuatkan kira-kira 4000 orang penonton sahaja.

Walaupun nama stadium mereka mirip sitcom komedi Phua Chu Kang yang membuatkan penonton ketawa terbahak-bahak apabila menontonnya, namun prestasi semasa mereka tidaklah mampu untuk kita tertawakan.

Untuk rekod tatapan semua, pasukan Singapore Armed Forces FC adalah juara bertahan S.League dua tahun berturut-turut iaitu pada 2006 dan 2007. Untuk musim 2008 ini mereka menduduki tangga pertama S.League setelah melalui 5 perlawanan dari jumlah 33 perlawanan keseluruhan.

Penyerang utama mereka, Aleksandar Duric yang berasal dari Bosnia dan telah mendapat kerakyatan Singapura berjaya meledakkan 37 gol dari 33 perlawanan pada musim 2007 meninggalkan jauh Noh Alam Shah (Tampines Rover) dan Kengne Ludovick (Home United) yang berkongsi kedudukan kedua dengan 19 gol.

Beliau juga telah menjaringkan 4 gol setakat ini untuk pasukannya pada persaingan S.League selain seorang lagi penyerang tempatan mereka Ashrin Shariff. Mereka mempunyai 4 orang pemain import iaitu Therdsak Chaiman (Thailand) serta 3 orang pemain dari Jepun, Kenji Arai, Masahiro Fukusawa dan Norikazu Murakami.

Faktor lain yang membantu kekuatan mereka ialah dengan mendapat khidmat 2 pemain kelahiran England yang telah mendapat status warganegara Singapura iaitu Daniel Bennett dan John Wilkinson.

Pasukan Singapore Armed Forces FC juga berjaya menjuarai kumpulan E, Zon Timur untuk kempen AFC Cup 2007 yang turut disertai oleh pasukan Mahindra United (India), Happy Valley (Hong Kong) dan New Radiant (Maldives).

Namun langkah mereka tersekat di peringkat suku akhir apabila tewas kepada juara AFC Cup 2007 iaitu Shabab Al-Ordun dari Jordan dengan keputusan 5-3 yang dijalankan secara timbal balik kalah mati.

Berdasarkan serba sedikit maklumat yang kami salurkan kepada anda semua, kita pastinya mampu mengagak sejauh mana kekuatan pasukan Singapore Armed Forces FC ini dan siapa yang patut diberikan kawalan sepenuhnya sewaktu permainan kelak.

Berikut adalah kesebelasan utama mereka sewaktu membenam pasukan Kitchee FC dengan jaringan 4 gol tanpa balas pada perlawanan pertama AFC Cup 2008 tempohari:

14 Shahril Jantan (GK)
02 Shaiful Esah
03 Kenji Arai
04 Hafiz Osman
07 Masahiro Fukusawa
08 Therdsak Chaiman – (20 Syed Karim)
09 Aleksandar Duric (C) -(25 Shaiful Rahman)
10 John Wilkinson – (19 Mustaqim Manzur)
12 Jamil Ali
16 Daniel Bennett
18 Ashrin Shariff

Simpanan:
01 Abdul Rasyid Hamid
05 Faizal Aziz
13 Razaleigh Khalik
22 Fadzil Nasir

Jurulatih Perak, Steve Darby seharusnya mampu untuk merencanakan sesuatu yang baik pada perlawanan ini berdasarkan prestasi semasa Perak yang boleh dikatakan mantap pada beberapa siri perlawanan sebelum ini.

Walau sehebat manapun pasukan lawan yang akan di tentang tidak bermakna kita tidak mampu untuk menewaskan mereka nanti. Penulis berharap semoga pemain terus fokus pada perlawanan ini untuk mencapai 3 mata penuh di samping cuba mencatatkan keputusan seri di tempat lawan kelak.

Nota: Perlawanan ini akan mendapat liputan lintas langsung dari krew bertugas.

YB Corner

Likes(0)Dislikes(0)

15 thoughts on “AFC Cup 2008 – Group E | Perak vs Singapore Armed Forces FC (review)

  1. active11

    Thanks penulis dgn info yg simple tp padat. Dapat diperhatikan mereka punya tenaga import yg begitu ramai. Perak cuma 3 'cili pedas' sahaja, tp bukan makna Perak tak mampu beri saingan bermakna. Disinilah peranan penyokong & pengurusan pasukan agar menggilap motivasi pemain supaya lakukan yang terbaik. Tambahan pula kita diberi peluang 'merembat satu bola' dgn tenaga import luar. So, buktikan kita juga mampu gegarkan dunia bola sepak Asia.

    Berjuanglah demi Malaysia!!!
    Cheer Up Yobs!!!

    Likes(0)Dislikes(0)
  2. zul4all

    alamak.......berapa org import deme niiii....ni x adil......sesungguhnya kite patut berdoa, tawakkal, kerana dikala tanggapan untuk mendapat kemenangan sememangnye tiada.....namun dengan izin Allah yg Maha Kuasa......nothing impossible........Insya Allah, perak kene kene keje keras, kemenangan itu akan datang dengan izin Allah........harap perak main dgn bersungguh-sungguh

    Likes(0)Dislikes(0)
  3. amirfsl

    teman dulu duk kat johor,memang selalu dengor name team saffc ni,memang gempak r diorang dalam liga s bersame-same home united ngan tampines rovers tu,,tak terkejut la kalo dengo deme meng tahun 2006 n 2007 liga s,,bagi teman,duric n bennet tu kene jage2 sikit,bahaye gak tu..jadi harapnye steve drby n the rest dapat gunekan kelebihan bermain di gelanggang sendiri untuk memperoleh kemenangan,,all the best!!lepas ni kite gegar darulaman pulak!!kejor yop!!amin.

    Likes(0)Dislikes(0)
  4. yatty_sg

    perak give all out ye in match ni .. saya yakin jika perak mempamerkan persembahan yg baik dan mantap, se kurang2 nye perak akan mampu seri dgn SAF. tapi jika boleh, saya ingin perak menang. saya ade keyakinan dgn perak, jika dpt dikurangkan kesilapan2, di sempurnakan segala peluang yg ade, tak mustahil, perak boleh menang.

    Alex Duric, pemain tertua di S-League, tetapi mesti diberi perhatian. bisa nye boleh menyengat jika defence perak lalai. selain tu, mereka ade beberapa free-kick specialist yg perlu diberi perhatian (Shaiful, Wilkinson, Chaiman). perak juga mesti nak kene stop de flowing attack dr Chaiman dan pemain sayap SAF Jamil & Fukusawa yg lincah, yg boleh memporak-perandakan defence perak.

    so all de best perak, i'll b there utk support perak. saya yakin perak boleh.

    skor yob skor!

    Likes(0)Dislikes(0)
  5. yatty_sg

    anyway, pemain import tetap 3 sahaja yg boleh digunakan utk team yg bertanding dlm afc cup. SAF akan gunakan khidmat Chaiman, Fukusawa & Arai sbg tenaga import mereka dlm afc cup ni.

    Duric, Wilkinson & Bennett sudah menjadi rakyat Spore so mereka dikirakan sebagai pemain local. bukan lagi sebagai pemain import.

    Likes(0)Dislikes(0)
  6. abgcho

    hopefully kite leh curi atlis satu mate ari game ni..berdasarkn ape yg webmaster btau, pasukan ni leh la dianngap kuat..yele, kalu dengarkn status konpemle team2 yang men dalam AFC ni paling koman no3 liga.ape2 pn dalam bola sepak sume leh terjadi..teknik n tektikal mase game tu y perlu diberi perhatian..dengan berbekalkan luck pade tempi kemenangan kite, insyaAllah segalanye boleh dan pasti buat skuad yob...ape2pn teruskn perjuangan...ok..awok xdapat tun stadium g..byk koje...insyaAllah lawan selangor nnti awok trun...ok....da~ ( manjenye) huhu....

    Likes(0)Dislikes(0)
  7. satorare

    baru la ok admin ada carta liga kt sblh ni..
    baru la senang teman nk tgk carta liga..
    x yah dh nk klik lain..
    xpe la, dh ada smua ni pn dh ok..
    tima kasih kt admin yg sentiasa cuba memberi yang
    tbaik utk penyokong perak...
    ok, utk games yg seterusnya hope perak bleh
    kekalkn momentum kemenangan ni...
    insyaallah, bleh 2..
    x kira la deme bape import pn janji perak main elok2..
    teman doakn perak mng utk game ni dan yg seterusnya
    terutamanya game gn selangor..
    Kejor Yop Kejor....

    Likes(0)Dislikes(0)
  8. pie

    terima kasih admin ini satu pembaharuan dan mudah untuk rujukan kpd fan.
    Terima kasih sekali lagi
    Skor yob Skor

    Likes(0)Dislikes(0)
  9. abgcho

    yeah..tq admin..suatu perubahan yang drastik.jap je mntak sudah ade ditepi....terime kasih..kami menghargai..

    Likes(0)Dislikes(0)
  10. pie

    Askum dan slmt ptg semua fan. Hari ini teman terasa sangat yang pasukan teman akan melawan pasukan Armed Forces Singapura. Teman rasa bahangnya terlampau kuat. Entahlah, tapi teman doakan supaya pasukan teman dapat memperolehi mata penuh untuk membawa bekalan selesa bagi pertemuan kedua dengan pasukan Armed Forces Singapura di Singapura. Bukan apa kat sana nanti mereka pastinya akan mendapat sokongan yang padu dari penyokong2 mereka. Teman nak bertanya bila plak perlawanan di sana akan dilangsungkan dan adakah penyokong Perak yang akan ke sana untuk memberi sokongan kepada Pasukan Perak. Apa2 pun teruskan perjuangan dalam AFC dan lupakan seketika liga Super kerana teman nak juga tengok pasukan teman membuat satu sejarah yang baru dalam AFC.

    KEJOR YOB KEJOR
    SKOR YOB SKOR

    semoga memperolehi kemenagan esok.

    Likes(0)Dislikes(0)
  11. Redzuansky

    Insyaallah.. Perak mmp m'bnm cbrn SAFFC. Bkn soal brp byk player import. Yg pntg aksi 90mnt ats pdg. Wpn SD suarakn pdg stadium keramat kita xbrp rata, itu xblh djdkn alasan oleh player Perak ggl b'aksi baik.. Perak pstny mmp m'gegar mlm 18 Mac 2008..

    Skor Yob Skor!!

    Likes(0)Dislikes(0)
  12. miez3

    Salam semua...wah semua yob & yong dh berkobar2 semangat teman nengok kt dlm forum ni...teman tak berapa tau sgt psl info pasukan lwn tapi kome2 semua ada yg dh pernah tgk & tau pasl background pasukan lwn...baguih la....boleh le kongsi sama2...utk admin thank u lg sbb buat pembaharuan.....dpt gak tgk kedudukan pasukan kita kt carta liga tanpa perlu menunggu ke hari besok bila setiap kali perlwnan berakhir...
    Mlm ni ada lintas langsung lg ye admin??Teman nk tggu depan komputer je....nk tgk tak mampu...besok2 teman nk tgk Perak main kt Shah Alam je lwn S'ngor dlm FA Cup...sesape yg tinggal kt Shah Alam boleh le join skali....Lg satu cadangan kt admin..apakata kalau dpt buat chat room..yg private la utk ahli2 seladang.net...boleh le kenal mengenal antara ahli....hehehe...
    Apapun...all the best for Perak...negeriku tetap dihati...mlm ni bawak cabaran negara pulak....mana tau boleh banggakan M'sia dgn sekurang2nya ke pusingan seterusnya Piala AFC ni...fokus Yob...
    Kejor Yob Kejor...Skor Yob Skor...Ariossss!!

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.