AFC Cup 2008 – Group E | New Radiant vs Perak (review)

AFC Cup 2008 | Group E
Selasa 11 Mac 2008
National Stadium Malé
Maldives – 3:45PM
(6:45PM – Malaysia)

Kempen Piala AFC 2008 bagi kumpulan E, Zon Timur bakal dilangsungkan pada tarikh di atas bagi pasukan Perak dengan berkunjung ke negara Maldives menentang kelab New Radiant di Stadium Nasional Malé atau dipanggil Rasmee Dhandu Stadium oleh peminat tempatan.

Tidak banyak yang mampu penulis nyatakan berkenaan pasukan New Radiant dari Maldives ini. Namun suatu yang pasti mereka adalah antara kelab terkuat selain mempunyai sokongan penonton yang paling ramai di peringkat liga domestik Maldives.

Seperkara yang perlu kita tahu berkenaan pasukan ini ialah kebanyakkan perlawanan diadakan pada sebelah petang dan bukannya malam serta stadium ini hanya mampu memuatkan kira-kira 11,850 orang penonton sahaja dalam satu-satu masa.

Rasmee Dhandu Stadium

Berbalik kepada pasukan New Radiant, kejayaan terbaik mereka pada saingan peringkat Piala AFC ialah pada tahun 2005 apabila tewas di peringkat separuh akhir bertemu pasukan Al-Faysali dari Jordan yang menjuarai kejohanan Piala AFC 2005.

Menariknya juga pasukan Perak turut serta pada kejohanan tersebut di dalam kumpulan D bersama pasukan Sun Hei (Hong Kong), Tampines Rovers (Singapura) dan Club Valencia (Maldives) namun hanya berjaya menduduki tangga terakhir kumpulan.

Secara amnya corak permainan kelab dari Maldives ini lebih kepada larian pantas hampir setiap pemainnya dan gemar pula menggelecek hingga ke depan pintu gol lawan. Mereka agak kurang dari segi taktikal berpasukan namun tahap kecergasan mereka amatlah tinggi walaupun bermain di waktu petang yang panas terik.

Ini yang merisaukan penulis kerana dengan taktikal 3 pertahanan, benteng Perak mungkin sedikit rapuh apabila berhadapan dengan barisan pemain New Radiant yang cukup terkenal dengan larian pantas dan lincah.

Faktor panas dan keletihan mungkin menjadi batu penghalang kepada para pemain Perak untuk menampilkan permainan terbaik pada perlawanan itu. Semoga Steve Darby mampu merencanakan satu taktikal terbaik untuk mengimbangi corak permainan lawan dan sekurang-kurangnya memungut satu mata dari sana.

Nota: Perlawanan ini akan mendapat liputan ringkas dari krew bertugas.

YB Corner

Likes(0)Dislikes(0)

11 thoughts on “AFC Cup 2008 – Group E | New Radiant vs Perak (review)

  1. asraf

    game ni kalu kita draw pun ckp dah pd teman,lwn jauh2 ni mmg cam susah skit....pasey sabtu tu nak lwn penang lak kat ipoh,hrp deme dpt buat yg terbaik je....skor yob skor.

    Likes(0)Dislikes(0)
  2. miez3

    harapan teman tak le tinggi menggunung utk aksi Piala AFC ni sbb Perak musim ni tak mcm musim yg sudah2....aksi di liga tempatan pun masih belum boleh dibanggakan...kalau team Perak tak keletihan dan masih boleh memberi fokus pada game away yg jauh di mata ni...insyaALLAH mungkin sesuatu yg ajaib boleh berlaku...kemenangan memang diharapkan..kalah kalau boleh dijauhkan...seri satu petanda yg baik yg team kita ni boleh bersaing dgn team luar....sebenarnya teman lebih berdebor tunggu 10 Mac ni...team mana le yg kita jumpa utk pusingan kedua Piala FA....tapi buat pasukan Perak jgn la pulak peningkan kepala fikirkan lwn siapa utk Piala FA ni...yg penting fokus dulu yg mana dulu..yg kemudian..kemudian nanti le fikir strateginya...teman ada terbaca artikel dlm paper yg SD takut player kita mabuk laut....sebabnya perjalanan ke stadium lwn nanti kena naik teksi air....bertolak hari Ahad ni ke Maldives..uihh letih tu...dgn mainnya tgh paneih...hiii harap2 SD dpt buat latihan tgh paneih le pulok kt sini sebelum berlepas ke sana...anyway....good luck..try your best!Score tetap Score YOb!

    Likes(0)Dislikes(0)
  3. pie

    terime kasih kepada web master kerana sudi memberi ulasan serba sedikit tentang pasukan new radiant ini. teman baru tahu bila penulis menceritakan tentang pasukan ini. ini bermakna banyak lagi yang teman tak tahu pasal kelab2 yang terlibat dengan AFC. Apa2 pun teman berharap perak dapat menunjukan mutu perlawanan yang baik serta mengecapi kejayaan kerana pada teman mungkin ini dapat membuka mata pihak luar yang mana memandang rendah tahap permainan negara kita. perak akan menjadi pasukan yang mengharumkan nama negara kerana pasukan kebangsaan kita sekarang agak lemah dan tiada penunjuk bahawa mutu permainan malaysia akan meningkat. dengan pembabitan perak dan kedah ini teman harap agar kita bertemu sesama kita di perlawanan akhir nanti. insyaallah kerana tidak mustahil kita dapat lakukannya. SKOR YOP SKOR.

    Likes(0)Dislikes(0)
  4. yatty_sg

    letih dgn jadual yg padat, faktor cuaca lagi ..
    dan berkemungkinan juga pemain2 akan mengalami sea-sick .. pemain2 dr spore yg pernah kesana kebanyakkannye dilanda sea-sick bila di maldives ..

    Likes(0)Dislikes(0)
  5. zul4all

    yob harus ambil peluang ini untuk dedahkan player muda kepada game ni......selain itu, rehatkan player regular cm NAntha, hardi, shahrul azhar.......

    semoga yob pulang dan pergi dgn selamat......

    admin: sebahagian komen ini telah diubah, nantikan esok artikel khas berkenaan perkara tersebut.

    Likes(0)Dislikes(0)
  6. anakperak86

    teman pun x tau lansng psl team maldives ni. tp teman harap ler perak dpt result yg bagus dlm kempen kali ni. SD target 12 mata dlm group stage dlm artikel kat website FAM. seri pun dh kira bagus kalo tgk faktor2 yg lain.

    PERAK FOR LIFE!!!

    Likes(0)Dislikes(0)
  7. amirfsl

    teman harap team perak dapay buat yang terbaik,,kalo seri pun dah memadai,,just main elok2,,cari kelemahan n seterusnye fokus balik kat saingan liga super malaysia!!rapatkan lagi jarak dengan kedah..gud luck perak!!

    Likes(0)Dislikes(0)
  8. active11

    Saya berharap penyertaan kali ini membuahkan hasil lumayan buat Perak. SD harus tidak mengambil mudah memandangkan Perak mengibarkan bendera pemain profesional bola sepak Malaysia yang aib kebelakangan ini. Sasaran kita untuk layak ke peringkat seterusnya dan mencapai gemilang (jadi JUARA la kalau bole hehe).
    Kami para penyokong Perak akan terus berdiri teguh walau ape pun keputusannya nnt (mcm ni la penyokong setia hehe).

    Majulah sukan untuk Perak & Malaysia.

    Cheer Up Yobs!!!

    Likes(0)Dislikes(0)
  9. amir_azri

    xpe yobs & yongs. yg pnting game best. soal result, Tuhan yg tentukan tp soal usaha terletak atas bahu players. kita tau jadual yg padat mmg akan bantutkan usaha. tp at least kita mahu ada usaha bsungguh2 drp players yg mahukan kmenangan. just usaha...

    all for perak...

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.