AFC Cup 2008 – Group E | New Radiant vs Perak (result)

AFC Cup 2008 | Group E
Selasa 11 Mac 2008
National Stadium Malé
Maldives – 3:45PM
(6:45PM – Malaysia)

New Radiant 1 – 3 Perak


Barisan Perak

Nasril Nourdin

K. Nanthakumar – Mario Berrios – Chan Wing Hoong

Hardi Jaafar – Jorge Munoz

Shahrulnizam – Ahmad Shahrul – Danial Fadzly

Carlos Caceres – Khalid Jamlus

Minit 7: Pasukan New Radiant membuka tirai gol melalui pemain import Mbock Daniel.

Minit 8: Carlos Caceres menyumbat gol penyamaan Perak hasil dari satu gerakan pantas melalui Shahrulnizam. Permainan cukup aggresif walaupun cuaca terlampau panas ketika ini.

Minit 17: Carlos Caceres sekali lagi menjaringkan gol kedua buat pasukan Perak melalui satu tendangan lambung melepasi penjaga gol lawan.

Minit 30: New Radiant mempamerkan permainan pantas namun berjaya dikekang baik oleh pertahanan Perak. Kelihatan pemain Perak sedikit keletihan kerana masalah cuaca yang cukup panas ketika ini.

Minit 35: New Radiant bermain dengan 10 orang pemain selepas Mohamed Shifan dilayangkan kad merah selepas mengutip kad kuning kedua kerana mengasari Carlos Caceres.

Minit 38: Khalid Jamlus menambah gol ketiga pasukan Perak melalui satu rembatan cantik dari tepi pintu gol New Radiant.

Minit 45: Tamat separuh masa pertama dengan kelebihan memihak kepada pasukan Perak ketika ini. Bermain dengan lawan yang kekurangan seorang pemain pertahanan seharusnya digunakan sebaiknya oleh pemain Perak untuk mencatatkan kemenangan besar selepas ini.

Minit 60: Perak membuat pertukaran pertama pada separuh masa kedua dengan mengeluarkan Danial Fadzly dan digantikan oleh S. Subramaniam. Secara keseluruhan 70% permainan lebih dikuasai oleh pasukan Perak manakala New Radiant lebih banyak bertahan ketika ini. Serangan Perak lebih banyak ditumpukan melalui pemain sayap Shahrulnizam Mustapa dan Danial Fadzly.

Minit 70: Pemain pertahanan Perak, Azlan Zainal dimasukkan bagi menggantikan Shahrulnizam Mustapa. Perak dilihat lebih kepada menguatkan pertahanan disamping membuat serangan pantas untuk mengintai peluang menambahkan gol.

Minit 75: Razali Umar masuk menggantikan Khalid Jamlus yang agak keletihan untuk menambahkan sengat dibahagian serangan Perak.

Minit 90: Permainan tamat dengan Perak memenangi perlawanan pertamanya di tempat lawan dengan jaringan 3 gol berbalas 1.

Kembali ke Halaman Utama

Likes(0)Dislikes(0)

24 thoughts on “AFC Cup 2008 – Group E | New Radiant vs Perak (result)

  1. mim

    mmg hebat....
    tp arap2 jangan la men terok2 sangat sbb pas nih banyak lg match yang kne tempoh.....arap 2nd half ni men defensive skit....counter ble dapat pluang.....

    Likes(0)Dislikes(0)
  2. repasi

    myb 1st eleven ini yg SD harapkn tp peraturan FAM mewajibkan setiap pasukan meletakkan seorang pemain belia..tp teman rasa kalo subra n azlan jd pengapit berrios kt defend lg mantap..nantha bwk naik ganti tempat munoz..pergh..mantap siot perak pnye defend..

    Likes(0)Dislikes(0)
  3. webmaster Post author

    Keputusan perlawanan lain dalam kumpulan E ialah pertemuan antara Armed Forces (Singapura) Vs Kitchee (Hong Kong) yang menyaksikan Armed Forces sedang mendahului dengan jaringan 3 gol tanpa balas ketika ini.

    Terima Kasih
    admin

    Likes(0)Dislikes(0)
  4. apiq

    syabas perak kerana mmngi plwnn pertama.kepada cc trskan momentum bg mnjrngkn gol.hrp2 sabtu ni prk mng ngan penang.skor yob skor.

    Likes(0)Dislikes(0)
  5. ezadfc

    mmg Perak hebat....teman dah agak perak nie satu team yang penuh excellent..arap2 terus kan rentak kemenangan...wlaupun perubahan tampok berlaku kat negeri perak tp arap team perak memandang ke depan...Yakin Boleh...Go..Go....Go Perak...

    Likes(0)Dislikes(0)
  6. miez3

    Syabas & tahniah buat pasukan Perak kerana berjaya juga menang dan sekaligus mengharumkan nama bolasepak Malaysia...ternyata jugalah calon2 dr pasukan liga Malaysia especially Perak begitu mantap....teman rasa bangga gilerr....CC & Kj bukan main serasi lg....makin berbisa...ini petanda baik utk pasukan....lg satu mungkin faktor game yg byk meningkatkan lg rentak kemenangan Perak...kita boleh nengok kalau deme ni bercuti lama sikit fitness pemain berkurang & percaturan SD mungkin hilang fokusnya pd pemain2.....bg CC pulak...mungkin kelebihan bermain ptg satu advantage pd beliau....agaknya dh biasa kut masa di Chile dulu....alhamdulillah jgk dr laporan yg diterima dr admin tiada nampaknya berlaku apa2 kecederaan pada pemain...harap2 pd match hr Sabtu ni lwn Penang player2 akan lebih fit & meneruskan momentum kemenangan....selepas tu br fokus mcmana nk beat S'gor sekaligus menghapuskan diaorg dr saingan Piala FA....Perak Boleh!!Kejor Yob Kejor!!Skor Yob Terus Skor!!!!!!

    Likes(0)Dislikes(0)
  7. miez3

    opss...admin...ada rangkuman video perlawanan utk match ni tak??(harap2 ada lerrr...)anyway thanks for the report admin...keep it up...

    Likes(0)Dislikes(0)
  8. webmaster Post author

    Kami tidak berani berjanji akan ada sebarang rangkuman jaringan untuk pertandingan AFC Cup ini namun kami cuba untuk mendapatkan beberapa keping gambar perlawanan untuk tatapan semua di sini kelak.

    Terima Kasih
    admin

    Likes(0)Dislikes(0)
  9. apiq

    Semoga pskn prk mng lg d ipoh sbtu ini mntg penang.duan prt jom pg stdm sbtu ni.PERAK AKAN MNGMK D STDM PERAK MMBLASH PENANG.KEJOR YOB KEJOR SAMPAI YOB SKOR.

    Likes(0)Dislikes(0)
  10. active11

    Syukur alhamdulillah.
    Terasa indah Perak terus cemerlang. Harap momentum kemenangan akan terus mekar.

    Sekadar pendapat, elok kalau lawan Penang kita turunkan para pemain yang JARANG dipertontonkan kepada peminat. Bukan apa, untuk memastikan semua pemain cergas dan ada 'match fitness'. Perak berdepan laluan getir untuk Mac termasuk 'clash of the Titans' dgn Kedah & Selangor. Kalau kita prepare dgn cukup lasak, kita tidak berdepan masalah pada perlawanan akan datang.

    Perak No. 1
    Cheer Up Yobs!!!

    Likes(0)Dislikes(0)
  11. satorare

    teman mcm x percaya je perak bleh menang ni..
    ingatkn bleh seri je...
    dh la main tengah panas..
    tp bleh menang plak..
    mmg hebat la perak..
    gandingan KJ gn CC pn makin menjadi..
    btul la kata yop2 smua..
    CC main tengah panas dia ok..
    dh biasa kot main tengah panas kt chile..
    hope game gn P.P ni perak bleh menang..
    jgn over confident sgt bleh mng..
    kalo rs selesa ni yg wat bleh kalah..
    teman br balik dr stad bandaraya penang..
    tgk game penang gn n.9..
    harap perak bleh fokus utk game yg akan dtg..
    Kejor Yop Kejor..

    Likes(0)Dislikes(0)
  12. yatty_sg

    alhamdulillah, 1 kemenangan yg amat berharga utk perlawanan pertama AFC cup. walau bermain dlm cuaca yg panas, 3-point berjaya dikutip...

    keputusn pasukan lain yg sama group dgn perak:

    SAF (spore) 4 - Kitchee (hongkong) 0

    Likes(0)Dislikes(0)
  13. Yashurr Yazurry

    Alhamdulillah..
    Satu lagi kejayaan buat perak..
    Ternyata faktor cuaca bukan penghalang untuk perak
    melakar kejayaan di tempat lawan..
    Juga persefahaman yang makin baik buat
    kedua-dua penyerang kita (carlos caceres & khalid jamlus)

    Ternyata juga CC sudah menemui sentuhan jaringannya..
    harap penyokong2 perak terus memberi sokongan terhadap
    beliau..

    sungguhpun tak sehebat keita mandjou, namun ramai y xmenyedari jumlah sumbangan gol y dhasilkan oleh beliau
    setakat ini..

    p/s: saya rase barangkali jorge munoz sesuai di posisi
    'attacking midfielder', beliau nampak begitu selesa beraksi di posisi itu pada penghujung 2nd half ketika perak menewaskan johor FC dlm piala fa..

    Saiz badannya y kecil xsesuai jika dletakkan dbahagian
    'defensive midfielder' sperti mana posisinya skarang..

    -yashurr-

    Likes(0)Dislikes(0)
  14. yatty_sg

    saya ade keyakinan yg perak boleh atasi SAF .. yg penting, usaha mesti digandakan .. team works mesti padat ..

    all de best perak, skor yob skor!

    Likes(0)Dislikes(0)
  15. ayuball

    syukur tman perak menag lwan piala afc ini. tapi yg aku risau perak x cukup rehat. bagi masa tiga hari rehat pastu ada game. mcm mana nk fokus kt p.FA SUPER lagi. ni nk lwan dgn selagor ini lagi la.

    aku harap perak ada tenaga skt minum togkt ali ok. dah la game liga super lawan dgn kedah. pastu selagor FA. aduh. risau aku mcm ni

    tahniah perak i luv u.

    Likes(0)Dislikes(0)
  16. gnola

    caya ler perak...harap-harap sabtu ni perak akan memperolehi kemenangan terbesar dalam menentang p.pinang.lepas tu perak akan berhempas pulas pd minggu depan pd 18 mac lwn armed forces dr singapura kemudian pd 21 mac berdepan pula dgn selangor dan akhir skali lwn ngan kedah pulak pd 23 mac,nampaknya masa untuk perak berehat agak terhad.

    Likes(0)Dislikes(0)
  17. asraf

    hrp teman xterlmbt nak ucap tahniah pd team kite ni,syukur sgt2 cos mng dgn n.radiant ni...teman bz bebenor 2,3 hari nih...br dpt msk skang..i luv perak

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.