Perlawanan TM Piala FA 07/2008 - 27 Mac 2008
March 27th, 2008 by webmaster

TM Piala FA 2007/2008 pusingan 2 timbal balik kedua akan dilangsungkan dengan 8 lagi perlawanan. Pertemuan pusingan kali ini memperlihatkan 2 pasukan yang hampir pasti ke peringkat suku akhir iaitu juara bertahan musim 06/2007, Kedah dan pasukan kelab dari liga premier, Felda United FC setelah menang selesa pada perlawanan pertama dahulu.
Pasukan Kedah telah menundukkan Sarawak di gelanggang sendiri dengan keputusan 3 gol tanpa balas manakala Felda United FC pula membenam cabaran skuad wargakota Kuala Lumpur dengan jaringan 5-2.
Berikut adalah perlawanan yang akan berlangsung malam nanti:
Keputusan perlawanan pertama di dalam kotak kurungan
N.Sembilan (0) vs (1) Terengganu
Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi
Felda United FC (5) vs (2) Kuala Lumpur
Stadium Bolasepak Kuala Lumpur
Melaka (2) vs (3) Proton FC
Stadium Hang Tuah, Melaka
Sarawak (0) vs (3) Kedah
Stadium Sarawak, Kuching
Plus FC (0) vs (0) Pahang
Stadium Majlis Perbandaran Selayang
Selangor (4) vs (4) Perak
Stadium Shah Alam, Selangor
Sabah (1) vs (2) PDRM
Stadium Likas, Kota Kinabalu
Kuala Muda (0) vs (1) Pulau Pinang
Stadium Darul Aman, Alor Setar
Semua perlawanan akan berlangsung pada pukul 8:45mlm kecuali di Stadium Likas dan Stadium Sarawak iaitu pukul 8:15mlm.
- Senarai Artikel Terdahulu Yang Berkaitan:
- Perlawanan TM Piala FA 07/2008 - 4 Mac 2008
- Perlawanan TM Piala FA 07/2008 - 22 April 2008
- Perlawanan TM Piala FA 07/2008 - 23 Mac 2008
- Perlawanan TM Piala FA 07/2008 - 21 Mac 2008
- Keputusan TM Piala FA 07/2008 - 23 Mac 2008
Print This Post
If you found this page useful, consider linking to it.
Simply copy and paste the code below into your web site or your posting (Ctrl+C to copy)
It will look like this: Perlawanan TM Piala FA 07/2008 - 27 Mac 2008





a’kum dan selamat pagi..ramalan untuk pasukan yang akan layak ke Suku Akhir Piala FA 2007/2008 :-
1) Negeri Sembilan
2) Felda United FC
3) Melaka
4) Kedah
5) Perak
6) Sabah
7) Kuala Muda Naza
8) KL Plus FC
Sekian terima kasih, salam dari Kenari_245(fahmy)
Pulun Kedah Pulun!!
kejor yob kejor
kejor bior skor
selamat berjuang perak!!!!
kami selaku penyokong perak sntiasa bersama kalian..
skor yob skor..!!!
jgn lupa pakai baju kunin mlm ni
Baju hitam la abg Razlan. Kuning tu mcm sama jek dgn Selangor…team Perak pun hampir pasti pakai baju lain, so kita pakai la baju Putih / Hitam pulak hehehhe.
Kejor Yob Kejor
Score Yob Score
Cheer Up Yobs!!!
teman kena pakei baju kuning…. spesial kes… kekekek
all de best perak!!! do de best, give all out
come on perak.pastikan gandingan khalid dan jali mengegar jaring selangor mlm nih.u can do it!!!
ni mesti kes bini org selangor ek..ekekekke——>tuju kat razlan( macam name player selangor daa…..)
come on perak lg satu jam dr sekarang sepak mula untuk perlawanan timbal balik FA Cup..pulun sungguh2 na..naluri saya kuat mengatakan pasukan perak akan layak..saya sependapat dgn kenari_245..harapan saya semoga kuasa utara akan sekali lg merangkul semua piala yang dipertandingkan..mmg saya penyokong kedah tp sy sedar mengejar kejuaraan lebih mudah dr mempertahankan kejuaraan yg dimiliki..andai kata kedah gagal mempertahankan piala yg dimenangi musim lps,harapan sy semoga pasukan dr utara yg lain dpt menjulangnya..
PULUN KEDAH PULUN…
KEDAH TETAP JUARA..
KEDAH KEKAL DIHATI..
p/s: saya doakan pasukan kesayangan anda semua layak ke pusingan seterusnya..amin
walau apa, walau kenapa…
mlm ni perak ni perak musti main btul2..
balun selangor cukup2..
harap keajaiban berlaku mlm ni…
Kejor Yop Kejor…
abgcho kata
ni mesti kes bini org selangor ek..ekekekke——>tuju kat razlan( macam name player selangor daa…..)
teman apa2 pun letak Malaysia no 1, tu yg pakai baju kuning….tak kisah ler game kedah lwn pahang, tganu lwn perak pun… tetap pakai kuning… hanya org tertentu jer paham apa maksud teman