TM Liga Super – Terengganu Vs Perak (review)

TM Liga Super
Sabtu 16 Feb 2008
Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah
8:45PM

Perlawanan kedua pasukan Perak untuk pusingan kedua TM Liga Super 2007/2008 ialah bertemu pasukan Terengganu yang telah ditewaskan pada perlawanan pertama lalu di Ipoh dengan keputusan 2 gol tanpa balas.

Perak yang masih lagi terluka akibat kekalahan besar kepada pasukan Selangor selasa lalu, pasti akan berdepan laluan sukar menentang pasukan Terengganu yang berjaya mengikat pasukan Negeri Sembilan di Paroi dengan keputusan seri.

Penulis menjangkakan Steve Darby pasti akan mengekalkan gandingan yang sama sewaktu tewas kepada Selangor tempohari untuk berhadapan dengan Terengganu. Kelibat trio import pasti dipergunakan sebaiknya samada untuk mencapai kemenangan mahupun menanggung kekalahan.

Sebagai jurulatih yang tersohor juga, beliau pasti tidak perlu mendengar pandangan dan nasihat dari peminat bolasepak Perak yang kurang pandai dan tidak sebijak pemikiran seorang yang berdarah Inggeris sepertinya.

Menang atau kalah adalah adat pertandingan dan peminat pastinya pasrah dengan setiap yang berlaku jika kena pada puncanya. Tetapi kekalahan besar kepada pasukan Selangor di tempat sendiri bukanlah pengalaman yang harus dilalui oleh peminat yang bersusah payah hadir ke stadium malam itu.

Penulis melihat Steve Darby sebenarnya sudah kekeringan idea untuk mencorakkan permainan Perak musim ini dan cukup lemah dalam menilai prestasi semasa pemain Perak terutama ketika beraksi di padang.

Walaupun tanpa sijil kejurulatihan rasmi dari mana-mana pihak, penulis sebenarnya tidaklah membenci taktikal 3-5-2 yang diterapkan oleh Steve Darby. Mana-mana taktikal yang diguna pakai oleh apa jua pasukan di dunia ini mempunyai kelebihan dan kekurangannya.

Pokok persoalannya, adakah Steve Darby berjaya menerapkan pemain Perak dengan taktikal beliau sebaiknya termasuk keupayaan pemain itu sendiri untuk mengadaptasikan apa yang dirancang?

Kelebihan 3 pertahanan ialah keupayaan membuat perangkap offside dengan baik tanpa perlu ada campur tangan pemain tengah untuk membantu bahagian pertahanan. Adakah perkara ini dititikberatkan oleh Steve Darby?

Seperkara yang lain, mengarahkan pemain pertahanan untuk naik ke atas membantu jentera serangan adalah tindakan yang kurang bijak. Selain mengundang keletihan yang berlebihan ianya juga memungkinkan barisan pertahanan mudah dibocori akibat pemain tengah yang gagal mengisi kekosongan itu.

Pasukan Johor FC, Kedah dan terbaru Selangor berjaya menewaskan pasukan Perak dengan menggunakan taktikal serangan pantas melalui pemain sayap yang kerap membocori bahagian pertahanan yang ditinggalkan.

Walaupun sedih dengan kekalahan yang dilalui, namun penulis merasa sedikit bangga kerana pasukan-pasukan ini dibimbing oleh jurulatih tempatan serta mampu untuk mencalar ego jurulatih asing seperti Steve Darby.

Diharap Steve Darby tidak lagi melakukan 2 pertukaran “bijak” seperti mana yang berlaku pada perlawanan menentang Selangor tempohari dengan memasukkan 2 pemain pertahanan iaitu S. Subramaniam dan Azlan Zainal walaupun menyedari pasukan Perak sedang ketinggalan ketika itu.

Tanpa meletakkan sebarang harapan untuk mencapai kemenangan pada perlawanan menentang Terengganu nanti, penulis berharap semoga pasukan Perak mampu untuk mencatatkan sekurang-kurangnya keputusan seri kelak.

Nota: Perlawanan ini akan mendapat lintas langsung oleh crew yang bertugas.

YB Corner

Likes(0)Dislikes(0)

17 thoughts on “TM Liga Super – Terengganu Vs Perak (review)

  1. padiltaiping_81

    bagi teman,sebelum ni teman dah bagitau yg problem utama perak sekarang adalah di bahagian pertahanan selain dari pemain import yg kurang menyerlah (sama atau kurang level dgn pemain tempatan)..

    teman pun musykil gak ngan pandangan mata sd ni..subramaniam yg bagus permainan dia naper tak dibagi main 1st eleven...begitu juga ngan khairi zainudin yg mantap bertahan...sepatutnya sd meletakkan 4 pertahanan supaya pertahanan kiri dan kanan dapat menyekat pemain sayap lawan yg laju dari membuat 'crossing'..hal ini terbukti dgn kekalahan perak dgn kedah yg lepas (2-5) dan yg terbaru selangor (1-4)..

    bila perak lawan dgn pasukan yg memiliki penyerang sayap yg laju,pasti gawang perak akan mudah bocor..kalo lawan dgn team yg pemain sayap atau penyerang yg x laju&pantas baru perak bleh menang...

    utk game terengganu ni teman rasa perak menghadapi tugas SANGAT BERAT kerana terengganu tgh perfom sekarang..dapat seri pun dikira sangat baik..apa2pun teman mendoakan semoga skaud perak berjaya dalam misi hendak mencuri mata di kuala terengganu nnt...skor yob skor!

    Likes(0)Dislikes(0)
  2. Raul hashim

    xade mood nk komen pun. kalo komen bkn sd dengo pun. buang masa jer. tgu dan lihat jer mcane nsb perak nt. menang bertuah seri alhamdulillah kalah tumpolahhh.....

    Likes(0)Dislikes(0)
  3. Pakcik Yob

    pada pendapat teman jika sd terus mengekalkan 2 player ini iatu Chan dan Munoz semasa menentang Trerengganu nanti.. besar kemungkinan Perak akan haup.. (kalau seri kire Alhamdulillah) bukan niat dihati teman nak memperlekehkan ke2-2 pemain ini tapi itulah hakikatnya perfomance mereka... Pada perlawanan first round tempuhari teman lihat Terengganu sudah all out cm nasib tidak menyebelahi mereka. Tidak hairan lah jika di Std Sultan Ismail nanti mereka akan 500% meningkatkan keupayaan untuk mengalahkan Perak.

    jadi Perak haruslah berhati-hati.. lupakan sejenak kekalahan kelmarin.. fokus 100% pd perlawanan ini... kekang semua asakan lawan... paling2 tidak seri pun jadilah.

    Perak .. negeri asal usul kita... kalau kita tak sokong saat kalah saat menang .... siapa lagi nak sokong?

    Likes(0)Dislikes(0)
  4. active11

    yobs sekalian, usah ditangisi kekecawaan lalu. Jauh lagi perjalanan kita musim ni.

    cuma nak utarakan pandangan, import kita musim ni kurang menyerlah. pemain tempatan kita yang lagi menonjol. elok kalau kita kurangkan kebergantungan kita pada pemain import. Bagi je anak2 malaysia yg main, lagi bagus kalau kita 'didik' razali jd mcm seator.

    apepun, harap moral semua peminat n pemain tetap cool.
    moga-moga menang la dgn Tganu.

    Likes(0)Dislikes(0)
  5. kundang85

    perak cnfrm xmngnyer kt ganu nie kalo player2 yg sama dan taktik yg sama gak sd gune!!klh mst,jgn jd lauk udah la...ckp byk pun xder gunenyer,tp komen2 nie mggambarkan fan perak syg pd team perak dan xnk tgk perak klh!!
    sd mmg cnfrm biot smpi tumponyer....diharapkan sgt pengurusan perak sound la sd tu ckit..dia igt dia mat saleh,kite melayu ni boleh dperlekeh-lekehkan jer kea...rasenyer,pasti player yg same,taktik yg sama akan diguna pakai oleh si sd mat saleh xtau malu tu...tgk perak pasti diratah idup oleh ganu..fan perak hny boleh dgr cerite jerla,aper nk buat sd 'bos'dialah coach dialah mnger..sd pasti mempertahankan importnyer,wlpn tau import tu teruk dr localnyer plyer kerana sekirenyer dia sendiri xbg import main mencerminkan diri dia yg xbgs dan xpndi plh import.import dipilih ikut coach,jd utk elakkan diri dia dr dcop bodoh(mcm dia ckp kt fan time game ngan kedah) boleh main ke tidak dia mst trunkan jugak import2 kesayangan dia tu.(buat abh duit rakyat perak jer byo import cm hampeh tu)

    Likes(0)Dislikes(0)
  6. asraf

    dpt draw pun jadi...kot nak klh jgn kena balun udah...nak mng mcm mimpi je...first11 kot sama juge mau haup kite nanti...tp sd bese ler...degil die je..maleh nak kate ape dah....,

    Likes(0)Dislikes(0)
  7. seansan00

    teman x nak la burokkan perak team neh.. tapi agak kecewa dgn pemain2 tengah perak.. kata lima orang.. tp lawan selangor ari tuh.. sukor adan sorg je kongker bola kat tgh tgh tuh.. mana kah player2 perak masa tuh?
    peh tu back import perak tu pun satu.. dah tau selangor clear ball dpt kat die sorang2 tgh padang tuh x yah la g tendang first timer blk bg khalid yg tgh offside tuh.. adik aku pun tau tahan bola dulu.. tgk player semua dah x curi ayam baru la mulakan serangan.. ingat kalid ngan carlos tuh the flash ke.. isk isk isk.. COBAAN!!

    Likes(0)Dislikes(0)
  8. kundang85

    udah2 ler tu yeop sume aper nk kite katekan lg..team perak ni cm yoyo jer.xder yg buleh dkatekan selagi sd tu biot n truskan sikap kepala beso die tu.perak ni ibarat penggangu jerle dlm liga.kjap2 mng,kjap klh..nk mng liga jgn mimpi ler.cup2 lsin pun takat jd pncabar biase jer ler...xder naluri pembunuh yg berbahaye lgsg dlm peraknyer team.sume same standard jer..
    xtau la smpi bler cmni.aper nk jd ntah ler..arap buleha diubah sementara ada mase lg ni.kalo nasi dh jd bubur ape ke he nyer..

    Likes(0)Dislikes(0)
  9. anakperak86

    asik2 kalah dgn menang jer. teman harap game bior ler team kita berSERI-SERI utk game lwn ganu ni lps berduka dgn kekalahan yg ssh diterima ni.

    Likes(0)Dislikes(0)
  10. dinobranco

    ISH...teman rasa le..takde maknenye komen-komen...SD tu degil badak..Lantak le dia nak buat apatahun ni...tahun depan tak payah lagi bagi dia coach..cari orang lain.
    bab striker ni,idak ke si saravanan tu nak balik perak????
    kata kat dia,cukup-cukup le merantau,meh ler balik perak...mana tau kot-kot blehjadi HERO

    Likes(0)Dislikes(0)
  11. Yob Utara

    Sebenarnya teman tak pasti apa masalah Saravanan tu, ada sesiapa yang boleh jelaskan? Dia still main dengan Pahang atau dah berhenti?

    Game di Terengganu nanti kalau dapat seri pun jadilah, lagipun keadaan tak berapa nak elok sekarang ni. Kalau kalah lagi nanti memang fans mengamuk lagi.

    Tambah kalau kalah besar, tak tau Steve Darby nak jawap apa lagi nanti.

    Kita tunggu je nanti sabtu ni.

    Likes(0)Dislikes(0)
  12. miez3

    Teman pun tak nak komen apa2 sgt le....semuanya terserah pd SD & pasukan "pilihan" beliau lah....dia kan lebih arif...yg penting game mlm besok la bakal tentukan samada Perak akan terus menuju puncak atau pun keluar dari senarai top 5....memang la game byk lagi tapi kalau lepas tu baru nk kejor...kata org...ghentikan le mannnnnnnnn.....hari Selasa mggu depan dh le kena pastikan menang time lwn Johor FC...hmmm harap2 dpt le lepas ke peringkat seterusnya utk Piala Fa ni...apapun semoga maju jaya....teruskan mengejor yer yob...

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.