TM Liga Super – Terengganu Vs Perak (result)

TM Liga Super
Sabtu 16 Feb 2008
Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah
8:45mlm

Terengganu 1 – 1 Perak

Separuh Masa Pertama -

Minit 1:

Barisan Perak:

Hamsani Ahmad

Nanthakumar – Mario Berrios – S. Subramaniam

Hardi Jaafar

Shahrulnizam – Ahmad Shahrul – Jorge Munoz – Noor Hazrul

Carlos Caceres – Razali Umar

Minit 5: Perak memulakan permainan dengan kedua-dua pasukan berbalas serangan, Ahmad Shahrul mendapat peluang baik untuk menjaringkan gol namun telah pun ‘offside’.

Minit 10: Pasukan Terengganu mendapat sepakan sudut dan rembatan Ismail Faruqi sedikit melepasi palang gol Perak.

Minit 15: Kedu-dua pasukan rancak membuat serangan balas dan percubaan Shahrulnizam tersasar dari pintu gol Terengganu.

Minit 20: Pasukan Terengganu mendapat sepakan percuma dari jarak 25 meter, percubaan Zairo terkena benteng pertahanan Perak.

Minit 25: Terengganu mula mengasak hebat ketika ini dengan percubaan Gleisson sedikit tersasar dari pintu gol Perak

Minit 30: Penyerang Terengganu Gleisson nyaris berjaya mendapatkan gol namum S.Subramaniam pantas menyekat beliau.

Minit 35: Rembatan kencang Zairo berjaya ditepis baik oleh Hamsani sambil percubaan susulan Gleisson meliar.

Minit 40: Gol pertama hasil tandukan cantik oleh Mohd Ashaari hasil sepakan sudut.

Minit 41: Gol penyamaan oleh penyerang Perak iaitu M.Razali Umar hasil hantaran Carlos Caceres dalam kotak penalti.

Minit 45: Di akhir separuh masa Terengganu mendapat tendangan sudut namun dapat dihalang oleh pertahanan Perak. Tamat separuh masa pertama.

Tambahan masa: 2 minit

Separuh Masa Kedua

Minit 50: Tiada pertukaran pemain pada kedua-dua pasukan dengan Terengganu memulakan permainan seimbang tanpa ada apa-apa percubaan bahaya.

Minit 55: Rembatan Muhaimin Omar nyaris menghasilkan gol, mujur Hamsani tangkas menepis bola keluar.

Minit 60: Pasukan Terengganu lebih banyak menyerang ketika ini namun percubaan-percubaan berjaya dipatahkan oleh pertahanan Perak

Minit 65: Pasukan Perak lebih banyak bertahan menerima asakan Terengganu, Khalid Jamlus dimasukkan mengganti Carlos Caceres

Minit 70: Jorge Munoz dilayangkan kad kuning setelah terjahan lewat ke atas pemain Terengganu, sepakan percuma diambil oleh Zairo di luar kotak penalti namun dibias oleh pertahanan Perak

Minit 75: Khalid Jamlus mempunyai peluang namun tidak berhasil sambil permainan lebih banyak dikawal oleh Terengganu.

Minit 80: Sekali lagi Khalid Jamlus mendapat hantaran cantik dari Ahmad Shahrul namun berjaya dipintas oleh penjaga gol Terengganu.

Minit 85: Hardi Jaafar membuat rembatan kencang, bola gagal ditangkap oleh penjaga gol Terengganu dan melepasi garisan gol namun tidak dikira oleh penjaga garisan dan pengadil. Pergelutan berlaku di depan gawang Terengganu. Penonton membaling objek ke dalam padang dan permainan diberhentikan oleh pengadil buat seketika.

Minit 90: Penyerang Terengganu Gleisson mendapat peluang namun tersasar.

Minit 90+1: Gleisson sekali lagi mendapat peluang menjaringkan gol apabila hanya berdepan dengan Hamssani namun bola dapat ditepis oleh Hamsani dan Gleisson terjatuh sambil pemain lain cuba mendesak untuk mendapatkan sepakan penalti tetapi tidak dilayan oleh pengadil. Permainan tamat. Pemain-pemain Terengganu meluru ke arah pengadil untuk memprotes walaupun permainan sudah tamat. Keadaan di stadium agak tegang antara penyokong Terengganu dan FRU.

Tambahan masa: 5 Minit

Nota: Perlawanan tertunda antara Terengganu dan Perak akan disiarkan oleh RTM1 pada hari Isnin, 12 malam.

Keputusan Perlawanan Lain

Selangor 2 – 1 My Team FC
PDRM 1 – 1 Negeri Sembilan
Pahang 2 – 1 Johor FC
Perlis 4 – 1 Sarawak
Kedah 4 – 1 Pulau Pinang

Likes(0)Dislikes(0)

8 thoughts on “TM Liga Super – Terengganu Vs Perak (result)

  1. kundang85

    tahniah perak!!tidak klh ngan ganu! defend chan xmain, better ckit cz subr lg bgs...munoz ptt xyah main, hardi main tmpt die, nantha main tmpt hardi, azlan main tmpt nantha. nyway,seri dah seribu rahmat..truskan momentum tidak klh nie...make sure next 3 game, jhr fc, phgn, pdrm mng...mst dpt no dua blk lige. silap mau leading leauge..skor yeop skor...

    Likes(0)Dislikes(0)
  2. abgcho

    hopefully dpt kekalkan momentum xkalah.tp kalu seri je pn rugi mate beb..ape y awok prasan, klau dah kalah teruk baru nk tukar player tuk next game...terang2 chan tu perlu direhatkan even kite mng, ..minggu ni vs jhorfc..awok iso je ni pasei lwn kat jhor...adeiiiiiii

    Likes(0)Dislikes(0)
  3. putra8878

    nasib xmenyebelahi kite la yob...kalu gol hardi tu dikira dh mng dah..harap game fa cup ni perak bleh g jauh le..pahang pun bleh klh kan jfc xkan kite xleh?

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.