TM Liga Super – Selangor Vs Perak (result)

TM Liga Super
Sabtu 02 Feb 2008
Stadium Shah Alam
8:45mlm

Selangor 2 – 4 Perak

Separuh Masa Pertama -

Minit 1:

Barisan Perak:

Hamsani Ahmad

Nanthakumar – Mario Berrios – Chan Wing Hoong

Hardi Jaafar

Shahrulnizam – Ahmad Shahrul – Danial Fadzly – Noor Hazrul

Carlos Caceres – Khalid Jamlus


Minit 5: Perak memulakan permainan tetapi diasak oleh Selangor dengan sentuhan Elie Aiboy. Khalid mencuba dari dari luar kotak penalti ditolak keluar penjaga gol Selangor untuk tendangan sudut pertama Perak.

Minit 10: Larian pantas oleh Elie Aiboy sambil melorongkan bola ke Akmal Rizal nyaris menjadikan gol

Minit 15: Gol pertama oleh Indra Putra dari sepakan percuma di luar kotak penalti.

Minit 18: Mario Berrios menjaringkan gol hasil dari sepakan sudut apabila Mario Berrios melompat tinggi menanduk masuk untuk gol penyamaan.

Minit 25: Akmal Rizal sekali lagi mendapat peluang dengan hanya berdepan Hamsani Ahmad, mujur beliau dapat dipintas oleh Nanthakumar. Perak menerima asakan demi asakan dari Selangor sambil menyerangan balas ke kubu Selangor

Minit 30: P.Gunalan mandapat kad kuning kerana mengasari Noor Hazrul. Sepakan percuma diambil oleh Hardi Jaafar terus kedakapan Megat Amir Faizal. Carlos Caceres mendapat peluang keemasan untuk menjaringkan gol setelah hanya berdepan dengan Megat Amir Faizal namun sepakan beliau meliar.

Minit 35: Shahrulnizam menambah gol kedua setelah pergelutan bola di dalam kotak penalti melambung ke kakinya lalu merembat cantik ke gawang gol Selangor.

Minit 40: Perak sering membuat serangan balas setelah menerima asakan ke pintu gol. Kad kuning untuk Amri Yahya setelah membuat terjahan lewat kepada pemain Perak. Sepakan percuma diambil oleh Danial Fadzly, namun keluar ke kiri pintu gol Selangor.

Minit 45: Elie Aiboy mengambil sepakan percuma tetapi bola terus keluar sebelah kanan pintu gol Perak.

Tambahan masa: 1 Minit

Separuh Masa Kedua

Minit 50: Perak mendapat sepakan percuma betul-betul diluar kotak penalti apabila Ahmad Shahrul dijatuhkan. Sepakan tersebut diambil oleh Carlos Caceres namun terkena palang penjuru sebelah kanan Selangor.

Minit 57: Gol penyamaan oleh Amri Yahya apabila tolakan beliau membias kepada Chan Wing Hoong dan terus ke gawang Perak.

Minit 63: Carlos Caceres menjaringkan gol ketiga Perak apabila menyudahkan dengan baik bola hasil hantaran “back heel” dari Khalid Jamlus.

Minit 65:Azlan Zainal masuk menggantikan Danial Fadzly.

Minit 70: Safee Sali mendapat peluang keemasan untuk menjaringkan gol penyamaan namun rembatannya melambung tinggi di depan pintu gol Perak.

Minit 75: Ahmad Shahrul mendapat peluang terbaik menambah gol apabila hanya berdepan dengan Megat Amir Faizal namun sepakan beliau berjaya ditampan.

Minit 78: Gol ke 4 jaringan Khalid Jamlus hasil lorongan cantik Nanthakumar yang berlari melepasi pertahanan kiri Selangor.

Minit 80: Razali Umar dibawa masuk menggantikan Carlos Caceres. Khalid Jamlus mendapat peluang menambah jaringan apabila hanya berdepan penjaga gol namun sepakannya berjaya dihalang.

Minit 85: Amri Yahya membuat sepakan lambung ke gawang Perak tetapi terkena palang gol. Ahmad Shahrul dikeluarkan dengan memasukkan Mohd Noor Ismail.

Minit 90: Permainan semakin perlahan dengan Perak mendapat peluang untuk menambah gol namun Razali Umar telah pun offside.

Tambahan masa: 3 minit


Keputusan Perlawanan Lain

Perlis 2 – 0 Pulau Pinang
Pahang 1 – 1 Sarawak
PDRM 1 – 2 Johor FC
Terengganu 3 – 1 Negeri Sembilan
DPMM FC – My Team FC

Perlawanan DPMM FC bertemu My Team FC terpaksa ditunda kerana masalah lampu limpah yang tidak berfungsi.

Likes(0)Dislikes(0)

26 thoughts on “TM Liga Super – Selangor Vs Perak (result)

  1. Dr Kampung aka Bomoh

    Ya Allah, aku bersyukur kepada Mu. Hujan di S'ngor, rupe nye rahmat bagi pasukan Perak. Gandingan yang mantap. Saya baru je balik dr stadium S.Alam. Menyaksikan sendiri permainan yang cantik. Syabas Perak...

    Likes(0)Dislikes(0)
  2. Yob Utara

    Syukur sangat2 menang game ni, teman rasa macam nak menitis air mata tengok pemain bersungguh2 nak menang. Walaupun teman terkejut juga dengan gol pertama Indra tapi dalam hati teman percaya Perak boleh membalasnya. Terbukti malam ni kita ada 2 orang pemain yang baru menjaringkan gol,

    Shahrul Nizam dan Mario Estaban. Khalid macam biasa tak hampakan kita semua dengan gol cantik dari Nantha. Carlos walau lepaskan beberapa peluang wajib gol tapi sekurang2 nya dapat juga dia sebiji gol yang dihantar dengan cantik oleh Khalid.

    Harap sangat kalau dapat admin siarkan video gol2 Perak nanti.

    Alhamdulliah yob...kita menang

    Likes(0)Dislikes(0)
  3. miez3

    Salam semua...alhamdulillah dapat jgk tgk Perak kalahkan S'ngor kt Stadium Shah Alam tadi....apapun tahniah kepada pasukan Perak kerana bermain dgn cemerlang mlm ni.....itu la bolasepak...tak semestinya mengharapkan Ceceres tu utk mendapatkan gol buat Perak (walaupun ternyata memang ketara mutu permainan beliau tak le sehebat pemain tempatan) tapi kena ingat dan lihat sendiri mcmana Perak bermain sebagai satu pasukan mlm ni....biarpun ketinggalan pada minit yg ke 15. aieeee...seram gak bila tgk S'ngor dh leading...tapi disebabkan mamat Berios tu yg ntah mcmana selama ni tak nampak pun boleh skor (ate asyik dok harapkan KJ & CC je)tau2 menggunakan kepala otak dgn kepala2 dia sekali utk menanduk bola melepasi keeper S'ngor(ate...golllllllllllllllll le)....masa tu dah nampak taktikal SD utk kerahkan semua org supaya serius utk menentang S'ngor mlm ni.....mcm teman ckp sebelum ni le...kalau Perak nak menang bahagian midfield mesti'hidup' utk menangkis serangan sekaligus gunakan peluang utk jaringkan gol takpun membuat hantaran cantik hatta kpd defend skali pun.......Lagi satu pasal fan Perak...mak aiii Yob & Yong memang teman salute......!Perak ketinggalan ke apa ke tetap bg sokongan habis2an biorpun hujan ...mcm ni la br dpt maintain gelaran the best supporters...
    Apapun...kita semua dh usaha Allah jgk dh tentukan kita menang mlm ni....hidup Perak..teruskan usahamu di pusingan kedua nanti....Kejor Yob Kejor....sampai ke puncak liga!!Amin...

    Likes(0)Dislikes(0)
  4. mar_ee

    Syabas!!!! dan tahniah diucapkan kpd. kesemua pemain2 Perak atas kejayaan menewaskan S'ngor yg. membanggakan penyokong2 yob.

    Kejor Yob kejor skor............Yob!!!!!!!!!!!!!Gooooooool.......

    Likes(0)Dislikes(0)
  5. ilorian

    syukur...dapat jugak tgk perak menang didepen mata..syabas kepada semua players & all team..juga pada supporters..
    seperti final FA cup..1st edition...
    penat meredah hujan, tapi berbaloi...

    Likes(0)Dislikes(0)
  6. azwanali

    Syabas perak malam ni..
    Semua pemain menunjukkan prestasi yg excellent. Cuma CC kena improve lagi tang finishing dia tu.
    All the best for next game

    Likes(0)Dislikes(0)
  7. kamala84

    Alhamdulillah... Bersyukur sbb pasukan ku yang tercinta menang mlm ni... teman amat berbangga dan berbesar hati atas kejayaan pasukan kesayangan teman ini...

    penghargaan buat admin yang gigih membangunkan seladangdotnet...teman ni jauh di perantauan menuntut ilmu tetapi oleh kerana cintakan bolasepak Seladang teman sentias mengikuti perkembangan pasukan Seladang kita walaupun jauh...

    teman puas hati sgt sbb teman baca paper dua tiga hari lepas...kononya Selangor nak mengamuk sbb Eliey baru sampe...Tgkla takburnya apa jadi...sapa yang kena amuk sekarang...Syukur....

    Apapun teman bersetuju dgn comment azwan yang CC kena improve skill dia lagi kalau nak dibanding dgn manjou sebelum ni...

    Syabas sekali lagi buat pasukan ku yang tercinta...Takhta liga makin hampir di genggaman...Teruskan usaha...

    KEJOR YOB KEJOR...........HIDUP SELADANG!!!!!!!!

    Likes(0)Dislikes(0)
  8. me 109

    TOTAL FOOTBALL.....itu saje yg dpt teman katakan tentang game PERAK mlm tadi.Penuh disiplin dan komitmen.Mental strength pun OK juge esp. bila PERAK ketinggalan satu gol hasil gol Indra.Teman tak heran kalau pasukan PERAK akan menjuarai sekurang2nye satu piala tahun ni.Pemain2 PERAK juga telah menunjukkan yg deme sudah memahami satu sama lain dan dah mula bergerak `as a unit`.Itu le yg teman nak tengok.Game PERAK banyak improve semenjak game lwn kedah.
    PENYOKONG YOB pun wajib di puji kerana memberi sokongan padu pada team PERAK,walaupun PERAK ketinggalan pada satu ketika.TAHNIAH,YOB/YONG...TAHNIAH PERAK!Kemenangan manis di Shah Alam.
    KEJOR YOB SKOR....HIDUP PERAK!!!!!

    Likes(0)Dislikes(0)
  9. ezadfc

    Teman syukur sgt perak menang dengan selangor...Tema pun ada bc selangor nk belasah perak...sekarang pe jd selangor terhunus dek kena dengan tanduk seladang...Teman hrp perak bermain st team yang pnh komitmen dan bersemangat..hrp2 perak dpt juala liga thn ni

    Likes(0)Dislikes(0)
  10. putra8878

    ALHAMDULILLAH..MNG BESO GAK AKHIRNYE DI SHAH ALAM..TEMAN AGAK KITE BLEH MNG DLM 2-1 JE.DPT LEBIH LG BGS......TAHNIAH PERAK.SEMOGA MAJU JAYA LG..JGN PNDG RENDAH PD MANA2 TEAM SKALI PUN.PERJALANAN MASIH JAUH..

    Likes(0)Dislikes(0)
  11. Redzuansky

    Pertamanya ucapan tahniah perlu diberi kpd penyokong yg dtg ke Muzium Selangor (Stadium Shah Alam). W/pun hujan, ternyata ianya rahmat buat kita.. Sebagai penyokong Perak FA yg berada di hujung Semenanjung, teman hny mmpu menonton perlawanan terakhir Perak untuk pusingan pertama Liga Super Malaysia di RTM1. Memang permainan Perak dah meningkat banyak setelah dikritik hebat ketika kalah pada Kedah. Inilah hasilnya jika sesuatu kritikan itu dilihat secara positif dan kita mengambil inisiatif untuk memperbaikinya.

    Kepada pemain-pemain Perak FA, teruskan kecermerlangan anda. Tampilkan permainan penuh berdisiplin dengan corak short-pass dan long-pass sekali-sekala apabila terhidu peluang. Berdasarkan perlawanan pada malam tadi, ternyata kini Perak tidak lagi bergantung pada individu tertentu untuk melakukan jaringan. Sebagai contoh, Hardi Jaafar, Razali Umar, Danial Fadzly dan Ahmad Shahrul Azhar pun boleh menambah koleksi jaringan Perak pada malam tadi. Teman bangga dengan corak permainan Total Football yang diamalkan ketika ini. Diharapkan selepas rehat panjang ini Perak FA terus bergaya dengan kemenangan pada setiap perlawanan.

    SKOR YOB SKOR!!!

    Likes(0)Dislikes(0)
  12. amirfsl

    tahniah team perak!tahniah admin!tahniah semue!!teman dgn ni lebih yakin dgn kemampuan skuad perak,,main total football lagi!!hoho..teruskan tradisi kecemerlangan,,yang lemah kite perbaiki,yang kuat kite perhebatkan lagi!!kejor yop!!!!

    Likes(0)Dislikes(0)
  13. mazmanms

    yeahooo .. best best
    susah teman nak rasa betui2 happy biler game abis ..
    memang dah jadi macam stadium home ground jer ..
    fan suma best ... memang happening ...

    Likes(0)Dislikes(0)
  14. dato

    Tahniah..Tahniah..Tahniah..diatas kemenangan menewaskan pasukan Selangor. Apa yang saya amati pasukan Perak mengerakkan setiap posisi untuk mengempur pasukan Selangor. Walaupun gol pertama pasukan Selangor memang sukar untuk diselamatkan oleh Hamsani ia tidak mematahkan semangat pasukan Perak. Sikap bekerjasama yang diterap dalam pasukan Perak ternyata membuahkan hasil. Inilah yang kita harap dalam setiap perlawanan. Tidak kira siapa yang menjaringkan gol yang penting kemenangan dicapai. Oleh itu pengurusan bolasepak Perak haruslah mengambil iktibar dengan segera dalam mewujudkan Akademi Bolasepaknya sendiri. Ini adalah untuk pasukan Perak tidak ketandusan pemain yang berkualiti. Teruskan kecemerlangan untuk merangkul Juara musim ini.

    Skor Yob Skor

    Likes(0)Dislikes(0)
  15. Yob Utara

    Sekalung tahniah dari teman kat sini, terharu betul rasanya bila boleh menang dalam keadaan tertinggal. Pertahanan bermain cukup baik dan Hardi memang patut dapat MOTM.

    Carlos nampaknya dah kurang buat silap atau memang kurang dapat peluang? teman tak berapa pasti tapi Khalid memang tak menghampakan kita semua.

    Teruskan rentak kemenangan lagi lepas ni bila bertemu Selangor di ipoh. Seator mungkin dah boleh main semula nanti. So kena berjaga-jaga sikit dengan dia.

    Tahniah sekali lagi kepada semua yobs & yongs yang turun stadium malam tu..you all the best

    Skor Yob Skor...sampai deme tumpor

    Likes(0)Dislikes(0)
  16. harryhot

    Tidak lupa pada Chan Wing Hoong, "GONG XI FA CHAI" semoga bertambah kreatif dalam permainan bolasepak. Walaupun tersilap menyebabkan terjadinya beberapa 'own goal', harap anda berhati-hati pada masa akan datang. Good Luck!

    Likes(0)Dislikes(0)
  17. asraf

    bravoooo perak...kita menang lagi...hrp blh tr mng dan mng lps
    ni bila lwn red giant kat ipoh plak...game yg sgt menarik dan memuashkan hati...

    Likes(0)Dislikes(0)
  18. ibrahim Post author

    aku kat stadium shah alam dengan isteri (asal dr.penang) dengan dua anak.....diaorang pun dh jadi suportter perak yg fanatik...game yg mengenangkan kembali masa aku dan member tepen tiap minggu turun stadium....zaman semipro dulu

    Likes(0)Dislikes(0)
  19. padiltaiping_81

    tahniah perak..menang ngan selangor..satu corak permainan yang menghiburkan walaupun awal2 game nampak seimbang dan selangor banyak menyerang dulu..

    hope pemain2 perak tidak leka dgn kemenangan ini..ingat,perjuangan perak belum selesai lagi..teruskan tingkatkan dan kekalkan corak permainan dan kemenangan yg seperti itu..hope bleh julang juara liga super musim ni..

    skor yob skor!perak selamanya...

    Likes(0)Dislikes(0)
  20. yatty_sg

    puas hati cuti 3 hari di Msia .. senyum memanjang saya bila perak menang malam tu .. saya tak xpect kemenangan tu sebenanrye kerana saya sadar yg selangor pon hebat. tapi saat saya jejakkan kaki kat stadium, tengok sorakkan peminat, fuh! tahniah buat fans perak yg di stadium malam tu, i'm proud of all of u la, da mcm main kat home ground gitu ..
    buat team perak, gandakan usaha di pusingan kedua ni, persaingan makin sengit & Mencabar, moga kemenangan akan selalu bersama perak ...

    hepi sgt mlm tu .... terutama bila khalid score ..

    Likes(0)Dislikes(0)
  21. active11

    Syukur Perak menang.
    Permainan kemas sepanjang perlawanan, gerakan mengelirukan (kualiti EPL), mentaliti sang juara. Syabas team Perak, tak lupa juga kpd para penyokong Yob. Saya tak pernah ragu-ragu dgn kualiti pemain Perak, tp ape yg jelas permukaan padang cukup membantu kelancaran kedua-dua pihak. Patut disyorkan, padang Std Ipoh diperbaiki (kalau boleh di seluruh std utama negara) agar standard permainan Malaysia meningkat.

    Jurulatih Malaysia patut menilai beberapa vateran/remaja Perak, mereka berhak menyarung jersi keramat drp senarai panjang team. Consider la sikit Coach !!

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.