TM Liga Super – Perak Vs Selangor (result)

TM Liga Super
Selasa 12 Feb 2008
Stadium Perak, Ipoh
8:45mlm

Perak 1 – 4 Selangor

Separuh Masa Pertama -

Minit 1:

Barisan Perak:

Hamsani Ahmad

Nanthakumar – Mario Berrios – Chan Wing Hoong

Hardi Jaafar

Noor Hazrul – Ahmad Shahrul – Jorge Munoz – Shahrulnizam

Carlos Caceres – Khalid Jamlus


Minit 5: Serangan pantas melalui Frank Seator mencemaskan pintu gol Perak. Perak juga melancarkan serangan balas, pemainan menarik dengan kedua-dua pasukan berbalas serangan.

Minit 10: Kesilapan Mario Berrios di depan pintu gol nyaris menghasilkan gol buat Selangor namun Hamsani pantas menangkap bola.

Minit 17: Gol pertama Selangor dijaringkan oleh Frank Seator.

Minit 20: Perak agak tertekan ketika ini dengan Selangor lebih kerap menyerang melalui Elie Aiboy dan Frank Seator.

Minit 25: Percubaan Safee Salee berjaya ditangkap kemas oleh Hamsani Ahmad. Perak lebih banyak bertahan dengan serangan lebih banyak ditumpukan disebelah Chan Wing Hoong.

Minit 30: Khalid Jamlus membuat satu rembatan namun meliar keluar pintu gol Selangor.

Minit 35: Safee Salee merembat kencang, mujur Hamsani mampu menangkis keluar.

Minit 40: Hardi Jaafar mensia-siakan peluang untuk menjaringkan gol apabila sepakan awal dari Noor Hazrul gagal ditangkap kemas oleh penjaga gol Selangor, dikeluarkan oleh pertahanan Selangor.

Minit 45: Kedua-dua pasukan dilihat sudah memperlahankan permainan, dengan bola lebih banyak berlegar-legar ditengah padang. Shahrulnizam menerima kad kuning kerana mengasari Elie Aiboy. Shukur Adan turut menerima kad kuning kerana terjahan lewat keatas Shahrulnizam.

Tambahan masa: 4 minit

Separuh Masa Kedua

Minit 45: Permainan bersambung dengan Perak memulakan sepakmula. Tiada pertukaran buat pasukan Perak dan juga pasukan Selangor.

Minit 50: Gol penyamaan dijaringkan oleh Carlos Caceres setelah percubaan awal Khalid Jamlus terkena tangan pertahanan Selangor.

Minit 58: Frank Seator menjaringkan gol kedua hasil sepakan penalti selepas Hamsani menjatuhkan Safee Salee didalam kotak penalti.

Minit 60: Frank Seator dilayangkan kad kuning kerana mengasari K. Nanthakumar.

Minit 66: Gol ketiga Selangor dijaringkan oleh Safee Salee hasil sepakan sudut.

Minit 68: Chan Wing Hoong dikeluarkan dan digantikan oleh S. Subramaniam.

Minit 70: Jorge Munoz dilayangkan kad kuning oleh pengadil setelah mengasari Safee Salee. Azlan Zainal masuk menggantikan Jorge Munoz.

Minit 75: Pertukaran terakhir Perak dengan Danial Fadzly masuk menggantikan Shahrulnizam.

Minit 80: Khalid Jamlus gagal memanafaatkan peluang apabila hantaran Ahmad Shahrul terlalu laju untuk dikejar. Selangor semakin kuat mengasak ketika ini kekubu pasukan Perak.

Minit 85: Pasukan Selangor cuba untuk memperlahankan permainan dengan pasukan Perak masih lagi buntu untuk mencari jaringan dengan pertahanan Selangor cukup baik bertahan ketika ini.

Minit 90: Sepakan percuma Hardi Jaafar tersasar keluar dari gawang Selangor.

Minit 90+1: Amirul Hadi menjaringkan gol ke-4 hasil hantaran R. Surendran.

Tambahan masa: 5 minit

Tamat

Keputusan Perlawanan Lain

Pulau Pinang 1 – 3 Perlis
Sarawak 2 – 1 Pahang
Johor FC 2 – 0 PDRM
Negeri Sembilan 1 – 1 Terengganu
My Team FC 0 – 0 DPMM FC

Likes(0)Dislikes(0)

26 thoughts on “TM Liga Super – Perak Vs Selangor (result)

  1. asraf

    udah teman bekabo...s'gor bkn team cap ayam...kan udah kena balun 4 bijik juge kat kandang sendiri...heheh...prust giler rasenya...chan manjang cicor ngejor elie...seator mmg mengancam betoi...game serope cam dulu...bezanye perak udah jadik s'gor cam kat shah alam...peluang tak jadi gol..s'gor plak kalu tak pasey hamsani..mau kite kena 7,8 bijik hari nih..adehhhhhhhhhhhhhh...pening kepla wehhh..

    Likes(0)Dislikes(0)
  2. musyopkl

    Frank Seator juga jadi pemusnah malam ni kepada Perak.
    Dendam dah berbalas !!! Selangor better team tonight, but
    only for TONIGHT.

    Chan sepatutnya di rehatkan.

    Tak apa, liga masih ada lagi 11 games.

    KEJOR YOB KEJOR!!!!

    Likes(0)Dislikes(0)
  3. fusion16

    Tiap kali main ngan team besar kat Ipoh mesti kena belasah... Tp bile main kat tmpt diorang ok pulak...
    Mslh padang ke ni?
    Kasi repair la padang Stadium Perak tuh...

    Likes(0)Dislikes(0)
  4. dato

    Saya tidak dapat menahan kesedihan bila tiupan wisel menandakan pasukan Perak kalah kepada pasukan Selangor dengan 4 - 1..Tapi apa yang mampu dilakukan hanyalah bersabar..Selama 10 tahun pasukan Perak tidak pernah tewas pada pasukan Selangor..Kenapa SD memasukkan Munoz? kenapa tidak dikekalkan Danial ketika menewaskan pasukan Selangor di Shah Alam..Alangkah baiknya jika kesebelasan utama sewaktu menentang pasukan Selangor di Shah Alam diberi pilihan sekali lagi..Apa saya dengari hantaran jauh, hantaran 1-2, kawalan bola, tendangan percuma dan tendangan bebas serta ketenangan didepan pintu gol untuk menjaringkan gol semuanya serba tidak menjadi..Inilah yang harus ditekankan oleh pihak pengurusan pasukan Perak serta pengurus merangkap jurulatih yakni SD..Kalau hanya stamina 100% sekalipun namun ciri-ciri yang saya sebut diatas tidak ada cuma 10% sahaja peluang untuk menjaringkan gol..Pihak pengurusan pasukan Perak perlu segera mengilap bakat-bakat muda dari sekarang supaya kita mempunyai pemain yang berkualiti tinggi..Akademi Khas yang saya cadangkan dahulu perlu ditubuhkan demi pasukan kesayangan kita Perak..Nampaknya pihak FAM pun sedang meminta bantuan dari FIFA untuk melakar strategi bagi menaikkan martabat bolasepak negara salah satunya penubuhan Akademi Bolasepak..Saya menyeru teman-teman dalam Seladang.net untuk memberi pandangan serta cadangan di ruangan Notice Board (Akademi Bolasepak / Kemelut & Cadangan) bagi meningkatkan kemahiran serta kualiti permainan pasukan Perak..Tidak mustahil satu hari nanti pasukan Perak akan bermain dengan cara permainan seperti kelab-kelab Eropah..Tiada guna jika pengurus atau jurulatih berstatus lima bintang tetapi tahap kualiti pemain dibawah kelas ketiga..Cuba fikir-fikirkan..

    Likes(0)Dislikes(0)
  5. kundang85

    sume paper utama part sukan arini sume melaporkan perak kene belasah 4 1 ngan sel!!mmgla klh tu adat permainan tp klh dng status dibelasah oleh sel di gelanggang sendiri sesuatu yg amat memalukan,menyedihkan,and xbleh diterime sume fan perak..
    game semlm jelas perak main bwh par..betui kate yeob asraf,kalo x kerana hamsani,mau 7 8 biji lebuh..sd tu xder mate ker nk tgk,chan mmg xleh kejo elie tu..bg gak dia main,mmg lintang pukang la defend...seator pulak xpyh ckpla,sume tau finisng die cmner..gandingan elie ngan seator dtmbh pulak dgn formasi 3 defend yg kalo lepas mmg lebuh sd tu mmg membuatkan dollah ngekit jer .senang kalo perak main 3 defend.kiri dh sah elie bleh mkn,cross seator score,udah abh lebuh...sel nyer striker lak sume speeding,target pulak tiptop(seator)maunyer xlebuh..tu nsb dpt gak 1,kalo 4 0 smlm xtau nk ckp la.
    kpd sd tukar la formasi tu ckit..org dh muak tgk formasi main cmtu dr dlu smpi skang.org dh leh bce dh...ckp pndi,xkan ada mate xleh gune..next game rehatkan chan!!!!subra ader..mude,fit,pantas..
    kepada perak player,make sure game ngan ganu ni jgn klh,at least draw..game ngan ganu ni same taraf ngan sel..kalo klh lg,semangat team mst downnyer...import munoz tu ptt dpior2kan la untuk dbuang,nk wtper simpan dia,xde guneyer.local player tgh dh ckup.baik buang dia n cc,gaji deme berdua tu buleh gune bayo gaji keita tu...berbaloi striker mahal tp mampu buh gol!!!cnthnyer seator dan selangor..pior2kan la wahai perak FA..

    Likes(0)Dislikes(0)
  6. dinobranco

    aku kadang tu susah nak komen perak ni...ada game tengok bagus...kadang tu hampeh.tapi ada beberapa perkara yang perlu di ambil iktibar dari game dengan selangor.
    1. Kekuatan mental player perak lemah...
    pada awalnya,game nampak seimbang,namun lepas insiden penalti yang diterima oleh selangor,game berubah..Player hilang tumpuan.Main udah merapu.tak tentu arah...
    2. Chan Perlu direhatkan
    Sejak kebelakangan ini,game chan begitu merosot..udah 2 biji gol sendiri yang dijaringkannya.Loose marking dan kesilapan-kesilapan lain usah kira ler banyaknya.Maybe bagi dia rest seketika,1 atau 2 game.Subra ada bleh ganti.
    3. Sistem 3-5-2 tu memakan diri
    Gol pertama selangor,yang seator tu skor tak bleh nak salahkan sesiapa.Memang kawasan tu chan punya,tapi di kena cover bahagian tengah pintu gol.Midfield tak cukup support untuk defend.Better kalau ada 4 orang defend.
    4.Long pass
    Teman getik tengok main long pass ni...takde art of football..Masalahnya kalau 2 orang kat depan boleh hold and control bola takpe..ni dah le bola pun tak sampai,kalau dapat bola pun ,loose kat player lawan.
    5. 1st eleven..????
    teman heran,apa yang SD tu percaya sangat kat Munoz?Masa game di Shah Alam dia tak main,perak main ok jer..bila dia main midfield kelam kabut.Defend pun 1 hal,SD ni tak percaya langsung si Subra atau Lan main defend.Sanggup dia bagi Nantha jadi Bek kanan..tak sesuai langsung.Nantha lebih dominan main defensive midfielder...

    Anyway reff malam tu memang hampeh..banyak benor sendiwara mlm tadi...buat-buat ngelupor ler...ish..macam tengok drama hindustan...

    Likes(0)Dislikes(0)
  7. mika

    MEMANG TEMAN DAH AGAK DAH AKAN JD CAM NI TAPI TAK DER LER TERUK SGT SAMPAI CAM TU..SERI PUN KIRA BONUS..

    GAME PENTING DITEMPAT SENDIRI MESTI GITU RGUPENYE..TEMAN TGK BYK LONGGAR,.. PEMAIN MCM TAK ADE SEMANGAT.. RAYA SAKAN SGT KOT..

    SI KAKI KERAS MASIH LG JD SI PENUNGGU BOLA.. TAK MENGANCAM LANGSUNG..SI PERUT BELARI DLU TAK ADE FUNGSI DI TGH.. DAN SI BERAT BADAN MASIH SUKE BG BOLA KAT LAWAN... MCM MUSUH DLM SLIMUT JER....

    GAME YG TERUK... TP TAK LA TERUK SGT KOT KLU DIORG TAK RAYA SAKAN KOT...APE2 PUN BENDA DAH JD.. PREPAIR LAK UTK GAME NGAN GANU.. KLU RGOPE ITU LA MAINNYE NANTI.. GERENTI LAUK JADINYE...
    AYOHH... TEAM PERAK BUKTIKAN SEMANGAT BERPASUKAN ANDA...
    KEPADA FAN YG DTG SMALAM MEMANG BEST PENOH.. TP ADE GAK FAN YG MANGKOK... MSK PDAG.. BALING KGHUSI.. TAK BEST LA CAM TU... ROSAKKAN STADIUM... KANG NAK DUDUK PAYAH...... PAS NI PENOH LAGI TAK STADIUM..??

    Likes(0)Dislikes(0)
  8. kundang85

    bnda dh lepas xleh nk ulang blk..arap sd amik pengajaran..fan bg cadangan timbg2kn n pior2kan la ckit..bknyer nk mghancurkan team,fan lg nk team perak mng...cube la dgr sekali sekala opinion fan perak nie..sd tu bknnyer hebat sgt pun smpi lgsg xleh terima opinion fan..sistem 3 defend ni mmg bhyer wahai sd oi...try la 4 4 2..try gak jgn main memnjg long pas,udah getik bebeno teman tgk.kalo fan yg xder sijil kejurulatihan pun leh bce game ,inikan team lwn yg study team perak main..tp aper nk buatkan,sd power veto ada.dialah manger,dialah coach...senang cerita wahai fan2 perak,jdkan season ni last season sd kt perak setuju x??kite try la pulak coach2 lain...ckp la 2 3 season ngan perak aper cup pun xder.tgk perlis,diorg tkr coach,sbb nk bg angin perubahan pd team.mner tau bleh jd lg baik..

    Likes(0)Dislikes(0)
  9. Pakcik Yob

    Biar pun pahit terpaksa kita telan jugak. Memang Perak main dibawah par.. Menkala Selangor main diatas par.. Rasa2nya yang patut kita persalahkan disini ialah Steve darby... dan referee. Steve dengan angkuhnya tetap mempertahankan player 'jambu2' nya yang nyata jelas tidak tidak compatible dengan game semalam iaitu Chan dan Munoz... Perak bolos gol pd game2 sebelum ini pun banyak berpunca daripada Chan... Persoalan nya disini kenapa Steve msh mempertahan kan dia? Kenapa tidak direhatkan sementara... Manakala referee malam tadi hanya bertahap referee liga FAM je..

    Apa2 pun diharap player2 Perak tidak berputus asa... teruskan perjuangan TM Liga Super 07/08.. masih ada banyak game lagi dan segala kemungkinan boleh berlaku.

    Likes(0)Dislikes(0)
  10. padiltaiping_81

    Aduh...tensionnyer teman bila tahu perak kalah besar kat tempat sendiri...dah la kena provok ngan member2 tempat keje dan student2 yg merupakan penyokong selangor...

    heran gak teman ngan prestasi perak yg mcm yoyo ni...kejap menang besar,kejap kalah besar....tak tau la teman nk kata apa lagi..

    Moga2 sd bleh mencongak strategik baru la nak mencari rentak kemenangan semula...apa2 pun,hati teman tetap menyokong team perak sama ada time menang,seri dan kalah...skor yob skor!

    Likes(0)Dislikes(0)
  11. cord

    Apa ke he nya yob...
    teman ni maleh dah nk nengok Perak kalah dgn selangor..teman ni dari jauh ngikut perkembangan Perak...
    xkan la x belajar dr kesilapan..
    Minggu lepas boleh pn menang...
    Teman ghase deme ni banyok benor mkn limau ghaye cine ni...
    SD,tolong le buat perubahan...klu x pn deme yg keluor..hehe..
    Pe2 pn,boleh kejor lagi yob... Seladang Boleh... (",)

    Likes(0)Dislikes(0)
  12. arulznsara

    Sedih x terhingga malam tadi. Teman dengar siaran langsung dari Selangor FM. Jiwa terus jadi kacau. Dari ulasan DJ jelas menunjukkan Perak memang bermain dgn teruk.

    Ternyata taktikal long-pass dan 3 defend masih menjadi duri dalam daging persembahan pasukan Perak pada tahun ini. Bola banyak yang x sampai. Pelik jugak, SD x tau ke yang kedua2x striker kita tu x mempunyai kepantasan? Macam mana la diorang nak kejar bola tinggi?

    Dollah Salleh memang dah buat homework. Pemain macam Megat Amir Faisal direhatkan. Taktikal pon dia tukar sket. Banyak main short-passing..through ball. Malangnya SD x buat homework dgn bijak. Azlan direhatkan. Munoz kasi main. Danial pon masuk lambat.

    Hmm...kalaula SD masih lagi degil dan gaya permainan Perak berterusan begini alamat say good bye to MSL tahun ni. Dgn Selangor pon x boleh makan. Nak harapkan menang dgn team lemah jerk. Kalau pertandingan kalah-mati cam Piala FA ngan Piala Malaysia lagila teruk kalo camni.

    Harap2x keajaiban akan membantu pasukan Perak pada tahun ini...amin.

    Likes(0)Dislikes(0)
  13. asraf

    kalu nak ikutkan game masa kat shah alam arituh pun dah mantap...cuma kena betoikan sana sini skit....tapi gatai sd pegi masuk juge si munoz tuh...heyyyy...syg benor dia dgn deme yekk...first11 yg ada dah okay cuma kalu bleh ganti subra ngan chan jer...lelain okay dah...munoz mlm tadi betoi2 buat huru hara game pd teman..celaru..haru biru dibuatnya...adehhhhhhhh...entahler..pehni jumpe ganu plak..haruih msak main kat ganu nun...game perak tak byk referee tahan dolat...subkidin je bleh handle...tapi aksi referee mlm tadi mmg ngelupor abih...

    Likes(0)Dislikes(0)
  14. amir_azri

    teman mmg frust gile mlm td. g stdium smpai abis suara, arini meeting teman xbckap pun, pkai sign language je. haru betoi... teman xrsa pun team perak mhargai sokongan beribu2 pnyokong yg dtg ke stdium mlm td. tlg la tgk kwn2 kita yg dtg ke stdium mlm td & kasihanilah kami yg mharapkan pmainan yg cantik & kmenangan yg mutlak. kami bkn mnta tiket kami dbyar smula mmadailah dgn kmenangan. tp ngn game yg mcm smlm, trus terang teman kabo, munoz, chan & khalid mmg TAK PATUT ada dlm team. sd kna wat ssuatu. jgn hampakan kami lg. stkat ni pnyokong mmg still setia ngn team & jgn smpai pnyokong b'ubah hati ngn team. tlg laa...

    Likes(0)Dislikes(0)
  15. Yob Utara

    Kekalahan yang menyebabkan teman speechless, maybe Khalid Jamlus kurang perform malam tadi tapi kalau nak kata dia tak patut ada dalam team Perak, teman kurang setuju dengan yob amir.

    Masalah team kita ialah Steve Darby kurang bijak mencongak strategi. Masa menang dengan Selangor, Jorge Munoz tak bermain pasal penggantungan. Barisan tengah nampak mantap dengan Danial Fadzly.

    Perlawanan di Ipoh Steve guna balik Jorge Munoz dan sideline kan Danial. Chan Wing Hong pula kita nampak permainan dia goyang masa jumpa Selangor hari itu. Tapi Steve macam biasa memang tak pernah nak belajar.

    Oleh kerana dia berdarah inggeris maka kita yang berdarah melayu tak boleh menegur dia, ditambah pula dia merangkap pengurus pasukan.

    Teman tak harap banyak perubahan dalam lineup lawan Terengganu sabtu ni. Teman percaya itulah juga lineup yang dia akan guna nanti. Kalau kita yang bukan pro dalam kejurulatihan boleh agak lineup dia, apatah lagi coach team lawan.

    Likes(0)Dislikes(0)
  16. miez3

    Salam semua....apa yg dpt teman katakan lg...Perak dh kalah...teman pun tak boleh nk komen lebih2 sebab tak berpeluang tgk game semlm kt t.v. atau di stadium tapi dr cerita2 yob2 semua kt atas teman dpt mengagak apa yg berlaku...teman rasa SD ni dh ter"over" confident....sbb tu la dia letakkan Munoz tu dlm 1st eleven....lg satu masa teman tgk lintas langsung kt Seladang.net ni teman tgk 2nd half dh samapi minit ke 60 lebih br SD nak buat pertukaran...time tu pun rasanya dh nazak kut..(betui ke yob2 semua??)...nape tak boleh perform mcm main kt Shah Alam ari tu??Nape tak gunakan kesempatan cuti atau rehat yg panjang utk merencanakan formula yg baru??Nape masih sayang nk teruskan taktikal 3-5-2 tu??Semua ni SD kena jawab sendiri supaya pasukan yg kita sayang ni tak tergelincir jauh...nasib2 je T'ganu dgn N9 seri...kalau tak haub la...entah2 tempat keenam kut dlm carta liga....Pengurusan Perak FA kena take serious benda2 mcm ni....haiiiii....nasib2....tu la cuti makan limau byk lama2 lemau....apa pun harap2 lwn T'ganu ni coach & player jgn buat mistake lg...S'ngor pun tak lama kt tempat kedua tu...yg penting Kejor Yob Kejor!!

    Likes(0)Dislikes(0)
  17. Axlrose037

    Tak mengape...cube lg game yang akan datang. Lepas ni kene perbetulkan ape yg dirase xbetul. Teruskan menyokong pasukan kite...skor yeop skor!!!

    Likes(0)Dislikes(0)
  18. kundang85

    ermm..mmgla sume dh lepas n btulkan aper yg xbetul..tp masalahnyer sd tu xmaunyer betuikan aper yg xbetul...sbb tu blk cmtu blk..abh dh power kt tgn sd ,dia jer wat keputusan..aper lg nk kate,tman cdg buang ja sd tu,cm perlis buang rahman on da spot...bru dia ada akai..
    game perak sume team dh leh bce.3 defen yg mudh nk masuk,long pass yg merapu2,cmtu jala game perak xubah mner pun.mner player2 jambu sd ,mainla smpi tumpo wlpun xleh main n ada PLAYER yg lgh bgs dlm team perak..nth ler yeob2 kalo ngope smpi bler pun xmerase super league ni...kempunan smpi TUMPO xdpt lg...

    Likes(0)Dislikes(0)
  19. Hazam

    Teman ni tkla die hard fan, tp teman ikuti setiap perkembangan pasukan Perak.
    Ape yg teman tgk dari prlawanan ngan team kononnya "Red Giant" kelmarin teman harap team perak akan berubah, si SD tu kena wat percaturan baru utk hadapi T'ganu nnt..
    Cuba guna taktik 4-1-3-2, defend kasi kuat skit. Nantha leh main def midfield.. Main hantaran pendek n sekali sekala long pas.. Pastu msukkan player2 yg mantap mcm Subra n Lan kt defend, klau leh teman tknk si Ceceras tu main... asyik jtuh je main, lembik ke?
    Ape2 pun, teman harapkan berlaku perubahan yang besar kat team kesayangan kita ni... klau leh nk jgk teman rse sekali lagi ke Stadium Shah Alam atau Bukit Jalil untuk tgk team Perak main final. Kejor Yob Kejor!!!!!!!!!

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.