TM Liga Super – Perak Vs Perlis (review)

TM Liga Super
Sabtu 01 Mac 2008
Stadium Perak, Ipoh
8:45PM

Selepas berjaya menang tipis ke atas pasukan Pahang selasa lalu, skuad seladang akan meneruskan langkahnya dalam TM Liga Super 2007/2008 bertemu pasukan Perlis di Stadium Perak, Ipoh sabtu ini.

Perlis yang hanya mampu mencatatkan keputusan seri dengan Negeri Sembilan digelanggang sendiri baru-baru ini telah menewaskan skuad Perak dengan jaringan 2 gol tanpa balas pada pertemuan pertama dahulu di Kangar.

Gol pertama Perlis dijaringkan oleh Nizaruddin Yusof manakala gol kedua pula disumbangkan oleh Chan Wing Hoong apabila beliau tertanduk masuk bola hasil sepakan percuma Yusri Che Lah pada perlawanan itu.

Amat malang sekali kerana kedua-dua gol tersebut dihasilkan pada 10 minit terakhir permainan dan ini membuktikan pemain Perak ketika itu tidak fokus sepenuhnya untuk sekurang-kurangnya mengikat keputusan seri.

Perlis kini dibimbing oleh Irfan Bakti setelah jurulatih Abdul Rahman Ibrahim digugurkan oleh pihak pengurusan Perlis baru-baru ini. Penulis melihat Irfan Bakti sebagai jurulatih yang lebih memberikan penekanan kepada corak permainan bertahan sambil mengamalkan serangan balas pantas yang bakal diketuai oleh Phillimon Chepita.

Kemenangan pada perlawanan ini amatlah penting untuk terus mengukuhkan kedudukan ditangga ketiga liga atau mungkin berpeluang memintas Selangor ditangga kedua jika mereka mencatatkan keputusan seri mahupun tewas.

Pada kesempatan ini juga penulis ingin menyeru semua peminat bolasepak Perak terutama yang berada di sekitar bandaraya Ipoh untuk turun memberikan sokongan kepada pasukan Perak nanti.

Ramainya penyokong yang hadir kelak, bakal menambahkan dana pasukan yang khabarnya sedikit meruncing untuk menampung kos perlawanan seterusnya terutama yang membabitkan Kejohanan Piala AFC 2008.

Nota: Perlawanan ini akan mendapat lintas langsung oleh crew yang bertugas.

YB Corner

Likes(0)Dislikes(0)

16 thoughts on “TM Liga Super – Perak Vs Perlis (review)

  1. Raul hashim

    hrap perak mng game ni untuk trs rapatkan mata dgn pasukan kedah. perlis akn trn tanpa k.soley n yusri che lah. namun itu bkn menunjukkan perlis pasukan lemah. perak harus berhati2 dgn strategi irfan yg ckp kreatif. kelibat chipeta harus dirantai supaya dia x dpt jrngkan gol.penyerang perak harus manfaatkan peluang yg terhidang seperti yg mereka lakukan lwn pahang. jika ini dpt diatasi perak mampu memenangi game lwn perlis nt. dihrpkan fans perak trn beramai2 memenuhi stdm sabtu ni. Ayuh perak bangkit dr tdo.

    Likes(0)Dislikes(0)
  2. zul4all

    APa yg teman tahu, pasukan yg memasuki pertandigan AFC akan diberi suntikan dana drp segi perbelanjaan penginapan, perhotelan dan penerbangan dan sejumlah wang daripada AFC, klu x silap.....semoga Seladang lebih gagah menentang Singa Utara

    Likes(0)Dislikes(0)
  3. Redzuansky

    semoga Perak dpt klhkn Perlis..
    main total-football. Insyaallah, kjyan pst milik Perak..
    smoga sume player dapat m'berikn fokus & disiplin yg tinggi dlm plwnm yg djgka sengit ini..
    Perak hny p'lu mng tnp mmkrkn kptsn Selangor, Kedah atau lain-lain pasukan..

    Skor Yob Skor!!

    Likes(0)Dislikes(0)
  4. putra8878

    Teman harap sgt agor perak dpt balas dendam kekalahan pd perlis kat ipoh ni.Kemenangan ini penting dlm memanggil kembali penyokong mengunjungi stadiun ipoh.Kalu kite mng dgn sgor aritu dh tentu penyokong kite dah penuh mcm game dgn sgor aritu..tp mlngnye kite kalah pd sgor&memadamkan rekod 10 thn rekod bersih kite..tu la yg jd punca kenape penyokong kecewa sgt sampai stadium pun dah sepi la ni..kalu xdpt piala liga pun thn ni,dpt nmbr 2 pun jd.Piala fa&malaysia kite mesti mengganas.

    Likes(0)Dislikes(0)
  5. seraimerah

    perlis mengalami persembahan yoyo akhir2 ini macam jugak perak.. susah nak pastikan sejauhmana pencapaian perak dalam game ni.

    harap2 striker perak sabtu ni idak le tumpul macam lawan pahang hari tuh..

    my prediction

    Perak 2 Perlis 1

    Likes(0)Dislikes(0)
  6. asraf

    hrp beno prk bleh mng nnt....xkisah le 1gol pun,yg penting mng je...kite blh stay no3 ato silap2 potong s'gor kat no2.kot striker tumpui...gune le mat nor cam game aritu...mana le tau ada rezeki plak...dia skor...
    teman predict..perak 5-1 perlis..cam game piala m'sia dulu heheh.

    Likes(0)Dislikes(0)
  7. pie

    apa kabar semua fan perak, teman ni guna dua nama, satu nazrul satu lagi pie saje je nak tukar selera sebenarnya. Bagi teman apa2 namapun ok je. Teman nak katakan di sini bahawasanya teman yakin bahawa Perak akan menang kerana apabila Perak selalu main bermaksud jadual padat selalunya berpihak kepada Perak. Insyaallah tapi kalau rehat lama yang selalu kalah mungkin kerana kurang stamina. apa2 pun kita sama2 tengoklah. Lagi satu kalau fans semua perasan, Bulan 3 ni boleh dikatakan bulan membalas dendam kerana perak akan bertemu dengan pasukan yang kalahkan perak sebelum ini iaitu Perlis yang mana akan berlangsung pada 1 mac, Johor FC pada 4 mac dan Kedah pada 23mac. Harapan teman agar Perak dapat membalas dendam. Kepada Fan Perak ramai-ramailah datang memberi sokongan kepada pasukan kesayangan kita. Kepada pemain dan jurulatih kami mengharapkan keputusan yang baik dari kalian. SKOR YOB SKOR dan jangan pandang belakang dah teruskan mengorak langkah2 kemenangan dan jgn pikirkan keputusan perlawanan di tempat lain.

    Likes(0)Dislikes(0)
  8. abgcho

    awok pn arap mng....leh punye pasai perghleh pn ngh xperform sgt skang.yusri konpem xmen pasai kene kad merah ari tu..ape2 pn prk kene men total futball.jgn dok wat long ball je....ekceli long ball ni elok gak tp untuk team y midfield y xkuat,..tp memandangkn perak byk midfield y ok..watpe nk major je ng long ball tu...awok xdapat tun stadium minggu ni..koje byk,...minggu dpn je blk ngundi.....huhu

    Likes(0)Dislikes(0)
  9. ayuball

    ai sumer.pe kabor.kt sni xblh chat dgn degn mber2 lain. hati aku majuk asyik kalah je..dgn jhor fc harm xpnh lpas. tahn ni memg begang la. harp2 meng la xlalu awok tgk kalh smp setgh dozen plak. bagun la perak..jgn bg awok ngs lg.hehepepun aku tetap sokong korg best ok la dpt numbo 3 tp aku yakin dpt potog selgr 2. k geng skor yob skor

    Likes(0)Dislikes(0)
  10. satorare

    game gn perlis ni prk musti mng..
    aritu kta dh kalah kt kangar 0-2.
    ni la ms nya kta balas blk..
    perlis pn skang ni duk yo-yo gak..
    rsa nye bleh kot prk nk benam perlis 2-0..
    jgn kalah sudah yop..
    kecewa fan perak nnt..
    gud luck 4 perak..
    Kejor Yop Kejor

    Likes(0)Dislikes(0)
  11. active11

    Salam semua. Setuju benar dengan pendapat semua. Jom kita semarakkan Stadium Ipoh dalam mana2 game pun. Cuma nak menegur dekat sini, saya perhatikan, terdapat segelintir penyokong (bukan penyokong drp laman www.seladang.net) Perak masuk percuma (panjat pagar yang sedia bocor), kalau sifat pentingkan diri dan 'berjimat-cermat' sebegini diamalkan, punah ranah Team Perak.

    Minta jasa baik semua pihak bagi kerjasama. Pengurusan stadium perkemaskan pagar, dan penyokong Perak menyokong dengan lebih terhormat. Perketat hal mercun dan lontar kerusi sekali, kasihan penyokong lain yang bawa isteri&anak2. Kami datang untuk menyokong

    "Datang dengan aman, pulang dengan tenteram" (Slogan baru penyokong setia kejor yop kejor)

    Cheer Up Yobs!!!

    Likes(0)Dislikes(0)
  12. kundang85

    game ngan perlis nie peluang perak bls dndm kekalahan d kangar dulu.team perlis lak nmpk cm goyah,tp tu bkn jaminan perak leh mng mudah...jgn underestimate perlis tu...diorg pasti xnk kehilangan mate,plg kurg diorg nk seri.tp perak kene mng,dgn home advantagenyer,perlis yg goyahnyer,perak mesti amik peluang nie..cmner nk main,siape yg main,taktik per nk main,fan xpyh ckp lebh2,xde guneyer,sume tu keputusan 'bos'besar perak...SD..saper pun xleh nk kate per...
    make sure mng!!score yeop score...

    Likes(0)Dislikes(0)
  13. asraf

    tgk info sukan td,irfan nak benam perak taktik baru nmpk,yusri takde,tinggal k.soley yg kabonye tak fit lagi..mcm xcaya je teman..sah2 ada kang k.soley tu,pepun hrp kita balun perlis 4 gol kali ni..heheh

    Likes(0)Dislikes(0)
  14. kia_dgreat

    the gretest team perak........the yob's will never will never die...smoga konsisten.....berterusan...

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.