TM Liga Super – Perak Vs PDRM (review)

TM Liga Super
Sabtu 23 Feb 2008
Stadium Perak, Ipoh
8:45PM

Perlawanan seterusnya skuad Skor Yob Skor untuk pusingan kedua TM Liga Super 2007/2008 ialah bertemu pasukan PDRM yang telah ditewaskan dengan keputusan 6 gol tanpa balas pada perlawanan pertama di Stadium Selayang tempohari.

Pesta gol pasukan Perak pada waktu itu tidaklah menghairankan penulis kerana PDRM kehilangan khidmat penyerang berbisa mereka Hillary Echesa yang cedera serta bermain 10 orang sejak minit ke 65 separuh masa kedua setelah salah seorang pemain mereka dilayangkan kad merah.

PDRM akan berkunjung ke Stadium Perak sabtu ini dengan semangat tinggi untuk membalas dendam kekalahan mereka yang lalu apabila bakal menurunkan penyerang dari Indonesia iaitu Budi Sudarsono yang dipinjam selama 4 bulan dari Persik Kediri setelah usaha untuk memiliki Noh Alam Shah (Tampines Rovers) tidak kesampaian gara-gara masalah birokrasi.

Pada waktu yang sama, Hillary Echesa juga telah pulih sepenuhnya dari masalah kecederaan dan gandingan berdua mereka ini berjaya membantu pasukan PDRM mengikat keputusan seri dengan Negeri Sembilan pada perlawanan yang lalu.

Penulis juga telah menerima suatu perkhabaran yang kurang enak apabila beberapa tonggak utama pasukan Perak, tidak cukup cergas untuk mengharungi baki perlawanan yang ada kini. Chan Wing Hoong, Khalid Jamlus, Hamsani Ahmad dan Carlos Caceres adalah antara pemain yang dilapurkan kurang cergas atau cedera sebelum perlawanan menentang Johor FC tempohari.

Dengan mempunyai kira-kira 22 orang pemain sahaja musim ini, Steve Darby dilihat gagal menjalankan tugasnya sebagai seorang pengurus pasukan yang cekap serta jurulatih yang berfikiran jauh apabila sentiasa “melanyak” pemain-pemain “regular” pada setiap perlawanan dan cukup “dayus” untuk menurunkan pemain muda melebihi kouta yang ditetapkan oleh FAM.

Akibatnya ramai pemain “regular” yang keletihan dan tercedera kerana kekerapan perlawanan yang cukup padat musim ini. Steve Darby juga seakan hilang pertimbangan sebagai jurulatih apabila membuat beberapa pertukaran yang “pelik” seperti yang berlaku tempohari apabila dimalukan oleh pasukan Selangor di stadium sendiri.

Setelah ketinggalan dengan 3 gol berbalas 1, beliau membuat 2 pertukaran di bahagian pertahanan dan seorang pemain di bahagian tengah. Percaturan ini jelas menampakkan kelemahan beliau yang seakan telah mengaku kalah walaupun permainan masih berbaki lebih 20 minit.

Dengan perlawanan Liga Super yang masih berbaki 11 perlawanan serta persaingan Piala FA yang bakal diharungi awal bulan nanti tidak termasuk Piala Malaysia dan AFC Cup, penulis dapat merasakan bahawa pasukan Perak bakal menghadapi masalah besar untuk menghabiskan Liga Malaysia musim ini dengan keputusan positif.

Dengan prestasi yang kurang menyakinkan di tempat sendiri, penulis cuma berharap pemain-pemain yang diturunkan nanti tidak leka dengan tugasan yang diberi serta mampu untuk menghadiahkan kemenangan kepada peminat bolasepak Perak.

Nota: Perlawanan ini akan mendapat lintas langsung oleh crew yang bertugas.

YB Corner

Likes(0)Dislikes(0)

14 thoughts on “TM Liga Super – Perak Vs PDRM (review)

  1. Raul hashim

    ate nk bt mcmane penulis. tu le sd. sape xknl dia. degil dgn biot sgt. yg peliknya pgrsn perak xnmpk ke kejatuhan perak skrng ni. nk tgu fan bkr bendera perak br ambl tindakan ke. kelantan pun pndai plh pemain import. ni lah yg telah ditentukan sd untk perak msm ni. bior bayar mahal pd pemain import tp janji bgs n fan pun ramai dtg stdm. ni bayar murah dpt le kualiti rendah import dr chile tu. kalo le ade azizol abu hanifah mst perak bgs skrg. teringat p.ravindran, karim pin, nizam adha. jang jung help team perak please. dato jamal nasir tlg pulihkan perak. ni rayuan dr fan.

    Likes(0)Dislikes(0)
  2. active11

    Pelik betul prestasi Perak kebelakangan ni. Penyokong pun mula rasa meluat dgn kerenah 'org dalam' Perak. Minta kalau dapat, bekas pemain Perak dtg membantu. Elok kalau kita ada pandangan org lama yg melihat prestasi pasukan dalam perspektif berbeza. Makin risau kami dgn Perak ni..
    Alahai..

    Likes(0)Dislikes(0)
  3. asraf

    game nih kalu xmng hrp blh seri...pdrm bkn mcm dulu lagi...deme dah kuat skng ni....kalu kita leka mmg lebuh le jwbnye..sub yg pelik mmg stail sd,dia ingat dia best sgt..walhal si munoz tu ape yg bestnye????..dia trnkan psl nak jaga maruah dia yg amik player camtu...malu le kalu dia amik pastu tak guna...sombong bangsa penjajah ni mmg dr dulu ujud..elok beno kalu pasni toksah amik bangsa2 deme jadi coach kat perak...ngabihkan boreh..ingat dia boss kat tanah melayu gamaknye...cam harammmmm...tu le akibatnye bila lenjan player2 yg sama all game...last2 player pun lemau..mat nor,khairi + lelain budak muda tu elok le buat pekasam je...lenjan sd lenjan...bior lingkup team taun ni..

    Likes(0)Dislikes(0)
  4. amir_azri

    apa pnyudahnye team ni thn ni teman pun xdpt nk bayangkn. risau nengoknye. apa2 pun, 'lingkup' msti dlm tgn pnye hehe.. sbnarny teman ada dngor ura2 awal season sblm sd masuk, m karathu adalah calon yg dsebut2 dsamping jang jung. tp player takut sbb fitness training dia mmg though. so, pngurusan ambk le sd yg mmg hnya layak train player U12 level sekolah2. fan pnya pndangan dcmpakkan ke sg kinta. so, dpt la team cmni. teman sokong benor2 karathu take over team perak for the next season.

    Likes(0)Dislikes(0)
  5. amir_azri

    kome g stdium ke ari sbtu ni ? rmai ke yg nk g ? klau yob raul nk bako bndera, teman follow. bengang dh tahap mega maksima dh ni...

    Likes(0)Dislikes(0)
  6. dato

    Walaupun apa pun yang dikata segalanya telah berlalu..Pengurusan, pengurus serta pemain perlulah mengambil iktibar dari kekalahan..Sampai bila harus begini..Mungkin pihak pengurusan menunggu JM (Bekas pengurus chelsea) menawarkan diri jadi pengurus kut..Pemain seharusnya belajar lagi untuk menjadi seorang pemain yang profesional..Manakan tidak..hantaran jauh dan dekat..tendangan bebas..tendangan sambil belari..kawalan bola..skil individu..ketenangan menjaringkan gol...semuanya hanya 5 % yang dimiliki pemain..kalau setakat kecergasan 100 %..Gaji 5000 ke 10000 sebulan namun tidak memiliki semua kemahiran alamatnya..Mutu serta maruah bolasepak Perak serta kebangsaan akan dipandang rendah oleh peminat sendiri serta pemerhati bolasepak antarabangsa..Persatuan dan Pengurus serta pemain perlu belajar selok belok permainan bolasepak (bukan kutukan tapi sekadar untuk menyedarkan dari dibuai mimpi)..Tontonilah perlawanan kelab-kelab antarabangsa..Pelajari dan contohilah sikap mereka (yang baik sahaja bukan yang buruk)..Bangunlah..Sedarlah..Sekarang bukan dialam khayalan yang mana menunggu keajaiban datang membantu pasukan Perak..Allah tidak akan merubah seseorang jika dia tidak merubah dirinya sendiri..Persatuan bolasepak Perak khususnya janganlah mendadik dada..Sebaliknya carilah penyelesaian dari semua kekalahan..

    Likes(0)Dislikes(0)
  7. repasi

    mmg perak perlukan bantuan dr luar..tolonglah bekas2 pemain perak,bantulah kami..kami sayangkan pasukan..kami xrela perak terus diaibkan..pasukan perak sebelum ni mmg xpenah jd juara liga super tp tetap konsisten sampai ujung musim..tp thn ni kedudukan perak dalam bahaya,xmampu konsisten dr awl..sumenye disebabkan pengurusan pasukan yg lemah ditambah plak coach & manager yg bodoh sombong sampai sume pandangan penyokong xmau dengo..jgn kaco keje die konon,kalo power xpe gk xde pun fan nk bising..ni pasal xbagus la kami suarakn pendapat..bile buat ulasan kt astro tentang team org tau je die,nmpak sume,sape yg boleh main,sape kena keluo tp team sendiri xnmpak plak..heran aku..bertindak la sebelum terlambat..jgn biarkn luka terus menjadi parah

    Likes(0)Dislikes(0)
  8. yatty_sg

    kejor yob kejor .. moga tamat cepat2 la 'masa pelik' yg sedang perak lalui ...

    all de best utk game ni ..

    jatuh bangun perak, teman tetap support!

    Likes(0)Dislikes(0)
  9. Nazrul

    Teman rasa lah kita kena bersabar lagi. Kalau diikutkan pasukan kuat menapun ada masa dia naik ada masa dia jatuh. Pasukan Perak sekarang ni tidaklah teruk seperti mana yang kita jangkakan kerana kita masih ada baki perlawanan untuk liga super dalam 10 perlawanan. seperti thn2 terdahulu juga dimana ada masa perak jatuh ketangga terbawah dan bangkit dari kekalahan dengan mencatat kemenangan berturut2. Teman rasa perak bolehmenduduki kelompok ssekurang2nya nombor 2 atau tiga liga insyaallah jika semua pihak memainkan peranannya. kepada Raul dan Amir jgn terlampau mengikut perasaan kerana kita nilah yang akan mencorak serta membakar semangat pemain2 kita untuk meraih kemenangan demi kemenangan. kalau kita berada di dalam posisi mereka kita akan rasa tertekan dengan kerenah penyokong yang tak mengenal erti perjuangan bersama. kita kena bangun bersama bukannya memuji melambung di saat berada dipuncak dan memaki semahunya semasa berada dalam keadaan sekarang. Percayalah sebenarnya perak mempunyai pemain yang terbaik dalam saingan cuma belum ada rezeki. menang dan kalah adat pertandingan dan kita perlu ingat tanpa kita siapalah mereka. Oleh itu berilah sokongan yang boleh menaikkan semangat pemain2 kita AYUH PERAK TERUSKAN PERJUANGANMU KERANA PERJUANGAN KITA BELUM SELESAI.

    Masa akan merubah segalanya teman percaya pada PERAK

    Likes(0)Dislikes(0)
  10. kundang85

    makes changes la ckit wahai sd..teman dh letih ckp byk2 nie,perak ngope tu gak....make sure jgn klh lg dh la.kalo ngan team2 xbrper kuat cm pdrm ni pun xmng,igt ngan kedah,perlis,n9 leh mng ker...pkior2kan la..sng citer next season buang sd!!buang ngan cili2 3 ekor tu sekali...

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.