TM Liga Super – Perak Vs PDRM (result)

TM Liga Super
Sabtu 23 Feb 2008
Stadium Perak, Ipoh
8:45mlm

Perak 5 – 1 PDRM

Separuh Masa Pertama -

Minit 1:

Barisan Perak:

Nasril Nourdin

Azlan Zainal – K. Nanthakumar – Chan Wing Hoong

Hardi Jaafar

Shahrulnizam – Ahmad Shahrul – Jorge Munoz – Wan Abu Yazid

Carlos Caceres – Khalid Jamlus

 


Minit 5: Carlos Caceres menanduk bola hantaran Khalid Jamlus namun terbias pertahanan PDRM. Hantaran Hardi Jaafar kepada Khalid Jamlus berjaya dipintas oleh pertahanan PDRM di depan pintu gol PDRM.

Minit 10: Rembatan jarak jauh pemain PDRM, Yosri Dermaraju terkena palang gol ketika Nasril Nourdin sudah pun tertewas.

Minit 15: Hantaran Shahrulnizam cantik kepada Khalid Jamlus namun beliau sudah pun offside. Perak lebih kerap menyerang ketika ini dengan PDRM sekali sekala membuat serangan balas.

Minit 20: Shahrulnizam sekali lagi berjaya melorongkan bola cantik kepada Carlos Caceres namun beliau sudah pun offside.

Minit 25: Setakat ini pemain pertahanan PDRM begitu baik bertahan apabila sering memerangkap barisan serangan Perak iaitu Khalid Jamlus dan Carlos Caceres.

Minit 30: Carlos Caceres gagal menanduk dengan baik walaupun hanya berdepan penjaga gol PDRM hasil hantaran cantik Ahmad Shahrul. Serangan balas dari PDRM nyaris membuahkan gol apabila Nasril Nourdin telah tertewas bola lorongan Hillary Echesa namun Azlan Ismail lambat menguis bola masuk.

Minit 31: Budi Sudarsono berjaya menjaringkan gol pertama pasukan PDRM apabila larian solo beliau berjaya memintas pertahanan Perak dan merembat kemas melepasi Nasril Nourdin.

Minit 33: Ahmad Shahrul menjaringkan gol penyamaan hasil gerakan pantas menyerang sebaik sahaja sepak mula dilakukan.

Minit 35: Permainan terhenti sementara kerana salah seorang pemain PDRM tercedera.

Minit 38: Carlos Caceres menanduk cantik hasil hantaran Shahrulnizam untuk gol kedua pasukan Perak.

Minit 40: Rembatan Khalid Jamlus nyaris membuahkan gol namun tertampan pertahanan PDRM.

Minit 45: Hillary Echesa dilayangkan kad kuning kerana terjahan lewat kepada pemain Perak.

Tambahan masa: 1 minit.

Tamat

Separuh Masa Kedua

Minit 50: Shahrulnizam menerima kad kuning pertama kerana mengasari Hillary Echesa. Permainan agak seimbang ketika ini dengan kedua-dua pasukan sering berbalas serangan. Pemain PDRM, Wan Zaman dilayangkan kad kuning kerana mengasari Shahrulnizam.

Minit 55: Perak membuat pertukaran pertama apabila memasukkan Danial Fadzly menggantikan Shahrulnizam yang tercedera.

Minit 60: Pemain PDRM, Mazwandi dilayangkan kad kuning oleh pengadil kerana sengaja ingin melambatkan lontaran kedalam.

Minit 63: Rembatan Khalid Jamlus berjaya melepasi penjaga gol PDRM hasil hantaran Ahmad Shahrul didepan pintu gol untuk gol ketiga.

Minit 70: Permainan lebih banyak berlegar-legar di kawasan tengah padang dengan beberapa percubaan pasukan Perak berjaya disekat oleh pertahanan PDRM.

Minit 75: PDRM kerap kali mengasak melalui Hillary Echesa namun berjaya dipatahkan dengan baik oleh pertahanan Perak. Hardi Jaafar menerima kad kuning kerana asakan kepada lawan.

Minit 80: Hantaran Ahmad Shahrul gagal disambut baik oleh Khalid Jamlus apabila beliau terjatuh kerana diasak oleh pertahanan PDRM. Perak membuat pertukaran dengan Mohd Nor Ismail masuk menggantikan Hardi Jaafar untuk menguatkan pertahanan.

Minit 85: Rembatan Carlos Caceres meliar walaupun berpeluang untuk menambahkan gol di depan pintu gol PDRM. Percubaan Budi Sudarsono nyaris menghasilkan gol apabila percubaan beliau terkena palang gol Perak.

Minit 88: Khalid Jamlus merembat leret menewaskan penjaga gol PDRM hasil hantaran Ahmad Shahrul.

Minit 89: Carlos Caceres menjaringkan gol ke-5 Perak apabila menyempurnakan hantaran baik Danial Fadzly di depan pintu gol PDRM.

Minit 90+2: Permainan tamat dengan keputusan penuh Perak menewaskan pasukan PDRM dengan keputusan 5 gol berbalas 1.

Tambahan masa: 2 minit


Keputusan Perlawanan Lain

Sarawak 1 – 2 Kedah
Johor FC 1 – 0 Perlis
Negeri Sembilan 2 – 3 Pahang
My Team FC 1 – 3 Terengganu
DPMM FC 1 – 2 Selangor

Likes(0)Dislikes(0)

13 thoughts on “TM Liga Super – Perak Vs PDRM (result)

  1. Nazrul

    Tahniah kepada semua pemain, pengurusan dan penyokong pasukan perak. kejayaan yang dicari telah ditemui. Teruskan usaha kita untuk memastikan piala LIGA SUPER milik Perak. Ayuh teruskan sokongan anda kepada pasukan KITA (PERAK). SKOR YEOP SKOR. Kepada Azri dan Raul teruskan sokongan anda kepada team PERAK

    Likes(0)Dislikes(0)
  2. miez3

    This game is not a benchmark for Perak...lawan PDRM dgn kemenangan yg besar ke atas lwn yg kerdil masih belum dpt membuktikan keupayaan sebenar skuad SD ni...harap YOb's & Yong's jgn cepat terpengaruh....perjalanan masih jauh...byk lagi kemenangan yg perlu digapai...harap tidak terkapai oleh bangga diri SD lepas game mlm ni...Terus terang teman katakan sejak menonton komen SD dlm media di website & forum Seladang ni teman ghase SD dh sepatutnya ditamatkan khidmat beliau penghujung musim ni....kalau beliau betul2 nak jadi hero teman cabor die..bior le atau kalau boleh bwk le balik satu piala kt halaman kampung kita ni Perak Darul Ridzuan...Piala FA pun jadi la....Piala Liga usah dimimpi lagi la..jauh dah Kedah tinggalkan kita...Piala Malaysia?Satu bonus kalau SD dare to take the challenge!So...minggu depan kena fokus...kalau dah belasah Polis mlm ni pastikan rentak kemenangan besar dpt diteruskan bila lwn Johor FC untuk memadam kelebihan aggregat 2 gol ari tu...kalau tak..hmm...piala Fa pun tinggal mimpi ler....Anyway to all you lads...congratulations...especially to CC & KJ....best of luck to SD...tonight you really make Perak score Yob score but wait till this coming match...it's a real test for u for the fans....Skor Yob Skor...benamkan Johor FC!!!!

    Likes(0)Dislikes(0)
  3. asraf

    mng kita mlm ni walau game cemas juge lepaih tertingei sebijik...mujor deme cpt sedor dan bleh skor balik..peluang byk menimbun tp yg jd gol 5 je...teman setuju ckp yob miez3...game ni patut kite blh mng mudah....mng mlm ni bkn makna kita udah kuat beno...xusah kome nak eksen sgt...lwn johor fc nnt br tau langit tinggi rendah....kite xpnah mng dgn deme lagi yob...plg kuat draw je kat ipoh dulu...mlm tadi deme balun perlis plak..ajer deme mmg cekap amik peluang..game tadi byk bende kena perbetui...mng mlm ni sbb kita convert peluang jd gol...pdrm nasib tak baik deme takde luck mlm ni..kot gol try2 deme tadi..mau haup juge kita mlm nih....nasril mmg tak brp best jd keeper...nape tak kasi peluang kamarul?...dulu pun dia jage okay apa...apepun tahniah pasal menang walupun takde le nak banga sgt pasal lwn pdrm.

    Likes(0)Dislikes(0)
  4. satorare

    kepada smua yop2, kta xbleh seronok lagi..
    memang la game ni kta menang..
    tp perjalanan masih jauh..
    prestasi perak masih lagi x menentu..
    ni menang pn gn pdrm.. kt tmpat sendiri..
    pasni kalo game kt tmpat lwn jgn kalah plak..
    teman cakap trus-trang, mmg x gemor tgk prk guna 3-5-2..
    tp SD bkn nk dengo ckp..
    dia je btul..
    ni mng ok la..
    truskn konsisten kemenangan..
    kejor yop kejor..

    Likes(0)Dislikes(0)
  5. yatty_sg

    walau ade yg kate perak patut bleh menang dgn lebih bergaya, teman tetap bersyukur yg perak dpt 3-points tadi, tambah dgn kekalahan team perlis tadi, dapat naik 1 tanggan kedudukkannye ...

    perjalanan memang lagi jauh, banyak lagi ujian yg menanti, de game is far from over .. jadi harapnye, perak akan dapat tingkatkan prestasi & capai keputusan yg baik in upcoming games ...

    all de best perak, apepon teman akan sentiasa support!

    Likes(0)Dislikes(0)
  6. active11

    Alhamdulillah.
    Kpd fans, bagi la peluang lagi dkt team kita. Menang patut dipuji (tp bukan riak la) dan kalah patut 'bubuh' supaya diperbetulkan. Wpun smlm tak berapa ramai yg dtg, harap2 lepas ni main dkt ipoh kita turun la ramai2.

    Lawan dgn JohorFC, kita sorak sampai habis game.
    Tahniah n kekalkan fokus utk setiap game

    Cheer Up Yobs!!!

    Likes(0)Dislikes(0)
  7. Redzuansky

    setuju dengan semua komen yg diberikan.. Perak masih xboleh nk bangga dengan kejayaan kali ini. yg pntg lps ni Perak trs m'catatkan kemenagan tanpa mengambil-kira result lain2 pasukan.. Pahang untuk Liga Super, Johor FC untuk Piala FA, kna mng besar..

    apapn, tahniah kpd semua yg t'lbt dlm kejayaam team Perak pada kali ini. semoga momentum kemenangan ini dapat diteruskan. jadikan kejayaan membelasah PDRM ini sebagai satu kemenangan moral untuk Skuad Seladang...

    Skor Yob Skor!!!

    Likes(0)Dislikes(0)
  8. Dr Kampung aka Bomoh

    Alhamdulillah. 5 berbalas 1. Besor ertinya Yob. Tapi kiter harus sedar yang liga kita masih jauh. Teman syukur sgt2 bila 2 team, Negeri 9 dan Perlis tewas. Sekurang-kurangnya kita masih ada harapan untuk tempat ke 2. Kepada fanz, tolong jangan patah semangat untuk terus memberikan galakan dan sokongan. Memang SD tu hampeh. Tapi takkan kiter nak lihat team kesayangan kiter tersungkur. TAHNIAH PERAK!

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.