TM Liga Super – Pahang Vs Perak (review)

TM Liga Super
Selasa 26 Feb 2008
Stadium Darul Makmur
8:45PM

Perlawanan seterusnya pasukan Perak untuk kempen TM Liga Super 2007/2008 ialah bertemu pasukan Pahang yang telah ditewaskan pada perlawanan pertama lalu di Ipoh dengan keputusan 2 gol berbalas 1.

Perak yang masih segar dengan kemenangan besar membenam PDRM semalam tidak seharusnya mendabik dada kerana Pahang juga telah membuat kejutan apabila menewaskan Negeri Sembilan di Paroi dengan keputusan 3 gol berbalas 2.

Skuad Tok Gajah kali ini bukan sembarangan pasukan seperti mana yang pernah ditewaskan ketika perlawanan pertama yang lalu. Mereka mempunyai khidmat pemain lincah dan licik iaitu Tarik El Janaby dari Maghribi.

Tarik El Janaby | Pahang FA

Tarik El Janaby (Jersi 15) sewaktu membantu Pahang menewaskan N. Sembilan.

Keupayaan mereka membenam Negeri Sembilan di Paroi bukanlah omongan kosong apabila mampu untuk bangkit setelah ketingggalan 2 gol berbalas 1 pada suatu ketika. Perak pula pada pertemuan pertama menentang Negeri Sembilan di Ipoh Disember tahun lalu, tumbang dengan jaringan tunggal Zaquan Adha.

Pada perlawanan ini juga pasukan Perak berkemungkinan tidak dapat mengerah kudrat Hamsani Ahmad di gawang gol yang masih lagi mengalami kecederaan ketika perlawanan menentang Terengganu tempohari.

Hamsani Ahmad juga telah bertindak cemerlang untuk memastikan skuad Perak tidak tewas pada perlawanan menentang Pahang tempohari apabila beberapa kali menyelamatkan percubaan merbahaya yang boleh menghasilkan gol dari pasukan Pahang.

Dijangkakan Steve Darby bakal menurunkan barisan yang sama sewaktu menentang pasukan PDRM dengan Nasril Nourdin hampir pasti menggalas tugas sebagai penjaga gol pada perlawanan itu nanti.

Perlawanan ini dijangkakan sengit, dengan Pahang pasti mahu menebus kembali kekalahan mereka kepada Perak. Keupayaan untuk menang akan bergantung kepada pasukan yang berjaya memanafaatkan peluang yang terhidang serta meminimumkan kesilapan.

Penulis berharap semoga skuad seladang mampu untuk mencatatkan keputusan yang positif pada perlawanan itu nanti serta terus memberikan saingan kepada pasukan Selangor dan Kedah.

YB Corner

Likes(0)Dislikes(0)

5 thoughts on “TM Liga Super – Pahang Vs Perak (review)

  1. Redzuansky

    dhrpkan pd 26 Feb nnt Perak dpt b'main dgn cemerlang & b'jy klhkn Tok Gajah dgn b'gy. dh naik muak dh asyk bc kt paper, coach deme, Zainal dok ckp 3 resipi kjyn Pahang. Teman b'doa & b'hrp benor Perak dpt pdmkn ego Pahang ketika ini..

    semoga Perak dpt b'main sptmn Perak klhkn Selangor pd 1st round dlu. main short-pass dengan tempo yg laju & hny bt long-pass bla nmpk peluang yg t'hdg. Perak hny perlu fokus pd game ini & catatkn kmngn. result lain2 team xpyh nk dfkrkn..

    Semoga kejayaan menjadi milik kita..

    Skor Yob Skor!!

    Likes(0)Dislikes(0)
  2. asraf

    teman harap bebenor kita xklh ln pahang kali ni...plg krg pun draw jadi le...team kite pun cam yoyo...kdg ok kdg ko...tah le..yob raul...sara tu usah mimpi le...byk nak bayo deme yob...xmampu kita weh...kot pahang nak kasi pree xpe ler...tapi nmp cam gelap je hrpn nak dpt pree..hehee

    Likes(0)Dislikes(0)
  3. padiltaiping_81

    Teman belum yakin benor dengan kekuatan&kemantapan prestasi pasukan perak walaupun baru2 ni perak menang besar ngan polis..teman tgk prestasi perak tak menentu,mcm yoyo...mcm 'biskut chipsmore' pun ada jgk..kejap menang besar,kejap kalah besar...nak kata perak tahun ni tak bagus tak jugak,nak kata perak kuat tahun ni tak jugak..

    Pastu nak kata perak problem tang striker,khalid&cacares antara penjaring terbanyak liga..bawah marlon alex...pening nak buat kesimpulan ngan pasukan tahun ni,tak konsisten..papehal teman harap perak bleh dapat kedudukan yg baik dalam liga super tahun ni..status pasukan elit kena dikekalkan walau tak dapat jadi juara liga super...

    untuk game ngan pahang nnt,gud luck seladang...seri pun dah kira baik coz lawan kat tempat lawan...skor yob skor...

    Likes(0)Dislikes(0)
  4. pie

    Kepada semua pemain dan jurulatih beserta peminat aatau penyokong sama2 kita mainkan peranan kita esok 26feb bagi mencapai kemenangan menentang pasukan pahang. harap2 momentum kemenangan akan sentiasa bersama pasukan PERAK. Insyaallah

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.