TM Liga Super – Pahang Vs Perak (result)

TM Liga Super
Selasa 26 Feb 2008
Stadium Darul Makmur
8:45PM

Pahang 0 – 1 Perak


Barisan Perak

Nasril Nourdin

K. Nanthakumar – Mario Berrios – Chan Wing Hoong

Hardi Jaafar – Jorge Munoz

Shahrulnizam – Ahmad Shahrul – Noor Hazrul

Carlos Caceres – Khalid Jamlus

Tamat separuh masa pertama dengan keputusan masih lagi terikat di Stadium Darul Makmur. Permainan kedua-dua pasukan agak hambar tetapi Pahang lebih banyak mengasak dengan percubaan jarak jauh namun liar melepasi gawang gol yang dijaga oleh Nasril Nourdin.

Manakala jentera serangan Perak pula agak kurang menyengat apabila hanya beberapa sahaja percubaan yang dilakukan terhadap benteng Pahang yang beraksi agak baik malam ini.

Gol pertama pasukan Perak pada minit ke-60 telah dijaringkan oleh Hardi Jaafar.

Separuh masa kedua pasukan Perak telah membuat 3 pertukaran pada lewat babak ke-65 iaitu Hardi Jaafar untuk Danial Fadzly manakala Nor Hazrul dikeluarkan untuk Wan Abu Yazid.

Dan buat pertama kalinya Mohd Nor Ismail masuk menggantikan Khalid Jamlus sebagai penyerang dihadapan bersama Carlos Caceres. Sebelum ini Mohd Nor Ismail hanya masuk sebagai pemain pertahanan tengah untuk beberapa perlawanan lalu.

Tamat Permainan.

Keputusan Perlawanan Lain

Terengganu 2 – 0 DPMM FC
PDRM 0 – 2 My Team FC
Perlis 2 – 2 Negeri Sembilan
Kedah 2 – 0 Johor FC
Pulau Pinang 4 – 0 Sarawak

Likes(0)Dislikes(0)

19 thoughts on “TM Liga Super – Pahang Vs Perak (result)

  1. asraf

    yesssss....mng juge akhirnye kite yek...heheh...syabas semua yg bertungkus lumus main tadi...mekacih utk hardi yg skor gol...tahniah gak mat nor yg 1st time main striker..
    skor yob skor...

    Likes(0)Dislikes(0)
  2. active11

    alhamdulillah.
    Syabas Team n penyokong Perak. Yang penting kita konsisten dan fokus. insyaAllah kejayaan lebih besar pada masa akan datang. Bole tidur lena kita malam ni.

    Cheer Up Yobs!!!

    Likes(0)Dislikes(0)
  3. satorare

    macam x caya je.. perak mng mlm ni..
    main kt sana plak..
    apa pn, tahniah kpd smua pemain..
    kekalkn konsisten kmngn ni..
    harap dpt fokus utk perlawanan seterusnya...
    kta x boleh nk mendabik dada lg..perjalanan masih jauh..
    Kejor Yop Kejor...

    Likes(0)Dislikes(0)
  4. Yob Utara

    Alhamdullillah,
    Setelah sekian lama teman menyepikan diri, baru ini tergerak hati nak komen sesuatu. Walaupun team kita nampak agak tak konsisten kebelakangan ni, tapi kita berjaya juga untuk menang ditempat lawan.

    Harap sangat pemain kita yang ada supaya boleh terus fokus pada perlawanan yang akan datang nanti. Kita kena menang dan terus menang kalau nak kekal dalam tempat 3 teratas.

    Terima kasih pada semua pemain dan Hardi Jaafar yang memastikan kita memungut mata penuh malam ni. Perjalanan masih jauh yob, kita kena teruskan sampai berjaya.

    Likes(0)Dislikes(0)
  5. asraf

    yob...skrg xleh hrp team lain klhkan kedah & s'gor...kita kena klhkan deme sendiri...punah kalu dok hrp team lain pukui deme...last2 kita yg tumpor..heheh..jgn jadi team hrp belas ihsan org yobbbbb...

    Likes(0)Dislikes(0)
  6. Raul hashim

    Alhamdulillah kt menang jgk. hrp trs rentak konsisten dan xade lg permainan yo yo. hrp mat nor lbh kerap bg peluang disamping khairi. jgn bior diorang panas bangku simpanan jer. hrp main piala AFC trn kan muka yg pnskan bangku simpanan. bg peluang dan pendedahan. kalo x lth pemain utama kt. liga msh jauh lg. Tahniah Perak.

    Likes(0)Dislikes(0)
  7. miez3

    alhamdulillah...misi berjaya...teruskan rentak kemenangan...perlu beringat byk lagi game akan dtg...lepas ni kena fokus untuk FA Cup la pulak....

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.