Peraduan Pusingan 3 | Jaringan Terbaik?

Peraduan Pusingan 3 dan yang terakhir untuk peraduan ini adalah berkisar tentang perlawanan antara pasukan Selangor Vs Perak tempohari di Stadium Shah Alam. Skuad Perak telah berjaya menewaskan pasukan Selangor dengan keputusan 4 gol berbalas 2.

Setiap gol yang dijaringkan oleh pemain Perak mempunyai keunikan yang tersendiri. Oleh kerana soalan ini agak subjektif, maka pihak kami telah berbincang dengan beberapa ahli panel mengenainya. Anda diberikan senarai penjaring gol mengikut turutan pada perlawanan itu.

Gol Pertama: Mario Berrios
Gol Kedua: Shahrulnizam Mustapa
Gol Ketiga: Carlos Caceres
Gol Keempat: Khalid Jamlus

Soalan kami ialah:

Susunkan senarai jaringan terbaik pada perlawanan itu mengikut analisa anda?

Sila beri jawapan mengikut format di bawah serta menggunakan tetikus dengan arahan Copy & Paste sahaja.

Jika anda merasakan jaringan Carlos Caceres adalah yang terbaik, maka letakkan nama beliau di tempat pertama diikuti jaringan kedua terbaik, ketiga dan keempat.

Contoh jawapan:

1. Carlos Caceres
2. Shahrulnizam Mustapa
3. Khalid Jamlus
4. Mario Berrios

Hanya satu senarai jawapan yang mengikut format diberi akan di terima serta pemenang pusingan ini dikira berdasarkan jawapan yang paling tepat dan terpantas. Semua peserta yang menjawab soalan ini tidak akan didedahkan jawapannya sehinggalah tarikh akhir peraduan. Ini dilakukan untuk mengelakkan peserta lain meniru jawapan yang anda berikan. Selepas menghantar jawapan anda, akan tertera notis “Your comment is awaiting moderation”.

Pada saat ini hanya anda sebagai user yang dapat melihat jawapan itu manakala peserta lain tidak dapat melihatnya. Mereka hanya dapat melihat jawapan yang mereka kirimkan sahaja. Oleh itu jangan pula anda terkejut jika melihat hanya ada satu jawapan dari anda dan tiada jawapan dari peserta lain. Setiap peserta yang login dengan username mereka hanya dapat melihat jawapan mereka sendiri sahaja manakala guest user serta ahli berdaftar lain tidak dapat melihat apa-apa jawapan langsung.

Sila rujuk topik MEDIA untuk ulang tayang jaringan tersebut.

Terima Kasih
admin

Likes(0)Dislikes(0)

9 thoughts on “Peraduan Pusingan 3 | Jaringan Terbaik?

  1. QuRraSiuM CiLiCouS

    Gol Pertama: Shahrulnizam Mustapa
    Gol Kedua: Mario Berrios
    Gol Ketiga: Carlos Caceres
    Gol Keempat: Khalid Jamlus

    Likes(0)Dislikes(0)
  2. webmaster Post author

    Berikut adalah nama peserta yang telah memberikan jawapan untuk soalan di atas.

    QuRraSiuM CiLiCouS
    seansan00
    koiyee
    kem
    yob_from_japan
    putra8878

    Peraduan 2 dan 3 akan ditutup pada bila-bila masa hari Ahad ini dan Pemenang akan diumumkan sejurus selepas penutupan topik Peraduan tersebut.

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.