Pengumuman | Kaji Selidik
February 13th, 2008 by webmaster
Hari ini pihak kami ingin mengadakan kaji selidik berkenaan, bagaimana pengguna seladang.net menemui laman web ini. Turut disediakan kotak undian untuk pengguna berdaftar menandakan salah satu jawapan yang berkaitan.
Jika jawapan anda tiada di kotak undian, sila nyatakan pada ruangan komen dibawah.
Kerjasama anda semua amatlah dihargai.
Terima Kasih
admin
Dari mana anda mengetahui laman web seladang.net?
- Enjin Carian | Search Engine (53% Votes)
- Link dari laman web lain (16% Votes)
- Melalui kawan-kawan (16% Votes)
- Media massa (9% Votes)
- Lain-lain | Sila nyatakan (7% Votes)
% Voters Result
- Senarai Artikel Terdahulu Yang Berkaitan:
- Kaji Selidik | Posisi Penyerang
- Kaji Selidik | Posisi Penjaga Gol
- Kaji Selidik | Posisi Pertahanan
- Kaji Selidik | Posisi Pemain Tengah
- Pengumuman | Directory & Forum
12 Responses to “Pengumuman | Kaji Selidik”
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.



tau dari admin sendiri
:-)
tau masa g stadium le yob..
setiap mlm dok resah menanti keputusan perlawanan terkini membabitkan perak.. call kawan2 kat kg (perak) kdg2 dapat kdg2 tidak.. payoh! Dah lama register kat salah satu web FAN Perak sebelum ni (tapi bukan seladang.net) tapi nak tggu result sket punya payoh sampai last2 kena tggu pg2 kat depan mamak stall (cari newspaper la… apa lagi)..
Mujur enjin carian menemukan teman dengan ‘SELADANG.NET’ nih.. bukan aje result dapat cepat tai siap dengan kronologi game lagi… (detail).. bila baca nya rasa macam dapat ‘feel’ mcmana jaringan atau ‘bolos’ boleh jadik.. hehehe..
Tahniah admin.. harap teruskan lagi pengisian yg lebih MENARIK tentang pasukan kesayangan teman ni dan terima kasih sebab ‘debaran’ teman setiap kali match melibatkan PERAK (Selasa dan Sabtu) lenyap bila bukak website nih..
Adios!
regards
Harris aka gibauk
Terima kasih untuk penghargaan yang saudara berikan kepada pihak kami. Seperti yang umum ketahui, pihak kami sedaya upaya cuba untuk membawakan segala berita yang penting dan terkini tentang pasukan bolasepak Perak.
Pihak kami juga cuba untuk membuat rangkuman liputan ataupun lintas langsung sesuatu perlawanan yang membabitkan pasukan Perak tanpa mengira venue.
Mungkin ada juga individu yang berpendapat bahawa kronologi yang kami berikan tidak lengkap atau tepat namun itulah sahaja termampu untuk kami adakan kepada semua peminat yang melayari halaman ini.
Sekurang-kurangnya segala keresahan dan tanda tanya tentang nasib pasukan Perak terjawab apabila anda membaca kronologi yang disediakan.
Nantikan berita selanjutnya dari halaman seladang.net dan teruskan memberi sokongan kepada kami.
Terima Kasih
admin
admin saya tau pun saja2 taip nk tgk fball perak alih2 ada nampk sldg net nie memang best ar. tp blh tak seldng bt chating dgn penguna yang bedaftar. boleh kte borak2 tentg keajuan pasukan perak nie.ayu rasa ok la. nk luah perasaan bila kalah xblh tdoq mlm tau
seladang.net bukan platform untuk pengguna berchatting. Jika anda mempunyai pandangan tentang sesuatu perkara, sila nyatakan melalui ruangan komen yang disediakan berdasarkan tajuk yang bersesuaian.
Ingat!, jangan tinggalkan no telefon mahupun email address anda di ruangan komen. Kegagalan anda mematuhi peraturan yang ditetapkan akan mengakibatkan tindakan diambil selepas ini.
Terima Kasih
admin
saya dapat tahu dr org dlm team perak…kira teman tapi mesra la.good luck for seladang.net
teman tau sendiri dari internet la. lgpon teman penyokong tega skuad skor yob skor. teman puji web seladang.net kerana ianya lebih berkualiti dari web xxxxxxxxx.
komen admin: Pihak kami sengaja mengubah komen anda kerana tidak mahu menimbulkan sebarang kontroversi. Pihak kami menghargai pujian,teguran & cadangan dari pengguna namun kami mengharap anda sebagai pengguna memahaminya.
Terima Kasih
admin
teman nak tnya pendapat admin, apa kata kalo seladang.net membuat sesuatu aktiviti sukan demi merapatkan hubungan silatulrahim antara admin dan ahli seladang.net. ini demi masa depan untuk warga seladang.net gak
komen admin: Pihak kami tidak berminat dengan aktiviti seperti itu buat masa ini namun perjumpaan antara sesama ahli pernah dilakukan tempohari. Mungkin dalam kempen Piala Malaysia nanti kami akan anjurkan perjumpaan yang seterusnya.
Salam sejahtera, semoga web seladang.net ini maju seiring dengan pasukan perak. Selamat maju jaya
Saya tahu dari kawan sepejabat. Tahniah Admin.
terima kasih admin dalam membantu perkembangan bolasepak perak