Keputusan Peraduan | Pemenang?

Peraduan 3 pusingan yang dijalankan telah pun sampai ke penghujungnya. Setelah menyemak dan menganalisa setiap jawapan yang diberi oleh para peserta, pihak kami telah pun menemui pemenangnya.

Berikut adalah senarai jawapan yang telah ditetapkan oleh pihak kami.

Peraduan Pusingan 1 | Kasut Siapakah Ini?
Jawapan: AHMAD FAKRI SAARANI

Result Teka Kasut

Tiada seorang pun yang berjaya menjawab soalan ini dengan tepat, tetapi secara tidak langsung peserta-peserta yang telah menjawab soalan ini layak untuk menjawab soalan untuk peraduan seterusnya selepas pusingan pertama ini ditutup.

Peraduan Pusingan 2 | Bola Oh Bola?
Jawapan: BOLA: D

Result Teka Bola

Seramai 4 orang peserta telah berjaya menjawab soalan ini dengan tepat, mereka ialah Raul hashim, padiltaiping_81, miez3 dan seraimerah.

Peraduan Pusingan 3 | Jaringan Terbaik?

Jawapan:
1. Sharulnizam Mustapa
2. Mario Berrios
3. Carlos Caceres
4. Khalid Jamlus

4 peserta berjaya menjawab soalan ini dengan tepat iaitu QuRraSiuM CiLiCouS, yob_from_japan, mim dan seraimerah.

Seperti yang pernah kami umumkan dahulu pada topik Info | Peraduan Untuk Ahli Berdaftar pemenang akan dipilih dari peserta yang menjawab kesemua ketiga-tiga soalan peraduan tersebut selain kepantasan dan ketepatan.

Malang buat username Seraimerah kerana berjaya menjawab soalan pusingan ke 2 dan ke 3 dengan tepat tetapi tertinggal menjawab soalan pusingan 1 oleh kerana telah ditutup penyertaannya. Oleh itu beliau telah terkeluar dari senarai pemenang dengan Raul hashim, padiltaiping_81, miez3 dan yob_from_japan turut tertinggal menjawab salah satu soalan-soalan yang ada sebelum tarikh tutup peraduan diumumkan.

Ada juga peserta yang menjawab kesemua 3 pusingan soalan yang diberi namun tiada pula jawapan yang tepat diberikan.

Pemenang untuk Peraduan 3 pusingan ini ialah username QuRraSiuM CiLiCouS yang berjaya menewaskan username mim dengan keputusan ditentukan berdasarkan kepada kepantasan dan ketepatan menjawab soalan Peraduan Pusingan 3 | Jaringan Terbaik?.

QuRraSiuM CiLiCouS telah menjawab pada 08 Feb 2008 pukul 11:48 pagi manakala username mim menjawab pada 10 Feb 2008 pukul 2:37 ptg. Kedua-dua mereka juga telah menjawab soalan pertama dan kedua namun jawapan yang diberi tidak tepat.

Tahniah kepada QuRraSiuM CiLiCouS atas kemenangan anda dan kepada yang tidak berjaya, jangan berputus asa kerana tidak lama lagi pihak kami akan mengadakan siri peraduan yang lebih baik dengan hadiah utama berupa Jersi Rasmi pasukan Perak untuk Kejohanan AFC.

Terima Kasih
admin

Nota: Kepada pemenang QuRraSiuM CiLiCouS, sila tinggalkan nama, alamat surat menyurat serta nombor telefon untuk urusan POS LAJU MALAYSIA (tidak akan didedahkan kepada umum atau tujuan-tujuan lain) di ruangan komen dibawah.

Likes(0)Dislikes(0)

5 thoughts on “Keputusan Peraduan | Pemenang?

  1. seansan00

    huhuhu.. tahniah pada pemenang.. walaupun aku x jawab 1 pun dgn betoi.. sekurang-kurangnye aku dpt jgak pengetahuan sedikit sebanyak.. kuikuiku...

    Likes(0)Dislikes(0)
  2. seraimerah

    adehh terlepas peluang menang .. ini tidak adil ekekekekek aper buleh buat.. orang selalu outstation ni memang jarang dapat online aperpon tahniah pader pemenang.. janji esok perak menang

    Likes(0)Dislikes(0)
  3. active11

    Tahniah kpd pemenang. Orang pun cuti raya cina la, takdan nak online selalu hehehe. Apepun, sekalung tahniah kpd seladang.net yang menyemarakkan semangat peminat Perak (juga para pemain hendaknya). Semoga esok menjadi pemangkin Perak untuk terus berjaya. Jom ke stadium Ipoh !!

    Likes(0)Dislikes(0)
  4. padiltaiping_81

    tahniah pada yg menang...teman pun tertinggal nak jawab satu soalan coz bercuti...x online web seladang ni beberapa hari..melepas teman nk dpt hadiah...huhu...

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.