Info | Peraduan Untuk Ahli Berdaftar

Persaingan TM Liga Super 07/2008 akan berehat setelah menamatkan pusingan pertama sabtu lalu dan perlawanan seterusnya yang membabitkan pasukan Perak ialah bertemu dengan pasukan Selangor pada 12 Februari 2008 di Stadium Perak, Ipoh.

Untuk mengisi waktu rehat yang terluang pada persaingan liga super, pihak kami akan mengadakan satu peraduan khas untuk ahli berdaftar di komuniti ini. Peraduan akan di adakan sebanyak 3 pusingan sebelum pemenang di umumkan.

Kami membuat peraduan 3 pusingan ini kerana soalan yang akan ditanya agak mudah dan untuk berlaku adil kepada semua yang mungkin tidak sempat untuk melayari laman ini pada satu-satu masa.

Keputusan pemenang adalah berdasarkan kepada 2 faktor utama iaitu ketepatan dan kepantasan menjawab soalan-soalan yang diberi. Setiap peserta hanya boleh menjawab sekali sahaja pada setiap soalan dan tiada sebarang pembetulan jawapan dibenarkan. Oleh itu adalah lebih baik jika anda berfikir secara teliti sebelum mengirim jawapan nanti.

Peserta juga diwajibkan menjawab semua soalan pada setiap pusingan. Jika ada peserta yang dapat menjawab 2 pusingan dengan tepat tetapi tertinggal menjawab satu pusingan soalan lain maka penyertaannya akan terbatal secara otomatik.

Jika ada lebih dari seorang ahli yang berkongsi kedudukan sebagai pemenang maka pihak pengurusan akan menilai melalui bilangan komen berkualiti yang pernah dibuat oleh ahli pada mana-mana topik terdahulu.

Keputusan pemenang akan di umumkan pada hari Ahad 10 Februari 2008 dan peraduan bakal berlangsung pada bila-bila masa selepas info ini disiarkan.

Hadiah untuk pemenang utama ialah:

Scarf (panjang) pasukan Malaysia | Harimau Malaya serta Wristband berjenama NIKE (original merchandise).

Hadiah Utama
Klik gambar untuk imej yang lebih besar

Jika peraduan ini mendapat sambutan yang baik, pihak kami mungkin akan menambah hadiah lain untuk tempat kedua. Sebarang keputusan peraduan yang dibuat oleh pihak pengurusan adalah muktamad dan sebarang bantahan tidak akan dilayan.

Hadiah akan dihantar menggunakan POS LAJU di dalam Malaysia sahaja.

Semua soalan atau pertanyaan yang berkaitan dengan peraduan ini boleh diajukan pada ruangan komen di bawah.

Terima Kasih
admin

Likes(0)Dislikes(0)