Info | Jadual Perlawanan Pasukan Perak Bulan Mac 2008

Jadual untuk bulan Mac 2008 telah pun pihak kami keluarkan pada bahagian sayap kanan laman ini. Terdapat 3 kempen yang akan dilalui pada bulan ini iaitu TM Liga Super, TM Piala FA dan AFC Cup 2008.

Hanya dua pasukan yang terlibat dalam kempen AFC Cup 2008 sebagai wakil dari Malaysia. Selain dari pasukan Perak, pasukan Kedah juga adalah salah satu wakil untuk kempen ini.

Ada 3 perkara utama yang ingin dijelaskan disini iaitu untuk kempen AFC Cup 2008, pasukan Perak akan bertemu dengan wakil dari negara Maldives iaitu New Radiant pada hari Selasa 11 Mac 2008 di Stadium Nasional Malé, Maldives.

Waktu perlawanan belum lagi diputuskan serta perbezaan masa mengikut GMT ialah +05:00. (GMT +08:00 untuk Malaysia). Sila klik link ini untuk mengetahui senarai lengkap pasukan yang bertanding.

Untuk kempen TM Liga Super antara pasukan Kedah menentang Perak di Stadium Darul Aman dijadualkan pada 8 Mac 2008 namun terpaksa ditunda ke tarikh 7 Mac 2008 untuk memberikan laluan kepada Pilihanraya Umum ke-12 Malaysia pada 8 Mac 2008.

Tarikh 7 Mac 2008 yang telah ditetapkan oleh FAM juga dilihat tidak sesuai, justeru itu pihak pengurusan Kedah FA telah meminta supaya ianya ditunda semula ke tarikh 23 Mac 2008 dengan alasan kekurangan tenaga kerja oleh pihak keselamatan seperti Polis dan FRU yang bakal ditumpukan kepada Pilihanraya Umum ke-12 Malaysia.

Untuk perlawanan TM Piala FA pusingan kedua pada 21 Mac dan 27 Mac 2008 juga bergantung kepada dua faktor utama iaitu kejayaan Perak untuk menumpaskan Johor FC dengan aggregat pada tarikh 4 Mac 2008 di Stadium Perak serta undian semula dari pihak FAM kelak.

Jika segalanya berjalan lancar, pasukan Perak bakal mengharungi perlawanan terbanyak pada Mac 2008 dengan 9 pertemuan yang membabitkan lawan dari dalam dan luar negara. Ditakdirkan pasukan Perak tewas pada pertemuan dengan Johor FC pada 4 Mac 2008 nanti, skuad seladang hanya perlu melalui 7 perlawanan sahaja bulan Mac nanti.

Faktor keletihan dan jadual padat bakal menjadi punca utama yang menghalang pasukan Perak untuk meneruskan kecemerlangan mereka selepas ini. Apapun kita berharap semoga ada satu kekuatan dalam setiap pemain kita untuk beraksi pada tahap terbaik demi memastikan skuad seladang sentiasa digeruni oleh lawan-lawannya.

Terima Kasih
admin

Likes(0)Dislikes(0)

4 thoughts on “Info | Jadual Perlawanan Pasukan Perak Bulan Mac 2008

  1. seansan00

    ate... kalau rase x de player... teman sudi menabur bakti pada pasukan perak.. teman dulu jd peyerang skolah, tp lawan skolah sayong skolah teman kalah..

    nak kate hebat tuh x de la.. tp sedih melihat player perak yg kene men byk game.. harap fam faham situasi pasukan teman ni..

    Likes(0)Dislikes(0)
  2. asraf

    mak aih...byknye game bln ni...ishhh...teman tgk pun letih...apatah lagi deme yg main...ooo baru perasan..patut le sd kasi mat nor main striker semlm....gamaknye nak buat backup kj,cc & razali kot...heheh

    Likes(0)Dislikes(0)
  3. ayuball

    helo seansan00 dan asraf minat plak aku nk komen korg. aku pun turut seksa tgk game perak. tp kedah ok je. ni slh sape ar. tkr coach thun dpn ok gak.. sampai setgh dozen kalh malu beb. mber2 kutk aku. patut kome 2org main sorg srker 1 lg keper hehehe. good luck perak

    Likes(0)Dislikes(0)
  4. amir_azri

    hehe.. klau striker perak dh sangap beno, teman pun offer gak jd striker perak. teman pun striker gak - sk talang thn 80an..

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.