DVD | TM Liga Super 07/2008 | Selangor Vs Perak
February 3rd, 2008 by webmaster
Dengan rasa sukacita dimaklumkan, pihak kami bercadang untuk menyediakan DVD perlawanan antara pasukan Selangor melawan Perak yang berlangsung di Stadium Shah Alam pada 2 Februari 2008 yang lalu.
Harga jualan ialah RM 15 termasuk urusan pengeposan dan pembungkusan yang menggunakan “POS LAJU MALAYSIA” dan RM 10 untuk “C.O.D” di suatu tempat yang akan diumumkan di sekitar Lembah Klang.
Video ini juga turut boleh dibeli oleh anda yang berada diluar negara kerana tuntutan kerja ataupun belajar tetapi cara penghantaran adalah secara muat turun fail dalam bentuk XVID dan harganya RM10 sahaja.
Kualiti gambar video sangat memuaskan hati serta DVD MEDIA yang digunakan adalah berkualiti tinggi serta mampu bertahan sehingga puluhan tahun jika disimpan dengan baik untuk koleksi kenangan anda dimasa hadapan.
Kami menjangkakan sekurang-kurangnya 50 buah DVD mampu terjual dan diedarkan secara serentak samada melalui POS LAJU atau C.O.D selepas semua pembayaran selesai. Pihak kami berhak untuk membatalkan penjualan ini jika permintaannya kurang dari yang kami harapkan.
Semua pembayaran adalah menggunakan akaun Maybank samada secara Cash Deposit mahupun Online dan akan diumumkan kelak.
Sebarang pertanyaan haruslah dibuat dibahagian komen di bawah untuk keterangan lanjut.
Terima Kasih
admin[@]seladang.net
Mereka yang berminat untuk mendapatkan DVD ini:
01) putra8878
02) musyopkl
03) dody_988
04) irfan7
05) Axlrose037
06) Yob Utara
07) Sham Taiping
08) meor
09) Blusherz
10) arulznsara
11) md
12) kem
13) miez3
14) miez3
15) irfan7
16) mika
17) mika
18) mika
19) pachenko
20)
Nota - 4 Februari 2008: Duit kutipan jualan ini akan digunakan untuk penambahbaikan server seladang.net supaya lebih pantas dan mampu menampung jumlah pengguna yang menonton di ruangan MEDIA. Secara tidak langsung anda sebenarnya telah menyumbang kearah kemajuan laman web ini supaya mampu untuk kekal sebagai penyiar WEB TV terbaik untuk penyokong bolasepak Perak.
Setakat berita ini disiarkan penggunaan Bandwidth telah pun mencapai tahap 20% oleh kerana penggunaan ruangan MEDIA yang terlalu tinggi. Mungkin jika tahapnya telah mencecah 50% pihak kami terpaksa menutup ruangan MEDIA untuk menyelamatkan laman komuniti ini daripada digantung perkhidmatannya oleh pembekal hosting.
Semua pembeli juga akan diberi satu ruangan khas iaitu “YOBTUBE” yang memuatkan kompilasi video klip khas dan tidak dapat ditonton oleh pengguna berdaftar biasa.
- Senarai Artikel Terdahulu Yang Berkaitan:
- DVD Eksklusif - Final TM Piala Malaysia 06/2007
- Pengumuman
- Media
- Pengumuman!
- Pengumuman | Directory & Forum
Print This Post
If you found this page useful, consider linking to it.
Simply copy and paste the code below into your web site or your posting (Ctrl+C to copy)
It will look like this: DVD | TM Liga Super 07/2008 | Selangor Vs Perak





TEMAN PUN NK 1 COPY..
Teman pun nak beli 1 copy. Bila boleh dapat?
nk2.aku nk..ble bole dpt??nk kontek cmne?
MIKA NK 1, BERI TAHU BILA BOLE DPT? MIKA D PUCHONG.
teman pn nak 1…walaupn teman g stdm mlm tu tp xpuas rsnye. nk tgk lg skali.
Tolong masukan teman dalam list…thank admin.
leh gak… nak satu..camne…
dah ler perak tgh top form mlm tue
camne nak beli ni?
ada jual kat stadium x?
Me want too…
Semua ahli yang berminat telah pun dikemaskini namanya di ruangan pembeli.
Merujuk kepada soalan-soalan yang diajukan diatas:
Samada anda sedar atau tidak semuanya telah pun terjawab pada artikel tersebut. Namun jika ada yang masih tidak mampu untuk memahaminya maka inilah FAQ dari pihak kami.
01) Bila boleh dapat?
Jawapan: Bila cukup kouta minimum 50 orang pembeli.
02) Kalau tak cukup kouta?
Jawapan: Kami batalkan jualan tersebut.
03) Kalau ada 40 orang sahaja?
Jawapan: Kami pertimbangkan penjualannya.
04) Gambar DVD cantik?
Jawapan: Kualiti DVD yang ditangkap terus dari decoder Astro dan bukannya kualiti DVD gambar panggung wayang.
05) Kenapa tak jual dalam format VCD?
Jawapan: Sebab kualiti VCD tidak sebaik DVD.
06) Berapa lama masa tayangan DVD tersebut?
Jawapan: Lebih kurang 105 minit.
07) Ada iklan dalam DVD tersebut?
Jawapan: Ada, kalau anda benar-benar perlukannya.
08) Macam mana nak bayar?
Jawapan: Cash Deposit atau Online transfer Maybank.
09) Berapa nombor akaun Maybank?
Jawapan: Kami umumkan kelak.
10) Kenapa tak bagi sekarang?
Jawapan: Sebab belum cukup kouta 50 orang pembeli.
11) Boleh bagi diskaun kalau beli banyak?
Jawapan: Boleh kalau kena dengan jumlahnya.
12) Kalau C.O.D di mana?
Jawapan: Kami umumkan kelak.
13) Ada orang jual lebih murah dari disini, bagaimana?
Jawapan: Tiada paksaan & anda dipersilakan membelinya.
14) Bukankah rugi kalau tidak menjual DVD tersebut walaupun sedikit pembelinya?
Jawapan: Lebih rugi lagi kalau anda tidak membelinya.
15) Saya berminat untuk membeli, bagaimana?
Jawapan: Tinggalkan pesanan pembelian pada ruangan komen yang disediakan.
16) Saya ada lagi pertanyaan tambahan, bagaimana?
Jawapan: Pastikan pertanyaan anda adalah relevan dan belum terjawab.
Terima Kasih
admin
Teman nak satu!
Teman pun nak beli 1 copy…
Teman pun nak 1 DVD
Teman nak dua boleh tak?
Admin…ada cadangan kalau nak cepat cukupkan kuota…apa kata member2 semua beli lebih sikit…at least 2 la…byg la kalau 25 kali 2 dh cukup dh 50..tak rugi pun nanti boleh bg kt kengkawan atau sedara mara…tak rugi pun…ate kata sokong Perak..acenye ye kome pun
ipan pun nak 1..
mika nak tambah 2 lg, yob yg lain moh ler order cpt…
aritu awok pi beli yang jual kat stadium masa lawan sgor..
macam haworr….
sy nak satu
adakah vidoe ini yang dimaksudkan..
edit by admin:
tiada gambar dibenarkan pada ruangan komen.
DVD ini tidak pernah diedarkan kepada umum untuk jualan terbuka.
Harap Maklum
admin