TM Piala FA 2007/2008 | Undian

TM Piala FA

Undian rasmi untuk kempen TM Piala FA 2007/2008 telah diadakan siang tadi dengan sejumlah 30 pasukan dari Liga Super, Liga Premier dan Liga FAM bakal berentap dalam persaingan yang menggunakan format perlawanan timbal balik kalah mati.

Undian TM Piala FA 2007/2008


4 pasukan dari Liga FAM yang turut serta dalam persaingan TM Piala FA 07/2008 kali ini ialah pasukan MP Muar FC, Kor RAMD, KSK Tambun Tulang dan PBD K. Terengganu atau lebih dikenali dengan nama T-Team.

Perlawanan pusingan pertama akan diadakan pada Selasa 19 Febuari 2008 manakala perlawanan pusingan kedua pada Selasa 4 Mac 2008. Dua pasukan bertuah yang mendapat bye pusingan pertama ini ialah pasukan Terengganu dan Sabah.

Sementara itu pasukan Perak bakal berdepan laluan berduri apabila terpaksa menentang pasukan Johor FC seawal pusingan pertama. Johor FC adalah satu-satunya pasukan yang tidak pernah ditewaskan oleh Perak semenjak dari persaingan TM Liga Super musim 06/2007.

Skuad bawah 19 tahun Kebangsaan atau Harimau Muda akan menentang pasukan Proton FC pada perlawanan pertama mereka manakala juara bertahan Piala FA musim lalu Kedah akan menentang pasukan liga premier PKNS Selangor.

Berikut adalah perlawanan pusingan pertama TM Piala FA 2007/2008.

Harimau Muda vs Proton FC
Pahang vs ATM
N. Sembilan vs Johor
Selangor vs DPMM FC
P.Pinang vs My Team FC
Melaka vs MP Muar FC
Sarawak vs PBD K. Terengganu
PKNS vs Kedah
Perlis vs Plus FC
Kelantan vs Kuala Muda Naza
KSK Tambun Tulang vs Felda United FC
Kor RAMD vs PDRM
K. Lumpur vs Shahzan Muda
Johor FC vs Perak

Likes(0)Dislikes(0)

2 thoughts on “TM Piala FA 2007/2008 | Undian

Comments are closed.