TM Liga Super – Selangor Vs Perak (review)

TM Liga Super
Sabtu 02 Feb 2008
Stadium Shah Alam
8:45PM

Perlawanan terakhir skuad Perak untuk pusingan pertama TM Liga Super 2007/2008 ialah bertemu dengan musuh tradisinya pasukan Selangor di Stadium Shah Alam. Skuad seladang berjaya menewaskan skuad penyu iaitu Terengganu di halaman sendiri selasa lalu dengan jaringan 2 gol tanpa balas.

Pasukan Selangor yang kini menduduki tangga kedua liga super juga telah menewaskan My Team FC dengan jaringan yang sama.

Pasukan Selangor musim ini cukup berbeza dari musim lalu apabila mempunyai ramai penyerang berkaliber dibahagian serangan mereka seperti Frank Seator, Safee Salee, Akmal Rizal, R.Surendran dan Indra Putra.

Namun apa yang menceriakan sedikit penulis ketika ini ialah 3 pemain serangan mereka adalah anak kelahiran Perak manakala Frank Seator pula adalah bekas penyerang import seladang yang pernah membantu Perak dari terjerumus ke Liga Perdana pada musim 2005.

Berdasarkan faktor ini penulis melihat jurulatih Selangor, Dollah Salleh mungkin akan sedikit gusar untuk meletakkan siapa pemain yang akan menjadi penyerang mereka pada perlawanan itu nanti. Ramalan penulis beliau mungkin akan meletakkan Frank Seator bersama Safee Salee ataupun Akmal Rizal untuk mengurangkan kemungkinan permainan mereka mudah dibaca oleh pertahanan Perak.

Kelibat Carlos Caceres pasti menjadi tumpuan peminat bolasepak Perak sekali lagi untuk membuktikan bahawa kritikan kepadanya adalah salah menjelang pertemuan dengan Selangor ini. Beliau yang sering dikritik hebat oleh penulis dan penyokong bolasepak Perak yang lain seharusnya berusaha keras untuk memperbaiki mutu persembahannya jika hendak memenangi hati peminat bolasepak Perak.

Penyerang yang baik pada hemat penulis ialah pemain yang mampu menghasilkan gol pada kadar nisbah sekurang-kurangnya 2 atau 3 gol dari 5 peluang yang terhidang dan bukannya 1 gol dari 10 peluang yang ada.

Bagaimana jika pasukan Perak berhadapan dengan lawan yang cukup kental bertahan dan hanya memperolehi 3 atau 4 peluang sahaja dan penyerang pula beraksi dengan kualiti nisbah 1 gol/10 peluang?

Walaupun Carlos Caceres telah menjaringkan 7 gol setakat ini, namun itu bukanlah cerminan sebenar penyerang import yang berkualiti. Dibandingkan peluang yang diperolehi sepanjang bermain untuk pasukan Perak, beliau sepatutnya telah menjaringkan tidak kurang dari 12 gol ketika ini.

Penulis memberikan “kredit” kepada persembahan cemerlang Hamsani Ahmad atas kemenangan ketika menentang Terengganu tempohari. Beliau beraksi cukup berani, cemerlang dan bersungguh-sungguh untuk menyelamatkan gawang Perak dari dibolosi pihak lawan.

Kita harus ingat bahawa, sikap cepat berpuas hati dan memandang rendah keupayaan lawan adalah penyebab utama sesebuah pasukan kecundang kepada lawannya samada kepada pemain mahupun penyokong pasukan itu sendiri.

“Kritikan” pada pandangan penulis cukup penting untuk menjadi pemangkin kepada kejayaan sesebuah pasukan. Tetapi kritikan itu mestilah dalam format yang membina disamping mampu memberikan panduan kepada mereka untuk memperbaiki kesilapan.

Oleh itu jika ada peminat yang merasakan bahawa pasukan Perak telah kembali kelandasan sebenar untuk mengejar kejuaraan, penulis masih lagi tidak berpuashati dengan persembahan segelintir pemain Perak dan formula taktikal Steve Darby yang tidak banyak berubah sejak dari dikritik hebat tempohari.

Elakkan diri dari menjadi “Penyokong Latah” yang cepat merasa selesa dan berpuashati asalkan menang walaupun beraksi dibawah tahap sebenar dan mengamuk tak karuan apabila kalah mengejut kelak. Yang pasti Selangor bukan calang-calang pasukan untuk ditentang serta mudah untuk ditewaskan musim ini.

Penulis meramalkan keputusan seri sudah mencukupi namun jika berjaya untuk menang tipis nanti, itu sudah dikira sebagai bonus besar buat penyokong pasukan Perak nanti.

Nota: Perlawanan ini akan mendapat lintas langsung oleh crew yang bertugas.

YB Corner

Likes(0)Dislikes(0)

33 thoughts on “TM Liga Super – Selangor Vs Perak (review)

  1. Raul hashim

    Sabtu ni perlawanan tumpuan diantara gergasi merah kuning menentang seladang. perlawanan yg diibaratkan sepeti pertembungan Man united menentang Liverpool. perlawanan yg akan disaksikan oleh lebih 20 ribu penyokong kedua-dua pasukan. kelibat penyerang akn menjadi tumpuan dgn khalid-carlos dan seator-safee akn menentukan hala tuju pasukan mane yg akn digelar pemenang. teman hrp hamsani akn bermain seperti menentang tganu dimana dia bnyk menyelamatkan gawang dr dibolosi. pertahanan perak seharusnya berhati2 dgn kelibat seator,safee, indra yg blh mengucar kacirkan benteng kita. penyokong perak yg berada di lembah klang atau di luar perak diharapkan akn turun beramai-ramai bg memberi sokongan padu kpd pasukan perak. kt blh menang jika team perak xbt kesilapan yg mudah dan penyerang kt pandai mengambil peluang yg terhidang. moh kome kt ke shah alam untuk memberi sokongan padu kpd team perak. pkai baju kuning hitam bg meriahkan suasana nt. all the best for player.coach,manegement and fans. KT MAMPU LAKUKAN>

    Likes(0)Dislikes(0)
  2. dato

    Terlebih dahulu saya ucapkan tahniah pada pasukan Perak dengan kejayaan menewaskan pasukan Pahang, Polis serta Terengganu. Saya berharap pasukan Perak teruskan usaha dengan lebih gigih dalam setiap perlawanan agar mencapai kemenangan. Janganlah cepat berpuashati dengan kemenangan kerana perjalanan masih jauh.

    Lawan kali ini iaitu pasukan Selangor bukanlah mudah untuk dijinakkan. Namun dari pemerhatian saya saingan sengit pasti berlaku kerana pasukan Selangor kini ditangga kedua dengan 23 mata manakala pasukan Perak ditangga keempat dengan 21 mata.

    Apa yang menarik untuk diperkatakan dalam perlawanan itu nanti ialah pasukan Selangor pasti akan menggunakan taktikal menyerang untuk mengkucar-kacirkan kubu pertahanan pasukan Perak dalam menghasilkan gol.

    Didalam situasi sedemikian pasukan Perak perlu menggunakan kebijaksanaan dalam memintas serangan pasukan Selangor serta melancarkan serangan balas yang pantas untuk merobek gawang pasukan Selangor. Pertahanan pasukan Perak perlulah berhati-hati dalam mengawal kubu daripada dicerobohi. Sedikit kesilapan boleh membawa padah umpama berjalan dikawasan jerangkap samar, tersilap langkah pasti memakan diri.

    Kerjasama, tidak pentingkan diri, kerajinan, kebijaksanaan serta jangan cepat berputus asa perlu diterapkan dari mula hingga akhir perlawanan. Tidak kira betapa hebatnya pemain dalam pasukan Selangor dikala ini jika ramuan diatas digabungkan sudah pasti kejayaan akan dicapai. Semoga kemenangan berpihak pada pasukan Perak.

    Kejor Yob Kejor dapat peluang Skor Yob Skor.

    Likes(0)Dislikes(0)
  3. abgcho

    yeah..papepun awok pasti kejayaan msti milik kite lantaran kerjasama yang cukup sries para penyokong sume untuk memastikan kejayaan seladang ini. dari pe yang awok rasekan kite sbgai penyokong mmg berase kelainan sebenarnye bile melawan selangor ni........musuh tradisi yang takkan padam sampai bile2.....kemenangan bagi kite adalah suatu kejayaan yang begitu bermakna berbanding dengan kejayaan kite mengalahkan pasukan lain..apepun awok yakin perasaan ini bukan saje dapat dirasai oleh penyokong malahan trut dirasai oleh pemain-pemain kite dimana rata-rata pemain kite adalah anak watan negeri yang semestinya bermula dengan jawatan penyokong setia pasukan seladang.........oleh yang demikian...moh kome...kite sume koje kereh hambat red giant...........ok........................kejor yob kejor............

    Likes(0)Dislikes(0)
  4. Yob Utara

    Teman setuju dengan yob raul dan dato, pasukan Perak perlu berhati2 pada perlawanan ni. Kurangkan dari melakukan kesilapan yang boleh membawa padah. Seator dan Safee Sali 2 penyerang yang pantas mengambil peluang. Jangan ambil ringan dengan deme berdua ni. Kalau perlu marking teman rasa Nantha atau Subra memang superb untuk kerja2 camni.

    Teman jangka stadium shah alam mesti penuh sesak dengan fans perak dan selangor. Selalu kalau game yang libatkan selangor dan perak memang meriah dan dapat tumpuan ramai. Malang sungguh teman tak dapat nak datang sebab on duty kat utara ni. Tapi minggu depan lagi satu kita akan jumpa selangor balik kat ipoh. So teman akan turun game tu nanti.

    Harap yob2 & yong2 yang bermastautin di lembah klang boleh turun bagi sokongan kat Perak sabtu ni. Khalid teman harapkan boleh buat sesuatu untuk pasukan perak dan Hamsani pastikan cemerlang untuk game yang akan datang ini.

    Skor Yob SKor...sampai deme tumpor

    Likes(0)Dislikes(0)
  5. yatty_sg

    kita dapat jinakkan terengganu, ni time selangor punye turn la ye .. saya yakin, squad perak mampu lakukan yg terbaik utk mencapai kemenangan .. tak dpt dinafikan team selangor memang tak kurang hebat dgn players yg berbisa, tapi ape kurang nye YOB kite kan, pon tajam dan berbisa ..
    saya akan ke Msia utk menyaksikan perlawanan hebat ni .. dah saya harap perak akan peroleh kemenangan ..

    i'm sure its not going 2 b an easy game but in football, anythg can happen ..
    dah moga CC akan terus improve dah berjaya memenagi hati fans perak .. sebangai 1 of de fans, i'll always support de team including CC .. dat what fans are for, 2 b there 4 de team whenever in need .. to support & to encourage .. but please, never once we, as fans, discourage our beloved team .. to criticise is ok bcoz it can be a step 4 de team 2 improve ..

    success will come along with determination & hard works ..

    Likes(0)Dislikes(0)
  6. asraf

    welcome yatty ke mesia...hehe,teman confirm ada game ni sbb dok kat cheras ni,rugi woo kalu tak dtg...pada yob2 semua jgn lupa plak trn game ni,kita sapot kaw2 punya...khalid dan cc musti skor game ni..mng game ni kita selesa skit utk dok paling krg pun tmp ke 3 liga tu pun kalu n9 mng game dia nanti...tapi kalu n9 klh atau seri ada can kite impit deme dan dok no2 plak.
    harapan tinggi nak tgk perak konsisten blk cam dulu2 tu...skor yob skor...balun deme cukup2...

    Likes(0)Dislikes(0)
  7. Dr Kampung aka Bomoh

    Woi Yobz & Yongz semua... Jom kiter turun ghamei-ghamei ke Stadium Shah Alam.. Pakei jersey kaler kunin.. Kalo x der jersey, t-shirt kaler kunin pun boleh.. Kalo kome x bley gak, ader sikit-sikit kunin pun boleh la.. kalo x kaler putih.. Jgn nak menggatei paker kaler lain.. Terutama nye kaler merah.. Kiter kasi gempor Selangor dengan lautan kunin.. Bior merah tenggelam malam tuh.. Hahaha.. Indra, Safee, Surendran & Seator, semua org asal Yob.. So, paham-paham jela kalo kg pun kat Perak.. Kasi chance skit..

    Likes(0)Dislikes(0)
  8. rizalman

    Lawan S'gor mmg tumpuan yobs / yongs semua,jadi jangan lepaskan peluang kita penuhkan stadium shah alam dengan lautan kuning hitam macam yob bomoh cakap.
    Rasa macam boleh menang game jumpa S'gor nanti,tapi make sure kita semua kena bagi skongan padu pada pemain.

    teman jangka perak menang 2 biji nanti..adiosss

    Likes(0)Dislikes(0)
  9. Axlrose037

    Kome jgn riso...perak lawan selangor selalu keputusannye berpihak kepade perak. Moh kite ramai2 penuhkn stadium shah alam. Teman rase perak akan menang 3-0.
    Kejor yeop kejor.

    Likes(0)Dislikes(0)
  10. miez3

    Memang kita dh menang 3 game sebelum ni dan dah nampak mcm riak2 si CC dh temui sentuhan gol tapi kome semua kena ingat...pasukan yang kita jumpa dulu tu kedudukan deme kt mana?Terengganu tu pun tak tentu lg kut mlm tu deme kalah sebab time tu padang basah atau byk try deme pd pintu gol kita tak menjadi...lgpun mlm tu Hamsani top form....takat mana pun dia tu boleh tahan....kalau asyik kena serang lame2 tumpor jgk....jadi kepada player2 Perak harap2 jgn terlalu alpa...si CC tu pun kena keje kuat lg...tambah pulak jumpa Red Giant ni....SD kena pastikan formula atau taktikal dia menjadi utk benam S'ngor hr Sabtu ni....Yob2 semua kena kerah tenaga bagi sokongan habis2an.....bior lautan penyokong kt stadium mlm tu penuh warna kuning hitam je....

    Perak pasti menang!Skor Yob Skor......Perak 2 Selangor 0
    (Khalid 1 Ceceres 1)

    Likes(0)Dislikes(0)
  11. seansan00

    yea yea ade lintas langsung dr krew.. tuh yg plg penting.. al-maklum laa kroje swasta ni nak cuti potong gaji.. erm.. paper pun perak 2-1 selangor..

    Likes(0)Dislikes(0)
  12. webmaster

    Suka dimaklumkan bahawa Perlawanan Tumpuan TM Liga Super 07/2008 ialah pertemuan antara:

    Selangor Vs Perak
    Sabtu, 2 Februari 2008
    8:30mlm
    RTM 1

    #Tertakluk kepada perubahan disaat akhir.

    Terima Kasih
    admin

    Likes(0)Dislikes(0)
  13. kundang85

    erm..ada live nie yg eman gerun dgor nie...sume kene igt,peraknyer game b4 this sume yg ada live sumenyer klh!!main home lak tu dua2 x...ni tmbh2 main kt s.alam..lg la senak perut teman dgor..ada badi aper tah...arap2 xjd lg la ngope tu...selngor mmg team yg kuat season nie,deme melabur beso oo,sbb tu team kuat..perak kene main btui2 n jgn wat mistake..striker deme perghh....sekor2 mantp2.ada chance lak si cc tu jgn ler mmbzr jer..lwn team kuat bkn sng dpt pluang...aper pun,perak mst mng!!!!!kj cc sebiji sorg udah ler...hehheheheh

    Likes(0)Dislikes(0)
  14. me 109

    Game ngan S`gor...50-50.Tak dpt di nafikan S`gor ada kelebihan main di tempat sendiri.Pemain S`gor tentu bersemangat nak kalahkan PERAK Sabtu ni.Teman ghase SD dan player PERAK tahu apa yg akan dihadapi di Shah Alam,kecuali CC,Jorge dan Mario.Ini first time deme turun lwn S`gor.Kali ni teman percaya CC bleh contribute to the PERAK game.....in his own way.Selepas beberape game teman nengok,CC ni nampak mcm takde style dan clumsy.But he works hard to be at the right place at the right time and produce results.That matters a lot.Tapi tak brape sure PERAK bleh menang Sabtu ni.Walaumcamanapun,teman tetap akan ke Shah Alam bagi sokongan.Begitu juge teman harap fan PERAK turun ghame2 di Shah Alam.Kalah pun takpe la Yob.PERAK got nothing to loose.The pressure is on S`gor to win the game,not PERAK.Kite gamatkan Shah Alam and show them that we r de best supporters in the league.Good Luck SD n Co.
    Adios.
    KEJOR YOB SKOR!!!!

    Likes(0)Dislikes(0)
  15. BobotE

    Pada hemat saya sebagai pemerhati permainan menetang Terengganu tempoh hari agak sedikit menggusarkan terutama di awal perlawanan... ketika pemain pasukan lawan ghairah menyerang pemain Perak kelihatan agak kurang teratur dan mudah dibolosi. Bahagian Midfield kelihatan agak lambat menguasai bahagian tengah padang... bahagian ini adalah bahagian yang paling kritikal kerana ia menentukan hala tuju sesebuah pasukan... Perak jika bermain formasi 3-5-1-2 ataupun 3-1-5-2 seharusnya menguasi bahagian midfield seawal yang mungkin. Kelibat Hardi Jaafar, Shahrul Nizam Mustafa, Hazrul, Ahmad Shahrul, Jorge Munoz amat-amat ditagih berada di peringkat tertinggi. Ketika ini, bahagian pertahanan yang semakin serasi perlu berhati-hati menghadapi serangan bahagian kiri dan kanan melalui P.Gunalan dan Amirul Hadi. Kelibat Safee Salee perlu dirantai agar tidak mendatangkan sebarang mudarat.. Shoot Specialist mereka, D.Surendran perlu dikekang dan ruang baginya adalah bonus. Penjaga gol, Hamsani ditagih untuk berada dalam kesebelasan utama atas ketangkasan beliau... Beralih kebahagian serangan perak. Khalid Jamlus dan Carlos Caceres, kudrat mereka diperlukan untuk memanfaatkan setiap ruang dan peluang... melalui build up yang menarik dari bahagaian midfield amat-amat membantu mereka menjaringkan gol, walah gol yang menarik... pemain selangor yang perlu diberikan perhatian di bahagian midfield adalah Shukor Adan... Penggerak jentera tengah.. biarkan beliau bergerak bebas bermakna bencana buat Perak...

    Likes(0)Dislikes(0)
  16. Raul hashim

    wei Elie aiboy dh kembali. Risau pulak teman. Yob semua bg le pendapat mcmane nk kekang elie tu. dia laju pulak tu.

    Likes(0)Dislikes(0)
  17. padiltaiping_81

    Teman nak bagi pendapat,perak boleh menang ngan syarat pertahanan kena mantap dan marking man to man..awas ngan striker s'gor yang memang hebat&nama2 besar tu..safee sali,frank seator,indra putra,akmal rizal...memang teman bagi suggest,sd kena fokus untuk memperkuatkan pertahahan..solid defend..

    untuk mendapatkan jaringan,teman rasa x de masalah sgt coz, khalid &cacares nampak makin serasi..dan penyudah jaringan tidak membimbangkan sgt..razali boleh masuk 2half untuk mengucar-kacirkan pertahanan s'gor yg teman rasa x kebal sgt la...

    midfield kita pun ok je berdasarkan perlawanan sebelum ni bnyak cipta peluang utk striker..cuma cacares je yg banyak lepas peluang utk score gol.

    peluang kedua-dua pasukan mcm seimbang,tapi teman rasa selangor ada kelebihan sikit kerana bermain di tempat sendiri..but,tak bermakna perak tidak berpeluang utk menang coz berdasarkan rekod yg lepas,perak biasa mengalahkan s,gor di shah alam..

    bagi teman,seri pun dh kira ok...gud luck perak,skor yob skor!

    Likes(0)Dislikes(0)
  18. padiltaiping_81

    ada live,dapat ler teman tgk game tu..mengenai badi perak kluar live kalah...bagi teman,itu semua mmg dah takdir perak kalah kedua-dua game tu..kebetulan ada live plak malam tu..

    masa perak lwn dgn perlis ngan johor fc yg lepas perak kalah jg walaupun x de live kt rtm...betul tak yob-yob semua?teman bagi pendapt teman je...oleh itu,yob kundang85 jgn le risau atau gerun sgt..think positif...

    teman tetap positif dan percaya kepada takdir...perak kalah malam tu bukan kerana badi ada live kt tv...perak boleh!

    Likes(0)Dislikes(0)
  19. yatty_sg

    mari kita semua ramai2 kan di stadium nanti, tambahkan semangat team perak .. tentang game LIVE ni, harapnye tak berterusan la ye badi nye .. jadikan game sabtu ni sbg batu loncatan utk games seterusnye n keep on winning!!

    Likes(0)Dislikes(0)
  20. asraf

    nampaknye s'gor akan trnkan alie aiboy pd game tu nnt...tapi seator xmain kena gantung satu game psl dpt 3 kad kuning...jadi teman rase deme akan gune safee/akmal atau safee/indra kat dpn...pastikan ada sorang marking alie aiboy nie psl dia laju..teman takut xtekejor mario kang...

    Likes(0)Dislikes(0)
  21. Redzuansky

    sebagai penyokong Skor Yob Skor yg b'ada d luar Perak, sy hny mmpu m'hrpkn kptsn positif mnntg s'gor nnt...

    Likes(0)Dislikes(0)
  22. kundang85

    live jer klh,mmg la sumenyer dh takdir..tp cm serasi lak takdir tu ngan perak.ditmbh pulok maen d s.alam,lwn selgor lak tu..deme bru ja dpt si elie aboy tu.seator xmain sok(3 kad kuning).lega la ckt.
    nk ngekang si gen papua new gini tu igt bek kiri subra kene main sok.chan dh berat,kene ngan elie tu mmg tggl 2 batu la.maen 3 defend mmg btmbh masak ler sok.belah kiri selngor lak si indra,leh thn spedy gak,tp lan leh cntrl xx perak tu rsenyer.
    main di s.alam bknyer mudh,selngor skang bkn selngor season lepas..forward line diorg mmg tiptop.dgr name pun mmg kecut perut..arap kj n cc pun leh wt gol awal sok.slgor mst main mati2nyer nk mng.tp perak pun nk mng jgak.hehehe..halfline sok,a'a,hardi nantha kene all out la sok..3 org ni kene bg maximun.kalo x skit perak nk mng dgn formasi 3 5 2 fav si sd ni..tgh hancus,dfend mmg sure hancus trus...so berati2 la..jgn wt mistake yg 'kurg pndi'..

    Likes(0)Dislikes(0)
  23. asraf

    yeahhh...teman setuju dgn yob kundang...subra je teman tgk layak marking elie aiboy tu...tapi nak ke sd kasi subra main?
    yang teman prasan sd guna subra time sesak xde org je...baru macha tu main..walhal bagus apa subra????same le kes fakri dedulu...sesak baru main..kot idak harammmm....

    Likes(0)Dislikes(0)
  24. abgcho

    hahah..cite pasei badi ni bg awok inyaAllah kite dah lepeh da pasei pd pendapat awok le, pelbagai badi kite dapati bile start musim liga ni..1 badi yang awok nmpak dah padam adalah badi 2mng, n 2kalah..kome perasan x???? klau diikutkan badi, kite akan kalah bile lwn terengganu..then kite dah mng...insyaAllah kite leh mng punye untuk terus konsisten dalam liga...ok???/................meh kite doa ramei2 ye.....semoge kejayaan milik kite bersame.....awok nk nyerongen lagi.......=)

    Likes(0)Dislikes(0)
  25. Yob Utara

    Kalau betul ada live teman yang dekat sini dapatlah tengok. Harap sangat boleh menang game ni sebab Frank Seator tak ada. Tapi Elie Aiboy dah boleh main sabtu ni memang petanda yang tak berapa nak sedap dengar. Paling mustahak dekat sini pemain Perak mesti convert peluang jadi gol.

    Khalid teman memang percaya habis kat mike untuk sumbat gol sabtu ni, cuma Carlos yang teman kurang confident sikit. Hamsani, teman harap perform betul2 malam tu nanti. Awasi gerak tangkas Safee yang cepat bertindak kalau ada peluang terhidang.

    Kalaulah Safee main dengan Perak musim ni......

    Likes(0)Dislikes(0)
  26. ilorian

    ini peluang teman nengok yob main kat klang vallley utk kali ke-2...harap-harap boleh menang macam kat selayang itu hari... hehehehe boleh ke?
    teman rasa...dapat 30% drpd tu pun dah bagus sgt laaa..
    Teruskan kecermerlangan YOB di persada liga...

    Likes(0)Dislikes(0)
  27. miez3

    Menang atau kalah pd mlm besok adalah perkara yng kedua...yg penting kita lupakan semua psl kekeruhan yg berlaku tempohari...jgn ikut sgt hati atau perasaan pasal perangai SD dgn Perak Fans tempohari.....mungkin kita patut bg peluang pd "mat-mat saleh" tu (termasuk le player import)...si CC tu walaupun gopoh atau gagal jaringkan gol dgn byk atau tak tau nk ambik peluang (nampaknya la) tapi kekadang tu he can be the right man at the right place....(mcm me109 ckp)..SD tentu tau apa nak buat mlm besok....Pasal Ely Aiboi ni mmg Perak kena jaga lipas kudung ni....pasl dia le S'ngor "naik antu" kalahkan kita masa final FA Cup 2005....Kalau SD tetap nk guna formation 3-5-2 time game besok pastikan yg 5 orang tu tau untuk defend sekaligus manipulate midfield untuk kucar kacir kawasan penalti S'ngor dgn menghantar bola lambung atau through pass yg sempurna utk tindakan penyerang mcm KJ & CC jelmakan sebagai gol.....
    Oklah...berbalik pd perkara utama...kalah menang belakang kira...yg penting jgn biorkan Stadium Shah Alam hanya gegak gempita dgn suara penyokong merah je...ayuh dtg ramai2....kita kena pastikan penyokong terbaik Liga M tetap milik kita mcm tahun lepas....(termasuk tahun yg dulu2)....ingat...pemangkin kepada satu2 pasukan tu penyokong le..takde kita semangat pemain pun tumpor....walau ada live kt t.v. takkan sama dgn jeritan semangat di stadium...ayuh semua!
    Sorak Yob Sorak di Stadium Shah Alam!

    Likes(0)Dislikes(0)
  28. amirfsl

    good luck yop!!yang penting main lawa..kalah menang second hal,,defend tu bagi kuat sikit..midfield pun kene generate gak,,ahmad shahrul tempik kuat2 skit kasi gerun same selangor..carlos ceceres harap2 terus improve,teman pun ade main game football manager,kalo beli player baru,memg lame skit die nak biasekan diri,hebat dah hebat..cume nak take time,jadi harap2 cc tu dah serasi dgn style ato corak permainan team perak,khalid teruskan memburu gol..kalo boleh pujuk r balik indra balik perak,power skit!!hua3,,mlm esok: selangor 0 vs perak 10!!caya r!!!

    Likes(0)Dislikes(0)
  29. kundang85

    yeob amirfsl,byk bebeno tu 10 -0..ce bior bebeno labunnyer...tp kalo dpt smpi ngope tu,
    defend perak make sure jgn wt mistake,arap sd bg subra main kiri,chan mmg xleh..halfline make sure dh blok bola sebelum smpi ke srtiker2 selngor yg power2 tu..kalo x nahas,defend perak 3 jer,srtiker deme sume speady..mmg tumpo ler jwbnyer...kj sok koman2 sebiji...hero kesayangan seladang tu..caya r kj..kakikeras tu gamaknye udh lembut ckit kakinyer..arap2 leh r score lg..khikhik..

    Likes(0)Dislikes(0)
  30. repasi

    ayuh yops n yongs sume kte gamatkn stadium shah alam..buang yg keruh amek yg jernih..kte lupekn kemelut yg melanda pasukan utk kebaikan bersama..kte lupekn prangai sd,kte tumpukan game dgn s'gor ni..ni psl maruah..mmg kte sume tau s'gor ni musuh kte no 1..lgpun thn ni striker diorg sume bekas player perak kecuali akmal n safee tp safee anak watan perak..xpela biokn deme dgn haluan deme tp kte buktikn kt depa team kte lg bagus..psl badi tu xyah la nk pk sgt,bola tu bulat mcm2 bnde bole jd selagi x abs 90 min permainan..teman rase kalo main 3 defend elok la gune kombinasi season lepas.nantha kt tgh,lan n subra apit kt kiri kanan..dh terbukti mantap diorg ni kawal benteng thn lps..mario tu bg rehat bg die tau suasana gamat perak lwn s'gor ni..lgpun die baru dlm pasukan..hehe..tgh teman mmg cnfident kt shahrul n hardi..dua2 bole jd playmaker..ms lwn terengganu hr tu dh nmpk diorg ni berkesan

    Likes(0)Dislikes(0)
  31. repasi

    sebelum terlupe,cc n khalid hrp2 menjadi lg la lwn s'gor nnt..khalid teman xriso,berat die pun bergune lg sbb kt mane bola pegi die mesti ade..cc tu hrp improve lg jgn asyik bazir peluang yg terhidang..lg satu jgn lupe supersub perak,razali..agak 2nd half dh masuk 15-20 min elok la bg masuk die ni,bior berterabur defend s'gor..hamsani teman hrp performance die mantap lg mcm ms lwn terengganu hr tu..mcm mane pun kte doa je la moga2 team kte ni menang..kalo kalah pun biorla bg tentangan sampai ke keringat terakhir..menang bior bergaya,kalah bior bermaruah

    Likes(0)Dislikes(0)
  32. putra8878

    KALO KOME TENGOL MEDIA YG BERPUSAT KAT SELANGOR NI..DEME DAH MAIN PYSKOLOGI,PERANG SARAF KATE ORG KITE..INDRA CKP BUAT KETIKA INI DIA LUPAKAN YG DIA ADALAH ANK KELAHIRAN PERAK.SAYA KENE PROFESIONAL KATE DIE..KATE DIE LG DIE XGENTOR,XKISAH DGN PROVOKASI DAN KUTUKAN FAN PERAK YG DIE JANGKA AKN MEMENUHI STADIUM SHAH ALAM MLM NI..DIE KATE LG DIE NK NGECEWAKAN PENYOKONG2 PERAK.PEH 2 R SURENDREN PUN MUNGKIN AKAN TURUN MAIN MLM NI,DIE PLAK KATE NK MEMBALAS DENDAM KAT BKAS PASUKANNYA.MMG PANEH ATI TEMAN MEMBACANYE BRITE NI WEH..ARAP2 MLM NI PERAK MNG LG.BIOR PADAN MUKE...TMAN ARAP SD DAPT LE KEMASKAN LG BHGN DEFEND KITE 2..SHSHRUL NIZAM MUSTAFA PUN KALO BLEH DITURUNKAN LE MLM NI..TEMAN RASE MLM NI KHALID&AHMAD SHAHRUL AKN JD SSARAN DEFEND&MIDFIL SGOR..ARAP DEME BERHATI2 JGN SAMPAI TERJERAT DGN TAKTIK KOTOR MCM TU..APE2 PUN TMAN DOAKAN KEYAAN MILIK PERAK MLM NI.BAUAT PENYOKONG2 TG DTG DR JAUH...LEMBAH KLANG SNDR HATI2 DI JLN RAYE YE..KEJOR YOB KEJOR,HAMBAT YOB HAMBAT,BALUN YOB BALUN SAMAPE DPT SKOR TOB SKOR...JUMPE KAT SHSH ALAM MLM NI...CALOW..

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.