TM Liga Super – Pulau Pinang Vs Perak (review)

TM Liga Super
Sabtu 05 Jan 2008
Stadium Negeri, Batu Kawan
8:45mlm

Perlawanan ke-6 bagi pasukan Perak Darul Ridzuan kali ini adalah menentang pasukan Pulau Pinang yang diramalkan menarik kerana kedua-dua pasukan baru sahaja mencapai kemenangan pada perlawanan yang lalu.

Pertembungan ini dianggap klasik kerana Pulau Pinang walaupun dibarisi 100% tenaga tempatan masih mampu membuat kejutan ke atas lawan mereka My Team FC ketika beraksi di gelanggang lawan baru-baru ini.

Sekurang-kurangnya pasukan Pulau Pinang telah memberikan satu tanda aras kepada pasukan My Team yang baru dinaikkan ke Liga Super tahun ini tentang ‘Tsunami’ berada dipersaingan TM Liga Super.


Untuk pasukan Perak pula selepas dua kekalahan berturut-turut iaitu kepada N. Sembilan dan Johor FC, skuad seladang telah beraksi baik dengan membaham skuad Sarawak di tempat sendiri dengan keputusan 5 gol tanpa balas.

Kemenangan besar ini bukanlah bermakna pasukan Sarawak itu terlalu lemah tetapi faktor kejayaan memanafaatkan peluang yang terhidang adalah punca kejayaan pasukan Perak pada malam itu. Namun pujian juga harus diberikan kepada penjaga gol Sarawak yang beraksi cemerlang untuk menidakkan kekalahan lebih besar mereka malam itu.

Walaupun Pulau Pinang menduduki tangga ketiga terakhir liga, skuad Perak tidak harus memandang ringan keupayaan mereka kerana skuad Harimau Kumbang ini mampu untuk membuat kejutan jika mereka berpeluang.

Selain daripada menewaskan My Team FC di tempat lawan, mereka juga berjaya mengikat pendahulu liga super, Terengganu dan kelab dari Brunei iaitu DPMM FC untuk keputusan seri di gelanggang sendiri.

Oleh itu penulis menjangkakan keputusan seri sudah memadai untuk pasukan Perak demi memastikan prestasi yang konsisten manakala kemenangan adalah satu bonus yang sangat baik untuk peminat bolasepak negeri Perak Darul Ridzuan.

Barisan Pilihan Penulis:

Hamsani Ahmad

Azlan Zainal – K. Nanthakumar – Chan Wing Hoong

Mohd. Noor Ismail

Danial Fadzly – Jorge Munoz – Mohd. Noor Hazrul

Ahmad Shahrul Azhar

Carlos Caceres – Khalid Jamlus

 

Nota: Perlawanan ini akan mendapat lintas langsung oleh crew yang bertugas di Stadium Negeri Batu Kawan.

YB Corner

Likes(0)Dislikes(0)

11 thoughts on “TM Liga Super – Pulau Pinang Vs Perak (review)

  1. Raul hashim

    Teman setuju mat noor di letakkan dlm kesebelasan utama. tp ltk jd penyerang le. harap rentak kemenangan dpt diteruskan. PP bkn calang2 team. ikt sejarah kt tmpt lwn team kt selalu seri or kalah. Jd SD pandai2 le atur strategi yg ampuh untk kalahkan penang. Teman jg harap carlos lbh menyegat dpn gawang n khalid dpt trskn mmbt jaringan seperti biasa. tp alangkah bgsnya mat noor main tgk dia blh score ke x.

    Likes(0)Dislikes(0)
  2. Yob Utara

    Pada teman sape main pun dah tak kira lagi..janji menang game ni..berkemungkinan teman ada game ni..tapi kena tengok shif keje camne nanti..balun yob balun

    Penang 2 - 4 Perak

    Likes(0)Dislikes(0)
  3. harryhot

    Semoga Perak berjaya di Batu Kawan. To all Perak fan please come over to stadium Batu Kawan Penang. If anyone from Penang Island just like me, please do call me so that we can car pooled together, why not, and have TT session after the match.

    Likes(0)Dislikes(0)
  4. Pakcu

    nak pegi ke tidak... nak pegi ke tidak... jauh bebeno rasenya dari KL ke Bt Kawan...
    teman pegi ke... tak pegi ke... apa apa pun harap Perak dapat meneruskan rentak kemenangan malam ni.. menang tipis pun tak pe janji menang...

    Likes(0)Dislikes(0)
  5. me 109

    PERAK BOLEH MENANG MLM NI.Tp kena bijak atur strategi dan cari lubok team Penang dan guna kelemahan lawan,kalau tak nanti Batu Kawan jadi Batu Cawan. . . tak kisah le apa formasi SD nak pakai,1-2-3-4 ke,4-4-2 ke,3-1-4-2 ke,janji mng mlm ni.kalu tak teman kena makan nasi kandar tak berlauk,minum air es kosong.carlos CC tu ok.dia akan skor mlm ni.

    Likes(0)Dislikes(0)
  6. asraf

    perak mesti mng mlm ni yob!!!...nanti nak jumpa kedah 12hb kat ipoh..mng mlm ni moral player mesti mencanak game akan dtg...balun yob balun...JGN PANDANG BELAKANG YOB..!!!!
    sekor yob sekor!!!!

    Likes(0)Dislikes(0)
  7. yatty_sg

    all de best utk perak! sape pon yg bakal diturunkan, saya harap perak akan main sbg sebuah pasukan ..
    skor yob skor!

    sedih jugak malam ni tak dpt tgk perak live d stadium, tapi insya Allah bulan depan saya pi msia lagi ..

    Likes(0)Dislikes(0)
  8. me 109

    Sedap juga nasi kandar kat kedai mamak Butterworth .Udah la tu,PERAK menang pula 0-2 keatas PP.KJ n Carlos CC makin menjadi.Skor gol memang koje deme.Tp jgn lupa yg lain pun koje kereh juge.Memang pasukan PERAK ADA TEAMWORK.Walaupun menurunkan 100% pemain tempatan,PP agak agresif juga.Kalau tak kerana ketangkasan penjaga gol PERAK,sudah tentu PP dah skor sekurang2nye 2 gol. . . . .teman nanti2kan kedatangan Kedah minggu depan.Frust benor rasanye kalah Piala M`sia tahun lepas.Ye le,org kata kadang2 bola tu tak brape bulat.Lebih2 lagi bila bertemu team mcm Kedah . . . .HIDUP PERAK!!!!!!

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.