TM Liga Super – Perlis Vs Perak (review)

TM Liga Super
Selasa 15 Jan 2008
Stadium Utama, Kangar
8:45PM

Perlawanan ke-8 pasukan Perak kali ini adalah bertemu dengan skuad singa utara iaitu Perlis di Stadium Utama, Kangar. Skuad seladang yang telah dimalukan di halaman sendiri oleh pasukan Kedah tempohari dengan jaringan besar 5 gol berbalas 2 turut menyaksikan penyerang utamanya, Khalid Jamlus dibuang padang akibat kekasaran.

Pasukan Perlis pula pasti cuba bangkit pada pertemuan ini selepas mengalami kekalahan mengejut kepada My Team FC dengan keputusan 4 gol berbalas 2. Walaupun mendahului pada suatu ketika, mereka nampaknya tidak mampu untuk menghalang pasukan My Team dari mencatatkan kemenangan pertama mereka musim ini.

Kekalahan kepada pasukan Kedah tidak seharusnya diambil mudah kerana apa yang pernah penulis utarakan dulu nampaknya telah menjadi kenyataan. Ketiadaan Khalid Jamlus untuk 2 perlawanan yang akan datang ini bakal menyerlahkan ketumpulan barisan serangan Perak nanti.

Dijangka pada perlawanan itu nanti, skuad seladang akan menurunkan gandingan Razali Umar dan Carlos Caceres yang pernah berganding bersama ketika Perak tumpas 2 gol tanpa balas menentang Johor FC di Pasir Gudang tempohari. Kedua-dua gandingan ini terbukti “berkesan” dalam memastikan penjaga gol Johor FC lebih banyak berpeluk tubuh daripada memegang bola ketika itu.

Kelibat Carlos Caceres sebenarnya langsung tidak menghadirkan rasa gerun kepada pertahanan lawan dan membuktikan dirinya sebagai penyerang berbisa apabila sering kali sukar untuk menjaringkan gol walaupun peluang terhidang di depan mata. Sebenarnya penulis sudah jelak melihat corak permainan beliau dan secara jujurnya penulis merasakan tahap permainan beliau jauh lebih rendah dari kebanyakan pemain tempatan sendiri.

Seorang lagi pemain tengah import dari Chile, Jorge Munoz juga kurang menyerlah dalam persembahannya kalau hendak dibandingkan dengan Abdoulaye Traore iaitu pemain import Perak yang terdahulu.

Dibahagian pertahanan, Mario Berrios tiada bezanya dengan Vedran Kukoc yang kerap terleka apabila ini dibuktikan ketika menentang Kedah tempohari dengan melakukan 2 kesilapan besar yang menyebabkan pintu gol Perak dibolosi.

Dengan barisan pemain Perak tahun ini yang mempunyai lebihan pemain di bahagian tengah dan khidmat pemain bawah 21 tahun, penulis tidak nampak mengapa pihak pengurusan masih lagi ingin mengekalkan khidmat kesemua import ini.

Selain dari menjimatkan perbelanjaan pasukan Perak dengan menyingkirkan pemain-pemain seperti ini, pihak pengurusan pasti mampu menampung kos pencarian seorang penyerang berwibawa sebaik Kieta Mandjou sebagai tukaran.

Dan tidak salah juga rasanya kalau pihak pengurusan mengambil semula beliau walaupun terpaksa berbelanja besar memandangkan penjimatan yang diamalkan sekarang bakal menjadi satu kerugian besar apabila bilangan penonton di stadium mulai menyusut gara-gara ketewasan yang berpanjangan.

Berbalik kepada pertemuan dengan Perlis ini, penulis hanya berdoa dan berharap semoga pasukan Perak mampu mencatatkan keputusan seri atau pun tidak dimalukan lagi dengan kekalahan besar sebelum ini.

Penulis kali ini lebih percaya kepada barisan 100% anak tempatan daripada memiliki import yang setara atau lebih rendah kualitinya.

Barisan Pilihan Penulis:

Hamsani Ahmad

Azlan Zainal - K. Nanthakumar – Khairi Zainudin

S. Subramaniam

Shahrulnizam - Mohd. Noor Hazrul  – Danial Fadzly

Hardi Jaafar

Mohd Nor Ismail - Razali Umar

 

Nota: Jika Hamsani Ahmad tidak dapat beraksi kerana masalah kecederaan, penulis memilih Kamarul Effandy sebagai pengganti beliau.

Penulis berharap semoga jurulatih dan pihak pengurusan mengkaji, memahami dan mempertimbangkan setiap cadangan yang diberikan oleh penulis dan para peminat Perak yang lain kerana skuad Perak kini dalam situasi kronik dan cukup tenat terutama di barisan serangan.

Bak kata pepatah Sudah terhantuk baru tengadah’.

Nota: Perlawanan ini akan mendapat lintas langsung oleh crew yang bertugas.

YB Corner

Likes(0)Dislikes(0)

13 thoughts on “TM Liga Super – Perlis Vs Perak (review)

  1. Raul hashim

    ni second last si carlos tu main dgn perak. kalo x perform jgk perak akn buang dia. diharapkan baicung dpt bermain dgn perak ganti si carlos tu. lg st bg peluang kt razali dgn danial main kt serangan nt. teman jg syorkan sd pkai formasi 4-4-2 lwn perlis nt. perlis ada import br ganding dgn chipeta. bhya kalo ltk 3 petahanan. teman merayu sgt sd dgr or ambl perhatian dgn pendapat fans perak ni. semua blh tima kekalahan tp kelo kekalahan tu disbbkan formasi xmnjd mst le peminat marah.

    Likes(0)Dislikes(0)
  2. repasi

    mmg best line up penulis.sy setuju.tp darby nk ke ikut?nk ke die dgr ckp pnyokong?lwn kedah rmai pnyokong dh suruh darby gune player tmptn sume tp pemain import gk yg die pkai..main penuh plak tu..azlan dgn wirat yg kne keluar..knp x keluarkn no 6 dgn no 9,masukkn hardi n razali..kami dh penat suarakn pendapat tp xde satu pun yg diambil peduli..dgr la sikit ckp kami ni,kami sygkn pasukan

    Likes(0)Dislikes(0)
  3. Yob Utara

    Teman setuju cakap yob repasi tu, terlalu banyak sangat yang Steve buat salah malam tu...nampaknya betul kata yob yb..steve memang tak belajar dari kesilapan. Dan dia akan terus buat kesilapan demi kesilapan sampai le dia berenti.

    Likes(0)Dislikes(0)
  4. mika

    MIKA DAH TAK NAK TGK PENYERANG IMPORT TU MAIN DAH BYK PELUANG HINGGA GAME YG KE LIMA... AMAT TERUK TAK LAYAK DIGELAR PENYERANG... BERKALI2 MIKA TGK KLIP VIDEO M-90 TU SAKIT ATI.....

    Likes(0)Dislikes(0)
  5. kundang

    game ngan perlis sok,make sure xkalah dan x d ayam2kn...main kt perlis lak tu..lg la ssh..import jgn main la..stiker xleh sumbt gol.tgh xreti umpan bola.defend berat cm tong drum lg sng chipita buh gol sok...100% local player bg main sok!!!!import perak perlu dtamatkan perkhidmatan dgr segera!!kalo tidak musim ni perak xkn dpt aper2.suku akhir msia cup pun xleh lepas..perlis bkn calang2 team gak..suku sakat kedah gak.

    Likes(0)Dislikes(0)
  6. me 109

    Teman setuju dgn pendapat yg mengesyorkan supaya Perak turunkan pemain tempatan shj lwn perlis nanti.Pemain import Perak nyata tak berkualiti.Apa idaknye,ketiga2nye dikatakan telah direkomen kpd Perak oleh Nelson Martin,pemain Kedah.Tak terpikior ke mike,ntah2 deme nak sabotaj pasukan Perak.Teman ingatkan Pemain Chile tu bagus,tp nyata bila nengok dgn mata sendiri baru le teman dpt menilai kebolehan deme.ingatkan chili api,rope2nye cili boh.Hampeh......
    R.Surendran lagi baguih.
    Kepada pemain Perak yg turun lwn Perlis nanti,main lah betul2,dgn bijaksana.Seri pun takpe,Yob.tp bagi le deme perit sikit.Jgn gentleman sangat.Gelaran `FAIRPLAY` takde makne.Kalu tak nak main bersungguh,rentikan lah main utk Perak.
    Cukup lah komen teman buat masa ni.

    Likes(0)Dislikes(0)
  7. Raul hashim

    Hamsani

    Azlan-k.nanthakumar-chan wing hong-khairi

    shahrul nizam-subramaniam-danial

    shahrul azhar

    Mohd noor ismail-Razali

    Likes(0)Dislikes(0)
  8. padiltaiping_81

    salam..teman setuju gak ngan line up penulis..cuma bagi line up barisan teman ada skit perubahan iaitu :

    Hamsani
    Azlan zainal-K.nanthakumar-Khairi zainudin
    Subramaniam
    M.noor hasrul-A.shahrul-Danial fadly
    Hardi jaafar
    Razali umar-m.noor ismail

    Hope skaud perak memperolehi keputusan yang baik malam ni,dapat seri pun dah kira ok..kalo bleh teman memang nak menang..

    Bahagian yang perlu diberi perhatian untuk menentang perlis malam ni teman rasa pertahanan yang memang nampak longgar sgt berdasarkan pemerhatian yg teman buat masa game lwn kedah yg lepas.

    Pada pandangan teman,permainan perak haritu memang baik dan kita mampu menang or seri kalo pertahanan kita kebal&mantap malam tu walaupun khalid kena kad merah malam tu..

    Teman x nak komen banyak2 coz hati teman yg kecewa coz kalah besar ngan kedah hari tu...huhu...Hati ni akan terubat skit kalo perak bleh sekurang2nya seri pada malam ni..perlis bukan calang2 pasukan juga..skor yob skor..jgn tak skor udah...

    Likes(0)Dislikes(0)
  9. asraf

    ajernye yer yob....kalau kalah pun puas hati kalu semua local dari import yg mainye mcm $@#&%$...membazir jer.....ngabihkan boreh..

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.