TM Liga Super – Perlis Vs Perak (result)

TM Liga Super
Selasa 15 Jan 2008
Stadium Utama, Kangar
8:45mlm

Perlis 2 - 0 Perak 

Separuh Masa Pertama -

Minit 1:

Barisan Perak:

Hamsani Ahmad

Azlan Zainal - Mario Berrios - Chan Wing Hoong

Nanthakumar

Mohd. Noor Hazrul - Ahmad Shahrul – Jorge Muñoz  – Hardi Jaafar

Carlos Caceres – Razali Umar


Minit 5: Perak memulakan sepak mula, dilihat permainan seimbang seimbang dengan Perlis lebih banyak mengasak melalui penyerang import mereka Julio Cesar Rodrigues.

Minit 10: Hantaran cantik dari Nizaruddin Yusof berjaya menewaskan Hamsani Ahmad namun rembatan Philimon Chipeta terkena palang gol.

Minit 15: Perlis lebih banyak mengasak ke benteng Perak ketika ini yang diketuai oleh Yusri Che Lah sebagai ketua pasukan. Ini memaksa semua pemain Perak untuk turun bertahan dan meninggalkan Carlos Caceres berseorangan. 

Minit 20: Perak cuba menggerakan jentera serangan melalui hantaran terus dari bawah kepada kedua-dua penyerangnya namun pertahanan Perlis yang dikawal oleh Kabwe Kamuzati berjaya menghalang dengan baik.

Minit 25: Rembatan kencang dari Philimon Chipeta berjaya ditangkap kemas oleh Hamsani. Pertukaran pertama Perlis mengeluarkan Julio Cesar Rodrigues yang tercedera dan digantikan Wan Khairul Faiz.

Minit 30: Ahmad Shahrul Azhar menerima kad kuning pertama malam ini kerana melakukan terjahan lewat. Rembatan Fauzi Nan melambung tinggi diatas palang gol Perak. Razali Umar mendapat peluang untuk menjaringkan gol namun offside.

Minit 35: Perlis lebih banyak mengasak di sebelah Azlan Zainal dan Carlos Caceres mendapat peluang untuk menjaringkan gol dan namun beliau telah pun offside. Razali Umar berjaya juga mengucar-kacirkan pertahanan Perlis dengan larian pantas beliau namun tiada sokongan dari Carlos Caceres

Minit 40: Yusri Che Lah mendapat kad kuning kerana mengasari Hardi Jaafar. Pengadil memberikan kad kuning kepada Razali Umar kerana berpura-pura jatuh didalam kotak penalti Perlis.

Minit 45: Pemain Perlis, Wan Khairul Faiz nyata menjadi duri dalam daging apabila larian pantas beliau kerap kali mencemaskan pertahanan Perak. Kad kuning kepada K. Nanthakumar kerana mengasari Nizaruddin Yusof. Tandukan Philimon Chipeta hasil hantaran Wan Khairul Faiz nyaris masuk.

Tambahan masa: 1 minit

Ulasan: Secara keseluruhan permainan lebih dikuasai oleh Perlis dengan pasukan Perak lebih banyak bertahan. Walaupun terpaksa mengeluarkan penyerang import mereka Julio Cesar Rodrigues seawal minit ke 22 namun kemasukan Wan Khairul Faiz sebenarnya lebih membuatkan pertahanan Perak bekerja keras. Corak permainan Perak malam ini lebih kepada bertahan sambil membuat serangan balas melalui larian pantas Razali Umar namun posisi Carlos Caceres yang kerap kali offside membuntukan jentera serangan Perak yang sedikit lumpuh tanpa kehadiran Khalid Jamlus yang digantung permainan akibat menerima kad merah ketika bertemu Kedah tempohari.

Separuh Masa Kedua

Minit 50: Perlis membuat sepak mula dengan melancarkan serangan pantas melalui K. Soley namun berjaya dikawal baik pertahanan Perak. Perak juga membuat serangan balas melalui Razali Umar tetapi beliau sentiasa dikawal baik pertahanan Perlis iaitu Es Lizuan yang sentiasa membayangi beliau.

Minit 55: Philimon Chipeta nyaris berjaya menjaringkan gol didalam kotak penalti Perak namun Chan Wing Hoong berjaya menghalang beliau. Carlos Caceres sering kehilangan bola apabila pemain lawan mudah merampas bola darinya.

Minit 60: Sepakan sudut Perak oleh Ahmad Shahrul melambung tinggi tanpa dapat ditanduk oleh pemain Perak. Bola hantaran cantik K. Soley kepada Philimon Chipeta didalam kotak penalti Perak berjaya dipintas Azlan Zainal. Syazwan Roslan menerima kad kuning akibat terjahan lewat.

Minit 65: Pemain Perlis, K. Soley keluar dan digantikan dengan Rudie Ramli untuk memantapkan jentera serangan Perlis.

Minit 70: Wan Khairul Faiz menerima kad kuning kerana mengasari K. Nanthakumar. Perak sekali-sekala membuat serangan balas namun nampaknya gandingan serangan Perak seakan buntu dengan perangkap offside yang digunakan oleh pasukan Perlis.

Minit 75: Perak membuat pertukaran yang pertama dengan mengeluarkan Jorge Munoz dan memasukkan Shahrulnizam Mustapa. Sepakan percuma Perlis dari luar kotak penalti Perak diambil oleh Yusri Che Lah namun tinggi melewati palang.

Minit 80: Perak nyaris berjaya menjaringkan gol pertama apabila Carlos Caceres melorongkan bola kepada Razali Umar ketika penjaga gol Perlis sudah pun tertewas namun tendangan Razali berjaya dihalang pertahanan Perlis. Pertukaran terakhir Perlis memasukkan Khairul Anuar menggantikan Wan Khairul Faiz.

Minit 83: Gol pertama Perlis dijaringkan oleh Nizaruddin Yusof hasil hantaran Syazwan Roslan yang tidak berjaya ditangkap kemas oleh Hamsani Ahmad.

Minit 85: Razali Umar dikeluarkan dan digantikan dengan Danial Fadzly.

Minit 88: Chan Wing Hoong menanduk masuk gol sendiri hasil sepakan percuma Perlis yang diambil oleh Yusri Che Lah diluar kotak penalti Perak.

Minit 90+4: Perlis lebih dilihat cuba memperlahankan permainan dengan bertahan disamping Perak mulai mengasak namun semuanya telah terlambat.

Tambahan masa: 4 minit

Ulasan: Kurangnya konsentrasi pada lewat permainan menyebabkan skuad Perak tumpas kepada Perlis dengan gol pertama hasil kesilapan Hamsani Ahmad yang gagal menangkap kemas bola hantaran Syazwan Roslan. Kesilapan ini dimanafaatkan sepenuhnya oleh Nizaruddin Yusof yang mudah menanduk masuk. Gol kedua berpunca dari sepakan percuma Yusri Che Lah di mana dalam keadaan cuba menyekat bola dari sampai ke barisan serangan Perlis, Chan Wing Hoong telah tertanduk ke gawang sendiri.

Keputusan Perlawanan Lain:

Kedah 2 - 1 N. Sembilan
Pahang 1 – 0 My Team
PDRM 2 - 1 DPMM FC
Terengganu 1 - 1 Selangor
Pulau Pinang 0 – 0 Johor FC

Kedudukan Terkini TM Liga Super 2007/2008

Likes(0)Dislikes(0)

19 thoughts on “TM Liga Super – Perlis Vs Perak (result)

  1. asraf

    Seperti yang ku jangka terjadi
    Tewas sekali lagi
    Menambahkan luka yg sudah ada
    Seperti yang ku jangka terjadi
    Tempat orang tempat sendiri
    Leboh jugak strategi SD...

    haaa...nih lagu KRU tajuknya SEPERTI YANG KUJANGKA...
    ADOIHHHHHHHHHHH LAAA....hujung minggu jumpa pahang plak...LEBOHHHHH LAGI LER...KJ takde...huwaaaaaaaaaaa

    Likes(0)Dislikes(0)
  2. me 109

    Begini je ler,Yob.Kome lupakan le hasrat nak juara liga M`sia tahun ni.Gunakan selebih2 game liga ni sebagai medan utk melatih pemain kite utk mengharungi kancah Piala M`sia dan Piala FA.Piala AFC jgn le harap sgt.Pilih player betul2 dan kalau boleh,ambik je pemain import yg baru.Kalau tak nak ambik yg baru,pakai je pemain tempatan yg bersungguh2 memperjuangkan hasrat Perak utk menjuarai sekurangnye satu piala tahun ni.Kesilapan pemain PERAK banyak membawa padah.Lwn N.S,Kedah,Perlis...semua bolos kerana kesilapan pemain kite.Mcm kurang training pulak...ish..ish..ish

    Wajah Tun Teja putih berseri
    Rupanye anggun memikat hati
    Walaupun kalah biarpun seri
    Pasukan YOB tetap di hati.

    Assalamu`alikum.

    Likes(0)Dislikes(0)
  3. asraf

    JUARA LIGA SUPER ???????????????
    rentikan ler man................tahap kalah 3 kali season lepaih pun jadi naib cempian jer.....ini kan kalah 4 kali tak abih lagi round 1 nye yob........ajernya haup ler perak taun nih..............

    Likes(0)Dislikes(0)
  4. kundang

    kalah lg!!!!!!!!!!malu!!!!g tgk game kt kangar..mmg gol tu mistake plyer..hamsani,wing hong...!!!!arap gaji ja 5 angka,tgkap bola pun xboleh.striker mmg xyh ckp r...SD nyer pilihan mmg power2 sumenyer...90 mnit main,satu shoot on gol pun xder!!!!!striker aper cmtu??baik anto blk la sume iport tu!!!perak xperlu gune import kalo cmtunyer main.gune local main cmtu xperla,ni import tu!!!rugi duit rakyat perak ja byo deme sume tu!!!!

    Likes(0)Dislikes(0)
  5. asraf

    yob kundang...mengkale mike tgk game nun...aper kate mike story skit camner game striker tersohor perak nun..carlos tevez..opssss..silap plak carlos kekeras...haha

    Likes(0)Dislikes(0)
  6. repasi

    keputusan yg mmg dh dijangka..perak kalah lg mlm ni..kalau pun team lain dh bole bc cr perak main,coach kne pandai la pelbagaikn rentak pasukan..ni tidak,dr mula jd coach smpai skrg mcm tu je stail mainnye.ce ubh sikit..pemain tgh kte thn ni sume kreatif,gunakn la jgn dok kt takuk lama lg..pk sikit,buat homework..mengajar tidak tp belajar la dr kesilapan wahai darby oi..kalo tiap game gunakn formasi yg sama,rentak yg sama mmg la team lain dpt ambik kesempatan kt perak..berubah la untuk kebaikan pasukan sebelum terlambat..rentikan main long ball lg thn ni..keita dh xde,sape lg nk challenge bola tggi.nk hrp kekeras?anto balik pun xpe la die tu..kami pnyokong xrase lgsung die ade..ade serupa xde,xde lg bgus..xmnyusahkn player tgh,xde penumpang dlm pasukan

    Likes(0)Dislikes(0)
  7. Raul hashim

    cayalah perak kalah lg. minta tahun ni g liga perdana le. bior pengurusan perak buka mata sikit. kalo x, deme pkai mcm ni ler smp bila2 pun. sd n pemain import sila kuar dr team perak kalo xnk tgk stdm kosong. xkan xnampak lg pemain import xada gunanye. berhenti jer.

    Likes(0)Dislikes(0)
  8. nagabersembor

    ate..mane membuatnyer....kalah lgi le yob.....cuba lah buat kan sesuatu agar pasukan perak x kan di kalahkan lagi sebelum terlambat.....

    Likes(0)Dislikes(0)
  9. dinobranco

    hehehe....udah ler yob...
    lawan dgn pahang nanti,pakat tgk result dari tv ajer ler..
    takde makne nyer pegi stadium kalo main mcm hampeh...
    tambah lagi,main bola tapi tak boleh skor...main bertahan ajer..
    kakikeras tu,ibarat kaki bangku ler...
    jenuh le si razali ngejor bola..
    baik ler bagi mat nor main dgn razali..buat apa dok bagi mat nor tampor lalat jer.bagi pulak peluang dia main...
    betul tak yob2 sekalian???

    Likes(0)Dislikes(0)
  10. kundang

    yeop asraf,iye beno tman ngok game kt prlis tu..mmg dr mule lg peraknyer game lgsg xder bhayer..duk pusg2 takuk tu jala..1st pun ptt dh kene 3 bji dh,nsb chiepita xder luck jer 1st tu...spnjg 1st half tu,kekeras tu lgsg xder shoot on gol.perak jz ada 1 jer shoot tu pun dr aa.
    2nd half ada dua chance,1 kandasamy 1 kekeras,biasela...phm2 la stiker perak skang ni...igt bjet dpt drwa pun kire ok..tup2 hamsani wat lawak...pastu dgn cnteknyer chan tanduk bola masuk gol sndri...
    kesimpulannyer,prk mmg xberbise lgsng dh..team openent dh lngsg xder rase gerun ngan perak...kalo gini la seterusnyer,ngan sarawak or my team pun xleh mkn...kene wt sumtin,kalo perak mst lg lingkup...

    Likes(0)Dislikes(0)
  11. asraf

    mekacih yob kundang ulasan mike,gamaknye game lwn pahang sok ade ke yob2 yg konpiden kita bleh mng?penengok teman haup juge...hehehe..ohhhh khalid..mike ler penyelamat team..yob dino idea mike bagiuh kat mate kite jer idak kat bijikmate sd...dia kan bijak laksana,bebuih dah org nasihat..tapi harammmmmmmmmmmmmmmm aduhaiii...salimahhhh..

    Likes(0)Dislikes(0)
  12. dinobranco

    kiter buat jer petisyen jer...gugurkan SD..
    bagi kat MB ke,Dato' Don ke,Sultan Perak ke...kata semua rakyat jelata perak udah menyampah dgn SD..SD ni boleh diibaratkan mcm JWW Birch.
    Pastu lantik Raja Azlan jadi coach sementara perak.Sekarang ni aku dgr dia dah menganggur akibat si petualan SD ni.Dulu sikit punyer baik dia coach team piala presiden,thn ni dia digugurkan ,ganti dgn Burn plak....Kesian kat dia ...
    Lagi satu,kita boikot game lawan Pahang ni..bior stadium kosong.baru SD tau yang fan semua dah bengang dgn game Perak..tapi cukup ler 1 game ajer.karang takde duit plak Perak Fa(pasal masih sayangkan Perak,cuma benci SD aje)
    Ate kalo kita gi stadium pun,dah komfirm kalah,buat apa membazir duit gi stadium.rm10 tu berharga tau.tambah lagi dgn duit minyak..kacang...ayor...
    tgk plak game mcm hampeh..dapat syok maki orang jer...

    Likes(0)Dislikes(0)
  13. sham_07

    Kita buat petisyen seperti kata YOP dinobranco..GUGURKAN SD TU DAN 3 CILI PENGABIS BERAS TU.............

    dah sesak nafas dah tengok main cam nie... tengok selangor dia kutip seator (dulu main ngan perak OK apa?) macam mana dia asyik skor jer utk selangor. perak punya cili player tu hampeh.. langsung x macam pro. indah kabo dari rupa. TOLONGLAH perak mgmt team buat sesuatu JGN SAMPAI TURUN LIGA.... TAK SANGGUP TEMAN .....

    PERAK MEMANG BOLEH TAPI SD TU DAH TAK BOLEH PEGI...

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.