TM Liga Super – Perak Vs Terengganu (review)

TM Liga Super
Selasa 29 Jan 2008
Stadium Perak, Ipoh
8:45PM

Ujian getir buat skuad Perak kali ini ialah bertemu dengan Terengganu di gelanggang sendiri iaitu di Stadium Perak, Ipoh. Skuad seladang pada perlawanan lalu telah berjaya membenam cabaran PDRM dengan jaringan 6 gol tanpa balas. 

Manakala Terengganu pula semestinya masih segar dengan kemenangan 3 gol berbalas 1 menentang My Team FC di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah.

Berdasarkan rekod perlawanan musim lalu, pertemuan kedua-dua pasukan ini berakhir dengan keputusan seri samada ditempat sendiri mahupun di gelanggang lawan. 2 orang pemain skuad Terengganu yang mendapat perhatian penulis kali ini ialah Zairo Anuar dan Jocian Bento do Anjos.

Kemampuan Zairo Anuar pada situasi bola mati selalunya menghadirkan rasa cemas pada pertahanan lawan kerana kebolehan beliau membuat sepakan yang tepat dan deras serta mampu menghasilkan gol.

Import mereka dari Brazil, Jocian Bento do Anjos adalah seorang pemain tengah serangan yang selalu berperanan sebagai perancang buat pasukan Terengganu. Selain dari hantaran yang baik serta lincah beliau juga cukup gemar untuk “jatuh” walaupun dengan asakan yang sedikit dari pihak lawan untuk mendapatkan tendangan percuma.

Buat pasukan Perak pula, kemenangan besar bertemu PDRM semalam sedikit pun tidak membuatkan penulis gembira kerana masih terlalu banyak kesilapan dan peluang yang gagal dimanafaatkan sepenuhnya oleh pemain-pemain Perak.

Dengan hanya berdepan 10 orang pemain PDRM pada separuh masa kedua serta tanpa 3 import mereka iaitu Hillary Echesa, Ahmad Latiff Kamaruddin dan Mohd Noh Alam Shah, PDRM terpaksa menyandarkan harapan kepada seorang sahaja pemain import tengah iaitu Ivan Jerkovic.

Jika hendak di ikutkan peluang yang terhidang, pasukan Perak sewajarnya menang dengan bilangan gol yang mampu mencecah sedozen berdasarkan pemerhatian penulis. Namun seperti biasa Carlos Caceres adalah pembazir peluang yang paling utama untuk skuad seladang semalam.

Berikut adalah fakta-fakta menarik menjelang pertemuan dengan Terengganu:

1) Berkongsi mata yang serupa untuk kedudukan terkini liga super iaitu 18 mata dengan Perak mempunyai kelebihan dari segi jaringan.

2) Kedua-dua pasukan seri pada 2 pertemuan musim lalu dalam saingan liga super.

3) Perak menggunakan 3 import dari Chile iaitu Carlos Caceres, Jorge Munoz dan Mario Berrios manakala Terengganu menggunakan 3 import dari Brazil iaitu Fabio Flor, Jocian Bento dos Anjos dan Gleisson Freire.

4) Kesemua pemain import untuk kedua-dua pasukan ini berasal dari Amerika Latin.

5) Pasukan Perak tidak pernah seri dalam 10 perlawanan terakhir mereka dengan meraih 6 kemenangan serta 4 kekalahan.

Adakah pertemuan dengan pasukan Terengganu ini bakal menghasilkan keputusan seri yang pertama untuk pasukan Perak?, kita nantikan perlawanannya yang akan berlangsung esok di Stadium Perak, Ipoh.

Penulis kali ini tidak mahu mencatatkan barisan pemain pilihan penulis serta meramalkan sebarang keputusan yang akan berlaku malam esok.

Nota: Perlawanan ini akan mendapat lintas langsung oleh crew yang bertugas.

YB Corner

Likes(0)Dislikes(0)

15 thoughts on “TM Liga Super – Perak Vs Terengganu (review)

  1. seraimerah

    salam
    kekeke ader orang kater bandingkan polis vs ganu (4-2) dan bandingkan polis vs perak (0-6) distadium yang sama. kesimpulannya mestilah perak yang menang lawan ganu kan.. kekekek..

    Itu analisa mudah dalam meneka keputusan akhir game ni tapi awak berpandangan berbeda. Ini kerana line up polis vs ganu dengan line up polis vs perak amat jauh berbeza dan jelas kemampuan semasa polis adalah sangat ketara.

    Bagi game ni sebenarnya akan memperlihatkan watak sebenar Perak berdepan pasukan yang agak kuat diperkayakan lagi dengan pemain-pemain muda.

    Pandangan awak terhadap import perak terutama munoz dan ceceres juga semakin berubah setelah melihat effort yang dilakukan oleh deme terhadap pasukan.

    Ceceres telah sedaya upaya untuk menghasilkan kejayaan untuk Perak walaupun sehingga kini masih terkial-kial menyajikan sumbangan berbisa buat pasukan. Tetapi pertolongan beliau telah memberi Kaled ruang yang amat selesa untuk menjaringkan gol. Kan ini lebih baik walaupun bencmark Keita, Ceceres masih tak tercapai.

    Munoz juga semakin selesa dengan rakan pasukan dan awak lihat dimana sahaja sudut padang, pasti dia akan muncul.

    Yang paling merisaukan awak ialah Kaled. Makin banyak beliau menambah jumlah jaringan, makin laku beliau menerima terjahan dari pertahanan lawan. Insiden di Stadium MPS merisaukan awak adakah beliau mampu bertahan sehingga perlawanan menentang Selangor??

    Apapun kita nantikan je perlawanan antara jaguh timur ini dengan sang Seladang. Mampukah sang Seladang melangkah gagah di bumi sendiri dengan perwatakan sebenarnye, sama-sama kite tunggu!!~~

    my predicition

    Perak 2 Ganu 0 (KJ, ceceres)

    Likes(0)Dislikes(0)
  2. Yob Utara

    Antara lawan yang paling liat untuk Perak tewaskan sejak dari musim lalu lagi. Teman setuju cakap yob Serai, barisan Polis masa lawan Terengganu dan Perak memang berbeza. Jadi kalau nak kata Perak ada laluan mudah lawan Ganu kali ni memang tak masuk akal.

    Pemain tengah deme Dos Anjos rasanya masa ada live kat tv hari tu memang bahaya. Pemain ni playmaker yang setaraf Nelson dari Kedah juga pakar stunt. So kalau pemain Perak tak berhati2 kita mungkin kalah angkara free kick Zairo yang berdesup peginya.

    Teman tak berani nak komen bab Carlos dan Munoz sebab teman tak pergi game lawan Polis. Tapi kalau base on kata2 yob Serai, maybe dia mulai dah berubah tapi bukan setaraf import kita dulu lagi.

    Teman harap sangat Khalid sekali lagi boleh melakukan sesuatu untuk pasukan yob dan make sure kita mampu untuk menang paling tidak pun 1 piala tahun ni.

    Likes(0)Dislikes(0)
  3. dato

    Terlebih dahulu saya ucapkan tahniah buat pasukan Perak diatas kejayaan menewaskan pasukan PDRM. Kemenangan pada malam itu sedikit sebanyak menyuntik semangat pemain Perak. Saya cuma berharap pertemuan dengan pasukan Terengganu esok, pasukan Perak mencuba corak permainan 1-2, serang balas yang pantas, permainan terbuka dan jangan menyimpan bola terlalu lama. Cara bermain dengan sedemikian dapat mengelakkan kecederaan serius dan peluang untuk menjaringkan gol amatlah besar.

    Kebijaksanaan serta tidak mementingkan diri sendiri haruslah diserap setiap kali perlawanan. Tidak kira siapa yang berdepan dengan pasukan Perak anggaplah ia satu perlawanan akhir. Setiap mata yang dikutip amatlah berharga. Jadikan kritikan dan tohmahan sebagai azimat untuk mencapai kejayaan. Semoga pasukan Perak beroleh kemenangan bertemu pasukan Terengganu.

    Perak 3 - Terengganu 1

    Likes(0)Dislikes(0)
  4. padiltaiping_81

    Tahniah skaud perak yg meraih kemenangan besar lawan polis tempoh hari..teman harap momentem kemenangan ini dapat diteruskan untuk perlawanan yg akan datang..khalid memang hebat sebagai penyerang yg berpengaruh..cacares makin improve walaupun banyak peluang tak dapat disudahkan..but bleh menjaringkan 2 gol masa lawan polis tempoh hari kira ada jaringan juga la berbanding razali umar yg teman tgk tak skor skor lagi..hardi pun dah ada skor gol...

    pemain muda,wan abu yazid&noor haazrul pun dh skor gol jgk..satu perkembangan yg baik&positif buat s.darby,dh mula berani bagi peluang kt palyer muda kita..walaupun main separuh masa pun kira ok la..bagi peluang kt pemain muda kita tunjukkan sesuatu kt skaud perak.

    utk game terengganu besok,tak de sebab perak tak bleh menang ngan terengganu coz lawan kt gelanggang sendiri..menang tipis pun takpe,1-0 ke,2-1 ke..yg penting menang dpt 3 mata penuh..teman tak mahu seri kalo bleh...

    gud luck seladang besok..pijak penyu sampai penyet..skor yob skor!

    Likes(0)Dislikes(0)
  5. azwanali

    Game ngan t'ganu ni merupakan satu game yg penting buat Perak.
    1) menamatkan pattern 2 menang 2 kalah.
    2) menjadikan stdium perak betul2 'keramat'
    3) mengejar pendahulu liga sblm pusingan kedua bermula
    4) meng'diam'kan pengkritk2 yg selama ni asyik mempertikaikan kewibawaan SD dan CC termasuk ler teman.

    Ramalan teman
    Perak 3 (2 khalid, 1 CC)
    T'ganu 0

    Skor yob skor

    Likes(0)Dislikes(0)
  6. abgcho

    papepun, terengganu ni jnis payah nk predict game die...klu time ntah pape ngn team ntah pape pn die leh kalah..klu time bagus, kedah pn die leh pijak...hope luck utk seladang....kejor yob kejor........

    Likes(0)Dislikes(0)
  7. kundang85

    sok game pntg wat perak,mng perak akan potong ganu n dok dlm top 4..ganu bkn calang team cm pdrm.team ganu ada 4 org key player local nad 3 org import yg bgs..perak kene main semangat n bersgguh2.make sure chances ditukarkn kpd gol,kalo x ganu yg mng sok..

    import si cc tu kene improve lg,takat pdrm yg tempg pun 2 gol ja,ngan ganu yg lg solid team ni xtaula.sok,fan mst nk tgk perak mng...dh 2 x main kt ipoh klh..

    lastly,good luck perak game sok,hopefully perak yg akan mng.kalo main bersistem n konsisten xder sbb perak xleh mng.main kt gelanggang sendiri..

    Hidup perak....score yeop score!!!!(mng sebiji pun xper)

    Likes(0)Dislikes(0)
  8. yatty_sg

    all de best perak, saya akan tunggu berita gembira dr perak di Spura ni ..
    harapnye CC akan terus improve supaya fans will have trust in CC .. fans' xpectations are too high at some times, but tu dah jadi lumrah la, especially on foreign players .. so CC, prove de critics wrong ..

    saya predict yob akan menang by single goal, memandangkan terengganu nye good form skarang nie so saya akan puas hati walau setakat 1-0.

    Khalid to score AGAIN .. :-)

    Likes(0)Dislikes(0)
  9. Raul hashim

    Kejor yob kejor slogan kami, ole2 perak sudah mari. langkah kami langkah seladang, siapa dtg akn kami tentang, putih kuning hitam lambang negeri semangat juang anak negeri kami.

    Likes(0)Dislikes(0)
  10. dinobranco

    Teman rasa Perak malam ni boleh mencapai kemenangan...
    Ini ler titik tolak untuk Perak serta semua FAN perak bangkit,bersatu padu memberi sokongan moral demi memartabatkan maruah bolasepak perak.hehehe..

    Ada TIGA faktor Perak boleh menang malam ni:

    1. Khalid dah boleh main dan sentuhan golnya semakin dahsyat.

    2. Carlos caceres dah mula tonjol bola untuk dapatkan gol.Dalam 10 try,1 masuk kire ok ler..Jangan careless udah.hehehe

    3. YANG PALING PENTING!!!!
    RTM TAK BUAT SIARAN LIVE MALAM NI...YAHHHOOOO!!!!

    Teman pun heran,Perak kalo ada live,mesti badi punyer...
    Gamaknya orang-orang Zainal Abidin Rawop ni menyumpah seranah kot kat perak.hehehe.Gurau aje

    Teman rasa Perak menang 2-1

    Likes(0)Dislikes(0)
  11. kundang85

    score yeop score,score bior smpi deme tumpo!!!si CC make sure score mlm ni.KJ semestinyer score mlm ni...make sure mng yeop,bg up ckit rangking....ganu mmg liat,tp main kt ipoh,make sure mng!!!!!!!!!!(2-1)mng........

    Likes(0)Dislikes(0)
  12. me 109

    PERAK 0 T`GANU I.SORRY BUT THAT`S MY PREDICTION.Perak is not as strong as they were last season with the loss of capable players like Kieta,Toare,Fakri to name a few.T`ganu on the other hand are a better outfit than the one thy fielded in the 2006/2007.Believe me,with the introduction of young players selected from their President Cup players,T`ganu play their game with jest and high tempo.They are also skillfull, quick with their counterattacks,their finishes decisive.Unlike PERAK,WHO PLAY WITH A HIT AND RUN approach and erratic display so far this season,we better hope for a devine help to grab at least a point tonight.CC improved a bit,mainly b`cos he scored 2 goals vs PDRM,but T`ganu is not PDRM.KJ and a few other PERAK players have prooved to fumble against strong opponents,sometimes temperamental...Genius today,a fool the next.
    SO,PERAK....PROOF ME WRONG!!

    Likes(0)Dislikes(0)
  13. kundang85

    tahniah perak!!!!menang lg.abh da ilang badi 2 game klh 2 game mng..yg pntg main home menang!!!!CC,tahniah.....every game score at least a gol.thats enough!!make sure game ngan selangor ko score lg....selangor bkn calang team,top 3 skang...

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.