TM Liga Super – Perak Vs Terengganu (result)

TM Liga Super
Selasa 29 Jan 2008
Stadium Perak, Ipoh
8:45mlm

Perak 2 – 0 Terengganu

Separuh Masa Pertama -

Minit 1:

Barisan Perak:

Hamsani Ahmad

Nanthakumar – Mario Berrios – Chan Wing Hoong

Hardi Jaafar

Shahrulnizam РAhmad Shahrul РJorge Mu̱oz РNoor Hazrul

Carlos Caceres – Khalid Jamlus


Minit 5: Terengganu memulakan aksi dengan serangan pantas ke kubu Perak seawal minit pertama lagi namun gagal membuahkan hasil. Khalid Jamlus membuat rembatan dikawasan gol Terengganu namun terkena pertahanan lawan hasil hantaran Shahrulnizam.

Minit 10: Bola lebih banyak berlegar di kawasan tengah padang namun satu percubaan dari pemain Terengganu, Gleisson Freire tersasar keluar di tepi pintu gol Perak.

Minit 15: Kedua-dua pasukan sering membuat hantaran jauh kepada “target man” masing-masing dihadapan dengan Gleisson Freire untuk Terengganu dan Carlos Caceres untuk Perak. Carlos Caceres terlepas peluang untuk menjaringkan gol apabila gagal menahan bola dengan baik di depan pintu gol lawan.

Minit 20: Tendangan kencang Zairo Anuar dari jarak 25 meter hampir berjaya menerjah jaring mujurlah Hamsani Ahmad berjaya menepis keluar. Kedua-dua pasukan sekarang semakin rancak berbalas serangan.

Minit 25: Kelibat pemain Terengganu, Gleisson Freire sememangnya cukup merbahaya namun beliau sentiasa dikawal ketat oleh K. Nanthakumar. Rembatan dari luar kotak penalti oleh Khalid Jamlus tinggi melepasi palang gol.

Minit 30: Gerakan Perak banyak dijana oleh Hardi Jaafar dengan Ahmad Shahrul sedikit di belakang. Perak lebih banyak menyerang ketika ini dengan Terengganu sekali sekala membuat serangan balas.

Minit 35: Rembatan Carlos Caceres dari jarak 20 meter melabung keluar di atas pintu gol Terengganu. Kedua-dua pasukan lebih gemar membuat percubaan dari jarak jauh setakat ini namun tiada gol berjaya dihasilkan.

Minit 40: Kedua-dua pasukan sudah mulai memperlahankan permainan dengan bola lebih banyak dibazirkan dengan hantaran-hantaran liar.

Minit 45: Dos Anjos serta Gleisson Freire nyaris berjaya menghasilkan gol pertama Terengganu hasil hantaran satu dua antara mereka namun berjaya dihalang oleh pertahanan Perak.

Tambahan masa: 2 minit

Ulasan: Keadaan padang yang sedikit becak akibat dari hujan sebelah petang tadi agak menyukarkan kedua-dua pasukan untuk bermain dengan baik. Dengan mengamalkan taktikal hantaran jauh oleh kedua-dua pasukan, bahagian pertahanan terpaksa bekerja keras untuk mengekang sebarang ancaman. Kedua-dua pasukan mempunyai peluang yang seimbang untuk memenangi perlawanan ini.

Separuh Masa Kedua

Minit 50: Hardi Jaafar membuat sepakan percuma dan berjaya ditanduk oleh Carlos Caceres namun berjaya ditampan oleh penjaga gol Terengganu. Tandukan Gleisson Freire nyaris gol hanya sipi dipenjuru pintu gol Perak.

Minit 53: Gol pertama Perak disudahkan dengan baik oleh Carlos Caceres hasil hantaran Khalid Jamlus.

Minit 60: Hantaran cantik Carlos Caceres kepada Ahmad Shahrul mampu menghasilkan gol namun beliau telah pun offside.

Minit 65: Rembatan kencang yang boleh disifatkan sebagai wajib gol dari Dos Anjos namun Hamsani Ahmad berjaya juga menampan bola itu keluar.

Minit 70: Hantaran Khalid Jamlus kepada Carlos Caceres berjaya ditampan pertahanan lawan. Shahrulnizam membuat percubaan tetapi tersasar.

Minit 75: Permainan terhenti kerana Mario Berrios tercedera, Carlos Caceres dikeluarkan untuk memasukkan Razali Umar.

Minit 80: Kemasukan Razali Umar lebih membuatkan kubu Terengganu dalam keadaan kucar kacir dengan larian pantasnya.

Minit 85: Terengganu mulai menggerakkan jentera melalui Gleisson Freire tapi percubaan beliau meliar. Danial Fadzly masuk menggantikan Hardi Jaafar.

Minit 90: Dua percubaan melalui Ahmad Shahrul dan Shahrulnizam berjaya ditampan keluar oleh Mohd Sharbinee, penjaga gol Terengganu.

Minit 90+3: Gol kedua Perak dijaringkan oleh Danial Fadzly hasil percubaan awal Razali Umar.

Tambahan masa: 4 minit

Tamat Permainan

Ulasan: Permainan agak seimbang untuk kedua-dua pasukan namun Perak jelas lebih bernasib baik kerana berjaya memanafaatkan peluang untuk menjaringkan gol melalui Carlos Caceres serta gol lewat permainan dari Danial Fadzly. Terengganu juga berjaya menjaringkan gol pada pertengahan babak kedua tadi namun telah dibatalkan oleh pengadil kerana pemainnya menggunakan tangan untuk menewaskan Hamsani Ahmad. Persembahan cemerlang dari Hamsani Ahmad menafikan sekurang-kurangnya 3, 4 peluang wajib gol dari pasukan Terengganu pada malam ini.

Keputusan Perlawanan Lain:

My Team FC 0-2 Selangor
Negeri Sembilan 3-2 PDRM
Johor FC 1-0 Pahang
Sarawak 2-1 Perlis
Pulau Pinang 2-3 Kedah

Likes(0)Dislikes(0)

19 thoughts on “TM Liga Super – Perak Vs Terengganu (result)

  1. mika

    TAHNIAH TEAM PERAK........ KITE MENANG LAGI, KALI NI NGAN GANU.... TERUSKAN SEMANGAT GITU ANDA....

    YOB.... MOH KITE PENUHKAN STADIUM SHAH ALAM MLM SABTU NI..... KEJOR YOB KEJOR.......

    Likes(0)Dislikes(0)
  2. seansan00

    assalamualaikum..

    1stly saya nak ucapkan tahniah diatas kejayaan menghasilkan laman web seperti ini yang lebih memudahkan para penyokong penyokong perak fa untuk memberi pandangan serta komen.. syabas admin!!!

    keduanya.. perlawanan perak pada mlm ni... perghhhh.. alhamdulilah.. kejayaan keatas ganu seperti ini diharap akan terus mewarnai hari hari yang mendatang bagi pasukan skor yop skor ini... !!

    Komen ini telah diubah oleh admin:
    Menggunakan perkataan "saya orang baru disini" adalah dilarang sama sekali di laman web ini. Di sini semua pengunjung dilayan sama rata tanpa membezakan siapa yang senior mahupun yang junior.

    Terima Kasih
    admin
    Free From Bias Or Prejudice

    Likes(0)Dislikes(0)
  3. repasi

    cayalah hamsani memang bez teman tgk dia main td..puas hati teman tgk main semangat mcm tu..hrp2 lwn selangor nnt kte menang lg..import tu malas nk komen dh,hope improve lg pas ni lwn dgn selangor

    Likes(0)Dislikes(0)
  4. Dr Kampung aka Bomoh

    Yob, moh kiter ghamei2 ke Stadium Shah Alam Sabtu ni.. Kiter bagi deme sokongan yang padu pasukan Yob...
    Tapi jgn luper kome2 semua pake baju kunin.. Jangan nak menggate pake kaler lain.. See u there...

    Likes(0)Dislikes(0)
  5. sham_07

    alhamdulillah PERAK Menang lagi Hore Hore Hore....
    Lepas nie seladang kasi jatuh itu giant.
    Cemas gak nanti tapi apa2 pun PERAK AKAN MENANG KJ dan CC makin mengancam.

    Brother Nantha jaga-jaga jgn kasi si seator tu lepas, Hamsani teman respek abis ngan miker..

    go perak go...

    Likes(0)Dislikes(0)
  6. amirfsl

    best r yop..teruskan kecemerlangan lawan selangor nanti,,improve lagi kalo boleh,kami akan trus menyokong!!!kejor yop!!!

    Likes(0)Dislikes(0)
  7. me 109

    tahniah PERAK!!!!THANK GOD I WAS WRONG!!!!Teman ramalkan Yob kaloh...GO PERAK GO!!!WELCOME TO IPOH,CARLOS/JORGE/MARIO.C u @ Shah Alam Stadium.Steve Darby..tq,seniore..

    Likes(0)Dislikes(0)
  8. putra8878

    TAHNIAH UTK SEMUA TEAM PERAK&FAN YG DTG BG SOKONGAN..ARAP2 SABTU NI KEMENANGAN BERPIHAK KAT KITE LG..BG BKAS2 PLAYER PERAK YG SARUNG JERSI MERAH KUNIN TU MENYESE XSUDAH KERANA SALAH PILIH PASUKAN..UTK FAN KALU BOLEH KITE DATANG DGN BWK BENDERA SEKALI.KALU BOLEH SORANG 1 LG BAGUS.BARU NMPK MERIAH,PLAYER KITE PUN +SEMANGAT..JADIKAN STADIUM SHAH ALAM MCM STADIUM IPOH KITE...

    Likes(0)Dislikes(0)
  9. farah

    teman tengok game perok ngan ganu kurang menarik. perok perlu main secaghe agrasif lagi..... lg satu teman tengok hardi punye corak permainan tak macam dulu mungkin sebab kurang serasi atau sebaliknye

    Likes(0)Dislikes(0)
  10. Yob Utara

    Syukur kita menang lagi dengan lawan yang cukup liar seperti Terengganu. Harap dapat teruskan kemenangan bila bertemu dengan Selangor sabtu ni.

    Skor Yob Skor

    Likes(0)Dislikes(0)
  11. miez3

    Salam semua...eeeiii lame benor tak masuk forum ni...asyik jadi pembaca je...nk comment tak dpt...ate passwordnye dh lupe...ni baru dpt log in balik...hii...tu la dia ye....dh kena marah....fans pun dh bisin br kamu nk bergerak ye Ceceres...br nampok skill kamu ye.....tapi apa pun Yob2 semua jgn mengharap atau bangga diri sgt..perjalanan kita masih jauh lagi ni...kalau boleh bior dpt jd league champ season ni....Kedah pun tak buleh bangga sgt dok kt atas tu.....buat SD & angkatan import "Chile"nya....anda semua masih boleh buat perubahan...masa masih ada...momentum kemenangan dh ada balik..teruskan sampai pusingan kedua....Buat yob & Yong semua..jom turun ramai2 ke Shah Alam....teman ada kt sini...jgn bior geng2 Perak kt sini je bg sokongan...ramai le sikit baru hingor stadium tu..

    Likes(0)Dislikes(0)
  12. yatty_sg

    alhamdulillah perak menang lagi .. lawan terengganu bukannye mudah lebih2 lagi form terengganu skarang memang agak baik ... well done!!
    walaupon CC masih ade room for improvement, saya agak puas hati dgn persembahan dia .. at least kalau dia keep de momentum, score dlm setiap match, i'm sure he'll improve .. saya yakin dia akan prove all de critics wrong.
    hopefully next game kita akan menang lagi, :-)
    yg paling penting, fans semua mesti always b ther 4 de team thru ups n downs ..

    :-)

    Likes(0)Dislikes(0)
  13. blackbendi

    teman dah 6 tahun duk kat shah alam , kalau ade game Perak dgn Selangor kat sini mesti kena pegi.. tahun2 lepas yg ramai kat stadium penyokong awak je , so harap sabtu ni kita ramai2 banjirkan stadium shah alam dengan lautan kuning hitam.... skor yop skor , bior giant tumpo....!!!

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.