TM Liga Super – Perak Vs Sarawak (result)

TM Liga Super
Selasa 01 Jan 2008
Stadium Perak, Ipoh
8:45mlm

Perak 5 - 0 Sarawak

Separuh Masa Pertama -

Minit 1:

Barisan Perak:

Hamsani Ahmad

Azlan Zainal – Nanthakumar - Chan Wing Hoong

S. Subramaniam

Shahrul Nizam РAhmad Shahrul РJorge Mu̱oz РWan Abu Yazid

Carlos Caceres – Khalid Jamlus


Minit 5: Permainan agak sedikit perlahan dan pemain muda baru Perak, Wan Abu Yazid dilihat sedikit gementar dengan membuat beberapa kesilapan yang membahayakan pintu gol Perak.

Minit 10: Subramaniam diletakkan sebagai pengumpan kepada rakan dihadapan, Khalid Jamlus nyaris berjaya menghasilkan gol namun offside. Percubaan pemain Sarawak, Josef Kallang dari 35 meter luar kotak penalti berjaya ditangkap kemas oleh Hamsani.

Minit 14:  Gol pertama Perak hasil hantaran cantik dari Carlos Caceres kepada Ahmad Shahrul dan berjaya dirembat cantik tanpa mampu ditahan oleh penjaga gol Sarawak dari luar kotak penalti.

Minit 20: Sarawak dilihat lebih banyak cuba untuk mengasak Perak dari sebelah pemain muda Perak iaitu Wan Abu Yazid yang masih lagi kelihatan agak gementar. Subramaniam menerima kad kuning pertama akibat terjahan lewat terhadap pemain Sarawak.

Minit 25: Walaupun mendapat hantaran menarik dari Khalid Jamlus didepan pintu gol Sarawak, Jorge Munoz mensia-siakan peluang untuk menjaringkan gol walaupun berada dalam situasi wajib gol kerana tendangan beliau yang tersasar keluar.

Minit 30: Khalid Jamlus sekali lagi menjadi pengumpan kepada barisan hadapan apabila hantaran cantik beliau gagal disudahkan dengan baik oleh Ahmad Shahrul kerana tendangan yang meliar. Jorge Munoz juga terlepas peluang untuk menjaringkan gol apabila tendangan beliau tinggi diatas palang gol. Perak ketika ini banyak menggunakan Subramaniam sebagai playmaker dari bahagian benteng.

Minit 31: Gol kedua pasukan Perak hasil hantaran Carlos Caceres kepada Khalid Jamlus yang merembat bola cantik ke pintu gol Sarawak.

Minit 35: Pertahanan Sarawak agak sedikit kelam kabut ketika ini manakala pemain Perak, Subramaniam harus berhati-hati kerana kerap melakukan terjahan lewat yang memungkinkan beliau menerima kad merah.

Minit 40: Perak nyaris menambah gol ketiga apabila tandukan Khalid Jamlus hasil hantaran Shahrul Nizam terkena tiang dan berjaya dikeluarkan oleh pemain Sarawak. 

Minit 45: Perak memperlahankan permainan dengan bola banyak berlegar disekitar bahagian tengah.

Tambahan masa 2 minit

Ulasan: Secara keseluruhan permainan Perak agak sedikit meningkat berbanding perlawanan yang lalu dengan Carlos Caceres sudah semakin serasi bergandingan dengan Khalid Jamlus. Ketiadaan Hardi Jaafar juga dilihat sebagai punca gerakan lebih teratur dengan Ahmad Shahrul bertindak sebagai attacking midfielder secara solo.

Separuh Masa Kedua

Minit 50: Perak mengasak hebat kekubu pasukan Sarawak dan Khalid Jamlus merembat sedikit terkeluar diatas palang.

Minit 55: Bola lebih banyak berlegar di tengah padang dengan beberapa hantaran dari bawah oleh pemain Perak berjaya ditangkis oleh pertahanan Sarawak.

Minit 56: Perak mendapat gol ketiga apabila Khalid Jamlus mudah menolak masuk bola hasil hantaran Carlos Caceres.

Minit 60: Hardi Jaafar dimasukkan menggantikan Subramaniam.

Minit 65: Sarawak banyak menggunakan Saravanan untuk mengatur serangan tetapi berjaya dihalang baik oleh pertahanan Perak malam ini.

Minit 70: Penjaga gol Sarawak bertindak cemerlang apabila menafikan 4 percubaan secara bertalu melalui Carlos Caceres, Khalid Jamlus dan Jorge Munoz. Danial Fadzli masuk menggantikan Shahrul Nizam.

Minit 75: Sepakan percuma dari jarak 35 meter yang diperolehi oleh Sarawak tersasar keluar. Rembatan kencang Hardi Jaafar hasil hantaran Chan Wing Hoong dari jarak 25 meter melambung diatas palang gol Sarawak. Perak lebih menguasai permainan ketika ini dengan Sarawak lebih banyak bertahan.

Minit 80: Pemain Sarawak, S. Sunder membuat hantaran cantik melintang namun ditanduk keluar oleh pemain serangan Sarawak. Hardi Jaafar sekarang lebih banyak bertindak membuat hantaran kepada rakan dihadapan tapi berjaya dikekang baik oleh pertahanan Sarawak.

Minit 84: Khalid Jamlus mencipta hattrik apabila hantaran Danial Fadzly disudahkan dengan baik oleh beliau didepan pintu gol Sarawak.

Minit 89: Carlos Caceres menjaringkan gol peribadinya yang pertama apabila beliau menyepak bola masuk hasil keadaan kelam kabut didepan pintu gol Sarawak.

Tambahan masa 2 minit

Tamat 90+2

Ulasan: Percaturan Steve Darby kali ini berhasil apabila tidak memasukkan Hardi Jaafar dari awal dan Subramaniam juga beraksi cemerlang dengan mengawal bahagian pertahanan tengah Perak. Secara keseluruhan permainan Perak kali ini jauh lebih teratur dan baik berbanding 4 perlawanan yang terdahulu. Semoga prestasi cemerlang ini dapat dikekalkan untuk bersaing dalam TM Liga Super 07/2008.

Keputusan Perlawanan Lain:

Selangor 0 – 1 Perlis
Terengganu 2 - 1 Pahang
DPMM FC 2 – 0 Kedah
My Team 1 – 2 P. Pinang
N. Sembilan 2 – 0 Johor FC

Likes(0)Dislikes(0)

15 thoughts on “TM Liga Super – Perak Vs Sarawak (result)

  1. Yob Utara

    Tahniah Perak...Khalid jamlus memang best!!!
    kemenangan ni buat teman gembira tak terkata...akhirnya ada perubahan positif buat team kita.

    teman tak bole lama ni sebab koje..sambung esok yob

    Likes(0)Dislikes(0)
  2. padiltaiping_81

    Tahniah perak...kemenangan besar yg teman tak jangkakan..khalid memang best..hatrik pertama untuk musim ni..papehal,harap perak akan meneruskan rentak

    kemenangan ini..teman tgk buat masa ni banyak team yg tak konsisten lagi permainan diorang..kejap menang besar,kejap kalah besar...

    harap team perak tak mcm tu ok..kejor yob skor!

    Likes(0)Dislikes(0)
  3. asraf

    semalam khalid mmg perform mungkin sbb dia kena rest masa game dgn johor fc hari tu...klu tak sbb keeper s'wak bagus mungkin menang dlm 8 biji semalam...

    harap sd kekalkan barisan yg ada ni cuma wan abd yazid nampak gabra skit,maybe psl first game agaknya...overall taktikal smlm jauh lbh baik dr sblm2 punya game.

    harap kome player2 terus cemerlang...sekor yob sekor

    Likes(0)Dislikes(0)
  4. yatty_sg

    tahniah perak menag selesa .. khalid nye performance hebat sgt mlm tu .. tak sia2 saya dtg all de way dr sinngapore nak support perak ..

    moga perak terus menang ...

    Likes(0)Dislikes(0)
  5. me 109

    Tahniah buat team Perak.It`s a team effort.Pemain muda Perak (sape nama nye?)ada potential.kena bagi pendedahan,kalau tak bakatnye terkubor.semua pemain Perak nampaknye ada talent,cuma setengah tu kena paham cara SD kendalikan pasukan n catur corak permainan.ini mungkin mengambil masa sikit.SD nampaknye lebih menekankan kepada organisasi pasukan n pendekatan taktikal.Itu le kdg2 kite2 tengok game YOB boring.Tp bak kata coach Arsenal tu,..."...it`s better to win ugly than to loose gallantly..."Teruskan perjuangan YOB,perjalan Liga masih jauh.

    Likes(0)Dislikes(0)
  6. Yob Utara

    yatty_sg ni mesti peminat Khalid Jamlus sampai sanggup datang dari jauh semata-mata nak tengok game Perak...apapun perjalanan masih jauh dan kita tak boleh leka lagi lepas ni..teman kalau boleh takmau jadi macam musim lepas..kalah pastuh seri..dgn team yang kita patutnya boleh menang..last2 kurang semata dua ngan kedah, kempunan nak jadi juara liga super.

    Likes(0)Dislikes(0)
  7. yatty_sg

    buat me109, terima kasih ye, kerana pasukan kesayangan sanggup saya dtg .. lagipon nenek datok saya pon org sana

    buat yob utara, hehe, saya memang minat perak dan khalid jamlus pemain kegemaran saya, saya pon suka cara permainan kapten pasukan .. dan yg penting, saya memang suka teknik jurulatih steve darby ..

    apepon, saya harap perak akan sentiasa konsisten dan mantap ..

    Likes(0)Dislikes(0)
  8. me 109

    same-same,yatty_sg.teman seronok nengok penyokong PERAK bersemangat sokong PERAK dan happy bile PERAK mng.KJ tu hensem tp kapten tu Yob xbrape sure le ....walaubagaimana pun kedua2nye pemain handalan YOB.Teruskan bersama PERAK!!!!!

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.