TM Liga Super – Perak Vs Pahang (review)

TM Liga Super
Sabtu 19 Jan 2008
Stadium Perak, Ipoh
8:45PM

Perlawanan ke-9 pasukan Perak kali ini adalah bertemu dengan skuad Tok Gajah iaitu Pahang di Stadium Perak, Ipoh. Skuad seladang yang telah tewas dua kali sebelum ini nampaknya bakal menghadapi tugas ‘mudah’ menentang skuad kendalian Zainal Abidin Hasan ini.

Pasukan Pahang pasti cuba untuk menambahkan ‘gembira’ skuad Perak tatkala mereka kini telah mendapat makjun hasil kemenangan keatas pasukan My Team baru-baru ini.

Berbeza pula dengan nasib pasukan Perak yang masih lagi ‘belum’ ketandusan idea untuk mencari ‘kemenangan’ tanpa kehadiran Khalid Jamlus di jentera serangan. Gandingan Razali Umar dan Carlos Caceres pasti menjadi pertaruhan ‘terbaik’ jurulatih ‘tersohor’ Perak yang berbangsa Inggeris serta cukup berpengalaman itu.

Penulis juga berkeyakinan penuh bahawa penyerang import ‘cili benggala’ Perak mampu untuk membuat banyak percubaan ‘merbahaya’ kearah pintu gol lawan dan memaksa penjaga gol Pahang bertungkus-lumus berpeluk tubuh daripada memegang bola pada perlawanan itu nanti.

Pastinya penyokong Perak merasa kagum dengan percaturan dan taktikal ‘terkini’ dari jurulatih berbangsa Inggeris ini yang mampu mengelirukan pihak lawan dan ‘kawan’. Selain itu jurulatih ini juga mempunyai kelebihan ‘menghiburkan’ penonton Perak dengan ‘bersajak’ dan ‘berbalas pantun’ terutama ketika pasukan Perak mengalami ‘kemenangan’ yang ‘mengaibkan’.

Kepada mereka yang ketinggalan menyaksikan sedutan rakaman ‘pesta berbalas pantun’ antara beliau dan penonton di Stadium Perak yang lalu, bolehlah melayari ke ruangan MEDIA dengan kadar segera.

Adalah menjadi hasrat dan cita-cita penulis serta peminat bolasepak Perak yang lain supaya kontrak beliau yang bakal tamat penghujung tahun ini disambung semula sehingga tahun ’2020′ sebagai menyahut seruan wawasan Perdana Menteri Malaysia sebelum ini.

Barisan ‘Jangan Mimpilah’ Penulis

Formasi 4-3-3

Hamsani Ahmad

Azlan Zainal - K. Nanthakumar – Khairi Zainudin – S. Subramaniam

Mohd. Noor Hazrul  - Hardi Jaafar  – Danial Fadzly

Ahmad Shahrul Azhar

Mohd Nor Ismail - Razali Umar

 

Penulis berharap semoga jurulatih dan pihak pengurusan Perak meneruskan rentak ‘kecemerlangan’ ini untuk merealisasikan impian semua penyokong bolasepak Perak melihat skuad ‘Yob Skor Yob’ beraksi dalam Liga Premier dan seterusnya ke Liga FAM pada masa yang akan datang.

Bak kata pepatah ‘Alang-alang  menyeluk pekasam, biar sampai mandi

Terima Kasih

Nota: Perlawanan ini akan mendapat lintas langsung oleh crew bertugas dan sudah pastinya bukan Karam Singh Walia dari TV3.

Amaran: Artikel ini mengandungi banyak patah perkataan ‘mudah alih’ yang boleh disalah ertikan. Oleh itu pembaca dinasihatkan supaya merujuk kepada pakar bahasa untuk sebarang maklum balas sebelum membuat andaian.

YB Corner

Likes(0)Dislikes(0)

12 thoughts on “TM Liga Super – Perak Vs Pahang (review)

  1. mika

    TEMAN GHASE LA KAN... TEAM KITE PASTI AKAN MENERIMA KEAJAIBAN JIKA mangkuk cili TIDAK DI MASUKKAN.... RAMUAN2 DARI CILI KAMPUNG SEPERTI YG DISENARAIKAN PENULIS PASTI AKAN MEMUASKAN HATI PENGEMAR2NYE...WALAUPUN HIDANGAN PADA MALAM ITU NANTI TERASA KEHAMBARANNYE.....

    TEMAN RHASE MALAM TU NANTI TEMAN TAK NAK MAKAN KAT RUMAH..... CUKUPLAH SEKADAR DI SELADANG DOTNET.....UTK MALAM TU JER...

    DENGAN HARAPAN MAK DAN AYAH BUKALAH MATA JIKA TIADA KEHADIRAN ANAK2 TERSAYANG.........HUK..HUK. SAMPAIKAN SALAM INI PADA DATO SKALI......

    SALAM RINDU DARI.... MIKA.....

    Likes(0)Dislikes(0)
  2. Raul hashim

    udah le penulis mcm curah ayo kt daun keladi jer. Sd tu mksdnya SANGAT DEGIL. so dia mmg mcm hawo jer. bt ape ambl mat noor kalo xbg dia main. bg peluang kt dia main. import tu xguna main mcm bdk kg jer. teman xg stdm lwn pahang nt menyampah tgk sd dgn import xguna tu. cr le import vietnam n myammar murah dan berkualiti. tkr slogan TUMPO YOB TUMPO!!!

    Likes(0)Dislikes(0)
  3. asraf

    adehhh....keke...nak pecah perut teman gelak sorang2 nih..yg tak tahan tuh slogan skor yob skor..tingat teman kes chan skor sendrik arituh..heheeh...mmg tajam menikam.

    Likes(0)Dislikes(0)
  4. dinobranco

    Aku dah pening ,saban hari ramai dok cakap pasal kemerosotan pasukan perak…
    Apa patut kita buat selaku penyokong perak?
    Hari-hari aku baca dalam laman web berkenaan luahan perasaan penyokong setia pasukan perak.Namun,hal ini langsung tak diambil peduli oleh pengurusan Perak FA..
    1. Isu Steve Derby
    Mamat org putih ni bukannya tak bagus tapi ketandusan idea.langsung takde perubahan dalam corak permainan perak.Komen tentang game EPL boleh dianggap hebat,maksudnya beliau tahu kekuatan,kelemahan,baca game…namun dia tak menterjemahkan dalam permainan perak.Beliau tidak mengambil langkah mengatasi kelemahan yang ada.taktikal 3-5-2 yang dipakai dah boleh dibaca pihak lawan.Aku tak le pandai bab taktikal bola ni,tapi sistem 3-5-2 ini banyak kelemahannya.Sistem ni bertahan di bahagian tengah.Namun apa yang terjadi,bahagian tengah perak tidak begitu mantap.Bila pasukan lawan dapat melepasi bahagian tengah,dgn mudah dapat melepasi bahagian pertahanan.Sistem ini juga,tidak menggalakkan pemain pertahanan membuat overlap.namun di perak,kadangkala Azlan dan Chan buat overlap.Tempat diorang ternganga,takde orang cover.
    Steve Derby ni,pada aku,bukan coach yang baik.Masa dia latih team Home United(S’PORE) pun, aku tengok tak berapa menjadi.Apa yang dia dapat produce kat sana?
    Dengar pulak,baru-baru ni,Steve Derby buat isyarat lucah pada peminat perak.Amboi,lupa diri betul.Kerat jari tu kang,baru tau…tanpa penyokong,pasukan perak tak kemana.
    2. Pemain Import
    Ntah mengapa,mengarut betul player import Perak tahun ni.3 Player import dari Chile kononnya dapat memberikan impak yang besar kepada pasukan perak.Namun yang nyata,ianya hanya omong kosong.Player import tarafnya jauh lebih rendah daripada player tempatan.Kalau diserapkan player piala presiden pun ada maafnya.at least dapat develope bakat baru.Player import seperti carlos,munoz,baroz langsung tidak menyengat.Aku heran,bila perak buat selection untuk player import ni?main tangkap muat jer.Macam buy 2 free 1.Hampeh.Sumber yang aku dengar,import perak ni dicadangkan oleh St Martin(player Kedah).Yang Perak boleh percaya dengan mamat ni pun ntah sebab apa.Dah sahih dia ni jenis menipu…tak percaya tgk je dalam final last year,time A’a kena red kad…ni plak Khalid time lawan kedah ari tu.Sah-sah dia ni jenis menipu.Cuba selidik balik profile player2 import dari Chile kiter ni.Ntah2 cuma buruh binaan jer kojernyer di Chile dulu.Langsung takde karektor sebagai pemain bola sepak.Carlos tu pakai cermin mata,dah sah-sah rabun.patut ler peluang one by one pun tak bleh score.
    Susah-susah sangat,perak beli jer player import yang pernah main liga M’sia dulu…Contohnya Arestagui ker,fuentes,bambang…takpun panggil jer baichung main dgn perak..loan pun tak kesah ler…janji dah tentu kehebatannya.
    Jadi kesimpulannya,saya cadangkan ,pihak kelab penyokong perlu membuat PETISYEN untuk meminta pihak pengurusan Perak FA membuka mata atas masalah ini.Kalau hal ini tak diambil peduli,komfirm..zaman kejatuhan perak bermula.Penyokong perak tidak akan lagi ke stadium dan tidak lagi mengambil peduli hal bola sepak perak,seperti mana yang pernah berlaku kepada pasukan Kedah dan Selangor.Mentaliti masyarakat Malaysia,bukan macam mentaliti masyarakat barat,depa game cokia pun penuh stadium..pasal depa BERJUDI…
    Kesimpulannya,
    Buat ler sesuatu bagi membangunkan kembali pasukan Perak yang kita semua sayangi…
    TQ

    Likes(0)Dislikes(0)
  5. Yob Utara

    Menang? - mustahil
    Kalah? - pasti
    Seri? - bonus

    Kesimpulanya teman tunggu game dengan Polis nanti baru confident nak predit sebab ada Khalid masa tu.

    Setuju dengan yob Dino,harap sangat kalau boleh admin buat sesuatu berkenaan prestasi semasa Perak. Tak kisahlah samada petisyen,slow talk or hard talk dengan management.

    Likes(0)Dislikes(0)
  6. AyerAyorAyor

    Marile kita ke stadium esok lawan Pahang, masa inile kena bagi sokongan sebab tengah merosot ni, ini time menang aje bagi sokongan, tak cukup yob-yob, yong-yong semua Teman pernah pegi stadium lagi teruk Perak main,masa lawan JKR Kelantan dulu, tapi sokong tetap sokong punya. Bila kalah memangle tak puas hati, lebih2 lagi tempat sendiri, rasanya masa ni le kita boleh nampak yang mana penyokong yang setia, yang lain tu datang sebab nak ngutuk aje kerojenye. Tapi yang pasti pemain import memang mengecewakan, bila tgk performance deme di Chile pun memang mengecewakan, team deme di chile tu team yang corot2 aje. Carlos tu pun main divisyen 2 aje di Chile. Apa pun kita tgk aje malam esok, mcmana ceritanya..... p/s: Apa kata kita tukor balik jadi Kejor Yob Kejor, Skor Yob Skor macam susah aje nak Skor Hehehe

    Likes(0)Dislikes(0)
  7. kundang

    fan bkn xsupport team,kalo xsupport fan xkondem gler2 aper yg xkene ngan team.tp leh tgk ngan mate kasa kite cmner ngan team kite skang ni,mmg truk.dan keterukan ini seolah2 tiada noktanyer,makin merebak sbb xder jln kuar yg cube diambil...g tnyer sorg2 org perak,saper yg xmau g sdtm tgk team kesayyangan kite main,klh pun xper tp main 100% kualiti bknnyer mcm ayam yg diayam2kan...kite bkn team cap ayam,kite perak darul ridzuan,team yg penuh nostalgia n sejarah.fan perak mmg xpyh ckp,tgk statistik penonton stdm,peraknyer fan sentiasa pegang rekod kehadiran teramai ke sdtm..

    Likes(0)Dislikes(0)
  8. dinobranco

    betul ckp yob ayor.kita kena sokong...teman pun sayangkan perak...tapi bia game dah mcm siput,taknak pulak buat perubahan....sapa tak angin..cakap orang SD tu taknak dgr plak tu..jadi kita sebagai fan,tunjukkan yang kita ni protes...bukannya tak peduli langsung,cuma bagi pengajaran pada SD tu...

    Dgr kata,Dato, Don backup SD,it's ok...SD ni pun bagus,tp cuma keras kepala jer...Cuma SD kena jgk menilai pendapat orang lain..jangan ikut sedap dia ajer.

    Yang pentingnyer dia kena telus utk perbaiki team..cari player import yang bagus...bukan beli player buy 2 free1....

    Import kita memang hampeh...takder import pun aku rasa kita masih boleh main bagus...

    Likes(0)Dislikes(0)
  9. dinobranco

    Lepas main dgn Pahang,lawan plak PDRM...pastu Selangor..
    Hehehe..kalah atau seri dgn pahang atau PDRM aku tak kisah....
    Tapi dengan Selangor.....MESTI MENANG!!!!!!!!

    Kalo kalah jugak....titik noktah buat SD dan trio santan berlada (player chili)...
    GoodBYE 4ever....hehhehhe!!!!

    Likes(0)Dislikes(0)
  10. Yob Utara

    Berapa lama lagi agaknya Dato dan Steve nak bagi peluang pada trio cili yang tak pedas tu agaknya. Adakah sampai habis musim atau gimik semata2 sementara nak tunggu Khalid boleh main semula.

    Agaknya nanti bila Khalid dah boleh turun semula Perak mampu menang dan krisis Steve akan dilupakan? Teman yakin sangat tanpa import sekalipun kita mampu nak menang. Buat apa nak bazirkan duit pada pemain yang teruk macam tu?

    Seri dengan Pahang pun dah cukup baik dan tumpukan pada perlawanan dengan PDRM nanti. Teman yakin kita boleh menang lawan PDRM sebab ada Khalid. Tanpa Khalid harapan nak gol memang rendah sebab kalau nak harap Caceres memang mati keras ler kita nanti.

    Harapan nak jadi juara liga memang dah malap, cuma harap sangat jangan sampai terjerumus ke liga perdana. Sokong
    tetapi sokong tapi bukan pada Steve sebab teman dah undi tak percaya dia.

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.