TM Liga Super – Perak Vs Pahang (result)

TM Liga Super
Sabtu 19 Jan 2008
Stadium Perak, Ipoh
8:45mlm

Perak  2 – 1  Pahang

Separuh Masa Pertama -

Minit 1:

Barisan Perak:

Hamsani Ahmad

Azlan Zainal – Mario Berrios – Chan Wing Hoong

K. Nanthakumar

Shahrulnizam - Hardi Jaafar - Jorge Muñoz – Noor Hazrul

Carlos Caceres – Razali Umar


Minit 5: Kedua-dua pasukan bermain secara berhati-hati dengan bola lebih banyak berlegar ditengah padang. Tandukan Carlos Caceres tersasar hantaran dari Shahrulnizam.

Minit 10: Perak ketika ini cuba untuk menggerakkan jentera serangan dengan Pahang agak sedikit bertahan. Tiada sebarang percubaan bahaya setakat ini dari kedua-dua pasukan.

Minit 15: Satu hantaran cantik dari Hardi Jaafar gagal dimanafaatkan oleh Carlos Caceres dan berjaya dipintas oleh penjaga gol Pahang.

Minit 20: Rembatan kencang Mario Berrios sedikit terkeluar di depan pintu gol Pahang hasil hantaran Noor Hazrul.

Minit 25: Carlos Caceres yang hanya berhadapan dengan Samsuri Mustafa gagal membuat rembatan apabila terlalu lama memegang bola dan berjaya dihalang oleh pertahanan Pahang.

Minit 30: Tandukan dari Carlos Caceres terkena palang gol hasil hantaran cantik Noor Hazrul. Carlos Caceres berjaya juga menjaringkan gol hasil hantaran Razali Umar di depan pintu gol Pahang namun beliau telah pun offside.

Minit 35: Carlos Caceres sekali lagi gagal menghasilkan gol kerana terlalu lama memegang bola yang dihantar oleh Razali Umar.

Minit 38: PERMAINAN DIHENTIKAN SEMENTARA KERANA HUJAN LEBAT.

Minit 40: Permainan bersambung dengan keadaan padang agak teruk dengan air banyak bertakung di beberapa tempat.

Minit 45: Shahrulnizam melorongkan bola cantik kepada Razali Umar namun beliau telah pun offside. Tendangan percuma untuk Pahang dari luar kotak penalti Perak namun melambung tinggi.

Tambahan masa: 1 minit

Ulasan: Perak lebih banyak menyerang pada separuh masa pertama dan tidak kurang dari 4 peluang oleh Carlos Caceres yang sepatutnya mampu menghasilkan gol. Pahang sekali sekala membuat serangan balas pantas yang mencemaskan pintu gol Perak namun kedua-dua pasukan sehingga kini masih buntu mencari jaringan.

Separuh Masa Kedua

Minit 50: Permainan masih lagi berlegar-legar di bahagian tengah padang dengan hantaran dari kedua-dua pasukan sering terganggu oleh lopak air. Sepakan percuma oleh Hardi Jaafar dari jarak 35 meter pintu gol Pahang ditangkap kemas Samsuri Mustafa.

Minit 55: Pasukan Pahang melancarkan serangan kearah pintu gol Perak melalui Hairudin Omar namun buntu.

Minit 58: Gol pertama dijaringkan oleh Carlos Caceres melalui sepakan penalti setelah beliau dijatuhkan didalam kotak penalti Pahang.

Minit 65: Noor Hazrul dikeluarkan dan digantikan dengan Wan Abu Yazid.

Minit 67: Carlos Caceres menjaringkan gol kedua Perak melalui tandukan cantik hasil hantaran Chan Wing Hoong.

Minit 70: Larian pantas Wan Abu Yazid berjaya menembusi benteng pertahanan Pahang namun hantaran beliau sia-sia kerana Razali Umar telah pun offside. Danial Fadzly dimasukkan untuk menggantikan Razali Umar.

Minit 75: Pahang mula melancarkan serangan dengan percubaan Rosdi Talib meliar melepasi pintu gol Perak.

Minit 80: Perak melakukan pertukaran terakhir dengan memasukkan Khairi Zainudin dan mengeluarkan Carlos Caceres.

Minit 85: Zainuddin Ariffin dikeluarkan oleh pasukan Pahang dan memasukkan Shahril Faizal.

Minit 86: Gol pertama Pahang hasil sepakan penalti oleh Barkawi selepas kekasaran dilakukan oleh Khairi Zainudin.

Minit 90: Pasukan Perak lebih banyak bertahan dengan Pahang melancarkan serangan ketika ini.

Minit 90+2: Perlawanan tamat.

Tambahan masa: 2 minit

Ulasan: Perak lebih banyak membuat serangan namun keadaan padang yang becak dan tindakan kurang pantas dari Carlos Caceres menidakkan keupayaan Perak untuk meraih kemenangan besar malam ini. Untuk pasukan Pahang pula benteng pertahanan mereka agak sedikit kelam kabut apabila menerima serangan dari pasukan Perak. Kedua-dua pasukan sebenarnya ketandusan idea untuk menghasilkan gol namun Perak lebih bernasib baik pada malam ini.

Keputusan Perlawanan Lain:

DPMM FC 1 - 1 Terengganu
My Team 2 – 0 PDRM
N. Sembilan 2 – 0 Perlis
Johor FC 1 - 3 Kedah
Sarawak 3 – 0 Pulau Pinang

Likes(0)Dislikes(0)

15 thoughts on “TM Liga Super – Perak Vs Pahang (result)

  1. me 109

    Hujan lebat di Ipoh rupe nye hujan rahmat bagi pasukan YOP mlm ni.Nyata Pasukan Pahang tidak memberi tentangan yang serious kepada pasukan kite,walaupun keputusan berkesudahan 2-1.Mungkin ayor `bertakung` kata deme.Tapi yang perlu di beri perhatian serious buat skrg ni ialah peluang yg gagal di menafaatkan oleh Carlos CC (....4 kali miss,yop....).Risau juga teman nengok.Kalu tak skor dia mlm ni,sah kena bagi dia tiket kapal terobang balik Chilea mlm ni juge.Kalau takde flight, buang je ke laut.Nasib menyebelahi PERAK,Carlos CC skor satu penalti,satu heading hantaran cantik dari Chan Wing Hong.Perlu di ingat kpd pemain Chili tu,jgn memandang rendah Liga M`sia ni.Deme kena respect kat Liga M`sia dan bermain dgn penuh komitmen dan semangat juang yang tinggi.
    PERAK pula mesti terus menengahkan pemain muda bagi memantapkan lagi mutu permainan mereka.Seronok teman nengok deme main penuh semangat,bagi 100%.
    Walauapa pun,tahniah buat PERAK,teruskan momentum,Yob......KEJOR YOP,SKOR!.....HIDUP PERAK!

    Likes(0)Dislikes(0)
  2. asraf

    ye tahniah sbb mng,tapi bkn bermakna sd udah lepaih siksanye,takat dua bijik gol dari cc takde makne klu nak compare can dia dpt.baru call member yg pegi game kate tadi cc main sama cam dulu gak,hampeh...kalau khalid ada sohih perak mng 6,7 bijik tadi.apapun harap datuk tuko juga kekeres nih..masa dia kuar pun ramai kutuk dia walau skor...hehe

    Likes(0)Dislikes(0)
  3. kundang

    tahniah perak!!!menang gak akhirnyer...ape pun 3 point tu yg pntg.tp keadaan team xstabil mner rasenyer,dok takuk tu gak..cc tu??penalti jala yg leh buh gol pun...compare ngan chance yg dia dpt,2 bji tu xder maknyer!!!lg pun lwn dgn pahang ja tu sakit nk mng...

    cc n mari tu kene tkor gak...wtper smpn import x mndatangkn hasil...jual 2 tu amik sorg striker yg mmg power pair ngan khalid,bru la gerun ckit.hardi aa ada kt tgh dh ckup...defen tu pun ptt tkor gak,peraknye local defend pun bgs2..lg 'ringan' dr defen cili tu...anyway,tahniah perak krn mng game mlm ni..kurg2 bernafas la ckit kite...idup perak...

    Likes(0)Dislikes(0)
  4. azwanali

    Pelawanan dgan Pahang sepatutnye Perak bole menang besar. Tapi apakan daye si cili tu byk lepaskan pluang. Alahai, sampai bile nak mempertahankan striker cili tu. Ape2 pun game malm ni Perak bernasib baik.

    Likes(0)Dislikes(0)
  5. abgcho

    aah.klu ad ekhalid.leh mng beso le kire..insyaAllah ngn polis leh mng.then pastu aku iso blk pasai da 2x mng...pastu get readi le mnghadapi 2x kalah.......haha

    Likes(0)Dislikes(0)
  6. amirfsl

    tahniah skuad Perak atas kemenangan malam semalam,,memang rase gembire sebab menang selepas 2 match kalah berturut-turut..harap2 krisis dalaman yg sedang dialami sekarang ni dapat diselesaikan dalam mase yang terdekat dengan care yang paling baik dan tidak memudaratkan atau mendatangkan kemarahan mane2 pihak..walaupun bola sepak adalah permainan satu team dan bukan berbentuk individu,namun pemain2 dalam team tu mestilah merupakan yang terbaik antare yang terbaik,,kite main untuk menang,kalo dah menang..semue puas hati..jadi adalah diharapkan agar pengurusan skuad kejor yop kejor lebih teliti dan lebih bijak dalam pemilihan pemain2 pade mase akan datang..yop kejor sampai dapat!!

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.