TM Liga Super – Perak Vs Kedah (review)

TM Liga Super
Sabtu 12 Jan 2008
Stadium Perak, Ipoh
8:45mlm

Perlawanan ke-7 buat pasukan Perak kali ini bolehlah diibaratkan sebagai satu turning point kepada skuad seladang samada terus maju kehadapan atau terpaksa berhenti dipertengahan jalan.

Pasukan yang akan ditentang kali ini adalah pendahulu TM Liga Super 07/2008, Kedah Darul Aman yang telah meranapkan ribuan impian penyokong Perak sewaktu perlawanan akhir TM Piala Malaysia musim 06/2007 yang lalu.


Kepada mereka yang tidak mengetahui keputusan itu atau baru sahaja hendak berjinak-jinak dalam arena bolasepak tempatan khususnya pasukan Perak, pasukan Kedah telah menewaskan skuad seladang dengan keputusan 3 gol tanpa balas di Stadium Nasional Bukit Jalil. Sila rujuk tajuk ini untuk berita selanjutnya: TM Piala Malaysia FINAL – Perak Vs Kedah (result)

Pertemuan kali ini adalah yang pertama untuk musim baru TM Liga Super 07/2008 untuk kedua-dua pasukan dan yang menariknya ianya diadakan di Stadium Perak. Berbanding musim lalu, pasukan Perak terpaksa bermain sebanyak dua kali di Stadium Darulaman (Liga Super & Piala FA) dan tewas kedua-duanya sebelum berjaya menewaskan mereka semula di Stadium Perak untuk perlawanan Liga Super berikutnya.

Untuk pertemuan ini, Perak bakal kehilangan khidmat S. Subramaniam yang telah bermain cemerlang dalam tiga perlawanan sebelum ini kerana mengutip kad kuning yang ketiga sewaktu pertemuan dengan Pulau Pinang baru-baru ini.

Jika mengikut kebiasaannya, tempat beliau akan digantikan oleh Hardi Jaafar apabila masuk separuh masa kedua. Namun penulis memilih untuk meletakkan K. Nanthakumar di tempat beliau kerana gusar kemasukan Hardi Jaafar seawal permainan bermula akan mencacatkan tempo permainan Perak sebelum ini.

Penulis berkata begini kerana pasukan Perak mempunyai 2 orang playmaker iaitu Ahmad Shahrul Azhar dan Hardi Jaafar yang sebenarnya kurang sesuai digandingkan bersama berdasarkan perlawanan-perlawanan yang lalu. Adalah lebih baik jika hanya menggunakan salah seorang pemain ini dalam satu-satu masa.

Barisan Pilihan Penulis:

Hamsani Ahmad

Azlan Zainal- Mario Berrios – Chan Wing Hoong

K. Nanthakumar

Danial Fadzly – Jorge Munoz – Mohd. Noor Hazrul

Ahmad Shahrul Azhar

Carlos Caceres – Khalid Jamlus

 

Adalah menjadi satu impian penyokong pasukan Perak untuk menewaskan pasukan Kedah sebagai tonik kekuatan mengharungi kempen TM Liga Super musim ini disamping melangsaikan hutang-hutang yang tertunggak sebelum ini.

Bersandarkan rekod lampau, penulis meramalkan pasukan Perak mungkin berjaya menewaskan pasukan Kedah dengan jumlah jaringan yang kecil pada pertemuan pertama musim ini. Apapun diharap perlawanan ini tidak dicemari dengan insiden yang tidak diingini seperti yang berlaku pada perlawanan akhir TM Piala Malaysia musim 06/2007.

Berikut adalah 9 fakta menarik menjelang pertemuan ini:

  1. Pasukan Perak dan Kedah telah bertemu sebanyak 9 kali semenjak Liga Super diperkenalkan pada tahun 2004.
  2. Dari kesemua 9 pertemuan itu pasukan Perak telah menang sebanyak 4 kali dan tewas 5 kali kepada pasukan Kedah.
  3. Tiada keputusan seri pernah dicatatkan dalam pertemuan kedua-dua pasukan ini.
  4. Kedua-dua pasukan boleh dilabel sebagai jaguh kampung apabila tidak pernah tewas kepada lawan masing-masing di gelanggang sendiri sepanjang pertemuan musim 2006/2007.
  5. Kedah mempunyai sedikit kelebihan apabila berjaya menewaskan pasukan Perak digelanggang berkecuali iaitu di Stadium Nasional Bukit Jalil pada perlawanan akhir TM Piala Malaysia 2006/2007.
  6. Pasukan Perak adalah naib juara TM Liga Super musim 06/2007 dengan 53 mata manakala Kedah dinobatkan juara TM Liga Super 06/2007 dengan 55 mata.
  7. Kedua-dua pasukan mempunyai jaringan terbesar berbanding pasukan lain sewaktu kempen TM Liga Super musim 2006/2007 dengan Perak sebanyak 58 gol dan Kedah 54 gol.
  8. Kedua-dua pasukan juga mempunyai jumlah dibolos yang paling sedikit musim lalu dengan Kedah sebanyak 21 gol dan Perak 22 gol.
  9. Pertemuan ini akan disiarkan secara langsung oleh RTM1 sebagai perlawanan tumpuan minggu ini untuk kempen TM Liga Super 2007/2008 (tertakluk kepada perubahan oleh pihak RTM).

Nota: Perlawanan ini akan mendapat lintas langsung oleh crew yang bertugas.

YB Corner

Likes(0)Dislikes(0)

7 thoughts on “TM Liga Super – Perak Vs Kedah (review)

  1. Raul hashim

    Perak pasti boleh. insyaallah dgn berkat doa smua penyokong kt, perak mesti blh menang. kt trn ramai2 sabtu ni. penuhkan stdm.jgn bw nercun udah le. kt jd penyokong yg berdisplin dan cemerlang selama-lamanya. br terasa kemeriahan bola xgitu yob semua. sape pun player yg ditrnkn diharapkan dpt bermain cemerlang dan terhibur. Hidup Perak. perak 2 kedah 0. percaye le ckp teman ni.

    Likes(0)Dislikes(0)
  2. seraimerah

    ader lagi satu fakta yob beso

    musim ni rekod kedah di gelanggang lawan buruk setakat ni dimana catatan 1 menang 2 kalah berbanding di gelanggang sendiri mencatat 3 kali menang.

    manakala rekod perak di gelanggang sendiri dan gelanggang lawan adalah sama dengan catatan 6 kali perlawanan, masing-masing 2 kali menang dan kalah sekali.

    Likes(0)Dislikes(0)
  3. asraf

    moh kite gi stadium walupun ada live.....iye bebenor fakta yob serai tu...rekod kedah tahun ni tak berapa nak elok tempat lwn.deme bungkuih lwn ganu & dpmm...kalu dpmm pun kita bole balun kat tmp sendiri,kedah apatah lagi...... hehehe.....konpiden je teman.. perak 3 kedah 0
    JGN PANDANG BELAKANG YOB!!!!!!!BALUN KOME BALUN!!!
    SKOR YOB SKOR!!!!!!!!

    Likes(0)Dislikes(0)
  4. seraimerah

    tingkat kan konpiden mike sebab Kedah banyak kali kantoi kalau main padang basah. tapi apa bezenye Perak..tambah2 sekaghang musim hujan

    Likes(0)Dislikes(0)
  5. Yob Utara

    Game ni teman anggap macam ulangan final Piala Malaysia tahun lepas...berbuku lagi geram,@dendam kesumat teman kat team Kedah. Team Kedah memang bagus tapi tak semestinya kebal di Ipoh.

    Setuju dengan penulis, harap sangat kita menang game ni walau 1/2 gol sekalipun..ini boleh bagi semangat untuk future game. Kita tengok apa plan Darby kali ni.

    Teman setuju juga tentang isu Hardi yang tak suit kalau masuk sekali dengan kapten kita..nampak macam cram sangat kat tengah perak. Harap coach boleh train Hardi untuk sepak bola lebih baik sebab lately nampak try Hardi banyak melambung tinggi macam main ragbi.

    Try on target yang tak masuk jauh lebih baik sebab boleh keep on preasure pada keeper lawan..dari try kelangit. Ini yang kena improved lebih sikit untuk barisan striker kita.

    Khalid Jamlus jangan hampakan penyokong2 Perak yang ada..mike malaysian/perak most ultimate striker right now!!!

    skor yob skor..perak 1-0 kedah

    Likes(0)Dislikes(0)
  6. ilorian

    Skor Yob Skor...
    Jom kite sama-sama beri semangat pada team kita...
    kalo ada live, teman nyokong depan tv jer....kalo takder..teman nyokong dari jauh jer....
    bile prk turun kl....baru ler ada can bertempik kat stadium...
    hehehehehe

    Likes(0)Dislikes(0)
  7. saiful

    InsyaAllah pertembungan berkualiti akan dapat disaksikan malam ni.

    Bagi Kedah, jika keadaan padang berada dalam keadaan yang cukup baik, InsyaAllah Kedah akan dapat mempamerkan kebolehan sebenar.

    Debaran dan kehangat semakin terasa. Sudah pasti penyokong Perak mahu dendam lalu ditebus secepat mungkin manakala Kedah pula harus mengorak lebih pantas ke hadapan kerana ketika ini pungutan mata pasukan pasukan dalam kelompok atas Liga Super tidak jauh berbeza.

    Perak pula nampaknya semakin serasi dengan tiga pemain import dari Chile yang juga rakan pemain import Kedah Nelson Sam Martin. Dapatlah kita lihat aksi rakan apabila bertarung di pihak berbeza.

    Saya jangkakan kehadiran penuh di Stadium Ipoh malam ini dan semoga ia menjadi satu persaingan sihat sekaligus memberi cahaya dalam kesuraman bolasepak Malaysia tatkala ini...

    Selamat Bertanding Dengan Penuh Semangat Kesukanan...

    Ramalan saya
    Kedah 3 Perak 1

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.