TM Liga Super – Perak Vs Kedah (result)

TM Liga Super
Sabtu 12 Jan 2008
Stadium Perak, Ipoh
8:45mlm

Perak 2 - 5 Kedah

Separuh Masa Pertama -

Minit 1:

Barisan Perak:

Nasril Nourdin

Azlan Zainal – Mario Berrios – Chan Wing Hoong

K. Nanthakumar

Danial Fadzly РAhmad Shahrul РJorge Mu̱oz РM.Noor Hazrul

Carlos Caceres – Khalid Jamlus


Minit 3: Gol pertama dijaringkan Khalid Jamlus hasil hantaran oleh Ahmad Shahrul dari tengah padang memperdayakan penjaga gol Kedah.

Minit 6: Kedah mendapat tendangan sudut dan ditanduk masuk oleh Khairil Muhaimeen lalu masuk untuk gol

Minit 14: Gol kedua Perak hasil rembatan Noor Hazrul hasil tendangan sudut yang ditanduk keluar oleh pertahanan Kedah.

Minit 17: Badrul Bahtiar menjaringkan gol penyamaan hasil hantaran cantik Nelson Sam Martin.

Minit 22: K. Nanthakumar menerima kad kuning kerana mengasari Nelson Sam Martin.

Minit 30: Nelson Sam Martin menerima kad kuning kerana mengasari Ahmad Shahrul Azhar. Bola banyak berlegar-legar di tengah padang dan tiada percubaan yang merbahaya dari kedua-dua pasukan.

Minit 35: Perak mendapat sepakan percuma di luar kotak penalti diminit namum sepakan Carlos Caceres terus ke penjaga gol Kedah.

Minit 40: Kedua-dua pasukan bermain secara berhati-hati sehingga tiada percubaan yang merbahaya dilakukan.

Minit 45: Tamat dengan kedudukan 2 – 2.

Tambahan masa: 1 minit

Ulasan: Permainan seimbang antara kedua-dua pasukan dengan Perak lebih kerap mengasak. Kedah lebih banyak bertahan sambil membuat serangan balas.

Separuh Masa Kedua

Minit 46: Percubaan dilakukan oleh Ahmad Shahrul terus keluar sebelah kiri pintu gol Kedah. Minit ke-48 Marlon Alex James hampir mendapatkan gol untuk Kedah namun berjaya dihalang oleh Azlan Zainal. 

Minit 51: Kad Merah dilayangkan kepada Khalid Jamlus apabila mengasari Nelson Sam Martin. 

Minit 54: Victor Andrag menerima kad kuning kerana mengasari Ahmad Shahrul Azhar. Perak mendapat sepakan percuma diluar kotak penalti namun Carlos Caceres menyepak terus dan terkena benteng pertahanan Kedah.

Minit 59: Gol ketiga Kedah dijaringkan oleh Marlon Alex James selepas berjaya memperdayakan Mario Berrios.

Minit 60: Perak membuat pertukaran apabila Hardi Jaafar menggantikan Danial Fadzly dan Kedah pula mengeluarkan Nelson Sam Martin untuk Sabree Abu.

Minit 68: Kedah menambah gol ke-4, apabila Marlon Alex James menampan bola masuk hasil hantaran Badrul Bakhtiar.

Minit 70: Jorge mendapat kad kuning kerana terjahan keras keatas Sabree Abu. Perak memasukkan Razali Umar menggantikan Azlan Zainal.

Minit 73: Saramsak Kram masuk menggantikan Marlon Alex James.

Minit 78: Tendangan liar dari Carlos Caceres walaupun menerima hantaran cantik didepan pintu gol Kedah dari Razali Umar. Hardi Jaafar menerima kad kuning kerana mengasari Badrul Bakhtiar.

Minit 81: V. Thirumurugan dikeluarkan untuk digantikan dengan Fazliata Taib oleh pasukan Kedah.

Minit 85: Pasukan Kedah mendapat gol ke-5 apabila Hasmawi Hasan mudah menyepak masuk penalti yang berpunca dari kekasaran yang dilakukan oleh K. Nanthakumar. 

Minit 90: Walaupun hanya berdepan penjaga gol Kedah, Carlos Caceres masih lagi gagal menjaringkan gol hasil kesilapan pertahanan Kedah, Bernard Hugging yang membuat hantaran kebelakang.

Tambahan masa:3 minit

Ulasan: Kedah berjaya memanafaatkan setiap peluang yang terhidang manakala pasukan Perak pula seakan kehilangan punca apabila Khalid Jamlus menerima kad merah. Bermain dengan 10 orang menentang pasukan Kedah bukanlah satu tugas mudah namun kekalahan besar ini sepatutnya mampu dielakkan jika Steve Darby bijak merencanakan strategi.

Keputusan Perlawanan Lain:

Selangor 4 – 1 PDRM
DPMM FC 1 – 1 Pahang
MyTeam 4 – 2 Perlis
N. Sembilan 2 - 1 P. Pinang
Johor FC 3 - 1 Sarawak

Nota: Pihak kami memohon maaf kerana tidak dapat menyiarkan ulasan ini secara langsung kerana masalah teknikal.

Likes(0)Dislikes(0)

20 thoughts on “TM Liga Super – Perak Vs Kedah (result)

  1. harryhot

    Selagi pihak pengurusan/jurulatih tidak peka tentang keupayaan/kelemahan/kekuatan pasukan Perak selagi itulah Perak tidak akan cemerlang dalam liga Malaysia.
    Sekian, terima kasih. Jumpa lagi di lain masa.

    Likes(0)Dislikes(0)
  2. azwanali

    Ape nak dikatenye.
    Pisang tak henti2 berbuahnye.
    2 live 2 klahnye
    Mane nak letak muke ni.
    Dah 2 kali tumpo nye.
    Jangan sampai Hatrik udoh le.

    Likes(0)Dislikes(0)
  3. me 109

    Budak2 main kotak,
    Main kotak berisi permata,
    Perak main tak pakai otak,
    Persembahan buruk tak terkata.
    Dua tiga kucing berlari,
    Mana nak sama si kucing belang,
    5-2 keputusan ngeri,
    Jangan salah penyokong naik berang.

    Likes(0)Dislikes(0)
  4. repasi

    sakit hati tgk import perak main..lawan kedah,khalid main umpama pemain import..sudah la darby ape gune disimpan lg player mcm tu..buang je tuka yg baru..local player perak lg bagus la dr import tu.lg lame disimpan lg ramai player tmptn angkat kaki season dpn..pengurusan perak pun patut dh tukar baru..singkirkn darby gantikn karathu baru perak lbh maju..darby lgsung xprofesional.dh kalah xnk mgaku kesalahan sendiri.lg nk berlagak dgn pnyokong perak..seluruh rakyat perak xnk tgk muke ko kt bumi bertuah ni lg.pegi ko nyah ko dr sini..btol xpuas hati dgn darby ni lps kalah dgn kedah dgn kuang ajarnye tnjuk isyarat lucah kt kami ni yg sntiasa mnyokong perak.die igt die sape.seda la diri sikit dtg negara org jgn bt mcm negara sendiri..ckp elok2 xbole ke?bkn kne bayar pun

    Likes(0)Dislikes(0)
  5. yatty_sg

    ni pandangan peribadi saya, mungkin ade yg setuju ade yg tak .. :-)

    perak tewas di tangan kedah 5-2, di atas kertas kedah menang besar tapi realiti nye, kedah tambah 3 jaringan hanya selepas KJ dibuang padang. dat showed yg kedah tak mampu mengatasi 11 pemain perak kerana de score was tied 2-2 at halftime ..
    nak salahkan KJ, 50-50 la pd saya .. tu memang foul but takleh nak nafikan, pressure on de field bleh membuatkan kita bertindak di luar jangkaan .. ape yg saya pelajari frm sports psychology di kolej, itu adelah antara punca seseorg tu dilayang kad merah .. mungkin KJ desperate nak dapatkan bola utk jaringkan goal, dia terkam je player kedah tu ..
    carlos was de weakest link, hampa benar saya tgk corak persembahan dia, defence pon tak mantap dan paling teruk, SD buat decison kurang tepat utk turunkan nasril sbg goalie.
    so bila KJ da kene sent-off, kedah pon da leading, mental strength para pemain pon jadi hambar ..
    penalty yg diperoleh kedah, tak sepatutnya diberikan pasal player kedah badrul bakhtiar (kalau tak silap saya), foul nye ke atas player perak tidak disadari linesman mahupon referee yg kurang awas pemandangan nya, mungkin perlukan spectacle ..
    dan referee memainkan peranan besar in a game, silap langkah, hancur segala .. ref tak pernah perfect, kita pon faham pasal dia manusia biasa tapi mereka selalu fikir yg mereka tu perfect ...

    but dats football, anythg can happen. dan yg slalu happen adelah yg kita tak jangka kan ..

    harapnye pasuka perak wil bounce frm defeat ni n look 4wd utk match akan dtg .. apepon, jatuh bangun perak, saya tetap support ..
    tapi pada saya kalau kita setakat support team tu bila menang atau top je, bukan peminat setia tu, tu saya panggil peminat glamer ...

    :-) jaga diri semua

    Likes(0)Dislikes(0)
  6. yatty_sg

    maaf kalau saya mencelah,

    utk repasi, darby bertindak kasar org nampak, tapi peminat bertindak kasar ataupon lucah terhadap darby, awak nampak tak?
    walau saya jarang2 tgk live di stdm tapi 3 ke 4 kali yg saya dtg tu, memang takleh kata apela kalau darby buat mcm tu, dah dia pon kene dgn peminat perak ..
    tukar pengurusan blom tau bleh jamin kejuaraan mahupon improvement ..
    dan darby sendiri mengaku yg dia takleh salahkan sape2 atas kekalahn dgn kedah tu kerana dia yg pilih team, sape yg turun 1st 11, so jadi dia akur dgn mistake dia kan .. awak tak dgr ke ape dia kata selepas match lwn kedah tu?

    seperkara lagi, bukan hnya di perak atau msia, di mana2 la, bila team tu kalah, teruk coach dihamun, dimarah.. tapi jarang2 saya dgr seseorg coach tu dipuji bila team bimbingannya menang ...

    adil ke kita?

    hidup kene berdiplomasi ..

    Likes(0)Dislikes(0)
  7. repasi

    btol yaty kite kne setia dgn pasukan tp darby ni truk sikit.kami yg dtg tgk training perak nk bg pndapat pun kne maki dgn die..lgsung xnk dgr pndapat pnyokong..bt latihan tetutup kononnye berlaku kecurian,pada hal xmo bg peminat tgk cr latihan die..training ape sehari sejam?patut la pemain cpt penat.stamina kurang.disiplin pemain pun kurang.training start kul 9 pukul 9.30 ade yg baru sampai.lari2 kejap kul 10 dh abis.. ngeri tgk cr latihan darby..training utk set piece lgsung xde pada hal itu bole jd aset bergune utk pasukan..pengurusan mcm ni bt lg ramai player kelua dr pasukan utk season akn dtg..jgn marah indra kalo xbalik perak.die mmg nk balik thn ni tp terbantut sebab pengurusan perak xtelus m'jlnkn tanggungjawap.utamakn duit utk poket sendiri..skuad presiden kte yg juara tu pun sumenye blah pasal coachnye kne cantas..tggal la belia yg kaku kt tgh padang main utk perak..ntah la,ape nk jd dgn team ni..ngeri bile pk2 ape akn jd dgn team perak mase akn dtg nnt

    Likes(0)Dislikes(0)
  8. yatty_sg

    pasal training tu takleh nak kata ape lagi, saya agree sgt dgn awak .. kelemahan darby sejak kat spore lagi ... training tak sampai sejam da bertabur players .. kalau dia tgk da ramai fan dtg tgk training, dia kunci gate stdm tak kasi tgk ..

    import players perak tak berapa mengancam la ... yg lama lebih elok dr ni .. gini la akibat salah pilih pemain ..

    Likes(0)Dislikes(0)
  9. webmaster Post author

    Posting yatty_sg telah dipinda kerana mengandungi unsur perkataan yang tidak kami galakkan disini iaitu:

    "Saya masih baru disini"

    Disini tiada istilah 'Senior' / 'Junior' atau 'Baru' / 'Lama'. :-)Semua forumer akan dilayan sama rata secara adil dan saksama serta bebas meluahkan apa yang difikirkan sesuai.

    Sebarang komen akan dinilai tahap kebenarannya berpandukan maklumat yang kami sedia maklum. Anda dibenarkan untuk membuat kritikan yang pedas kepada pihak pengurusan tetapi tidak kepada pengurusan dan penyokong pihak lawan.

    Seladang E-Fan Soccer Club - satu platform untuk penyokong, peminat bolasepak negeri perak berkongsi maklumat dan memberi pandangan bernas serta kritikan tentang pencapaian, prestasi pasukan bolasepak Perak. Kami ingin menjalinkan satu hubungan baik sesama rakan kelab penyokong lain. Bukan dengan menyalakan api perbalahan jika punca masalahnya adalah kesilapan kita sendiri.

    Terima Kasih
    admin

    Victory belongs to the most persevering.
    Napoleon Bonaparte

    Likes(0)Dislikes(0)
  10. kundang

    kalah lg team perak kite.malu beno nengok team perak teman kene ayam dpn crow sendri..perak nyer fan mmg xpyh ckp la,mmg idup mati ngan bola nie.deme ckup syg team perak nie..dh 2x live,main home klh!!aper crite team kite nie.import ceceras tu mmg sgt xbgs,razali kandasamy lg bgs kot..xder lngsg killer insting,ngape ler si SD tu amik main..Sd gak bior bebeno ckit,training la team elok2..ckp byk pompam2,team sndri kene ayam..MALU!!!!!klh sajer ngan kedah.mmg team kdh bgs,tp bknnyer xboleh klh.team kdh,coach,manager,player,sume traing untuk mng..tp team perak,ermmmnth ler traning pun jgn xdtg jer..player lak ikut kpaler msg2..SD lak.lgsg xnk nengor ckp fan lngsg,ngalahkn die hebt bebeno..ni last season r SD kt perak ni...meluat aku...arap2 prk team will come back with winning momentum starting game with perlis...boleh bkn xboleh team perak kte nie...idup yeop!!!!!!

    Likes(0)Dislikes(0)
  11. Raul hashim

    relax le yob2 semua. team kt akn bangkit nt. perak cuba bg 2 peluang lg kt carlos tu. kalo x ok jgk, br perak buang si carlos tu. jgn risau le yer. teman cdg srh perak ambl baichung jer. dia pun ok jgk. lg st tengah tu perak ambl ler seorang lg import. xpun xpyh ambl. mantapkan pertahanan jer. st persoalan teman knp hamsani xmain lwn kdh. sd mcm xtau jer nasril bla lwn kdh mst xconfident jer.

    Likes(0)Dislikes(0)
  12. abgcho

    ntah le.bg awok plk.mlm tu prk men ok tp kdah leh bid psai mistake2 kite. kite bukannye lwn tim cap aym....aku akui, prk n kdah same2 kut.men mmg leh kate menghiburkn.......caceras 2 chances wajib gol die xleh nk buboh...siyesly kalu bg sesape pn insyaAllah leh gol pnye.........ni dah khalid kne kad merah........abeh le.....kite juz ade 3 striker.khalid xde utk 2gem.........nk arap razali die ni mude......lg pn die akan byk bg bola pas die masuk kotak penalti coz speed die ni ade...........gem ngn perlis seri pn dah ckup..........pde awok.caceras ni mmg xde instict.dah le xpnh try.......xde speed n xleh boh goll................stakat penalti sesape leh ambik.................

    Likes(0)Dislikes(0)
  13. kundang

    nk relax aper lg yeop,dh nmpk dpn mate,bak kate pepatah,terang lg bersuluh..ceceras tu mmg xbgs.xde yg hbt dia dr local player..import mst lg bgs dr local.import mst ade sumtin special.ni,bola dpn mate pun xleh buh gol srtiker import aper tu.rugi duit yeop2 kite jer dtg support g stdium.

    game ngan prlis ni,tumpo la kalo mario yg lmbp tu nk jge chipeta.chipeta nyer sliding bola pastu turning,sedo2 bola dh msuk gol.mario?lengai jer jer kojenyer.striker?mmm,nth ler..xtau ler..dpt sebiji pun dh kuat.abh cmner nk mng,defend sng2 org leh masuk,striker xleh buh gol...jwbnyer jgn kne 5-0 plk dh la.perlisteam kuat gak.sama sttdr ngan kdh...SD?xabh2biout xnk dng ckp fan..alahai team perakku...tumpo nahan openen score ngope ni jwbnyer...

    Likes(0)Dislikes(0)
  14. Raul hashim

    teman tau kundang awk xpuas hati. tp jgn ikt perasaan sgt. kt sbgai penyokong setia kna sntiasa ada dengan player kt xkira menang ke kalah. teman tau perasaan mike mcmane. teman pun geram tp bla pk balik kt kna bg peluang lg kt team kt. lgpun bnyk team blm btl2 konsisten. tgk selangor lps kna belasah dgn kdh terus bangkit. kt pun hrp perak pun mcmtu jgk. teman tau kundang syg team ni tp kt kna sabo ler y. yg penting game lwn pahang kt trn stdm bg sokongan.

    Likes(0)Dislikes(0)
  15. Yob Utara

    Teman sehari dua ni ada nengok kome semua posting, geram,sakit hati tah le tak terkata rasanya..dua kesilapan besar yg Steve buat mlm tu ialah lambat masukan Razali walau tau Khalid dah red kad..pastu bagi Nasril jadi keeper.

    Sebagai coach dia tak mengkaji ke setahap mana permainan Nasril? bukanlah nak kata Nasril tak bagus..cuma bila lawan Kedah Nasril nampak gabra sangat. Dari tahun lepas lagi masa liga sampai final piala malaysia. Asal Marlon dapat bola dia mesti mengelupor.

    Steve tak belajor ke semua ni?

    entahlah kome...teman dah kelu ni

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.