TM Liga Super – PDRM Vs Perak (review)

TM Liga Super
Sabtu 26 Jan 2008
Stadium Majlis Perbandaran, Selayang
8:45PM

Perlawanan ke-10 skuad Perak ialah bertemu dengan PDRM di gelanggang lawan iaitu di Stadium Majlis Perbandaran, Selayang. Skuad Skor Yob Skor berjaya menewaskan skuad Tok Gajah iaitu Pahang di halaman sendiri minggu lalu dengan jaringan 2 gol berbalas 1 dan akan mendapat semula khidmat penyerangnya Khalid Jamlus pada perlawanan ini nanti.

Pasukan PDRM pula pasti cuba bangkit pada pertemuan ini selepas mengalami kekalahan mengejut kepada My Team FC dengan keputusan 2 gol tanpa balas di Stadium MBPJ, Kelana Jaya. PDRM dijangka akan menurunkan penyerang baru mereka dari Singapura iaitu Mohd Noh Alam Shah yang akan menguatkan barisan serangan bersama penyerang dari Kenya, Hillary Echesa.

Kehadiran Mohd Noh Alam Shah ke PDRM adalah kerana beliau sedang menjalani penggantungan setahun di Singapura kerana bergaduh sewaktu beraksi bersama Tampines Rovers pada perlawanan akhir Singapore Cup 2007 menentang pasukan SAFFC.

Seharusnya situasi ini tidak dipandang ringan oleh pengendali skuad Perak kerana skuad PDRM sekarang bukanlah seperti yang pernah dihadapi suatu masa dahulu. Dengan barisan pertahanan Perak yang sedikit longgar akhir-akhir ini, penulis melihat perlunya dirancang permainan yang berteraskan pertahanan sambil menyerang balas sewaktu menentang PDRM nanti.

Dengan sistem formasi 3 pertahanan, penulis melihat akan wujud kepincangan pada bahagian sayap pertahanan kerana lazimnya mereka akan diarahkan untuk naik ke atas membantu bahagian serangan.

Kelibat Azlan Zainal dan Chan Wing Hoong pasti kerap naik keatas untuk membantu bahagian serangan dan ini bakal dilihat sebagai malapetaka besar kerana sudah pasti memudahkan tugas kedua-dua penyerang PDRM yang pantas ini mencuri peluang untuk menjaringkan gol.

Walaupun begitu sedikit kelegaan mungkin dirasai oleh penyokong bolasepak Perak kerana kehadiran semula Khalid Jamlus dibahagian serangan Perak. Namun apa yang membosankan penulis ialah kelibat pemain import penyerang “TERSOHOR” skuad seladang yang tidak perlu diperkenalkan lagi, bakal menjadi pembunuh semangat pemain lain dengan aksi longlainya.

Walaupun beliau telah menjaringkan 2 gol untuk memberikan kemenangan kepada pasukan Perak tempohari, penulis tetap jelak dengan aksinya yang sering mensia-siakan peluang yang sepatutnya mampu diterjemahkan menjadi gol.

Penulis lebih percaya kepada barisan 100% anak tempatan dan berkeyakinan mereka mampu menjalankan tugas dengan baik.

Barisan Pilihan Penulis:

Hamsani Ahmad

Azlan Zainal - K. Nanthakumar – Khairi Zainudin

S. Subramaniam

Shahrulnizam - Mohd. Noor Hazrul - Hardi Jaafar – Danial Fadzly

Khalid Jamlus - Razali Umar

 

Nota: Jika Hamsani Ahmad tidak dapat beraksi kerana masalah kecederaan, penulis memilih Kamarul Effandy sebagai pengganti beliau.

Penulis meramalkan keputusan seri sudah memadai namun jika berjaya untuk menang tipis sekalipun itu sudah dikira sebagai bonus buat penyokong pasukan Perak nanti.

Nota: Perlawanan ini akan mendapat lintas langsung oleh crew yang bertugas.

YB Corner

Likes(0)Dislikes(0)

12 thoughts on “TM Liga Super – PDRM Vs Perak (review)

  1. mika

    SAYA SOKONG BARISAN PEMAIN TEMPATAN YANG ADA BAGI MENGGALAS CABARAN BERTEMU PDRM DI SELAYANG NANTI... PEMAIN IMPORT YANG ADA SANGAT LEMBEK..HANTARAN LEMAH DAN SERING TAK TEPAT, PELUANG GOL YG ADA BANYAK DI SIA-SIAKAN... PATUT KA BOLE JADI PEMAIN IMPORT YG PRO...???

    SO.... KEPADA PEMAIN TEMPATAN.. PASUKAN PERAK...BUKTIKAN ANDA YG TERBAIK. BERMAIN DGN PENUH SEMANGAT BERPASUKAN. KEJOR YOB KEJOR.................

    Likes(0)Dislikes(0)
  2. zul4all

    barisan pemain tempatan kita adalah antara yg plg bagus dlm liga.....namun teman ghase mario barrios masih relevan dengan kekuatan fizikal serta ketahanan mental.....manakala munoz masih kurang konsisten tp pemain yg saya kagumi kerana kerajinannye serta kekuatan fizikal

    manakala striker caceres sdh menjaringkan 4 gol, perlu diberi peluang....kite perlu bersikap relevan dan profesional kerana ramai pemain bertaraf dunia pun gagal memberi impak yg berkesan apabila beraksi dengan pasukan baru...cth shevchenko, ballack....yg paling jelas alberto luque yg merupakan bintang di spain, bila tiba di newcastle, langsung tidak menunjukkan aksinya sbg seorang bintang....begitu juga dgn alberto gilardino yg dibeli mahal oleh milan, khalid boularouz yang dilabel antara pertahanan paling kental di liga jerman....bila tiba di chelsea, apa sudah jadi???

    rekod 4 gol dr 7 game mmg baik....tp corak permainannya tidak melambangkan status import...

    jelasnye, S.D tidak boleh dipecat sewenang2nya oleh PAFA....PAFA akan menanggung kos melepas yg tinggi...sikap peyokong lebih menyedihkan.....jelas mentaliti kelas ketiga.....lihatla jumlah kedatangan penyokong ke perlawanan lwn pahang....sokongan penyokong amat diharapkan walau dalam apa situasi pun....w/pun S.D, datuk Don, atau 3 chile dipecat, pasukan masih ade dan tidak disingkir dr liga.....peranan penyokong amat penting....kelab penyokong perak tidak layak bergelar status kelab pnyokong terbaik liga sperti thn lepas jika sikap sebegini diteruskan.....kritikan konstruktif diperlukan bukan herdikan menjatuhkan moral pasukan....lihat pasukan liverpool yg skrg sudah bermasalah.....

    Likes(0)Dislikes(0)
  3. dato

    Apa pun bagi saya janganlah menyalahkan pemain import, jurulatih dan pengurusan..sepatutnya kita sebagai peminat setia haruslah memberi semangat walaupun kalah..kita lihat BPL sebagai contoh..walaupun pasukan mereka kalah tetapi tepukan gemuruh tetap diberikan..saya bukanlah hendakkan pasukan kita kalah namun kita sebagai peminat setia hendaklah sanggup senang dan susah bersama..bukanya senang gembira dan susah tak mahu bersama..inikah yang dinamakan peminat setia..saya tetap memuji segelintir peminat yang tetap setia dengan pasukan perak..saya berasa sedih jika pasukan kita kalah..namun saya sebagai peminat tetap bersabar ini bukan masa kita..bila tiba masanya nanti saya pasti pasukan kita akan kembali berada dicarta atas liga..kita sebagai peminat harus ingat ada masa kita dibawah dan ada masa kita diatas..inilah ujian pada pasukan dan fan kita..anggaplah ada rahmat disebaliknya..pada perlawanan dengan PDRM nanti saya berharap pemain perak bijak memanfaatkan peluang yang terhidang..gunakan kebijaksanaan untuk menjaringkan gol..janganlah mementingkan diri sendiri sebaliknya bekerjasamalah dalam satu pasukan..bukan nama yang diperlukan tapi kemenangan..tidak kiralah sapa yang menjaringkan gol..yang penting pasukan kita menang....jika kemenangan dikecapi selalu sudah pasti pasukan kita menerajui liga..saya bersetuju sangat dengan pandangan zul4all..peminat setia perak buktikanlah anda yang terbaik..

    Likes(0)Dislikes(0)
  4. dinobranco

    saya kurang bersetuju dengan pendapat yob zul4all dan yob dato...
    masalah yang dihadapi sekarang sepatutnya tidak timbul jika pengendali perak SD berfikiran terbuka dan menerima pendapat dan pandangan pihak lain,khasnya peminat setia perak...
    masalah taktikal pemainan dan pemilihan pemain import ini jelas kurang berkesan.Lantas,penyokong setia perak bangun menyuarakan pendapat bernas,namun tidak diendahkannya...
    contoh:
    1.Ketiadaan Penyerang
    Seperti yang kita tahu,perak sebenarnya telah menyenaraikan 4 penyerang...khalid,carlos,razali dan fakri..namun fakri telah ke skuad Harimau Muda atas arahan FAM..
    SD sepatutnya mencari 1 lagi penyerang sebagai back up jika terjadi apa-apa kepada penyerang.contohnya khalid,kena kad merah..carlos dan razali bertindak sebagai penyerang,jika salah seorang lagi cedera atau pun kena gantung,takkanlah perak nak harapkan hanya pada seorang penyerang...
    itu sebab,penyokong minta SD cuba mencari seorang lagi penyerang.Dalam senarai pemain yang kita ada,Md Noor Ismail salah satu calon yang boleh di asah untuk dijadikan penyerang..memang dia tidaklah sebagus Khalid mahupun Razali,namun jika dia dapat memainkan peranan mengumpan untuk kengkwn yang lain,itu sudah cukup bagus...Sama level dengan Caceras..
    2. Taktikal 3-5-2
    Setahu saya,taktikal ini sering digunakan di negara-negara amerika latin..corak samba..dimana midfield berperanan menjadi pertahanan...namun yang kita lihat,hanya formasi 3-5-2 namun corak permainannya menjurus 442...long ball atau hantaran jauh ini banyak dimainkan dinegara-negara eropah yang saiz fizikal playernya tinggi dan mampu menanduk hantaran-hantaran lintang.Di malaysia,fizikal player jauh lebih rendah dan hantaran merapu aje..

    Peminat lebih suka corak permainan 1 touch yang pernah diperkenalkan oleh Tony netto mahupun taktikal total football yang dipertengahkan oleh weigang....
    namun,perlu ada kepelbagaian taktikal dalam permainan.bukannya kita dijamukan dengan taktikal yang sama setiap minggu...peminta pun daqh tau corak permainan perak,inikan pula jurulatih-jurulatih lain yang jauh lebih berpengalaman...

    apa-apa pun...saya selaku pminat dan penyokong bolasepak perak tetap berdiri teguh dibelakang pasukan!!!
    Hidup Perak!!!!
    KEJOR YOB KEJOR!!!!!!

    Likes(0)Dislikes(0)
  5. Yob Utara

    Sepanjang teman mengikuti web seladang ni, topik ni yang paling banyak sekali komen yang mantap2. Tiap2 orang ada pendapat yang berbeza.

    Pada pendapat teman, fans Perak memang demanding. Sesuai dengan status team kita yang dilabel paling konsisten dalam liga walaupun kurang sangat nak menang apa piala pun. Ramai yang risau bila tengok kita ada 3 striker saja, bila Khalid kena gantung atau cedera..masalah mula timbul. Segala tembelang pun keluar tentang kepincangan team kita. Import dari Chile teman memang undi buang saja, peluang yang bertimbun depan mata selalu sangat dia lepaskan. Kalau Khalid dulu pun teruk kena maki hamun dengan sebab yang sama, kenapa kita kena bersabar dengan pemain import?

    Taktikal Steve memainkan peranan separuh kegagalan pada serangan Perak dan ditambah dengan striker chile yang gopoh tu. Kalau dah depan mata pun tak mampu skor apa kena mengena dengan ungkapan serasi? Kieta dulu kalau tak salah teman game kedua dia main pun dah start skor gol, walhal dia pemain tengah saja. Lepas tu Netto tukar dia main striker lepas ada fans yang advice dia dan team kita masa tu pun ketandusan striker yang bagus.

    Kieta yang terkenal dengan fighting spirit yang kuat hampir tak pernah cedera pun dan tak main hanya bila kutip 3 kad kuning. Masa tu memang cempera striker kita bila nak harap Surendran dengan Mohd Nor kat depan. Sampai bila nak harap Khalid jadi savior untuk team kita? Kalau jadi apa2 kat Khalid sapa yang kita nak harapkan? Sokong tetap sokong cuma Steve tak pegang pepatah "prevention is better then cure" dia masih nak harap Khalid boleh settlekan semua masalah serangan Perak.

    Tunggulah kalau Khalid dan Razali serentak tak boleh main pasal kena gantung atau cedera..apa agaknya jadi pada team kita..memang teruklah kena nanti.

    Likes(0)Dislikes(0)
  6. dinobranco

    jadi ler mcm game dgn pahang ari tu...bila SD simpan razali ngan caceras....daniel ngan hardi jadi striker...nantha jadi attacking midfield...hehehe....
    kome kena ingat,nantha dulu pernah diletakkan jadi striker time weigang dulu kalo tak silap aku...hehehhe..
    melambung-lambung bola dibuatnyer...hehhehehehe...

    Likes(0)Dislikes(0)
  7. yatty_sg

    saya amat setuju dgn comments yg kedua & ketiga .. saya suka pemikiran sebegitu.

    memang saya tak nafikan, ade kalanye saya pon lost hope dgn SD & import nye yg terBAIK tu, tapi dlm masa sama juga saya fikir, jika perak FA gugurkan SD bersama import2 nye sekali, ade jaminan ke yg perak will perform better dr skrg ni?

    ni cuma pandangan ikhlas, dan saya akan selalu support perak, peminat setia! saya selalu harapkan yg terbaik buat team perak ..

    tak sabar nak tgk match perak kat stadium lagi, insya Allah bulan februari (pusingan kedua), saya akan dpt menyaksikan LIVE di Msia ..

    Likes(0)Dislikes(0)
  8. asraf

    yattysg...teman rase kalu ada bajet elok buang je import yg ada tu,tapi kot nanti jadi beban pada perakfa nak bayor pampasan...kaco juge.jadi kalu terpakse nak gune juge deme biorle yg terakhir tahun ni..pehtu campak je kelaut.menang ke tidak apa piala tahun ni pun,sd pade teman dah tak relevan lagi..tamat cite tutup buku...

    Likes(0)Dislikes(0)
  9. zul4all

    Semua pandangan mmg bagus...ada pro dan kontra....yang pasti kita semua mahukan kejayaan untuk pasukan yob kite...

    smmgnye corak 3-5-2 sdh menampkkan kehausan idea s.darby dalam merangka strategi untuk pasukan perak, namun komitmen dan karekter pemain adalah yg paling utama untuk mana-mana pasukan. namun begitu, nampaknya penyokong perak hanya nampak jelas kesalahan S.D. Bagaimana pula dengan kesilapan yang dilakukan oleh para pemain itu sndiri. Cth, kekalahan kepada kedah, kad merah khalid, kelemahan penyudah caceres, kurang tumpuan nasril di gawang adalah penyebab utama....manakala 1 penalti dihadiahkan oleh nantha menjadikan kejadian lebih buruk....kalah kepada perlis pula hasil 2 gol yg mana gerakan menjaringkan gol diilhamkan oleh pemain kite sendiri - hamsani dan chan wing hoong....sekali lagi coach menjadi mangsa. klu macam ni letak mourinho pun teruk kene maki. mmg S.D wajar dikritik ...segala sudut perlu pembaikan....menyalahkan 1-1 pihak sahaja tidak cukup, semua pihak perlukan perubahan kearah peningkatan termasuk penyokong itu sendiri..

    Likes(0)Dislikes(0)
  10. me 109

    teman akan ke Stadium Selayang mlm besok.Teman rasa SD akan menggunakan taktik yg sama bila menentang dgn Perlis dulu.PDRM mempunyai penyerang berbisa iaitu Mohd Noh Alam Shah dari S`pore tu.Teman lebih gemar jika Perak play with an attacking formation, mcm main di tempat sendiri.Tak guna main secara bertahan.Hancur nanti.Ambil kesempatan dgn kelemahan pertahanan PDRM.
    TQ....akan bersambung....

    Likes(0)Dislikes(0)
  11. ilorian

    salam untuk semua,
    teman ke stadium malam ni & tgk camne team main mlm ni.
    menang kalah mmg adat permainan...kalau menang main tak syok, tak besssst gak,klah tapi main bagus-teman pueh hati...
    yang penting, setiap permainan mesti ada kualiti..Kualiti yang macamana kita mahukan? Adakah SDmampu utk menrealisasikannya?
    Teman tetap menyokong walau siapa coach kita...tapi beliau mesti ada vision yang sama vision dgn kita.

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.