TM Liga Super – PDRM Vs Perak (result)

TM Liga Super
Sabtu 26 Jan 2008
Stadium Majlis Perbandaran, Selayang
8:45mlm

PDRM  0 - 6  Perak

Separuh Masa Pertama -

PDRM vs Perak

Minit 1:

Barisan Perak:

Hamsani Ahmad

Azlan Zainal – Mario Berrios – Chan Wing Hoong

Hardi Jaafar

Shahrulnizam - Ahmad Shahrul - Jorge Muñoz – Noor Hazrul

Carlos Caceres – Khalid Jamlus


Minit 5: Pasukan PDRM memulakan aksi sepak mula dan ketika ini pasukan Perak sedang mengasak pasukan PDRM.

Minit 10: Perak terlepas peluang untuk menjaringkan gol apabila bola yang dilorongkan oleh Nor Hazrul gagal dibaca oleh Ahmad Shahrul di depan pintu gol PDRM.

Minit 15: Khalid Jamlus gagal menjaringkan gol apabila tandukannya meliar walaupun gawang gol lawan telah pun terbuka. Gerakan yang berpunca dari sepakan percuma dari jarak 25meter yang diambil oleh Hardi Jaafar.

Minit 16: Gol pertama Perak hasil jaringan Khalid Jamlus yang menerima hantaran cantik dari tengah oleh Ahmad Shahrul.

Minit 20: PDRM ketika ini cuba untuk mengasak kekubu pasukan Perak namun segalanya nampak tidak menjadi buat masa ini.

Minit 25: Percubaan jarak jauh oleh Carlos Caceres berjaya ditangkap kemas oleh penjaga gol PDRM, Abdul Rahman Ibrahim.

Minit 30: Hantaran cantik dari Khalid Jamlus berjaya ditanduk oleh Carlos Caceres namun terkena sisi palang dan melantun keluar.

Minit 35: PDRM nyaris berjaya mendapatkan gol pertama mereka apabila kesilapan Jorge Munoz yang menghantar bola ke belakang tapi mujurlah Hamsani Ahmad bertindak cemerlang menangkis bola keluar. Carlos Caceres sekali lagi melepaskan peluang menambah gol pasukan Perak apabila gagal menjaringkan gol walaupun berdepan dengan penjaga gol lawan sahaja.

Minit 40: Satu rembatan kencang Shahrulnizam dari luar kotak penalti hampir lagi menghasilkan gol apabila ianya terlucut dari dakapan penjaga gol PDRM namun tiada siapa disitu untuk membuat tindakan susulan.

Minit 44: Khalid Jamlus menambah gol kedua pasukan Perak hasil tandukan di depan pintu gol PDRM.

Tambahan masa: 1 minit

Ulasan: Kehadiran Khalid Jamlus benar-benar menambahkan ketajaman barisan serangan Perak manakala aksi penyerang import dari Chile, Carlos Caceres tetap longlai dan banyak melepaskan peluang untuk menjaringkan gol buat pasukan Perak. PDRM pula gagal untuk menghadirkan ancaman merbahaya kepada gawang pasukan Perak apabila penyerangnya Hillary Echesa tidak diturunkan.

Separuh Masa Kedua

Minit 47: Carlos Caceres berjaya menjaringkan gol ketiga Perak hasil gerakan solo dari tengah padang yang mengelirukan pertahanan lawan dan menyepak masuk mudah menewaskan penjaga gol PDRM. 

Minit 55: Sepakan percuma oleh Jorge Munoz diluar kotak penalti PDRM sedikit tinggi melepasi palang gol.

Minit 60: Tendangan percuma dari Hardi melencong dibucu pintu gol PDRM. Azlan Zainal menerima kad kuning pertama Perak kerana mengasari pemain lawan. Chan Wing Hoong dikeluarkan dengan memasukkan S. Subramaniam.

Minit 65: Pemain PDRM, V. Saysupalan dilayangkan kad merah setelah bertindak ganas keatas Khalid Jamlus.

Minit 70: Wan Abu Yazid masuk menggantikan Nor Hazrul. PDRM ketika ini mulai mengasak kekubu Perak namun barisan serangan mereka masih lagi buntu.

Minit 71: Hardi Jaafar merembat kencang dari jarak 25 meter melepasi jangkauan penjaga gol PDRM hasil hantaran Khalid Jamlus untuk gol ke-4 Perak.

Minit 75: Pasukan Perak membuat pertukaran terakhir dengan mengeluarkan Khalid Jamlus dan memasukkan Danial Fadly.

Minit 80: Perak ketika ini lebih banyak mengasak dengan rembatan Ahmad Shahrul sedikit terkeluar disebelah kiri pintu gol lawan.

Minit 85: Bola lebih banyak berlegar-legar ditengah padang dengan pasukan PDRM nampaknya mulai kehilangan semangat untuk melawan.

Minit 90: Danial Fadly berpeluang untuk menghasilkan gol namun beliau telah pun offside.

Minit 90+1: Wan Abu Yazid berjaya menanduk masuk hantaran lintang dari Azlan Zainal dari tengah padang permainan untuk gol ke-5.

Minit 90+2: Carlos Caceres menambahkan gol Perak hasil gerakan solo yang mudah
melepasi seorang pertahanan PDRM dan meloloskan bola melepasi penjaga gol PDRM.

Tambahan masa: 2 minit

Ulasan: Secara keseluruhan permainan Perak malam ini baik ditambah dengan kehadiran penyerang utamanya Khalid Jamlus walaupun beliau telah dikeluarkan pada penghujung babak kedua. Jika hendak dikira peluang yang terhidang pasukan Perak seharusnya mampu untuk menang lebih besar namun banyak peluang disia-siakan oleh Carlos Caceres.

Keputusan Perlawanan Lain:

Kedah 2- 0 Sarawak
Perlis 3 – 1 Johor FC
Pahang 2 – 2 Negeri Sembilan
Terengganu 3 – 1 My Team FC
Selangor 2 – 1 DPMM FC

Likes(0)Dislikes(0)

14 thoughts on “TM Liga Super – PDRM Vs Perak (result)

  1. fiv_zal

    perak tetap gah...
    cayoo la perak...
    steve darby are da best...
    ball control yg menarik,game yg laju...
    kalau d'ikutkn, lebih 10 gol boleh trhasil..

    Likes(0)Dislikes(0)
  2. me 109

    Tahniah,YOP.tapi banyak lagi kelemahan yang perlu di perbaiki,terutama Carlos yg banyak peluang utk skor.PDRM nyata bukan lwn PERAK mlm ni.Defens deme bercelaru,midfield langsung le.Teman kdg2 simpati juge dgn si Carlos tu.Lepas game,berdoa panjang dia.Mungkin takut kene buang kot.Persembahan Yazid ada peningkatan.Harap PERAK ketengahkan lagi pemain2 muda mcm tu demi masa depan team YOP.Teman tak tau le kalau pemain PERAK ikut arahan SD,tapi skali skala nampak kemas game PERAK bila main short passing jika dibandingkan bila bermain long pass.SD harusnye sedar tentang ni.Teman rase pemain PERAK secara keselurohan lebih serasi dgn corak permainan short passing.Terutama skali pemain tempatan.Pemain Chili tu lagi le,kan deme memang dok main short passing je kat kampung deme.Mental pasukan YOP pun boleh tahan juge bila di uji pemain PDRM.Harap2 gitu le bile lwn team yg lebih `mengancam` seperti T`ganu,S`gor....lwn PERAK Selasa ni dan minggu depan,respectively.T`ganu adalah ujian besar PERAK.Perlawanan itu akan menjadi ukuran sebenor kebangkitan pasukan YOP.Kite lihat minggu depan.Harap2 PERAK buktikan yg game mlm ni bukan nye `fluke`.
    Skali lagi tahniah YOP,teruskan perjuangan....KEJOR YOP SKOR.....HIDUP PERAK!!!

    Likes(0)Dislikes(0)
  3. Dr Kampung aka Bomoh

    Teman ucapkan tahniah pada Yob-yob semua kerana berjaya bangkit walaupun dikritik hebat. To all kipas susah mati (die hard fan) jangan ler sokong biler menang jer. Kiter ni meghupekan pemain ke 12 sebenornye.. Tanpa kiter x meriah pasukan kiter.. Pertahankan maruah pasukan Perak.. To Khalid, wish you all the best.. Hidup Yoooobb!!

    Likes(0)Dislikes(0)
  4. saiful

    Tahniah, mulanya saya ingatkan 4-0 ja. Rupa-rupanya 6-0. Hmmm... Nampaknya PDRM sudah semakin merasai perit getir di Liga Super... Apa pun perjalanan liga masih panjang walaupun sudah semakin hampir mengetuk Pintu Pusingan Kedua.

    Likes(0)Dislikes(0)
  5. putra8878

    Tahniah buat team perak..mcm biasele..kna krotik kaw2 dulu bru dema jd semangat..import kite tu tetap gak xmemuaskan ati..nasib baik pdrm xdpt turunkan 2 stiker deme tu..noh alam shah&henry.arap2 game dgn ganu ari rabu ni perak menang lg le ye yob...

    Likes(0)Dislikes(0)
  6. asraf

    menang beso kite yob,patut bole menang 10gol kalu si CC tu tak membazirkan peluang...khalid cam biase le..menakjubkan..tunggu game ngan ganu camne..bole ke tak bole menang lagi

    Likes(0)Dislikes(0)
  7. dinobranco

    game dgn terengganu ni,dapat draw pun dah kire bagus...aku jangka perak menang 2-1...tapi make sure,defend tak buat careless mistake..tapi aku yakin,kalo subra main,defend kita mantap.permainan subra memang bagus,rajin....
    credit to carlos,sebab dah boleh buat gol...memang ler dia banyak buat silap,tapi kalo dalam 10 try,masuk 1...kira ok ler tu..hehehe..

    Likes(0)Dislikes(0)
  8. achoy

    tahniah perak . tahniah khalid , caceres dan yazid. semua dalam pasukan jugak. u all the best. jadikan ini turning point buat perak. buktikan pada kami anda boleh lakukan pada perlawanan dengan terengganu nanti. pastikan jugak selangor (red giant) lauk buat perak. buktikan pada indra dan surendran anda mampu tanpa mereka. kpbp lembah klang teruskan sokongan.skor yop skor.

    Likes(0)Dislikes(0)
  9. Yob Utara

    Syukur kita menang lagi, berkat adanya Khalid dalam serangan kita memang terbukti mantap. Dua gol awal dari Khalid pastinya membunuh semangat juang pemain Polis. Lepas ni lawan kita Terengganu yang cukup liat untuk dikalahkan.

    Likes(0)Dislikes(0)
  10. yatty_sg

    tahniah perak, moga di match akan dtg akan terus la beroleh kemenangan mcm ni .. khalid memang hebat! mengancam dan tajam ..
    akhirnye, perak played as a team, dan berjaya. kejayaan tu diperoleh atas kerja keras dari semua pihak; players dan coach. well done!
    CC scored malam tu walau dia ade miss few chances, tapi kita sebagai fan, bersyukurla, at least dia tak sesiakan peluang 2 biji yg dia sumbat tu .. kadang2 fans ni susahla nak puaskan hati mereka, tak score dimarahinye, dah score pon kene jugak, pasal tak cukup 2 yg di score CC tu .. at least ther r 2 goals 2 show rather than nothing ,,

    all de best perak in upcoming games ..

    Likes(0)Dislikes(0)
  11. mar_ee

    Syabas! kpd. semua pemain Perak terutamanya Khalid you are the best...........Harap2 match dgn T'ganu kite menang besor lagi........!!!!!!!! Good luck.

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.