TM Liga Super – P. Pinang Vs Perak (result)

TM Liga Super
Sabtu 05 Jan 2008
Stadium Negeri, Batu Kawan
8:45mlm

P. Pinang 0 - 2 Perak

Separuh Masa Pertama -

Minit 1:

Barisan Perak:

Hamsani Ahmad

Azlan Zainal – Mario Berrios - Chan Wing Hoong

S. Subramaniam

Shahrul Nizam – Ahmad Shahrul – Jorge Muñoz  – Mohd. Noor Hazrul

Carlos Caceres – Khalid Jamlus


Minit 5: Pasukan Perak membuat sepak mula dengan pada ketika permainan lebih banyak berlegar dibahagian tengah dengan kedua-dua pasukan dilihat berhati-hati.

Minit 10: Pasukan P. Pinang dilihat lebih banyak mengasak ke kubu pasukan Perak ketika ini.

Minit 15: Rembatan Shahrul Nizam sedikit terkeluar di tepi pintu gol P. Pinang. 

Minit 20: Tendangan percuma diperolehi oleh pasukan P. Pinang dari luar kotak penalti Perak namun berjaya diselamatkan oleh Hamsani Ahmad.

Minit 25: Pasukan P. Pinang lebih gemar membuat serangan balas pantas melalui pemain sayap mereka manakala Perak pula lebih gemar membuat hantaran jauh dari tengah kepada barisan serangan.

Minit 30: Satu rembatan dilakukan oleh S. Subramaniam tetapi bola melambung tinggi diatas pintu gol P. Pinang. Sepakan sudut diperolehi oleh P. Pinang namun berjaya ditangkap kemas Hamsani.

Minit 35: Carlos Caceres mendapat peluang untuk menjaringkan gol namun hampa apabila beliau telah pun offside.

Minit 40: S. Subramaniam dilayangkan kad kuning kerana mengasari pemain P. Pinang  

Minit 45: Gol pertama pasukan Perak dijaringkan oleh Khalid Jamlus apabila menyudahkan dengan baik hantaran leret dari Carlos Caceres.

Tambahan masa: 3 minit

Ulasan: P. Pinang dan Perak memulakan permainan secara berhati-hati namun selepas 10 minit, permainan telah menjadi rancak dengan kedua-dua pasukan sering berbalas serangan. Boleh dikatakan permainan malam ini lebih dikuasai oleh pasukan P. Pinang namun penyudah mereka sedikit tumpul. Gol pertama pasukan Perak adalah hasil hantaran jauh dimana terdapat 2 orang pemain P. Pinang yang cuba merebut bola tersebut namun kesilapan mereka menyebabkan bola terlepas kepada Carlos Caceres dan terus melorongkan bola tersebut di depan pintu gol P. Pinang. Ahmad Shahrul pada mulanya cuba untuk meyambar bola tersebut tetapi terlepas namun Khalid Jamlus seperti biasa “at the right time and right place’ telah berjaya menolak mudah hantaran tersebut. Anggaran penonton 5000 orang.

Separuh Masa Kedua

Minit 45: Perak memulakan permainan dengan mengeluarkan penjaga gol Hamsani Ahmad dan digantikan dengan Nasril Nourdin.

Minit 50: Seawal 5 minit pertama ini pasukan P. Pinang melancarkan serangan kekubu Perak namun berjaya dikawal baik oleh benteng pertahanan. 

Minit 55: Khalid Jamlus mendapat peluang untuk menjaringkan gol namun offside.

Minit 60: P. Pinang berjaya mendapatkan peluang menjaringkan gol namun berjaya diselamatkan oleh Nasril Nourdin. Pertukaran kedua dilakukan oleh pasukan Perak dengan memasukkan Hardi Jaafar yang menggantikan S. Subramaniam.

Minit 64: Perak menambah gol kedua apabila mendapat sepakan penalti yang disudahkan oleh Carlos Caceres setelah beliau ditarik jatuh dalam kotak penalti P. Pinang.

Minit 70: Percubaan dari luar kotak penalti Perak oleh pemain P. Pinang nyaris menghasilkan gol.

Minit 75: Pasukan P. Pinang kerap membuat serangan ke kubu Perak namun penyudahan yang tumpul mengecewakan mereka.

Minit 80: Perak membuat pertukaran terakhir dengan mengeluarkan Carlos Caceres dan memasukkan Razali Umar.

Minit 85: Peluang untuk menjaringkan gol oleh pemain P. Pinang namun rembatan kencang itu berjaya diselamatkan oleh Nasril Nourdin.

Minit 90: Sepakan sudut P. Pinang berjaya ditangkap kemas Nasril Nourdin. Sepakan sudut oleh Hardi Jaafar ditanduk lemah oleh Khalid Jamlus.

Tambahan masa: 2 minit

Tamat

Ulasan: Permainan kedua-dua pasukan hampir seimbang dengan pasukan Perak berjaya memanafaatkan peluang untuk menjaringkan gol manakala pasukan P. Pinang pula buntu dalam tindakan penyudah mereka. Kemasukan Razali Umar memberikan sedikit kelajuan pada barisan serangan Perak namun tiada gol berjaya diperolehi. dengan beraksi 100% tenaga tempatan, pasukan P. Pinang sekurang-kurangnya harus mencari seorang penyerang import untuk memantapkan serangan mereka yang dilihat cukup tumpul malam ini.

Keputusan Perlawanan Lain:

Kedah 2 – 0 My Team FC
Perlis 1 - 1 DPMM FC
Pahang 1 - 3 Selangor
PDRM 4 - 2 Terengganu
Sarawak 2 - 3 Negeri Sembilan

Likes(0)Dislikes(0)

12 thoughts on “TM Liga Super – P. Pinang Vs Perak (result)

  1. azwanali

    Tahniah pasukan perak kerana meneruskan rentak kemenangan malam ni. Tahniah juga dan terima kasih ler pada kru2 yg bertugas yg bertukus lumus menyediakan ulasan perlawanan ni. Teman ikut ulasan ni sampai abis. Yg teman tak tahan tu bila khalid score gol pertama "at the right time and the right place".
    Harap teruskan konsisten kemenangan menentang kedah
    Skor yob skor!!!!!!

    Likes(0)Dislikes(0)
  2. asraf

    YESSSS!!! khalid memang striker “at the right time and the right place” lantok le deme nak kate apa yob...janji sekor..menang juga kita malam ni..syukur sangat2 dah..lepas ni game lawan kedah..mesti kena alert..tapi hamsani kuar nape? misteri betul??..

    Likes(0)Dislikes(0)
  3. webmaster Post author

    Untuk kedudukan terkini dan updates senarai penjaring untuk pasukan Perak, pengunjung boleh melawat ke ruangan Official dibahagian Perak FA Wiki.

    Terima Kasih
    admin

    Likes(0)Dislikes(0)
  4. yatty_sg

    tahniah perak, syukur atas kemenangan ni, 3 mata berharga tu ..
    do de best next game lwn kedah .. :-)

    sentiasa sokong perak walau di kejauhan ...

    Likes(0)Dislikes(0)
  5. me 109

    bagus mcm tu,yatty_sg.itu le yg teman nak dengar,semangat jitu penyokong PERAK.Team kite main bagus mlm ni.No complain,KJ nCarlos CC menjadi kombinasi deme.SD pon memang pandai atur game.Kite nanti PERAK lwn Kedah minggu depan.

    Likes(0)Dislikes(0)
  6. fiv_zal

    okey gak gol off-side carlos CC 2... perghhh.. kalo goal...
    teman ghase,boley dicalonkn goal of da week....
    kekalkn kemenangan... perak tetap da best....

    Likes(0)Dislikes(0)
  7. Yob Utara

    Syabas yob, kita menang lagi...siap sedia minggu depan untuk pertemuan dengan kedah..pastikan menang untuk tebus kekalahan dulu.

    tahniah yob..kita menang

    Likes(0)Dislikes(0)
  8. me 109

    Perak lwn Kedah.Pertemuan yg d nanti2kan.Peluang Yob utk memintas Kedah d tangga liga dan juga membalas `budi` pasukan kedah dgn membelasah Kedah d Ipoh.Perak ada kelebihan berbanding Kedah.disamping bermain d Ipoh,Perak mempunyai coach dan Pasukan yg teman kira lebih matang dan sophisticated jika d bandingkan dgn kedah.Kedah d barisi ramai pemain muda dan lebih agresif,tp teman berpendapat pasukan YOB boleh mengatasi cabaran Kedah.Final Piala m`sia tahun lepas teman kira nasib lebih menyebelahi Kedah.Perak pun bermain dgn 10 org selepas Shahrul d keluarkan.harap Perak x mengulangi kesilapan tu, Perak perlu 11 org pemain menentang Kedah.Seperti teman kata sebelum ni,kdg jadi bende pelik2 bila temu Kedah.YOB perlu berhati2 . . .LAWAN YOB,JGN TAK LAWAN!!!!!

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.