Steve Darby | Isyarat Lucah
January 14th, 2008 by webmaster
![]()
Oleh Azizan Hashim
14 Januari 2008
TIDAK cukup dengan kekalahan besar di tangan Kedah, malam kelmarin, kekecewaan peminat Perak berganda dengan sikap jurulatih Seladang, Steve Darby selepas perlawanan.
Presiden Kelab Peminat Bola Sepak Perak (KPBP), Abdul Jamil Othman berkata Darby menunjuk isyarat lucah dengan jari serta menghambur perkataaan ‘bodoh’ kepada peminat yang memanggilnya.
Katanya ekoran insiden yang berlaku itu membuatkan ramai ahli kelab kini marahkan jurulatih berbangsa Inggeris itu.
“Saya anggap tindakan ini sebagai amat keterlaluan yang dilakukan oleh seorang jurulatih profesional” katanya.
Jamil berkata dia bersedia bersemuka dengan pegawai tinggi Persatuan Bola Sepak Perak (Pafa) mengenai dakwaan itu kerana mempunyai ramai saksi.
“Ada ramai saksi. Malah saya dihubungi oleh ramai ahli kelab menyuarakan rasa tidak puas hati mereka terhadap insiden yang berlaku,” katanya.
Menurut Jamil KPBP sebelum itu tidak pernah menghadapi sebrang masalah dengan jurulatih import terdahulu Perak seperti Karl Heinz Weigang dan Toni Netto.
“Mereka juga jurulatih hebat yang berjaya membawa kejayaan bersama Perak. bagaimanapun mereka tidak sombong dan angkuh.
“Malah mereka bersedia untuk mendengar pandangan peminat. Soal mereka ikut atau tidak itu cerita lain,” katanya.
Selain tidak berpuas hati dengan sikap Darby, KPBP juga berharap Pafa khususnya Pemangku Presidennya, Datuk Muhammad Muhiyuddin Abdullah mengkaji kedudukan penyerang Chile, Carlos Caceras.
“Demi pasukan tolonglah bertindak segera sebelum terlambat, Dia (Caceras) memang tidak bagus kenapa disimpan lama-lama lagi. Bola mudahpun tidak boleh terjemahkan menjadi gol. Kami sayangkan pasukan Perak, tolong jangan kecewakan kami.” katanya.
Hakcipta Terpelihara
Harian Metro Online
- Senarai Artikel Terdahulu Yang Berkaitan:
- Steve Darby | Blind Or Deaf?
- Steve Darby | Hello Houston We Have A Problem
- Steve Darby | The Untold Story
- Steve Darby | Do I Need Opinion Or Advice?
- Steve Darby | Ops!… I Did It Again
20 Responses to “Steve Darby | Isyarat Lucah”
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.



Teman ada malam tu kat sana,hatta ada live tv sekalipun teman sanggup turun demi nak tengok game Perak. Memang salah penyokong kita juga bila maki hamun dia,tapi dia sepatutnya tak perlu layan fans camtu. Coach yang pro tak perlu nak layan fans maki hamun.Kat sini jelas Steve memang coach yang tak pro selain angkuh walaupun sedar team dah kalah disebabkan taktikal dia yang basi.
bukan first time perangai dia camtuh…..dulu masa kat home united pun penah kena fine ngan sleague sebab racist dgn coach lain…
The S.League finds Steve Darby guilty of misconduct and uttering inflammatory remarks which may be interpreted to be of a racist nature. Steve Darby is fined $500.
baca sini kalu tak caya
http://www.sleague.com/new0101.asp?ID=1102
tukar la SD tu.harap org ‘kuat’ dlm PFA perlu amik tindakan drastik…jgn tgggu perak trun ke liga perdana bru nk amik tindakan.amalkan sikap sape bgs,bg dia peluang.jgn dok biar ja bisul tu membesar…nant parah team perak kesayangan rmi nie…
hai apa la nak jadi dengan coach kita sorang ni. Raja Azlan yang bimbing skuad piala presiden Perak dapat juara pun dia dah reject
itu la pasal.darby ni mane reti nk hormat org..Raja Azlan die pecat pasal takut jd pencabar tmpa die..lps game tu dgr cerite semua kelab penyokong perak kt ipoh n selangor akn berkumpul untuk bincang kes ni..diorg kate kalo pucuk pimpinan x ambil tindakan diorg akn anta memorandum ke raja muda..kte tggu dan lihat..untuk berlaku adil dan cr profesional semua gabungan kelab penyokong perak akn bersemuka dgn darby dlm waktu terdekat ni..tu teman dgr cite mase abis game hari tu..mmg ramai saksi kes ari tu..dh ramai pun yg kne dgn perbuatan biadab si darby ni.elok pun masuk metro,bia semua buka mata
dia kata nak mintak maaf secara terbuka. kita tunggu je le aper die nak kate.
To Steve, Perakian said “ghentikan le,” mean that please end what had u started and leave Perak soccer team to someone else who may bring Perak to the right track.
U are no longer relevant to Perak team and please go to where had came from.
darby time kt spore byk kontroversi tercetus .. memang bagus jugk kadang2 ade yg outspoken mcm dia tapi at times, bila da melampau, keterlaluan atau terlalu kasar, binasa jadinya ..
harap nye darby sedar la, dan harap perak dpt bounce frm all dis ..
takut byk sgt kontroversi, team morale jugak terjejas..
yg merana, team dan fans la bila keputusan tak memuaskan hati …
Yob serai, kalau dia nak minta maaf teman boleh terima, tapi cukuplah tahun ni last bagi dia. Menang atau tidak, apa piala pun elok sangat tukar coach lain. Perak memang dah terbukti susah nak kekalkan coach lebih dari 2 tahun. Pihak lawan akan mudah membaca game permainan kita. Pasukan kita memang selalu jadi tumpuan .
Kalau Perak FA tak boleh nak buang dia sekarang pasal kontrak tak apa. Tapi elok juga bagi dia rehat dan biar orang lain ambil alih sementara waktu. Teringat dulu masa Netto pun pernah kena rest disebabkan prestasi yang merosot.
ambl jer jang jung jd coach. dgr kabo dia minat lth team kt malaysia ni. ape2 tnya raja ahmad.
saya setuju dgn Raul, jang jung rasa nye berpotensi utk jadi jurulatih perak ..
kenapa masih percaya pada coach import kekekee
kan kita ada Raja Azlan yang berjaya membawak sekuad presiden Perak menjuarai liga Presiden
raja azlan mm baguih,tapi rasenye dia takder lesen A utk latih skuad senior…sape bleh kompenkan?
sapa kater takder tak cayer tanyer Admin
Sepanjang pengetahuan pihak kami, Raja Azlan mempunyai lesen kelas A yang membolehkan beliau melatih pasukan Perak kini. Entah dimana silapnya beliau telah dipecat untuk musim baru ini oleh pihak pengurusan Perak iaitu Steve Darby yang juga bertindak sebagai pengurus pasukan PERAK FA.
Terima Kasih
admin
ok..mekacih admin dan yob serai…rasenye paham dah sape petualang dlm perakfa skang nie..nih bkn musang berbulu ayam…tp dah kire musang jadi jadian..
Teman rasa striker & midfiel Chile yg tak pedas tu hantor balik ler..yang defend tu boleh tahan jugak..tp selalu buat silap jugak kdg2 tu dan menyebabkan gol dibolosi mcm game dgn N9 ari tu..teman rasa elok ambik bambang pamungkas,brian fuentes(ex-selangor),baichung bhutia ker..tak pun ambik balik keita n abdoulaye jer..coach tu teman rasa ambik jang jung pun ok gak..ambik netto pun ok..azizol abu haniffa tak boleh ker..???
….musang jadian…..?burok bebenor ropenyer…
?
ape dibuat yob76 takat nyimpan import rupe itu…tara nyimpan mario yg buat silap nun..elok le labor ke local player..ade gak paedah nyer…aduhhh..salihaaaaakkkk
tak payah coach import pun xpe..amik je karathu xpun raja azlan..perak perlukn coah mcm ni.coach yg betol2 profesional yg menitik beratkn stamina..dh terbukti 2 org ni bole buat keje kenapa nk pinggirkan diorg..syamsol saad dgr cerita dh pegi perlis jd coach belia kt sana siap bwk adik die lg main utk belia perlis..heran gk knp raja azlan yg bwk team presiden jd juara kne buang..sudahnye sume player presiden thn lps rmai yg kelua perak main dgn team lain..cthnya syazwan roslan,main utk perlis thn..rugi sgguh perak lepaskn player mcm die..tlgla pfa,buat la sesuatu utk kebaikan pasukan
tman sependapat dgn yob76..amik import yg dh kita tahu keupayaannya..bior kite main pyskologi dgn selngor yg amik bkas2 tenaga perak..tang couch tman rase yg paling layak weigang la,kalu x pun irfan bakti(ank perak gak ni)..