Steve Darby | Hello Houston We Have A Problem

Steve Darby | Hello Houston We Have A Problem

but please…we don’t need help here

Tewas kepada pasukan Perlis malam tadi dengan jaringan 2 gol tanpa balas pada lewat permainan bukanlah satu perkara yang aneh bagi penulis. Kekalahan yang telah pun dijangkakan ini adalah rentetan kurangnya sengat dibahagian serangan Perak yang selama ini terlalu bergantung kepada Khalid Jamlus.

Ini diburukkan lagi dengan tahap kecergasan segelintir pemain Perak yang berada di bawah tahap sebenar sebagai seorang pemain bolasepak profesional. Jika jadual yang padat hendak dijadikan alasan, itu adalah tidak munasabah kerana setiap pasukan mempunyai tidak kurang dari 20 orang pemain dan jadual ini juga melibatkan semua pasukan yang bertanding.

Masih ingatkah lagi artikel penulis yang terdahulu?

Penulis sebenarnya sudah bosan dengan situasi yang berlaku kini, dan isu ini telah mengingatkan kembali sejarah lama ketika pasukan Perak dibawah kendalian Tony Netto pada tahun 2005. Ketika itu pasukan Perak berada dalam kedudukan yang cukup nazak di tangga kedua terakhir liga kerana kebuntuan untuk mencatatkan kemenangan lantaran ketiadaan penyerang yang berkaliber.

Perak ketika itu hanya bergantung kepada Kieta Mandjou (attacking midfield) sebagai penyerang ‘bidan terjun’ sambil dibantu oleh Mohd Nor Ismail, R. Surendran dan Norshahrul Idlan. Waktu itu juga Khalid Jamlus telah berhijrah ke Selangor dan khidmat Frank Seator telah ditamatkan pada penghujung musim 2004.

Berkat desakan penulis dan peminat bolasepak Perak yang lain serta kerjasama yang baik dari Presiden Kelab Peminat Bola Sepak Perak (KPBP), Abdul Jamil Othman masalah itu telah diajukan kepada salah seorang VIP (Perak FA) untuk dibawa ke meja mesyuarat.

Hasilnya kelibat Frank Seator untuk kembali beraksi bersama pasukan Perak menjadi kenyataan apabila gandingan beliau bersama Kieta Mandjou berjaya membuahkan hasil dengan Perak berjaya menduduki tangga ke-3 liga super 2005.

Kini masalah yang sama berulang semula dengan skrip yang berlainan. Dua import Perak yang terdahulu iaitu Kieta Mandjou dan Abdoulaye Traore tidak disambung kontraknya kerana masalah keluarga lantas membuatkan pengurusan Perak FA mengambil 3 pemain import dari Chile yang kononnya amat berbaloi dimiliki.

Penulis menjangkakan bahawa 3 ‘cili’ yang diambil ini adalah ‘cili api’ yang amat digemari oleh peminat bolasepak Perak namun jangkaan penulis meleset apabila mereka hanyalah ‘cili benggala’ yang manis rupanya.

Dengan prestasi yang hampir serupa atau boleh penulis katakan ada juga yang beraksi di bawah tahap pemain tempatan sendiri, ‘cili benggala’ ini seharusnya dibuang sahaja tanpa perlu difikirkan lagi.

Berkenaan tentang jurulatih berdarah Inggeris ini pula, penulis merasakan sudah tiba masanya pihak pengurusan Perak FA mengambil langkah untuk merehatkan beliau dari bertugas sebagai jurulatih. Adalah lebih baik tempat beliau diambil alih oleh jurulatih lain buat sementara waktu.

Keceluparan beliau bukanlah sesuatu yang baru, malah pernah juga mencetus kontroversi di negara jiran apabila di denda oleh persatuan bolasepak di sana lantaran pertikaman lidah yang berbaur perkauman.

Nasihat penulis, cukuplah nenek moyang kita dahulu merasai seksanya dibawah pemerintahan mereka dan janganlah disambung lagi penderitaan ini dengan kita sebagai warisnya mengikut telunjuk.

Terima Kasih.

YB Corner

Likes(0)Dislikes(0)

7 thoughts on “Steve Darby | Hello Houston We Have A Problem

  1. seraimerah

    mana bisa mungkin import kita kedua2nya mempunyai masalah keluarga. Kalau ada masalah keluarga kenapa Keita merantau merata2 dari France hinggalah ke kuwait dan sekarang berada di Indonesia mencuba nasib.

    kan traore kesayangan kita itu injurd sebelum berakhirnya musim 2006/07.

    ini semua adalah alasan penjajah bagi mengekalkan penguasaan beliau dalam PAFA. Diktatorshipnya jelas terpapar setelah penyingkiran Raja Azlan.

    kegagalan Steve makin terserlah dalam menguruskan pasukan adalah ketika prosedur pemilihan import dijalankan. Dulu ingat ke kome dengan zulu yang hanya dipilih berdasarkan maklumat dari internet.

    dan sekarang 3 chiliean dipilih setelah mendapat recomendation dari dalang kekalahan perak iaitu Nelson Sam Martin yang juga berasal dari Chilie.

    lihatlah bertapa kita diperbodoh2kan oleh bangsa penjajah ni dan kesan yang perlu diterima ialah kita sendiri.

    awak mengusulkan web ini mengambil inisiatif menghantar memorandum agar steve dipecat segera sebelum Perak terjerumus dalam liga yang dah lama kita tak kunjungi.

    biarlah semua orang tahu bertapa busuknya coach kita ni dan biarlah sultan turut tahu bertapa biadapnya terhadap bangsa kita.

    Likes(0)Dislikes(0)
  2. asraf

    hehe....teman pelik juge tgk gambor ataih nun,pikior blk...dlm maksudnye tu...hehe syabas admin tingat teman cite armageddon.tapi bkn muke bruce willis....muke penjajah tuh..puihhhhh...loye nengoknye.mmg betoi kite ni tak abih kena jajah dek org cam deme ni...muke manis hati masyalah tuhan je tau.mslh ni serupe kes 2005 dulu..kalu lambat ubat mmg nahas team kite ni.sd nun dah mcm kanser buat fans perak skang ni...elok le buat kimoterapi deraih skit...kite tgk sape mati dulu...kanser ke pesakitnye...bese kalu cpt ubat kanser mati dulu kot lambat mati keraih kite...kekeke

    Likes(0)Dislikes(0)
  3. kundang

    teman agree bebeno,management prk fa kene wat sumtin!!jgn duk diam ja!!EPL pun kalo prestasi manager truk kene sepak idup2 ja.ini peraknyer team ni...xkn nk tggu perak dok rangkin bwh sekali bru nk do sumtin..kaji n pkiorkn la,ngape player2 mude2 yg bgs(presiden)blah dr team?xkn ler deme xnmpk,tuhna bg mate suh tgk!lepas player yg tggl,yg adik beradik ngan kakikeras.elok beno la tu main ngan kekeras lak tu.dh cnteknyer gandingan tu..PFA ada power ntk tntukn nsb pasukan,bknyer SD yg ^#&^Q^& tu..buat tndakan drastik sblm terlmbt!!!!buang sd,ngan import2nyer tu....kalo gaji 3 import tu,leh bayo manjo sorg pun xngape.buat la.asalkn berbaloi!!!!buat aper curah air ke daun keladi..ni byo bg gaji buta.perak stiker mmg xmngancm...

    tgk team kedah ad marlon,team selangot(seator),ganu (dos santoa),perlis(chiepita)...sume ni org yg leh buh gol,sbb tu team diorg mng...peraK????apa ada?semate2 hrp KJ ja...kekeras?mmg mati keras la perk jwbnyer....

    Likes(0)Dislikes(0)
  4. keteen

    alahai chili...alahai chili......... pedas ke tak???????? hampeh jer tengok deme main... xkan striker mcm gitu plak.. depan goal pun tak masuk... arap-arap PFA ambik tindakan a sket.. kami sayangkan pasukan kami.. buat ape buang duit untuk penyerang macam itu... lebih baik bagi je pemain simpanan main sekurang-kurangnya kita tau pemain tempatan.. ini status je lebih pemain import tapi macam ayam import adaler.... sedih teman dah 2x pergi stadium dan 2x jugale teman meratapi kekalahan dan kebelasahan.. tempat sendiri plak tu... khalid xde... jaringan pun xde... emmmmmmmm tolong aaaaaaaaaaaaa... kejor yeop kejor, skor yeop skor, ini kejor pun xnak macm mane nak skor.....

    Likes(0)Dislikes(0)
  5. ayie

    SESUATU PERLU DI BUAT DEMI PASUKAN PERAK....CUKUPLAH APA YG TERJADI SEKARANG INI....SAYANG KALAH DEMI KEKALAHAN...RUGI PASUKAN JER....

    Likes(0)Dislikes(0)
  6. putra8878

    bangun la perak..jgn sampe stadium kosong,jd bahan ketawa penyokong2 team lain terutamanya kedah tu..pasal couch tu baik la di pikio btui2 blk..dah 3 musim xde 1 pun gelaran juara kita dpt.cuba pikiokan nama2 mcm irfan bakti ke,karathu ke,khaidir buyung ke,yg dh memang kite dh tau kemampuan deme tu...

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.