Steve Darby | Do I Need Opinion Or Advice?

Steve Darby - Perak FA Coach

Bila bercakap tentang pasukan bolasepak Perak, peminat tentu tidak dapat lari dari menyebut nama beliau yang cukup senonim sebagai jurulatih serta pengurus pasukan Perak yang acap kali menimbulkan kontroversi samada kepada penyokong sendiri mahupun penyokong lawan dengan gelagatnya.

Persoalannya disini adakah beliau perlu menerima nasihat penulis atau peminat bolasepak Perak yang lain tentang taktikal dan perancangan pasukan Perak sepanjang liga berlangsung?

Jawapan penulis adalah TIDAK.

Tetapi jika ditanya perlukah beliau menerima atau mendengar pendapat peminat tentang taktikal atau perancangan pasukan Perak?

Jawapan penulis adalah YA.

Apabila peminat bersuara tentang sesuatu yang mereka rasakan tidak wajar, itu bukanlah bermakna mereka cuba untuk menjadi penasihat kepada anda atau cuba untuk mengajar anda tentang selok belok bolasepak.

Tetapi apa yang mereka suarakan itu adalah satu pendapat yang sepatutnya dipertimbangkan oleh anda sebagai panduan untuk memperbaiki suatu kesilapan yang mungkin anda terlepas pandang.

Steve Darby sebagai jurulatih dan pengurus pasukan Perak haruslah mempunyai sikap 3P iaitu POSITIF, PROAKTIF dan PROFESIONAL apabila berhadapan dengan kerenah peminat bolasepak Perak mahupun gelagat mereka kerana tanpa peminat siapalah anda.

Tiada manusia yang tidak pernah melakukan kesilapan dan perkara yang paling menyedihkan ialah apabila tidak belajar dari kesilapan atau melakukan kesilapan yang serupa berulang kali samada di sedari atau tidak.

Sebenarnya apa yang ingin penulis bincangkan kali ini ialah tentang barisan pemain yang mewakili pasukan Perak untuk sepanjang musim ini dibawah kendalian beliau.

Sedarkah kita sebenarnya pasukan Perak berada dalam situasi kritikal dibahagian jentera serangan ketika ini?

Berdasarkan rekod pemain yang ada kini, pasukan Perak hanya mempunyai 3 orang pemain penyerang iaitu Khalid Jamlus, Carlos Caceres dan Razali Umar. Cuba anda bayangkan jika salah seorang dari mereka mengalami kecederaan dan seorang lagi menjalani penggantungan permainan, siapakah pengganti yang sesuai untuk mereka?

Hal ini telah pun terjadi sewaktu pasukan Perak bertandang ke Stadium Jcorp yang lalu apabila menentang pasukan Johor FC yang berkesudahan Perak tumpas 2 gol tanpa balas. Penulis melihat sendiri betapa pincangnya jentera serangan Perak ketika itu dengan ketiadaan Khalid Jamlus yang menjalani penggantungan satu perlawanan. 

Gandingan Carlos Caceres serta Razali Umar tidak cukup mantap dan serasi untuk menghasilkan sebarang ancaman kepada pertahanan lawan dengan penjaga gol Johor FC lebih kerap berpeluk tubuh daripada memegang bola.

Adakah perkara ini difikirkan Steve Darby dan pihak pengurusan Perak FA?

Sebagaimana yang semua maklum, pasukan Perak dan Kedah akan bertanding di dalam kempen Piala AFC 2008 tidak lama lagi sebagai wakil dari Malaysia.

Terlupakah anda semua betapa padatnya jadual permainan yang akan diharungi oleh pasukan Perak dan Kedah sepanjang musim ini berbanding pasukan lain?

Adakah cukup dengan hanya bergantung kepada 3 pemain penyerang ini mampu untuk memberikan hasil yang baik di penghujung musim nanti atau tragedi Final Piala Malaysia 06/2007 akan berulang?

Musim 06/2007 yang lalu pasukan Perak mempunyai 4+1 orang pemain penyerang iaitu Kieta Mandjou, Khalid Jamlus, R. Surendran, Fakri Saarani dan pemain skuad Presiden, Razali Umar.

Ketika peminat mengharapkan kedua-dua penyerang terbaik Perak ketika itu, Kieta Mandjou dan Khalid Jamlus melakukan sesuatu untuk pasukan, mereka terpaksa diusung keluar di pertengahan permainan akibat kecederaan rentetan perlawanan yang padat sebelum itu.

Kemasukan gandingan Fakri Saarani serta R. Surendran tidak cukup matang dan serasi untuk memberikan sebarang impak bermakna kepada jentera serangan Perak pada perlawanan itu.

Ditambah dengan desas desus terkini yang mengatakan bahawa Khalid Jamlus mungkin akan dipanggil menyarung jersi kebangsaan bukanlah omong kosong. Suka atau tidak anda kepada insan yang bernama Khalid Jamlus ini, beliau adalah penyerang tempatan terbaik tahun lalu dari segi jaringan dan untuk musim ini sahaja beliau telah pun menjaringkan sebanyak 6 gol untuk 6 perlawanan yang Perak lalui.

Sudahkah kita semua bersedia menerima sebarang kemungkinan yang berlaku?

Dalam pemerhatian penulis ketika ini, gandingan Khalid Jamlus serta Carlos Caceres sudah mula menunjukkan rentak sefahaman yang baik, manakala Razali Umar sepatutnya mempunyai seorang lagi rakan yang boleh digandingkan bersamanya.

Berdasarkan kepada pengalaman sebagai bekas penyerang Perak ,penulis melihat Mohd Noor Ismail yang ketika ini lebih banyak memanaskan bangku simpanan sebagai gandingan yang sesuai buat Razali Umar.

Tidak salah rasanya jika Steve Darby mewujudkan “Twin Backup Striker” yang akan bermain bersama untuk mewujudkan persefahaman yang lebih mantap serta jitu daripada mencampur-adukan mereka dan akhirnya jentera serangan menjadi carca marba.

Pada pendapat penulis, formula gandingan Khalid Jamlus – Carlos Caceres serta Mohd. Noor Ismail – Razali Umar sudah boleh dikira sebagai satu ramuan yang menarik bagi memantapkan jentera serangan Perak menghadapi jadual yang cukup padat musim ini.

Jika Khalid Jamlus atau Carlos Caceres mengalami kecederaan, menyarung jersi kebangsaan ataupun menjalani penggantungan permainan, pasukan Perak masih lagi mempunyai satu gandingan yang mantap untuk diturunkan tanpa perlu bergantung kepada mereka berdua sahaja.

Kini terpulanglah kepada kebijaksanaan Steve Darby untuk mempertimbangkan isi kandungan artikel ini kerana ianya hanyalah PENDAPAT dan bukannya NASIHAT.

Terima Kasih

YB Corner

Nota: Pembaca dijemput untuk memberikan ulasan, pendapat atau komen dengan mengikut garis panduan yang telah disediakan pada ruangan FAQ.

Likes(0)Dislikes(0)

11 thoughts on “Steve Darby | Do I Need Opinion Or Advice?

  1. Raul hashim

    Btl ckp penulis tu. teman dh cakap mat noor kna bg main penyerang. dia blh berganding dgn razali bg mantapkan lg penyerang perak. teman tkt nt bila kj dgn carlos xdpt main, nt susah le razali xade kwn nak back up. hrp sd dgr pendapat ktorang ni.

    Likes(0)Dislikes(0)
  2. seraimerah

    Perak ni bahagian tengah dah ok walu tanpa kehadiran Pemain Import. Aper yang teman rase elok rasenye jorge munoz tuh dibuang dan digantikan dengan penyerang berwibawa macam lee chong vinh dari vietnam ataupun bekas penyerang MPPJ, 'the predator' lupa plak namenye die kekeke.

    Likes(0)Dislikes(0)
  3. me 109

    A football coach is a professional by nature.A professional is liable for his/her action and/or inaction.He takes the credit and also the blame.I pesonally feel that all decisions on the team strategies,formation and match approach should be left with the coach to handle.He knows better on what crisis the team is going thru and the financial situation of the club.Of course,we as supporters have every right to voice our opinion every now and then.But we have to let the coach to decide what is best for the team.That is his job and he is responsible for it.I`m sure PERAK FA had properly weigh all the options pertaining to coach selection and decided that SD is the best man for the job.Well, at least for the moment.After all,the PERAK team is not that bad,either.
    . . . .sori,tertaip dlm bahasa org putih lak. . . .
    To SD,GET ON WITH THE JOB AND DO WHAT`S BEST FOR THE TEAM and do read some of the comments posted by PERAK supporters in the supporters website, on issues pertaining to the team`s performance and wellbeing.
    Thank you.

    Likes(0)Dislikes(0)
  4. Yob Utara

    Bila teman pikir2 balik, teman jadi seram skit dengan lineup striker kita tahun ni. Tahun lepas betul ada 4 striker + razali jadi 5..tapi takde game afc cup...itupun nampak couple kieta/khalid yg bagus. Couple fakri/surend tak menjadi kecuali kalau salah sorang masuk support keita atau khalid.

    Piala malaysia, piala fa, liga super, afc cup..ishh banyak game ni siap ada kena keluar negara. Teman setuju cadangan penulis buat twin striker..dlm kata lain mana game yg tak berapa penting boleh kasi deme main..at least boleh build persefahaman dan boleh guna bila perlu.

    Jadi gandingan asal khalid/carlos takler terbeban, injured atau penat sangat. Kalau cakap pasal bajet, mmg sesuai guna tenaga yang ada macam mohd noor dr biar dia lepak kat bench sepanjang masa.

    Darby dari pandangan teman dah jadi mcm netto juga masa last2 musim dia dulu. Balik2 muka tu je main dan bila muka regular dah kondem baru terhegeh2 pakai reserved yang ada...last2 reserved tak cukup experience untuk game penting..kita pun kalah.

    Esoknya keluar paper steve kata padang tak elok, hujan air takung, referee berat sebelah, pemain tu injured, pemain ni kena gantung, itu ler..ini ler..sebenarnya sape yang patut buat semua perancangan ni???

    Takde contigency plan ke? atau cuba nak sapu semua title sekaligus dengan resources yang ada ni? teman takut yang dikejar tak dapat...yang dikendong tah kemana!!!

    pikir2 kan ler wahai steve darby.

    Likes(0)Dislikes(0)
  5. asraf

    yob seraimerah...nama player mppj tuh ben katana rasenye....ala seator skit gayenya..sorang lagi player vietnam teman jumpe kat wikipidia

    Lê Công Vinh (born on December 10, 1985) is a Vietnamese footballer who is a striker for Song Lam Nghe An. He is a member of the Vietnam national football team. A pacy forward, he is one of the fastest player in South-East Asia, and not surprisingly, one of the most feared. Not the most technically gifted of players, but his winning mentality makes him a threat throughout ninety minutes.

    gerenti ramei org vietnam dtg stadium nengok dia main....pafa juge yg untung tiket laku....idak gitu kome?....nak untung lagih kite gune sorang vietnam......sorang indon.....sorang bangla.....kompom stadium sesak muke deme......hehehe....ate chile nih ada ke pun org deme kat sini?

    Likes(0)Dislikes(0)
  6. seraimerah

    ya betui ben katanha.. kalu nak amek le.. bior la yang dah paham dengan liga kita.

    kalu tak silap teman, SD pernah pasang niat nak riki mamat lee chong vinh ni tapi tak tau la pasai apa tak jadi maybe mahal atau dia ni terikat dengan rules army kat sana..

    berbalik pada asal, sememangnye Perak takdak striker yang baik untuk bergandingan dengan Kaled n bila bermulanye AFC cup nanti.. baghu le tau langit tinggi atau rendah.

    aper yang teman tak paham kenapa amek chilian padahal di EPL coach sane lebih berminat pada afrikan untuk diserapkan cara bermain disana n maybe afrikan lebih mudah adopt gaya permainan EPL, n kita sendiri tau SD berasal dari england.

    kalu nak berjimat sekalipun akhirnye rugi jugak nanti.. abeh kalu asyek kalah lepeh ni sape yang nak mandang kat stadium nanti.. kekekeke

    Likes(0)Dislikes(0)
  7. ilorian

    teman setuju ngan YB..jangan jadi mcm thn lps punya final PM...bior ade back-up striker yang bile2 ajer boleh ganti kj & cc... Siapa twin back-up striker tu...sapa2 yang sd fikir sesuai..

    Likes(0)Dislikes(0)
  8. asraf

    ajernye betoi yob serai....berapa kerat latino yg baguih main tang epl nun????....majoriti yg mantap pun dari african.kalau main kat spanish league mungkin deme ramei yg ok...tapi epl mcm tak berapa ngam jer teman tgk.sd nih teman tgk adapt cara liperpool....almaklumlah dia die hard fan dr kecik katenye....mungkin sejarah berulang bak kate tomok 'new boys'..heheheh..game penting sok kita pun lingkup...mcm yob utara kate ler....last2 sd kabo kat berita dia takde key player...walhal dia dah lenjan bebudak yg same tu dr mula sampai habih liga...kalu ni mcm didier drogba pun lemau..hehehe..sd pls open your mind

    Likes(0)Dislikes(0)
  9. Yob Utara

    Tak betul teman cakap? Steve Darby kalau team kita kalah macam2 reason dia bagi..pengadil bias, padang becak, key player injured, kena gantung, sampai fans provoke dia pun boleh jadi sebab..kata dia.

    Dia boleh kata fans Perak tak pro's dalam support team, tapi dia pegi taunt supporter lawan dulu masa kat stadium Sarawak last game liga super tahun lepas apa pasal? Pro sangat ke macam tu?

    Satu2 nya coach yang pernah teman dengar cakap 'I'm so sorry we lost, it's my fault..not player" kat khalayak umum depan bola besar stadium Perak tu Tony Netto je !!!!!!

    Ingat lagi masa kejadian tu punya ramai yang tunggu nak maki hamun dia pasal kalah, last2 dia keluar muka kesian dia dan buat pengakuan camtu. Orang kita ni hati lembut, selagi dia mengaku buat kesilapan kita masih boleh maafkan.

    Nampaknya perancangan tahun ni dah mirip tahun lepas punya idea. Ini bukan kes pisang berbuah 2 kali..tapi pisang berbuah tak berhenti2.

    Ada harapan tak sampai kemana pun kita nanti..bukan mendoakan benda tak baik..tapi Tuhan suruh kita merancang..dia yang tentukan, kalau dah perancangan pun huru hara..boleh makbul ke doa kita semua?

    Sorry admin kalau teman emo sikit, sedih mengenangkan team kita ni. kalau admin rasa keterlaluan boleh edit atau delete..teman redho je.

    Likes(0)Dislikes(0)
  10. Raul hashim

    rilex yob utara. setiap yg berlaku ada hikmah. insyaallah ptg ni teman jmp kapten kt bg pandangan ye yob.

    Likes(0)Dislikes(0)
  11. seraimerah

    kerisauan YU tu ader logikanye. walau kita tau tiap coach nak jugak jaga periok nasiknye kalu tak pendek umor. hehehehe.

    yang penting sekali teguran dan pandangan peminat ni ada yang boleh dijadikan panduan dan awak rase walau tak banyak tapi serba sikit dia pasti akan terpengaruh dengan pandangan peminat. kekeke

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.