Perlawanan TM Liga Super 07/2008 - 12 Jan 2008
January 11th, 2008 by webmaster

TM Liga Super 07/2008 akan berlangsung malam esok dengan beberapa perlawanan yang melibatkan kedudukan teratas liga menjadi tumpuan.

Berdasarkan ranking diatas, pendahulu liga Kedah hanya dibezakan dengan jaringan gol bersama-sama pasukan Terengganu, N. Sembilan dan Selangor. Turut menghambat kedudukan teratas liga adalah pasukan Perak dan Perlis.
Dua perlawanan yang dijangka menarik ialah pertemuan antara pasukan Selangor Vs PDRM dan Perak Vs Kedah. Pasukan Selangor yang telah mencatatkan kemenangan 3 gol 1 ke atas Pahang di gelanggang lawan minggu lalu akan berhadapan dengan PDRM yang turut membenam cabaran Terengganu dengan keputusan 4 gol berbalas 2 sebelum ini.
Pasukan Perak pula akan melayan kunjungan pasukan Kedah di Stadium Perak dan jika Perak berjaya menewaskan Kedah bermakna kedudukan pendahulu TM Liga Super akan berubah lagi kerana jurang mata yang kecil antara setiap pasukan yang bersaing kini.
Jadual Perlawanan TM Liga Super Sabtu 12 Januari 2008:
Selangor Vs PDRM
Stadium Shah Alam, Selangor
DPMM FC vs Pahang
Stadium Hasanal Bolkiah, Brunei
MyTeam vs Perlis
Stadium MBPJ, Kelana Jaya
Perak vs Kedah
Stadium Perak, Ipoh
N. Sembilan vs P. Pinang
Stadium Tuanku Abd Rahman, Paroi
Johor FC vs Sarawak
Stadium Jcorp, Pasir Gudang
Nota: Semua perlawanan akan berlangsung pada pukul 8:45mlm kecuali perlawanan di Stadium Hasanal Bolkiah, Brunei iaitu pada 8:00mlm.
Berdasarkan info yang diterima, perlawanan tumpuan malam esok adalah pertemuan pasukan Perak Vs Kedah di Stadium Perak, Ipoh yang akan ditayangkan secara langsung pada pukul 8.45 malam oleh RTM di rangkaian TV1 (tertakluk kepada perubahan pihak RTM).
Lintas langsung ulasan perlawanan antara pasukan Perak dan Kedah akan diadakan pada malam esok oleh krew bertugas. Sebanyak 4 ruangan akan ditutup untuk mengurangkan bebanan server seladang.net sewaktu proses kemaskini keputusan dilakukan iaitu Guestbook, Gallery, Media dan Forum .
Untuk memudahkan anda mengetahui keputusan tanpa perlu membuka laman web ini anda boleh melanggan pada FEED RSS2 seladang.net.
World Time Guide:
Time in Malaysia at Saturday 8.45PM 12 Januari 2008.
USA
California - 4.45AM Saturday
Texas - 6.45AM Saturday
Indiana - 7.45AM Saturday
Australia
Sydney - 11.45AM Saturday
Perth - 9.45PM Saturday
England - 12.45PM Saturday
Germany - 1.45PM Saturday
Japan - 9.45PM Saturday
Norway - 1.45PM Saturday
Jordan - 2.45PM Saturday
Egypt - 2.45PM Saturday
Russia - 3.45PM Saturday
- Senarai Artikel Terdahulu Yang Berkaitan:
- Perlawanan TM Liga Super 07/2008 - 05 Jan 2008
- Perlawanan TM Liga Super 07/2008 - 19 Jan 2008
- Perlawanan TM Liga Super 07/2008 - 15 Jan 2008
- Perlawanan TM Liga Super 07/2008 - 29 Dis 2007
- Perlawanan TM Liga Super 07/2008 - 26 Jan 2008
3 Responses to “Perlawanan TM Liga Super 07/2008 - 12 Jan 2008”
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.

nak tau ada live ke x,lalu je kt stadium tgk lori ada ke x..khusus utk org ipoh la..
lor RTM da…
Kepada peminat pasukan Perak yang budiman, harap datang ke stadium Ipoh untuk menyaksikan perlawanan antara Perak dan Kedah sabtu ini. Walaupun dikhabarkan ada siaran langsung di RTM1 tentunya elok jika anda menyaksikan secara live di Stadium khasnya bagi mereka yang berkesempatan dan bagi mereka yang tinggal di sekitar bandar Ipoh. Skor yob Skor. Perak 5 kedah 0. Realistik ker?